Isnin, Mac 28, 2011

Hoya! Hoya! ...


Seorang ahli politik pergi berkempen di kawasan pedalaman yang didiami oleh kaum-kaum pribumi. Tempatnya jauh dari bandar. Nak sampai berjam-jam memgikuti jalan balak.

Penduduk peribumi telah diberitahu awal. Lalu mereka semua berkumpul di balai kampung mereka yang ala kadar untuk mendengar ucapan ahli politik berkenaan.

Setelah hampir satu jam beliau berucap dengan ucapan yang panjang-lebar, maka semangat dan nada ucapan menjadi lebih panas dengan sambutan hangat penduduk berkenaan.

Dia mengeluarkan satu buku kecil berwarna jingga. "Buku ini mengandungi semua janji-janji kami."

Panjang lebarlah dia bercerita mengenai buku jingga. Semuanya janji nak kasi itu ini pada rakyat, takda pun cerita pasal macam mana dapat duit untuk biayai janji-janji.

Dia sedar tapi dalam hatinya berkata dia orang ni semua tidak akan sedar. Melihat penduduk di situ senyum, dia yakin mereka suka padanya.

"Dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan, kita akan ambilalih kerajaan negeri dan bawa perubahan!"

Mereka melaungkan "hoya! hoya!"

Untuk memantapkan sokongan, ahli politik menjanjikan hak demokrasi untuk bersuara dan tiada lagi sekatan hak asasi manusia.

Penduduk peribumi melaungkan dengan kuat "hoya! hoya!"

Ahli politik menjadi bersemangat kerana sambutan yang menggalakkan itu.

"Kami akan pastikan kebebasan berakhbar dan rakyat selamat dari pelbagai fitnah."

Laungan penduduk lebih kuat lagi: "Hoya! Hoya Hoya!!!"

Di akhir majlis, ahli politik itu dibawa melawat sekitar kampung mereka. Tuai rumah panjang tersebut bertanya, "Bolehkah parti tuan ambilalih kerajaan negeri untuk tunaikan janji? Kalau buku jingga janji beri macam-macam wangnya datang dari mana?"

Beliau jelaskan kami tahu apa nak buat bila kami ambilalih nanti. Dia meyakinkan partinya akan menang.

Mengelakkan ditanya soalan susah begitu, beliau menunjuk ke arah lembu-lembu yang meragut di sekitar kampung, lalu bertanya pada ketua kampung: "Ini semua lembu peliharaan penduduk di sini kah?"

Jawab ketua kampung: "Ya, lembu kami semua ini."

Untuk mengambil hati penduduk, beliau berkata: "Boleh kita ambil gambar beramai-ramai?"

"Boleh," balas ketua kampung.

Ahli politik cuba menambah perisa lagi: "Kita ambil dekat sikit dengan lembu-lembu itu supaya nampak lebih menarik lagi."

Jawab ketua kampung lagi: "Boleh... tapi hati-hati sikit... nanti terpijak hoya."

20 ulasan:

Akar Umbi berkata...

hoya tu lembu ke sin??

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah!
konfiden je dapat sokongan..
camna nak jadi pemimpin kalau noob tahap agung!
hahaha

Tanpa Nama berkata...

salam...

pkr... HOYA....!!!!

pkr... HOYA....!!!!!

pkr...HOYA...!!!!

Tanpa Nama berkata...

hoya = taik lembu kot.

bRAVEhEART berkata...

hehehe, cilakak ko husin,
hoya tu taik lembu PKR ke? hehe

Tanpa Nama berkata...

Terbaekkkkkkkkkk r Husin
_Melayu Jati Kelantan_

antidrm berkata...

leh la...ko pegang duit..mcm ko boleh buat..

antidrm berkata...

Sein..gigi ko berkarat la..gi mintak Najis duit betulkan gigi ko..menyembur je..

Tanpa Nama berkata...

anwar aljuburi-HOYA HOYA HOYA
ass-min-HOYA HOYA HOYA
SAMSIDar-HOYA HOYA HOYA
eSKAY-HOYA HOYA HOYA
amoi spa-hoya hoya hoya
tokey spa-hoya
cctv kat lobi hotel mlm 21 februari-hoy hoya
twutter facebook 2 jam hilang-ho hoya
20 minit uda laki canput-hoya umo tua kutok tu 63 wooooo hoya
jam omega ada pada jijah-HOYYYYYA HOYA HOYYY HOYA

:)

zahari1950 berkata...

Awal-awal lagi telah "ditahi lembukan oleh rakyat" ha!..ha!..

Tuan Husin, absrak sungguh tulisan tuan

hilbert berkata...

Slm bro,

Ohhhaaa tu...orang Iban guna kata seru lebih kurang mcm orang Islam gunakan perkataan Amin! untuk mengaminkan sesuatu doa...

tapi kalu orang PAS datang kat rumah panjai wajib pakai cawat dan minum air pengayu sampai palau baru ada kick :-))

antidrm berkata...

Sin, kepala lutut ko dah betulkan ke? tgk mcm tempang je..

antidrm berkata...

sin, ko asyik Hoya..Hoya..tangan ko tu pegang apa?..betik ke? pisang ke?..jgn sin..kepala lutut ngan gigi ko tu g betulkan..mtk najis duit..

Tanpa Nama berkata...

Akar Umbi. Hoya=Bullshit lah.

Hoyarex berkata...

Hoya tu sarikat Jepun wat filter utk lensa kan?

Tanpa Nama berkata...

Cerita Husin ini, lembu sahaja boleh percaya.

Tanpa Nama berkata...

a ah, lembu mcam anon 9.19am :-)

Abu Garcia berkata...

Pengikut ahli politik hoya tu pun terdiri daripada para OSTAT PAS ... (ostat dalam bahasa arab badwi bermaksud "taik unta")

Dot berkata...

kalu di klate buleh pakat2 kata 'koya! koya!'

azman berkata...

Assalamualaikum sein

Ooooooo ye ke? haram.. aku tak tahu.
HOYA PKR
HOYA PKR
HOYA PKR...HEHEHEHE cukup cukup cukup.Nanti kang Azmin nangis lak hentak hentak kaki..betambah celaru la anu arr die....Selamat malam minnnnnn.