Jumaat, Disember 13, 2013

Bersembang di Kelebang


Beberapa hari lepas, Husin berada di Kelebang Melaka untuk berziarah. Berjumpa kawan-kawan di  sebelah di sebuah warung usang ditepi sepanjang pantai Kelebang. 

Gossip politik ... apa lagi?

Ajack: Sial lahanat lahabau kau, Husin. Lama tak nampak batang hidung kau. Tak dengar kabo tiba-tiba muncul ajak minum di sini. Aku ingat kau dah mati.

Husin: Hehehe ... dengar makian kau ni betul buat aku sedar aku dah berada di Melaka.

Ajack: Hangin apa bawak ko ke Kelebang ni?


Husin: Lama dah aku ingin ke Melaka. Nak tengok Kelebang ... tempat pun dah lain dan banyak resort dan condo.

Ajack: Hanat ko ... Melaka-KL bukannya jauh. Dulu kau boleh datang berurut pagi. Abis urut boleh balik ...

Husin: Tu dulu ... kereta dah banyak. Penghalang pun ada saja. Kalau tak aku sibuk, isteri aku sibuk. Hal keluarga lagi. Aku tak lagi suka jadi tukang sibuk hadhir majlis-majlis di hari minggu tapi bini aku pulak tergila bela kucing.

Dah dah ... Zul cimek ni bila nak sampai? Aku panggil dia...

Ajack: Takkan kau tak kenal cimek. Mana boleh on time. Dia dah call aku tadi. Tunggu dia sampai, Ada lah cerita baru dia nak ngutuk orang.  Kau boleh tulis dalam blog, Sin.

Husin: Panjang umur... tu dia.

Zul ni orang Kolumpo. Pindah Melaka pasal nak larikan anak dan isteri dari Mak Mertua suka muncul dan ngacau. Tak panjang jodoh dan jumpa jururawat. Baik isteri dia ...

Tak renti cerita masaalah dia tapi sentiasa menghiburkan bila bersama. Setia dengan sahabat.

Cimek: Kau ni muncul tiba-tiba ni nak kutip hutang ke?

Ajack: Kan aku cakap. Mulut tak ada insurance.

Husin: Lama nak jumpa kau orang. Rindu aku ....

Cimek: Bagus lah tu ... Ketua Menteri baru ni aku pening lah.

Ajack: Kan dah mula dia ...

Cimek: Itu hari aku ingat dia tu hebat dan tegas bila dia tutup Jonker Walk. Aku ingat dia nak ngajar cina-cina yang besar kepala. Tiba-tiba apa ke haram sedia maafkan.

Ajack: Lahanat lu Cimek... Tak habis-habis lu komplen. Dulu lu gelar Ali Rustam sebagai Ali Ketam. Padahal dia kerja kuat dan orang sayang.

Cimek: Takkan kau tak kenal aku. dr Mahathir dulu pun aku kutuk

Ajack: Ali akhirnya jadi CM yang sangat bagus tau ... sayang dia silap hingga kalah masa PRU.

Cimek: Cina punya hal tu. Buat apa Derih nak maafkan lagi. Cina dah tak akan undi kita. Projek ambik, makan besar ditelan dengan kerusi meja sekali, tapi undi haram jadah Cina akan kasi. Apa sebab Derih ni nak maafkan?

Husin: Ada projek dengan Cina ke ....?

Ajack: Kalau ikut Cimek, Ali Ketam dah baham semua. Hehehe ... Bila tak suka, semua salahkan Ali Ketam. Derih cuma maafkan bukan dia CKMM ... cium keris mintak maaf.

Husin: Ko orang ni. Idris Haron ni hebat, bijak, cekap ... baru lagi. Kasi peluang.

Cimek: Biar betul kau ni, Sin.

Husin: Sekarang ni orang kata Mendela itu hebat kerana dia sedia memaafkan orang kulit putih yang telah menghambakan kaum kulit hitam dan menyumbat Mandela dalam penjara selama puluhan tahun.

Ajack: Aku setuju ... bukan ke kau dulu pernah terlibat dalam gerakan anti Apartheid dulu, Sin?

Husin: Adalah sikit-sikit.... aku anti apartheid, kau memantek di Jerman.

Ajack: ... cimek pucimek

Husin: Balik cerita ... kau bayangkan Pope ... Orang kena datang dan ngaku salah baru Pope maafkan dosa.

Cimek: Hehehe ...aku dah tahu


Husin: Kasi aku cerita kasi habis dulu, Cimek. Derih Haron ni cuma tak sampai tahap Jesus Christ. Ikut ugama Kristian, Jesus mati demi menanggung dosa semua penganutnya. Sapa masuk Kristian sama macam orangPAS yang dah dijamin syurga oleh Nik Aziz.

Cimek: Itu yang orang putih buat dosa tak kisah ajer. Pen malaikat tak boleh keluar dakwat...

Ajak: Kikiki ... apa hebatnya Derih Haron, Husin?


Husin: Derih ni hebat pasal dia maafkan orang walaupun orang yang dimaafkan tu tak mintak maaf. Malah orang dimaafkan tak rasa mereka patut mintak maaf hingga memaki dia, tapi dia dah maafkan.

Ajack, Cimek: Hahahaha ... Husin Lempoyang. Kah kah kah ....

Cimek: Memang betul hebat Derih Haron. Lepas ni lagi dia orang besar kepala pasal dah sedia dimaafkan.


Punya hebat sampai orang selamatkan diri pun dia nak kasi pingat. Nasib Melaka tak banjir, kalau tak Derih kasi pingat satu Melaka kerana selamatkan diri mati lemas.

Dahlah Melaka tak ada Sultan tapi Ali Ketam kasi Dato satu Malaysia ....lain kali kau turun Melaka, aku ada tiga dah pingat.

Husin, Ajack: Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..................

Perbualan ni hanya fiksyen ... 

Kedua sahabat Husin ni dah lama meninggal dunia. Kalau hidup, beginilah cara sembang kami dan memang Kelebang tempat kegemaran.

Ajack sedara dengan Ali Ketam. Anak sulong baru saja bertunang. Jandanya bersama anak lelaki baru pulang dari Haji.

Ini membuat Husin teringat kedua-dua sahabat dan brader dunia akhirat.

Wow! Alfatihah!

3 ulasan:

SIDAI berkata...

Berminat untuk baca tapi background bewarna susah nak lihat, mungkin kalau warna putih dibelakang dan tulisan hitam senang dibaca. Sekadar pandangan dari orang tua yg ingin tahu hal hal dunia.

jebat berkata...


Tuan Haji Husin,

Sembang politik sampai kiamat pun tak abih.

Dulu kata Ali Rostam dah tua dah patut berundur

Sekarang pula kata Idris harun tak sporting, tak macam Harun Idris (allahyarham).

Itulah POLITIK tak sekolah !!

Awanama berkata...

mata derih bila tengok melaka dia nampak KL...