Sabtu, Disember 28, 2013

Ikan pun tak mahu bayar toll


Kisah ikan cuba melompat ke darat di pantai Tambisan, Lahad Datu menjadi sebaran dalam sosial media hingga dilaporkan akhbar beberapa hari lepas. Penduduk kampong mengambil peluang mengaut ribuan ikan tamban yang jatuh ke riba.

Ia seperti kejadian di Acheh sebelum berlaku Tsunami, namun tiada tsunami dilaporkan tetapi hanya gempa bumi skala Richter 5.7 di Pulau Mariana, timur laut Filipina.

Ada pihak pula kata-kataribuan pengganas Sulu telah berjaya menceroboh masuk ke Lahad Datu dengan menggunakan ilmu hitam untuk menjelma sebagai ikan. Apabila gagal kembali balik jadi manusia, mereka terdampar di pantai untuk dipungut dan sedap digoreng.

Pihak lain berkata fenomena ini disebabkan faktor berlainan.

Ikan-ikan ini telah bertemu dengan Menteri mereka yang sama specie dengan ikan yang dijadikan sardin cap ayam untuk merungut tentang kenaikan kos sara hidup dalam laut.

Menteri mereka hanya kata, "Jangan salahkan semua orang. Kalau tak suka hidup dalam laut, boleh hidup di tempat lain."

Lalu ikan-ikan ini ramai-ramai cuba lompat ke darat untuk mencari penghidupan baru.

Kalau kita perati betul-betul, ikan-ikan yang cuba ke darat adalah ikan-ikan yang kecil. Ikan-ikan yang besar mampu hadapi kenaikkan kos sara hidup untuk kekal hidup dalam laut.

Wow! Kasi cukup makan, unta tak lompat keluar kandang

3 ulasan:

jebat berkata...


Salam takzim, Tuan Haji,

Ikan itu tujuk persaan. Kalau rakyat boleh tujuk perasan ikah pun boleh juga.

Ikan ikan itu berarak NAK GULINGKAN KERAJAAN ALAM LAUTAN kerana dilautan tiada PR. Sebab itu mereka BERONTAK.

HE HE HE HE

jebat berkata...


Salam takzim, Tuan Haji,

Ikan itu tujuk persaan. Kalau rakyat boleh tujuk perasan ikah pun boleh juga.

Ikan ikan itu berarak NAK GULINGKAN KERAJAAN ALAM LAUTAN kerana dilautan tiada PR. Sebab itu mereka BERONTAK.

HE HE HE HE

liyas berkata...

Ikan di laut, gula di darat, dalam .... mereka bertemu.