Khamis, Disember 26, 2013

PAS dan hukum-hukumnya ... Biarkan! Biarkan!


Tak lambat untuk Husin nak ucapkan Merry Christmas kepada pembaca-pembaca berugama Kristian.

Haaa ... pasti ada pihak akan kata haram dan syirik mengucapkan Merry Christmas. Kononnya sebab Christmas adalah perayaan ugama maka mengucapkan adalah salah.

Pihak yang kuat mengatakan dan menyebarkan pandangan ini adalah puak-puak yang berparti dan berjiwa PAS.


Ketika Dato Najib menziarahi penganut Hindu di Batu Caves sedang meraikan perayaan ugama Taipusam, puak PAS yang bising kata perbuatan Najib syirik.

Padahal Najib tak masuk pun kawasan acara ugama. Masa Dato Nizar Jamaluddin ziarah penganut Hindu sedang raikan Thaipusam, mereka berdiam saja. Ingat tak?

Biarkan! Biarkan!


Sekarang PAS bukan saja sudah boleh ucap Merry Christmas dan hadhir diluar kawasan upacara ugama tapi mengambil bahagian dengan berucap dalam acara sermon dalam upacara ugama Kristian dan berucap atas podium yang terpampang lambang salib.

Dr Rani kata dia mahu tentang extrimisma dan penindasan ugama. Pihak propaganda pembangkang cepat menuding jari pada Perkasa dan Jati seolah-olah lupa mereka yang dahulu extromis dan tiada toleransi. 

Biarkan! Biarkan!


Semalam Ketua Wanita Dewan Himpunan PAS Cawangan Kota Raja berugama Hindu meninggal dunia, Tersebar gambar bendera PAS menutup kerandanya.



Jangan hairan jika ada orang PAS akan kata penganut Hindu ini masuk syurga pasal dia masuk PAS. 


Macam orang PAS catkan kubur hijau untuk ahli supaya malaikat tahu pengisi kubur yang hijau patut masuk syurga.


Biarkan! Biarkan!


Undi PAS masuk syurga.

Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz pun murtadkan UMNO yang mana ahli UMNO mengucap, sembahyang, puasa, bayar zakat dan mengerjakan haji serta tak sembah pokok, Tok Guru dan kubur Khomeini dikatakan murtad. Tapi perbuatan pemimpin PAS dia hanya ...

Biarkan! Biarkan!


Bagi Husin, ucapan Krismas dibuat atas fatwa dari Majlis Fatwa yang mengharuskan atas niat muhibbah antara kaum dan penganur pelbagai ugama.

PAS pula guna fatwa tambahan sendiri yang memberikan pelepasan untuk niat kempen politik.

Wow! Biarkan... biarkan...!

3 ulasan:

azman berkata...

Assalamualaikum wbt sein..

Kenapa berani sangat nak kutuk Pas, tak takut ke dengan niky gojes, sekali dia sumpah tak masuk shorga nanti.

Aku tak tahu, ada rupanya kubur hijau, kat mana tu sein?. adakah sipenghuni ini redho rumahnya begitu?. alahaiiii...

jebat berkata...


Salam tuan Haji Husin,

Kita ucap Merry Christmas hanya sebaau satu ucapan dan penghormatan sesama manusia,

Salahkah kita mengucapkan Happy Birthday To You atau sebagainya kepada seorang yang berlainan ugama ?

Apakah patut kita mengatakan Go To Hell kepada seorang yang berlainan ugama yang cuba mendampingi kita ?

Jebat derhaka, tapi bukan pada ALLAH.

Awanama berkata...

Yang tak faham...sesama melayu sesama islam sibuk wish, bagi hadiah,buat party krimas.....apa jadah....
Cuba tengok kat instagram budak2 kaya sambut krismas...bila tegur..terus delete komen....

Ka aku ni ketinggalan zaman 2 batu lebih?