Selasa, Mei 13, 2008

Bagaimana Reaksi Pak Lah Kentot?


Pada Mei 7hb, Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir berkata Pak Lah menghalang sebarang permintaan untuk berjumpa dengan Datuk Najib. Berikut harinya, Pak Lah menafikan. Dato Najib diam saja belum mengiyakan bosnya.

Susah nak percaya cakap Pak Lah ini. Bukankah Dr Mahathir pernah berkata macam-macam acara dan pertemuannya pada tahun 2006 telah di halang oleh Pak Lah, tidak termasuk insiden spray di Kota Baru dan politik wang di pemilehan G7 di Kubang Pasu. Beliau pun berkata tidak ada sebarang Menteri yang datang berkunjung menemuinya selepas hari persaraannya.

Ada orang kata, antara cara untok mengenali orang adalah melalui kentot. Adakah mudah mereka terlepas dalam Majlis dan jika terlepas, bagaimana reaksi mereka. Husin boleh bayangkan bagiamana ketiga-tiga mereka kentot.

Kalau orang itu bersopan dan berdispilin, dia akan berjaga-jaga supaya tidak terkentot di dalam Majlis. Jadi jangan harap kita akan terjumpa keadaan di mana Dr Mahathir terkentot dalam Majlis. Siapa tak kenal punctuality Dr Mahathir? Selama 22 tahun memerintah, tidak pernah kita terjumpa Dr Mahathir tidor dalam majlis.

Husin rasa Dato Najib pun jenis begini juga. Dia seorang dari keluarga bangsawan yang penuh dengan ketertiban dan pembawakan yang berbudaya tinggi. Kata-katanya pun akan dijaga air muka orang.

Kalau dia berdiam, itu membawa maknanya tersendiri.

Kalau dia berkata, ianya dijaga dan diukur. Mungkin ini tabiat yang diambil dari pembesaran dan persekolahan di England. Maka, kalau dia terkentut, pasti mengikut cara kesopanan orang British untuk berkata, "Excuse me."

Pak Lah ini pula macam mana pula kalau terkentut. Husin rasa dia akan kata, "No .. no .. not me".

Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta kentot.

14 ulasan:

Unknown berkata...

Omputih kata lah, "Silence is Golden". Memang lah sangat. Tapi dok senyap tu maknanya salah lah jugak. Njb betul ke salah ni? Kita tunggu dan lihat.

Tapi macam tak logik je alasan, dah tua bangka pun kena mintak izin ke sebelum nak jumpa sesape? Betul ke najib ni?

the indie story berkata...

biasalah husin, kebanyakan ahli politik di malaysia mengamalkan etika yang serupa.

politik kentuuut...trrut...tuttt..tut!

Unknown berkata...

Sory sin...aku bukan nak cakap pasal kentut tapi istilah baru yang keluar di parlimen semalam.KJ kata: Projek Khinzir Raksaksa atau PKR.Ramai pembangkang tentang termasuk Mahfuz Omar yang kata : BN Babi Negara.Drp Babi Negara aku lebih suka BN: Barang Naik. Sebab: Isteri suka dan kalau kita terkentutpun gerenti isteri tak marah punya.

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah kentot tak mengaku tapi busuknya sampai teruk prestasi BN dalam PRU12

Tanpa Nama berkata...

Bila asyik saling cinta-mencintai kentut pun bau wangi. Percintaan yang wujud antara PAS, PKR dan DAP membuahkan tanda tanya apakah reaksi PAS dan PKR terhadap kentut Karpal?
Boleh jadi cinta PAS terhadap DAP bukan sejati. Maka PAS hanya menahan nafas sehingga busuknya hilang tersebar?
PKR pula hidu dan pura-pura kata wangi walaupun baunya mengalahkan najis babi.
Si Karpal dan DAP tersenyum, serta berkata "They cannot smell our agenda".

Piggy Singh

Tanpa Nama berkata...

Macam ni,

Pak Lah kentut lepas tu dia tunjuk kat Tun Mahathir.


Ilikebanggali

Tanpa Nama berkata...

kentut benggali tak boleh bau lagi?

Tanpa Nama berkata...

Reaksi PAS terhadap Karpal kita dah tahu. Nik Aziz sendiri dah buat kenyataan apa yang Karpal buat tu tak betul. Walhal ada ahli DAP sendiri pun mengatakan Karpal tidak patut bertindak macam tu.

Apa nak dikata. Mana pergi "pakatan"?

Berita dari gunung berkata...

Macam tu la sdr husin, adat dunia, penuh muslihat. Susah tikam berdepan, tikam curi pun apa salahnya. Janji luka.

Pak Lah akan berundur saya rasa.

Tanpa Nama berkata...

no no .. its not me

kah kah kah

bunyi macam I don't know, I am not involved!

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pembetulan tentang pak lah apabila terkentut dimajlis. Seperti yang dinyatakan bahawa dia tidak akan mengaku dan menuduh orang lain. Selain itu saya rasa dia akan tubuhkan suruhan jaya diraja 'kentut' yang tentunya akan mengambil masa yang lama sebelum dapat memberikan keputusannya, pada ketika itu bau kentutnya dah hilang.

Tanpa Nama berkata...

Lepas 20 tahun pun pak lah boleh songkit sape yang kentut..

asalkan ada yang kentut, bontotnya mesti kena sontot..

Tanpa Nama berkata...

hang pun husin kaki kentot jugak...

Husin Lempoyang berkata...

janji bukan kaki kencing