Rabu, Mei 07, 2008

La Ilaha Illallah, Masya Allah

"Alhamdulillah, sempat aku sampai untuk bersama isteri malam Jumaat," kata si Zawi sesampainya ke Kuala Lumpur dari Terengganu dan Pulau Pinang pada petang Khamis.

Sudah sebulan, si Zawi dan Rolan menguruskan perjumpaan Perdana Menteri dengan Ketua-Ketua Cawangan UMNO seluroh negara. Banyaklah dia out-station untuk mengatur ini semua.

Sabtu malam lepas, ketua-ketua cawangan terpilih dari Pulau Pinang dijamu di kediaman rasmi PM. Malam ahad, rombongan dari Terengganu. Tiap-tiap minggu telah diatur pertemuan sedemikian hinggalah bermula mesyuarat-mesyuarat cawangan pada pertengahan bulan Julai.

Zawi mengenalpasti, menyenarai dan memujuk ketua-ketua cawangan yang terpilih untuk datang ke Putrajaya. Rolan pula mengatur bas-bas persiaran untuk membawa mereka makan angin keliling Putrajaya dan diberi sedikit duit kocek untuk membeli belah. Selepas makan malam, ketua-ketua ini akan diberi sedikit ole-ole dan buku-buku penerangan.

Kononnya perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan kepada ketua-ketua penerangan. Sebenarnya ia adalah untuk memujuk ketua-ketua cawangan yang sedang marah dengan Dolah, anak dan menantunya. Jika reda kemarahan mereka, maka tidak perlulah peralihan kuasa dan dapat Dolah kekal bila menentang Tengku Razaleigh atau sesiapa.

Sesampainya ke rumah, anak-anak riuh menerpa untuk menyambut Zawi. Gembira hati Zawi dapat mendengar suara anak-anak. Terus dia bawa ke dapur menjinjang keropok lekor Losong, buah tangan dan buah-buahan yang dibeli dari urusan luar bandar di Penang dan Terengganu dari minggu lepas.

"Mah, abang bawak balik keropok lekor. Tak payah goreng. Dah rebus, boleh terus makan." Zawi berkata pada isterinya dengan bibirnya senyum.

"Ah! Abang ini. Tak sabar-sabarlah. Malulah kalau didengar jiran." Rahimah buat-buat marah. Dia faham benar apa yang tersirat dalam kata-kata suaminya.

"Biar Mah goreng juga. Budak-budak ni tak biasa keropok lekor rebus. Kasi dia orang makan sambil baca buku dan tengok TV."

"Baguslah. Abang dah makan tengah jalan. Nak sembahyang dulu...." Sambil dia mencemeik mata pada isteri.

Zawi terus mandi dan segerakan sembahyang Magrib. Selepas habis sembahyang Magrib, tak lama bang Isya pun masuk dan dia terus sembahyang Isya. Selepas isya, dia buat tahlil dan berwirid.

La ilaha illallah La ilaha illallah La ilaha illallah ...

Di tengah-tengah zikir itu, dia berhenti sekejap untuk bertanya pada si isteri untuk memberi signal. "Mah! Budak-budak sudah makan!?"

"Sudah bang."

La ilaha illallah La ilaha illallah La ilaha illallah ...lebih deras dia berzikir.

Dia berhenti sekejap untuk bertanya isterinya, "Budak-budak sudah tidor?"

"Sudah bang."

Wah sudah bagus ni, dia sudah bertambah berdebar-debar dan menunggu-menunggu. La ilaha illallah La ilaha illallah La ilaha illallah ...

Laju betul zikirnya seolah-olah sudah naik sheikh. Allah saja yang tahu apa sebenarnya.

Dia berhenti sekejap lagi untuk bertanya, ""Mah sudah sembahyang isya?"

"Tak dapat bang, lepas Maghrib tadi sedar-sedar tak boleh ...'

"Laaaaa ilaaaahaaaa illlllallaaaahhh." Mengeluh panjang Zawi dalam zikirnya. Masya Allah, dengan rasa kecewa, si Zawi terus bangun dari tikar sejadah dan baring atas katil. Badan pun baru disedari penat.

Rahimah yang sedang menjahit diluar, hairan apa pasal dah tak dengar zikir si suami.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian member tuh, semua ni salah Perdana Menteri ke? Kah kah kah... lawak lah hang...

Tanpa Nama berkata...

hik hik

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah Zawi ... 7 hari lagi dapatlah.

Tapi kenapa kau kena susah payahkan Ketua Cawangan ke Putrajaya.

Kenapa tidak Dolah pergi ke negeri2. Mesti takut kena balun dari floor? Tapi majlis DOlah mana ada soal jawab. Dengan orang kampung pun dia takut nak soal jawab.

Dahlah Dolah bodoh, pengikut macam Zawi dan Rolan pun sama bodoh.

Tak usah susah payah untuk DOlah. Kalau aku relaks saja, tiap2 malam Jumaat dapat bersuka2 antara pusat dan lutut dgn isteri.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Zawi kena simpan keropok lekornya dalam peti ais.

Tapi Pak Husin, keropok lekor ni kalau tak dapat uli dengan mesin boleh uli pakai tangan je, kan?

Tanpa Nama berkata...

pakai anggota isteri yg lain la (bukan yg blkg ok)..kalau tak, tgn kan ada..mia haha

Unknown berkata...

Apalah Sin kawan kita mr.ngo tu...orang cerita pasal " permintaan kaum ibu" dia balon pak lah pula.Come onlah.. sekali sekali si husin dah beri kita peluang untuk main geli-geli....janganlah kita bodohkan orang lain pula.

Tanpa Nama berkata...

Kamu ni Husin,

Yang tersurat tu dah macam novel Shahnon, habis lah yang tersirat tercicir.

Apa pun, kelakar, kelakar.

Dengar kabarnya, sebelum ni, pak lah kaki tido tu rancang nak buat sekali gus perjumpaan ngan ketua-ketua cawangan tuh, tapi feedback ya sungguh dak memberansangkan.

Jadi kenalah pilih-pilih, takut nanati kena banyak sangan soal, tak reti nak jawab.

Berbalik pada novel Shahnon tu, kesianlah jugak si zawi tu. Tetapi tak ape kan? Demi pak lah kaki tido...

Tanpa Nama berkata...

Abas

Biasalah itu.

Kalau dalam UMNO, apa sekali isunya, mesti berakhir dengan "menyokong kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi".

Maka segalanya bermula dan berakhir dengan AAB lah!

Tanpa Nama berkata...

Hantutelur said Nampaknya Zawi kena simpan keropok lekornya dalam peti ais.

Tapi Pak Husin, keropok lekor ni kalau tak dapat uli dengan mesin boleh uli pakai tangan je, kan?


One way ke..??

zainal mokhtar berkata...

Bukan macam 'tu ceritanya, Sin. Macam 'ni.
Zawi balik kerumah dari Puterajaya. Isteri menyambutnya degan anak-anak,maklumlah 'dah berapa hari berpergian. Sebelah malamnya, selepas makan dan berehat sekejap, Zawi masuk kamar tidur, sambil memandang isterinya dan senyum "ada makna", dan isteri balas senyum,faham. Dalam kamar, Zawi pun ambil Quran,tunggu anak-anak tidur dulu. "Bismillah ..." dia mengaji perlahan-lahan, nak habiskan masa menunggu. Baru baca sekerat " alhamdulillah hirab bil alamin ..", isteri pun masuk kamar. "Dah tidur mereka bang" Serta merta Zawi kata "sadaka lah hal azim..."

Husin Lempoyang berkata...

Zainal Mokhtar

Versi itu sedap juga.

Asas cerita ini sudah berlegar lebih 15 tahun.

Tuan Lokong berkata...

Kah kah :)

Tanpa Nama berkata...

lawak betui!

Pewaris Melayu berkata...

hahahaha.. lawak betoll...

Letting the time pass me by berkata...

Ade lagi cerita nie rupanya..

Ingat cerita feedback Ketua cawangan UMNO dengan Pak Lah....