Dol Said menentang cukai yang dikenakan oleh British. Pada Julai 1831, British menghantar askar seramai 150 orang. Oleh kerana, ada sokongan dari pembesar-pembesar Seri Menanti, Sg Ujung, Johol, Muar, dan lain-lain, tewaslah British dalam Perang Naning I.
Menyedari bukan mudah menentang dengan sendiri, maka British meminta atau kemungkinan memaksa Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau memberi bantuan tenaga askar. Dia bersetuju menghantar 600 askar membantu British. Mungkin Yamtuan Muda Rembau ini setuju dengan cukai yang dikenakan oleh British kerana dia dapat bahagian komisyen dari cukai yang dikutip dan ada jawatan sebagai Chief Kadhi.
Pada Mac 1832, British menyerang Naning sekali lagi dengan askar seramai 1,200 orang. Kali ini, tidak ada bantuan dari jpembesar-pembesar lain seperti sebelum ini. Kemungkinan British sudah menggunakan Yam Tuan Muda Rembau untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu lain dari membantu pemberontak atau lebih tepat, penentang British.
Husin cuba membayangkan Dato Dol Said sedang beratur dengan tenteranya menghadapi tentera British dan tentera Yamtuan. Dia pun mengangkat tangan untuk memberi isyarat untuk menyerang. Dengan suara kuat dan pelat Nogori, dia menjerit, "Sooraangggg!!!!!!!"
Semasa sedang bergerak mengarah menuju tentera British, baru disedari bahawa yang lain tidak ikut serang dan dia keseorangan. Kalahlah Dato Dol Said dalam Perang Naning ke II.
Mungkin sejarah tidak tulis, Dato Dol Said mendapat bantuan dari orang-orang Johor. Oleh kerana panglima-panglima tersalah beritahu Dato Dol Said bahawa yang membantu adalah orang-orang Johol, dia tersilap memberi arahan serang dalam pelat Nogori. Ini tidak difahami oleh orang Melayu Johor.
Itu jenaka saja. Namun, sejarah hari ini menyanjung mereka sebagai pahlawan kerana menang Perang Naning I, tetapi hakikatnya dia tewas dan perjuangan menentang British tidak beroleh kemenangan. Maka, sejarah kita yang tertulis mengagongkan mereka yang tewas.
Tulisan di Muzium juga tidak beritahu bahawa dia dikhianati orang-orang Melayu lain yang penakut atau mudah di "beli" oleh British. Selain itu, kebanyakkan orang Melayu memberi kesetiaan membabi buta kepada Yam Tuan Muda Rembau, walaupun dia bersekongkol dengan anasir asing dan penjajah demi kekayaan diri dan jawatan.
Husin terfikir ...
Hari ini, kita sanjung mereka sebagai pahlawan dan disempenakan sekolah dan jalan dengan nama mereka, seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman, Si Bongkok, dan lain-lain.
Buat apa di sanjung mereka sekarang?
Hanya untuk memberi pengagongan palsu konon-konon orang Melayu hebat dan ada hero?
Dulu orang Melayu khianat mereka. Semasa berjuang, orang Melayu tunggu dan lihat, dan tidak sama membantu. Malah, mereka dikalahkan orang Melayu juga. Bagi yang tidak dapat hilangkan diri seperti Mat Kilau, bila mati dihina oleh orang Melayu sendiri.
Sebenarnya sejarah orang Melayu selepas zaman kegemilangan Melaka pentadbiran Tun Perak/Hang Tuah, penuh dengan penakut, pembelot, pengaut, pengkhianat, hasad dengki, setia membabi buta dan lain-lain sifat-sifat cela tetapi yang diagongkan bangsawan Melayu.
Sejarah Melayu ini sedang berulang ...
Karakter Yam Tuan Muda Rembau pun ada. Entah mungkin, ayahanda pada (Jibrael) Ali?
"Raja" lemah dan "Rajah" akan menjadi begitu berkuasa di "takhta" dan mahkamah hingga orang Melayu akan akur setia atau merintih menerima keputusan kedua-dua mereka.
Sekarang kita dengar selalu, sikit-sikit menyokong dan hanya menyerah bulat-bulat kepada pucuk kepimpinan. Bila memberi pendapat, akan disangkal dengan alasan tak tahu maklumat disebaliknya.
Kalau pendapat kritikal, dituduh konon-konon pemecah perpaduan. Pahlawan yang banyak menyumbang dan berani memberontak menentang penjajah luar, kita tidak hirau. Malah, sanggup dia di "gantung terbalikan" dengan dimalukan dengan tuduhan. Padahal kepincangan yang membahayakan agama, bangsa dan tanahair begitu jelas.
Kini, wakil penjajah sudah berada di dalam dan menghuru-harakan iktisad, siasah, masyarakat, dan agama orang Melayu. Kalau digantikan pun, penggantinya adalah wakil penjajah yang menunggu di tepi untuk melakukan yang sama. Penjajah tidak payah menyerang tetapi hanya mengatur melihat dari luar saja.
Orang Melayu hari ni kebanyakkan mereka adalah penakut tidak berani bersuara, mementingkan diri sendiri, gila kuasa, mudah ditipudaya belit, mudah digelapkan mata dengan kata-kata manis, dan pengkhianat alif, ba dan ta.
Tunggu masa, kita pasti akan terjajah sekali lagi.
Wow! Layak dijual orang Melayu - otak mahal pasal tak guna, setia macam anjing cukup kasi makan tulang, mudah ditarik hidung macam kobau, dan harga lebih mahal dari unta.
22 ulasan:
Melayu ni memang selalunya tunggu dan lihat dan sesiapa mnak berjuang akan berjuang sorang! sorang!
Sedikit bila menhadapi esusahan dan masaalah, merek amengharap pada kerajaan.Bila bincang, merek akata mestia da orang buat ini dan itu tetapi diri merek atak mahu walaupun mereka perihatin dengan masaalahnya.
Kiat tak ada hero sebenarnya. Hang Tuanh taat membuta tulis. Tuah pemberontak yangzalim dan tak berperi kemanusiaan. berjuang un hanya utk kepentingan sendiri dan kerana marah.
Adakah kita sudha terlambat dan marah baru hendak melakukan sesuatu.
Layak mampus melayu!
Syabas Husin kerana menceritakan suatu peristiwa sejarah yg hampir sama dengan perkara yang sedang berlaku sekarang.
saudagar jamal pak tongkol yang sebenarnya abdul wahub yg kasi jual pak mertuanya
bukan tuah yang pemberontak dan berjuang kerana marah, tetapi jebat.
Mmg baik si tuah mahu pun jebat patut di terajang.
Tapi jangan pula si b.a.b.i. jadi pengganti pula.
Aisay betul lah ana tersilap. Hang jebat
Tapi Tun berhenti umno ni, adakah dia akan jadi Sorang juga tuan husin lempoyang?
wah..
wah inilah posting terbaik dari sinn.. paling terbaik salute utk sinn.
Anon at 8.33,
Mintak jauh si b.a.b.i. jadi pengganti, haram dan jijik bagi orang melayu, tapi ada yang telan je buat tak tahu....
Refelcting to current situation, Tun will end being alone because paklah asskissers are not carrying balls, ramzi abdul rahman is one of the example.
Politik sentiasa menarik. Ketika Tun menghujani kritikan terhadap kepimpinan Abdullah, sembang di kopitiam cuba menyelami apa ada dalam minda Abdullah.
Di kopitiam kami mengesahkan bahawa Abdullah hanya melihat itu sebagai usaha untuk menggugat kepimpinannya. Dia tidak mampu meneliti kritikan lebih dari itu.
Apa nak kata, minda Abdullah tidaklah secergas Mahathir. Kalau semua selesa begitu, apa nak kata. Perahu dah terlajak.
ramai ke pengikut ahli UMNO yang berani nak keluar dari UMNO. Kalau pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian berbuat demikian. Nah yang bawah tu tak sabar menunggu nak gantikan.
rugi ohh kalau dema cabut camtu je.ni mesyuarat bahagian dah dekat.
melaka jatuh pun pasal mamak naina yg ada nama "ALI". Mat kilau kalah sebab Sultan Ahmad suruh Bendahara Tengku ALI menyerang dan mempengaruhi pembesar pembesar pahang.
kene jual orang nama ALI ni, encik husin.. India pecah jadi pakistan dan bangla, pun kerana "ALI". Ugama islam pecah pun kerana "ALI".
yg boleh pakai nama "ALI" ni .. sALIha. uNtung Mawi...
Penyokong totok tun mahathir, apalah lagi, silah ikut dewa dan tuan kamu itu, keluar parti umno.
Ha ha Ha, banyak sungguh kerosakan pada bangsaku oleh mahathir, babi itu...
Keluarnya Tun, masuklah Babi sebenar, Brader Anwar Bin Ibrahim.
Itu hanya confirmation bahawa Dolah dan KJ bersekongkol dgn Babi.
Khabar mengatakan Babi bertemu Bodowi di Dubai baru2 ini. Sebelum itu, KJ dikatakan bertemu Babi di Spore.
Kuat dalam UMNO sekarang bahawa Ezam akan kembali ke UMNO.
Ketiga2 mereka ini serupa macam cerita Yam Tuan Muda, pembesar2 Seri Menanti, dll yang menikam perjuangan.
Memang baik keluar saja UMNO. Jijik menjijikkan!
Utuk Brader Usin aje...
Perasan tak..semua Ex-Presiden UMNO keluar parti UMNO...Dato Onn, Tunku,Tun Hussin Onn dan yang terbaru Tun Mahathir....dah tu semua Ex-Presiden ni mati luar UMNO...Hopefully not Tun Mahathir laa..pasai Tun mungkin bulih ketemu 2012 erection day la... Yang Betul betul mati dalam UMNO ialah Tun Razak...Betul tak Usin...
jong pecah yu kenyang!
Kesetian wajar sudara lihat dari konteks yang lebih luas.
Pernah ke saudara mendengar orang orang jepun mempertikaikan kesetian samurai.?
Sejarah Melayu juga dapat ditaksirkan Hang Tuah sebagai pengecut dan tiada setia kawan kerana membunuh Hang Jebat sedangkan HJ cuma membalas dendam kerana Sultan membunuh sahabatnya secara kejam dan tak adil. Demi menegakkan keadilan akhirnya HT sendiri yang membunuh sahabatnya HJ.
Tak Melayu Hilang Dibumi - memang ungkapan yang teramat betul. CUMA ianya juga boleh diinterpertasikan sebagai Melayu tak hilang dibumi tetapi MEREMPAT DI BUMI SENDIRI.
Saya ramalkan bahawa akan jatuh juga kerajaan BN sebelum 16 September 2008 nanti kerana pemimpim Babi Buta dan Pekak badak sekarang
Itu yang dilaungkan ketuanan melayu. Kalau penuh dengan sikap negatif, apa yang nak dibanggakan sebagai anak melayu? Dunia dah tanpa sempadan, "survival of the fittest". belajar dari sejarah! jangan bongok sombong.!!- ngalompakagogo
Akhirnya melayu jugak yang akan bunuh melayu. Dah berpecah berapa kerat dah orang melayu kita lening. Salah siapa? Salah pemimpin2 yang kat atas tu yang kerjanya mengapi. Yang kita yang bodoh kat bawah ni dok terikut pulak kata2 diorang kat atas tu. Sedar lah weh! Tau menilai baik buruk, bukan takat dengar janji manis orang2 senget bernama ahli politik!
Yang berkuasa kat atas tu cuma dua tiga kerat je..anak beranak pulak tu.Mana yang lain-lain,yang kononnya memperjuangkan melayu?Tak berani nak menyanggah.Tak boleh buat apa-apa ke?
Akhirnya aku sedar,melayu memang begitu.Sejak azali lagi begitu.Asal ada habuan menanti,lupalah ia akan bangsanya.
Orang Melayu memanglah begitu. Bukan setakat dengan lagu bahkan dengan pantun, syair,seloka dan perumpamaan orang-orang Melayu dilena dan dikhayalkan.
Contoh 1: Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.Beras secupak takkan jadi segantang.Orang Melayu kena jaga hati bangsa lain.Tapi hati kita tak seorangpun nak jaga.
Contoh 2: Orang di Melaka punyalah pemurah semuanya dibagikan kat orang...ada bukit cina punya, ada tanjung keling yang punya.Tapi jangan ambek dua benda: Batang dan buah melaka.Kalau ini diambik juga bergaduhpun sanggup.
Bagaimanapun aku suka sorang-sorang.Kawan ramaipun susah. Kata orang makan berkawan tapi kerap terjadi kawan makan kawan.
Jika benar Ezam akan masuk UMNO, ini petanda awal bahawa Anwar Ibrahim akan dijemput masuk kedalam UMNO nanti. Dan ini akan mengesahkan bahawa memang ada konspirasi antara Abdullah Ahmad Badawi, Khairy dan Anwar. Tun Mahathir mungkin telah dapat mencium konspirasi ini kerana itu beliau keluar UMNO. Kempunanlah Najib nak jadi PM walaupun setelah setia mambabibuta dan menyokong,menyokong dan terus menyokong.
untuk pengetahuan encik husin ...yang belot adalah syed syaaban...dia memberitahu british utk letakkan tulang babi di sekeliling tempat dol said...jadi dia dapatlah jadi tunku besar tampin...skrg ni syed razman...xda anak laki....anak dia anak ankat....sedangkan raja ali ada bini 3....xkan xda anak laki dia utk ganti dia...kenapa arab pukimak ni pulak gantu..tlg kaji selidik
jadi bila british letak tulang babi...x jadila kacang yang diletakkan dalam tabuh bila dibaling dibacakan ayat suci al-quran..langsung xjadi penyengat....jadi perang naning kedua dol said kalah...yang jahat syed syaaban..keturunan dia boleh memerintah sampai tujuh keturunan je...syed razman yang terakhir...
Pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.
“Mungkin ia disebabkan ‘keramat’ atau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan,” katanya
Assalamualaikum,
MEnarik tulisan pasal Datuk Dol Said.
Saya sedang mengusahakan facebook group melayu keturunan Naning.
Jemput le datang.
http://www.facebook.com/group.php?gid=151524711551591&v=wall&ref=search
Catat Ulasan