Rabu, Jun 23, 2010

Masaalah pada hidung dan telinga


Dr Alias dan Saleh datang ke wad menziarahi kawan teh tarik mereka, Zakaria yang ada masaalah jantung. Kalau dah rakan teh tarik, cerita sembang tidak tinggal. Dalam hospital pun, isu-isu terkini masih dibincang.

Zakaria: Sepanjang aku dalam hospital, aku banyak mengisi masa lapang dengan membaca dan surfing internet.

Saleh: Kau patut berihat dan bukan buang masa dengan perkara macam gitu.

Zakaria: Bosanlah. Dahlah makanan Hospital tak sedap. Kalau ikutkan aku, nak pergi ke kedai mamak di depan Hospital tu.

Dr Alias: Asal kau tak layar laman yang menaikkan degup jantung tak apalah?

Zakaria: Dah tua-tua ni, manalah nak ingat pasal benda macam tu.

Saleh: Baca perkara yang ringan-ringanlah.

Zakaria: Doc, akhir-akhir ini aku tengok kerajaan banyak sekali lancar macam-macam program. 1Malaysia. NKRA. Model Ekonomi Baru. 10RMK. NKEA. Pemandu. Cuma aku tak paham apa kita rakyat akan dapat akhirnya?

Saleh: Macam-macam idea dan polisi baru diperkenalkan tapi asal kena tibai, semua jawabnya tak muktamad. Oh ... ini bukan pendirian kerajaan lagi. Masih dibincangkan. Kenapa bentangkan benda belum muktamad kalau tiada rancangan untuk jalankan?

Zakaria: Macam nak buat tapi takut ...

Saleh: Aku takut banyak ide-ide ini dibentangkan kepada awam tanpa kajian dan perbincangan yang mendalam.

Dr Alias: Saya rasa-rasa ini macam sama dengan kisah seorang wanita tua hadapai masaalah kentut.

Zakaria: Ha ha ha ... macam mana kena mengena dengan kentut pulak dok?

Dr Alias: Seorang wanita tua datang ke klinik komplen masalah kentut tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia rasa dia ada kentut sepuluh kali. Katanya, kentut dia tak berbunyi dan berbau.

Saleh: Ini mesti cerita baik ni.

Dr Alias: Doktor mendengar dengan teliti dan beri pompuan tu beberapa jenis pil yang perlu di ambil selama seminggu. Selepas itu datang berjumpa dengannya semula. Masuk seminggu dia datang semula dan komplen bau kentut terlalu busuk, tapi tak dengar bunyi.

Zakaria: Dah jadi gitu pulak.

Dr Alias: Sikit lagi. Ini ada mesej. Doktor tu jawab pompuan tua tu, "Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula."

Saleh, Zakaria: Ha ha ha ha .... (ketawa besar kedua-dua)

Saleh: Cantik cerita doktor.

Zakaria: Betul tu, betul. Nak selesaikan masaalah, kena tahu mana masaalahnya. Orang yang nak selesaikan mestilah orang yang tahu.

Dr Alias: Cerita ini supaya tak serius sangat kita sembang. Kadang-kadang kerajaan ingat masaalhnya kentut tapi sebenarnya masaalah hidung tak bau dan telinga pekak.

8 ulasan:

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum Seng,
Dah MOKTAMAD Ke cerita perempuan tu lepas Doktor bg jawapan nie hahahahhahaha...

Tanpa Nama berkata...

Saiffool mengalami masallah kentut beracun setelah diliwat oleh Al-Juburi.

kluangman berkata...

Walaupun selepas hidung dan telinganya pulih, kentut tu pun belum moktamad lagi, masih diperingkat kentut cadangan, masih diperingkat nak dapat pandangan rakyat baunya patut lebih busuk atau dah ok...

Tapi bila kentut tu 'terkuat' jangan pula puak UMNO ingat itu tanda 'serang' seperti ajakan Najib.

bRAVEhEART berkata...

Sin, rasanya kenalah pulihkan sikit lagi supaya kentut tu boleh di ejas dari segi bunyi dan baunya supaya boleh dilepaskan bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Kes pompuan tua tu ok lah, setidak-tidaknya dia sudah dapat membau..

jidin berkata...

hahahahahahahahhahahhahahahhahah

mie berkata...

moga diperbaiki segala sesuatu agar lebih sempurna. penambahbaikan adalah satu cara utk menjadikan apa pun sesuatu itu bertambaah sempurna walau sebenarnya tiada yg sempurna di dunia ini.., terdapat cacat cela dan terhad (limited)

Tanpa Nama berkata...

kuntuuuuuuuuut belakang mari

Tanpa Nama berkata...

salam pak usin,

masalah organ & urat sarap yg tak betui ni kena bagi pebetui. biaq pakar2 yg tau bidang masing2 buat kerja depa. jgn ada pulak yg percaya dgn bohmau!

lawakantararasa