Selasa, Ogos 10, 2010

Batin, pun batinlah ... Maaf, selamat berpuasa


Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar.
Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata:
"Amin.
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi:
Amin.
Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi:
Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya:
Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni."
Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi:
"Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu."
Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi:
"Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)
Menjelang bulan puasa yang dijangka tiba besuk, ana Husin Lempoyang, saudagar unta dari Cairo memohon maaf zahir dan batin.

Eh ... ana ada dosa batin ka sama ente semua? Ana ingat itu Anwar saja ada dosa batin sama Saiful la ...

Takpalah, batin pun batinlah. Maaf zahir dan batin.

Selamat berpuasa.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama2 kita Husin

Chua Jui Meng kena mintak maaf dengan Tuanku

Zahir saja kot. Batin dia busuk hati.

Produk D'uncang berkata...

sempena ramadhan mari sama2 kita berkempen dan tanamkan semangat bangsa DENGAN berbelanja ramadhan hanya pada peniAga bumiputera ISLAM sahaja. mudah2an dapat kita didik diri didik anak2 didik sedara mara didik rakan2 AGAR SEDAR kitalah yg bertqanggungjawab kpd bangsa kita.
JOM BELI!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ko jangan lupa puasa sin..niat dah ahafal belum ?

Tanpa Nama berkata...

husin..

sign tu semua dh ok..

tapi kena tambah sikit..

kalau utk anwar kena letak satu lagi.. gambar tak boleh membontot.

yg tu bukan haram utk bulan posa saj.. tapi sampai bila2..

bukan apa2 nak peringat kat dia saja.. mana nak tau lepas ramadhan kali ni dia berubah..

berubah2 jugak la.. tapi kes liwat saiful kena jalan jugak la..

armouris berkata...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

armouris berkata...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Husin,

Mu lebih hebat dari Pok Nik...Salam Ramadhan dari Ambo.


Nik Rahmah

Tanpa Nama berkata...

TUAN HUSIN AKU MOHON MAAF ZAHIR BATIN SEMPENA RAMADZAN INI, MANA TAU KUT KALAU ADA SALAH SILAP.

Yang Batin tu janagan silap faham pula maksud Batin ada lah apa yang di dalam hati..

Aminnn..