Rabu, Ogos 25, 2010

Bung rindu berbuka di rumah Mertua



Sebagai ahli parlimen untuk kawasan Kinabatangan, Sabah, Bung Mokhtar banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur ketika sesi Parlimen. Selain itu, dia juga memegang tugas sebagai Timbalan Presiden BN Backbencher Club.

Banyaklah masanya dihabiskan keseorangan dalam bilik hotel di Kuala Lumpur. Jauh dari keluarga - isteri dan anak. Bagi mengisi masa lapang, banyaklah Bung menerima pelbagai jemputan.

Satu hari dalam satu Majlis dia diperkenalkan dengan artis Zizie. Tengok artis siapa tidak minat? Zizie orangnya cantik, putih gebu dan montok. Ini buat abang Bung geram.

Untuk permulaan, Bung dapat cari sebab musabab untuk bersembang dan bergelak ketawa hingga pergi bersiar. Semua itu mudah untuk seorang ahli politik.

Tahu-tahulah orang politik pandai bercakap dan berhelah untuk ambilhati orang. Pandai berjenaka untuk mencuit hati seorang perawan.

Setelah lama dia merapati Zizie, jauh dari khalayak umum, mereka sudah mesra sebagai kawan. Hati Bung sudah tercuit. Dia tidak tahu reaksi Zizie.

Bung tahu dia sudah berumur, Zizie masih muda. Rambutnya sudah beruban. Macam-macam ubat sudah diguna sejak rapat dan mesra dengan Zizie, untuk dihitamkan rambut supaya nampak sepadan. Kalau sudah ada hajat, kenalah disuarakan.

Setiap kali bersiar-siar atau bersembang-sembang di talipon dengan Zizie, mulutnya tidak terkeluar hasrat hatinya. Lagi bila teringat anak isteri di Kinabatangan. Bagaimana caranya?

Suatu hari di bulan puasa, Bung menalipon Zizie.

Kring kring ...

"Hello."

"Zizie, ini Bung."

"Ehhh abang Bung ... lama tidak dengar. Bila datang Kuala Lumpur? I miss you," jawab Zizie dengan suara yang begitu riang dan ceria.

"Zizie buat apa?" Bung bertanya.

"Tak ada apa-apa. Tunggu nak berbuka.

"Abang Bung nak ajak Zizie berbuka di hotel mana? Bestnya ...!!!!"

Cepat saja Zizie meminta. Artis ... tak ada segan silu. Biasa mereka membaca langkah-langkah lelaki miang.

"Ishhh ... tak bolehlah di hotel. Di lihat orang bah." Bung berhati-hati.

"Kenapa si ... abang Bung ini malu ka kelihatan bersama dengan Zizie ... Yalah kita tak cantik macam Erra Fazira, Siti Nurhaliza ..."

Zizie menyerang perang psyop. Bung pun tahu. Dia menjawab, "Bukan itu. Tak mahu dijadikan gossip. Zizie bertambah popular bila ada gossip. Saya ahli politik. Gossip merosakkan."

"Datang sinilah! Kita buka sama-sama di rumah," Zizie ajak.

"Mak dia di Penang di rumah Akak. Abang bawa isteri berbuka dengan Mak Mertua. Zizie seorang saja," kata Zizie dengan suara manja bernada menjemput.

Idea sudah sampai dalam batu jemala Bung.

"Itulah saya ini selalu berjauhan. Kalau berbuka di rumah, saya selalu juga berbuka di rumah Mak Mertua...," tersekat mulut Bung nak teruskan.

"Hmmm ... Bung rindu masakan Mak Mertua?" Zizie membantu Bung menghabiskan ayat.

"Masakan Mak Mertua hanya di Sabah. Bukan orangnya sangat. Alangkah elok ada rumah Mak Mertua di Kuala Lumpur untuk tempat berbuka."

Dapat umpan Bung terkeluar.

Dihujung talipon sana, mata Zizie terbeliak. Satu tangannya menutup mulutnya keriangan.

"Zizie ... Zizie ... awak ada di sana."

"Ya Ya ada ..."

Bung sudah dapat signal dan petunjuk. Hati sudah suka sama suka.

Tidak lojik untuk buat cerita. Helah Bung ingin memikat Zizie kedalam sangkar untuk dapatkan Mak Mertua?

Banyak alasan orang nak kahwin lagi, tapi tak pernah kerana rindukan berbuka di rumah Mak Mertua.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai ... apa nasib kami orang bujang. Siti dan Zizie kahwin suami orang.

Bila Siti dan Zizie nak menjanda macam Erra dan Fauziah latif?

Tanpa Nama berkata...

kalu diorang ni menjanda aku pun teringin nak memohon jugak he....heee...he...

Sentiasa merindui berkata...

Husin

Aku pun sedih ... mak mertua dah lama mati.

Pak mertua dah lama tak ada. Tak ada lagi can nak dapat mak mertua baru.

Teringin aku nak dapatkan mak mertua ...

Itu yang aku dok cari satu lagi yang muda mak masih hidup.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,
cerita fasal pasal buka puasa tapi mesejnya buat buka nafsu syahwat.

Rascal

Tanpa Nama berkata...

ko terrer la sin...tapi yang paling lawak,aku baca satu tulisan dalam sebuah akhbar..peminat minta siti nasihat kris dayanti dalam masalahnya dengan suami orang?hahahahah statement ape tu weh?siti bagi nasihat kat kd pasal hubungan dengan suami orang ?memang kena sangat la

anti bohmau berkata...

salam,
hmm... sesetengah komen ni macam nak runtuhkan masjid yg telah dibina. tak baikla mcm ni bro. doakan rumahtangga dia orang kekal lebih afdhal la.. kan pak usin?

Tanpa Nama berkata...

Nice Information.. Thx for sharing this

information