
Kononnya Pakatan Rakyat mencapai hasrat untuk memerintah negara.
Buat sementara menunggu Anwar menghabiskan tempoh masa hukuman minima di Sungai Buloh Resort untuk peliwat dan penzina, Haji Hadi menjadi Perdana Menteri.
Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri dan banyaklah pemimpin DAP pegang jawatan Menteri. Tony Pua jadi Menteri Kewangan Ronnie Liu jadi Menteri Dalam Negeri. THeresa Kok manjadi Menteri Pertahanan. Lim Keng Yaik masuk DAP dan jadi Menteri Penerangan.
Mat Sabu pegang Menteri MOSTI. Dia terfikir nak meniru macam BN untuk hantar angkasawan.
Hadi setuju dan dia mahu buat program lagi hebat dari itu. Hadi arahkan MOSTI kaji kemungkinan untuk program hantar ke Marikh.
Dia bercadang untuk memanggil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat untuk jadi angkasawan. Ada sedikit risiko. Perjalanan ini makan masa beberapa tahun, maka ada kemungkinan mereka tidak akan kembali.
Calon pertama ia-lah Nizar Jamaluddin. Dia seorang engineer dan satu calun yang sangat sesuai.
Selepas dipujuk-pujuk, Nizar agak setuju. Semasa itu, Nizar tak ada kerja nak buat. Kerjaya politikny adah berakhir. Dia kalah di kawasan ADUNnya. DAP memrintah Perak tapi mereka letak Melayu DAP sebagai Menteri Besar.
Hadi tanya Nizar, berapa dia mahu.
"Sejuta" jawapnye.
"Kenapa banyak tu?"
"Saya nak sumbangkan untuk anak-anak yatim. Untuk keluarga , saya dah sapu masa 8 bulan jadi MB. Ini nak tebus dosa."
Calon seterusnya adalah Dr Hatta Ramli. Dia pun sesuai. Seorang doktor dan belajar sama dengan Anwar di MCKK. Nik Aziz masih terus memegang Kelantan selepas PRU tapi Hatta kalah di Kuala Krai.
Hadi tanya soalan yg serupa.
Mengenangkan Anwar lama lagi baru nak keluar, Hatta rasa baik dia ke Marikh. Dalam fikirannya, dia yakin dapat kembali dan akan kembali sebagai hero negara. Boleh naikkan populariti untuk cuba balik kerusi Kual Krai.
Dr Hatta jawap, "2 juta ringgit.
"Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yang sejuta lagi saya nak derma untuk kawasan dan diurus oleh keluarga saya. Ini jasa yang saya mahu diingati."
Dah panggil Jurutera dan Doktor, Hadi nak panggil pulak seorang peguam. Lalu Hadi panggil Dr Aziz Bari. Dulu masa kerajaan BN, dia berguna sebagai kaki bising. Pakatan naik, dia masih bising lagi macam-macam.
Lepas Hadi terangkan dan bertanya pandangannya. Hadi bocorkan kepada Dr Aziz bahwa dia akan pilih salah seorang antara Nizar, Dr Hatta Ramli dan Dr Aziz. Semua sanggup dan nyatakan berapa mereka mahu.
Lalu Hadi tanya, berapa pula dia mahu. Dr Aziz diam sebentar. Dia sedar dua yang lain adalah kumpulan Erdogan. Rasa macam Hadi guna program ini untuk nyahkan orang. Macam ada powerplay.
Dr Aziz Bari bisik ke telinga Haji Hadi.
"Tiga juta ringgit."
"Kenapa lagi banyak dari yang lain?" Hadi tanya.
"Letaklah jumlah yang lebih patut dan memadai."
Sebagai seorang terlatih dalam undang-undang Dr Aziz Bari menerangkan, "Tok Guru kasi saya 3 juta. Saya beri kamu sejuta. Sejuta saya ambil.
"Kemudian yang sejuta lagi tu, kita kasi Nizar. Biar dia saja pergi ke Marikh."