Jumaat, Februari 17, 2012

Kumpulan Yaasin Mak Datin


"Entahlah, saya pun tak tahulah apa nak buat dengan menantu saya seorang. Tak kuasalah saya nak tegur-tegur ... Saya pun dah tua, duduk seorang dan selalu sakit pulak," mengeluh Toh Puan Rokiah.

Setiap hari Jumaat, ketika orang lelaki pergi sembahyang Jumaat, Toh Puan dan rakan-rakannya Mak Datin-Mak Datin dan Puan Sri-Puan Srinya akan bersembahyang zohor bersama dan beribadat sampai ke waktu asar dipimpin oleh seorang Ustazah Maliha.

Acara kumpulan Yaasin mereka berbeza-beza tiap-tiap minggu. Kadangkala mereka mengaji, adakala buat yaasin dan tahlil, dan ada kala hanya mendengar tazkirah ustazah.

Dah tua-tua, inilah aktiviti mereka.

Kebanyakkan mereka ini janda dan dah banyak kurang majlis-majlis yang perlu dihadiri lagi. Banyaklah masa lapang mereka yang boleh diisi dengan ibadah. Oleh kerana mereka kebanyakkan duduk rumah berseorangan, inilah teman-teman mereka yang dapat mereka uahkan perasaan.

Hari itu, kawan-kawan memberitahu Toh Puan akan gossip yang diberitahu anak masing-masing tentang menantunya Datin Rahimah, isteri Dato Najmi. Selalunya mereka beritahu anak-anak bahawa mereka tidak percaya saja, kali ini mahu tanya sendiri mak mertuanya.

"Rahimah tu memang perempuan bercita-cita tinggi dan kuat semangat. Dia berpendidikan tinggi, ada Masters. Sebelum berhenti kerja, dia pengurus di sebuah syarikat. Jadi ... taklah macam perempuan suri rumah," terangkan Toh Puan.

"Betul tu Toh Puan, saya pun tak faham kenapa anak-anak saya komplen pasal dia selalu keluar di TV," sahut Puan Sri Fatimah.

"Memang ada dah tegur, tapi dia dah malas nak layan kata-kata orang. Baru-baru ini ada keluar akhabar dia sebut "orang dengki dan cemburu padanya.

"Entahlah orang sekarang ni tak macam kita dulu ... banyak nak kena jaga tingkah laku," kata Toh Puan.

"Arwah Tun dulu ... tak kasi dia saya campur sebarang orang dan cakap sesuka hati. Mata dia asyik jeling saja kalau ada tak kena dalam majlis. Saya pun takut nak buat lain dari baisa."

"Saya susah nak percaya Toh Puan, tapi betul ke Datin rahmah tu bershopping di Mekah sampai kedai arab di Zam Zam Tower tutup barang habis?" tanya Datin Asiah.

"Itulah ... saya pulak dengar Datin Rahmah beli selipar Jepun sampai RM30,000 sepasang," sampuk Puan Sri Sharifah.

Toh Puan cuba menerangkan, "Ada betul tetapi bukan perkara sebenar. Ada tu bukan dia punya tapi dihantar ke rumahnya saja. Cerita berbelanja ni ada yang ditokok tambah. Pernah dikatakan shopping sampai guna 6 kereta nak bawak barang. Sebenarnya 6 kereta kongsi guna sama-sama dan dua untuk semua luggage."

Tan Sri Fatimah sampuk, "Tapi puan-puan apa hal pun kita ni perempuan, terpulanglah kepada suami untuk membentuk."

"Eh Puan Sri ... tak baiklah cakap macam gitu terhadap Dato Najmi," Datin Atikah memberi pandangan.

"Maaf, bukan begitu maksud saya. Mungkin memang kehendak Dato Najmi mahukan isteri yang lebih "assertive and articulate". Dia mahu isterinya menjadi "her own woman" dan tidak ada masaalah untuk isterinya bercita-cita tinggi seperti Hillary Clinton," Puan Sri menerangkan.

"Saya bukan bermaksud apa, Pun Sri," Datin Atikah memberi pandangan.

"Takpe, kita kawan-kawan," Puan Sri menjawab.

"Saya harap jangan pula ada antara kita tersalah anggap Dato Najmi di queen control. Dia sangat popular dan tentu sekali pandangan negatif tidak baik buatnya," Ustazah Maliha mencelah.

"Saya rasa Toh Puan dan arwah Tun dah beri dia pendidikan pelajaran dan didikan yang baik hingga dia besar menjadi seorang gentleman. Apa yang dilakukan hanyalah menghormati orang yang lebih tua darinya ..."

Terdiam semua, tak tahu nak cakap. Yang faham, tersipu sendiri.

Tidak lama kemudian azan asar kedengaran ...

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menghormati yang lebih tua..ha ha ha makan dalam tu.....

Tanpa Nama berkata...

"canon punya canon".....arah mana kut duk tembak tu....

mamasita berkata...

Sedap cerpen..hehehe

Tanpa Nama berkata...

l;ang+sung+aju taj -paham0000

Tanpa Nama berkata...

Bagus punya tegur.

Tolong datin rahimah, dngarlah nasihat sedikit.

Kami nak menang pilihanraya. PR nak utamakan serangan ke arah kamu. Sikit2 dia orang tembak.

Isteri tan sri mahyuddin dia orang dah cuit.

Dengarlah cakap kami ...

Orang biasa sokong kerajaan

Si Kenit berkata...

Uncle Husin,

Siapa dia Datin R isteri Dato N, Mak mertua dia Nama R. Paling penting, dia mantan pengurusan dalam Korporat, lebih Muda banding dgn laki dan GILA SHOPPING!

Tak ramai tu........

Uncle miss satu point lagi: suka sangat tengok muka sendiri keluo TV, Hari Hari! Terutama kalau ada buat ucapan. Sampai call Pengarang Kalau story mengenai dia TV terlepas pandang.

Peminat MILF berkata...

Wa macam kenal sapa dato najmi dan datin rahimah.

Puan sri fatimah ru sapa?

Boleh kasi handphone datin atikah tu . . .

Saya memang minat mak janda.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lepas 'shit hit the fan' esok baru nak menyesal.
Siapa susah? aku dengan rakyat lain jugak yang susah.

Tak percaya tanya Imelda Marcos.

Pendekata berkata...

Selain dari gila shopping, Imelda Marcos pun Wanita Pertama. Berapa pasang kasut Datin R ada? Makin pendek senarai pendek ni.

Tuan Husin, Wow Ana setuju,

P/S: Keyword: 'PENDEK"

Si Kenit berkata...

Uncle,

Posting komen tadi ada silap; Datin R jauh lebih muda banding dgn Dato N.

Tambahan:

Datin R pun kuat melalak. Cam la Suara tu bagus. Org ramai terpaksa dengo SEBAB dia bini Dato N. Kalau ditanya majoriti yg TERPAKSA dengo Ayam Katek ni menanyi, ramai agaknya akan buat ulasan "MENYAMPAH".

Jangan bior orang ramai sampai tahap MELUAT......

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku selalu makan nasi itek, tapi hilang selera sejak selalu tengok berita.

Kaplataka berkata...

Salam Sin, Wa angkat topi la sama lu...

Tanpa Nama berkata...

kalau x paham juga memang nasib engkaulah.....

timun berkata...

Jangan sampai Datuk Najmi jual uban di kepala ya Datin Rahimah..,nanti "kepala" datuk botak licin...pelicin k y jelly x laris di pasaran nanti..

Tanpa Nama berkata...

dato' n kuat sembahyang tahajjud. tu pasal datin rahimah x leh mandram dia...

Aku rasa datin rahimah nilah nnti yg jadi punca tergoleknya dato' n nnt.

Tok Mudim berkata...

Datin Atikah : pendek kata la Toh Puan, kami ni jadi serba salah bila anak anak bukak cerita pasal Datin Rahimah.

Puan Sri Fatimah : Datin jangan lah guna ayat "pendek kata". sensitif tu. Dato Najmi pun sekarang dah tak berani guna ayat "pendek kata" bila cakap dalam tv.

Datin Atikah : kenapa pulak tak boleh ????

Puan Sri Fatimah : lembap la awak ni Datin.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Hj. Hussin, tolong nasihatkan Dato Najmi tu. Walaupun dia tu bersifat terlalu 'gentle' menghormati orang yang TUA LEBIH darinya tapi sebagai ketua keluarga wajib tegas!. Kalau orang kampung naik meluat dan pulaukan Dato' nanti, camno?. Kena cari kampung lain lah pulak. Tambahan pula dengar-dengar kabarnya dari Mak Datin-Mak Datin mereka baru saja menunaikan Haji. Oleh itu, Dato' Najmi WAJIB menasihatkan Datin Rahimah supaya menutup aurat. PENDEK kata si Datin ni panjang akalnya, hebat kelulusannya, luarbiasa kemahuannya. Udah-udahlah tu, ikuti jerlah Mak Mertua tu beribadat baca Yasiin tiap-tiap Jumaat (malamnya tak baca tak pe!). Insaflah sebelum Izrael datang memanggil. Kasut dan baju yang banyak tersimpan tidak akan dapat menolong malah tak perlu pakai kasut dan baju pun!!!. kain putih jerlah yang membalut tubuh.

Tanpa Nama berkata...

kadang2 aku kesian jugak nengok datin R nih tergedek2 jalan dengan sanggol besar baju ketat lengan sendat bontot tertonggek2 cam syok sendiri.. dok attend entah hapa2 funtion...perasan famous..ingat orang suka kat dia kut...habis laa dato N ku...

Tanpa Nama berkata...

Dalam maknanya tu Pak Hussin oi. Aku tergelak sendiri baca artikel ni. Pandai kau Hussin oi, tembak napuh tapi kena badak!!! Tapi apa pun, Datin R tu memang dah menyampah orang tengok, meluat heeeee uuwweekkk..

Tanpa Nama berkata...

setuju

low profile adalah jalan terbaik.
jangan nak kejar glamour aja.
dengar nasihat ni. sebelum orang naik muak , naik jelak dan naik benci. kesannya besar......

Tanpa Nama berkata...

Haji Usin,

Cerpeng satira mu taraf tinggi, tinggi lagi dari karya-karya A. Samad Janggut...adakah mu jelmaan, Samuel Backet, Thomas Mann, Dante....Hemingway

Nik Rahmoh

Unknown berkata...

wud.. wud.. berkias2..

Tanpa Nama berkata...

/
/
/
Salam Maal Hijrah Tuan Aji


Cantek punya nukilan. Satire pedas dan ngap ngap!!

Budaya hedonista yg diamalkan olih Mak datin R dan

budaya ' nike-hidup -nak-menang'

mesti dihentikan. Jika berterusan bankrap Mat Dato

nanti.



mat dato N kena hentikan sikap 'Nike-budaya -mesti menang' segera.

Sikap ini jelas di raut mukanya dan bila dibaca dek pengundi , mereka

akan meminta lebih dari yang mak Datin mintak!




Ingatlah Allah menolong orang yang menolong dirinya sendiri.

Menyimpan filosopi nike-hedonista hanya membawa kehancuran,


Belajarlah dari lessons hedonista terdulu -imelda marcos.


Percayalah label isleh aje dengan adegan group yassin

setiap jumaat tak dapat mengelakkan nahas - gagalist -4- umno !

Ianya tak lebih dari satu lakunan yang memualkan!



Ikut cita satu mak datin , ada group mak datin yang nanti mengaji di rumah

satu menteri kabinet-kononya belajar tajwid dengan ostat. Namun si jantan

dalam rumah ada dapat tomahan kononnya menuduri pria indonnya!


Inilah selera -tante girang , om senang...


Lagi satu gerombolan mak datin/p sri/ puan2 berkumpul di masjid kampong [bukan lama]

mengaji bagai nak rak - nakkan si anak jadi pee em.

Tuhan ajelah menentukan..



kita mat biasa-tengok dan lihat, kutuk dan sokong mengikut selera


khong khek khuat

.
.
.
.

datin rahimah berkata...

Ha Hj Usin

Awak mengata saya la tu.

Siap la awak kalau saya jumpa, saya piat piat unta awak tu.

Husin Lempoyang berkata...

Maaf datin

Saya maksudkan orang lain. Muahahaha ....