Isnin, Ogos 13, 2012

Mahfuz letih puasa



Sepanjang bulan Ramadan, Dato Mahfuz Omar banyak buat tazkirah di masjid dan surau. Pilihanraya nak dekat tapi tak tahu bila.

Ramai orang PAS dan PKR dah letih berkempen. Orang UMNO yang kurang berkempen pun letih dan tak sabar nak "get the election over." Kerja malas, nanti "over" kang?

Orang sekarang tak mai ceramah politik. Ramai yang di masjid dan surau. Kena Mahfuz masuk surau dan masjid dan pakai taktik tazkirah untuk selitkan kempen politik.

Dalam keletihan puasa, Mahfuz tetap ke sana kemari. Ketika perjalanan ke majlis sambil mendengar radio kereta, Mahfuz rasa terlalu lapar. Disuruh makan saja pasal lebih dua marhalah, dia tak mau.

Ahad, Ogos 12, 2012

Akhirnya pingat emas Olimpik untuk Malaysia


Acara: Lompat parti

Hehehe .... sumbangan pingat olimpik dari negeri Sabah pula.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta

Ahad, Julai 15, 2012

Bekalan air rendah sila jimat air


Hari Khamis lepas Husin pergi ke Forum Air pasal risaukan ternakan unta ana..

Baru Husin faham bahawa bekalan air di Lembah Klang sudah rendah dan kritikal. Loji Sungai Langat 2 perlu dibina sekarang tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu keluarkan development order.

Ianya bukan dibiayai oleh kerajaan negeri dan bukan menelan satu sen pun duit kerajaan negeri. Hanya untuk memastikan bekalan air cukup. Kerajaan negeri pun sudah komplen kata kilang dan pembangunan tidak dapat dijalankan sebab tidak cukup air


Sabtu, Julai 14, 2012

Dulu tilam, kini TALAM


Penasihat Ekonomi pandai elak jawab isu tilam, Menteri Besar lah yang jawab isu Talam.

Menteri Besar pula nak dapat khidmat 5 firma perakaunan.

Puh! Guna big 5 accounting firm baru tahu nak jawab?

Ini buat Husin hairan kenapa tidak boleh jawab. Macam mana pihak jemaah exco kerajaan negeri buat keputusan kalau tidak faham hingga tak terjawab? Takkan main ikut setuju tanpa tahu apa sebenarnya yang dipersetujui?

Isnin, Julai 09, 2012

Petua buat Betty

Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dsan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Betty Chiew sedang berhadapan dengan tekanan.

Macam-macam kisah timbul apabila suami kuat bekerja di pejabat menjalankan tanggungjawab.

Itu biasa saja. Tak perlu sampai baling ashtray hinga bertampal kepala suami.

Ingin Husin cadang supaya mencari petua dari yang sudah pernah melalui. 

Ahad, Julai 08, 2012

Perkhidmatan LCC

Menurut penggunaan biasa, LCC dimaksudkan ramai sebagai Low Cost Carrier atau Kapalterbang Kos Rendah.

Entahlah ... betulkah itu naik kapalterbang.


Jumaat, Julai 06, 2012

Aiyeah .. apa ini baling ashtray, nyonya!?


Kena kepala olang, kena tampal plaster di kepala. Wa cuma main lagu pasal itu pelangi atau orang putih kata rainbow.

Munyi manyak sedap. Rainbow manyak cantik ma ...!

Rabu, Julai 04, 2012

Pe.. pe.. perempuan takpe



Ketika sidang akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim, dia ditanya wartawan.

Wartawan: Adakah satu polisi kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang surat sokongan, Tan Sri?

Khalid:  Ya, memang .. memang ... begitulah. Kita tidak boleh teruskan amalan salah lagi korup yang dibawa oleh UMNO dalam pentadbiran. Sebelum ini parti DAP ada melucutkan jawatan seorang kounselar yang memberi mengeluarkan surat sokongan.

Wartawan: Tapi kenapa pula Exco yang terlibat tidak ambil tanggungjawab meletak jawatan.

Khalid: Ah... itu tak bolehlah. Mana boleh saya pecat Ronnie Liu.

Wartawan: Kenapa tak boleh?

Khalid: Takpa takpa ...lain soalan?

Sabtu, Jun 02, 2012

Nizar pulak gagap?


Di Perhimpunan PAS semalam di Stadium Alor Setar, Nizar kata "Perhimpunan ini petanda kejatuhan PAS disemua peringkat."

Teringat Husin kepada Tan Sri Khalid Ibrahim di PRK Ijok tahun 2007. Dia suruh orang undi BN. akhirnya BN yang menang.

Tidak tahu pula Nizar gagap. Mungkin dia sudah tergelincir lidah, tetapi nampaknya yang jelas adalah ini petanda kejatuhan Nizar di Pasir Panjang dan Bukit Gantang.

Situ kau ... teruskanlah dengan kegilaan dan ketidak maluan kamu.

Nampaknya kemungkinan juga belum masa BN jatuh di pilihanraya yang akan datang. Cuma jangan lupa dan berhati-hati Dato Najib kerana lepas Khalid kalah pada PRK tahun 2007, dia menang pada PRU 2008.

Wow! Biar jual unta, jangan sampai hilang kuasa.

Selasa, Mei 08, 2012

Shahrizat dan Shafie Apdal tanding di mana?


Hari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya.

"Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo."

"Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!"


Selasa, April 24, 2012

3 in 1

Nampaknya hari minggu ada perayaan hebat.

Tujuan adalah untuk tuntut pilihanraya yang bersih. Anihnya Husin lihat mereka tuntut 8 perkara yang sama dituntut dalam dua kali perhimpunan. SPR dah lakukan apa yang boleh dia lakukan. Perkara yang bukan kuasa mereka tentu tidak boleh dilakukan.

 Mungkin bukan 8 perkara yang mereka mahu sebenar, tapi Putrajaya yang arwah Fadzil Nor mahu jual yang diingini.

Bila sudah rasa tidak berupaya menang, maka mereka kasi negara huru hara dan kecuh tapi persalahkan UMNO dan kerajaan. Muga rakyat yang termakan dakyah akan marah dan undi mereka. Kalau tidak pun, rakyat ikut mereka buat huru hara sampai kuasa diberi mereka macam perompak ugut nak curi barang.  

Itu kisah kegilaan yang tiada hak untuk dapatkan nak kuasa.

Bermula dengan kisah mahasiswa (entah layakkah dipanggil demikian) yang pinjam tidak mahu bayar. Masa nak pakai wang masuk universiti, beriya-iya berbaris minta pinjaman. Dah dapat pinjaman, tak mahu bayar.

Alasannya adalah beban untuk bayar balik. PTPTN tahan mereka di Airport.

Kalau gagal dalam pelajaran, memanglah beban untuk bayar PTPTN. Sebelum ini sesiapa yang ambil pinjaman, semua kea bayar balik atau diikat kontrak kerja. Biasalah tak bayar Bank, mahkamah tahan passport dan airport tak kasi lepas. Kenapa dahulu peminjam?

Dalam dunia, tiada orang belajar Universiti free. Bagi yang berupaya, salahkan Mah Bapak pasal apa tidak menabung? Sebenarnya budak-budak ini nak jadi aktivis tapi tak tahu apa nak diperjuangkan.

Habislah kisah yang kalut.

Ada pula yang mahu ikut sama pasal pada bulan November mereka tidak dapat berhimpun. Malu Husin nak sebut tapi mereka nak berhimpun untuk hak menjadi Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual. Mereka mahu keluar dari almari dan dedahkan diri mereka sebagai LGBT.

Kebiasaan manusia, orang lelaki tertarik kepada perempuan dan perempuan tertarik kepada lelaki. Mereka ini lain pula. Lesbian adalah perempuan yang tertarik kepada sesama jantina perempuan. Gay adalah lelaki yang suka sama lelaki. Bisexual pula suka kedua-dua. Akhir sekali, Transexual adalah yang suka hidup macam jantina yang lain dari jantina mereka, selalunya lelaki mahu jadi perempuan.  

Ini kisah mereka keliru kerana mahu hidup luar tabii, menentang fitrah tuhan dan tidak ikut maqasid menjaga keturunan.

Sama-sama mereka akan berhimpun demi kuasa, kalut dan keliru. 3 in 1 k.

Wow! Ana pun suka 3-1 juga tapi 3 in 1 coffee.

Khamis, April 19, 2012

Ditahan polis trafik


Pesuruhjaya SPRM, Dato Abu Kassim Mohamad orangnya tegas dan salah cakap, memang kena hentam. Macam gitulah jeneral yang boleh perangi rasuah. Tapi dia pun boleh berseluruh.

Lepas istiadat ambil pingat di Istana Pahang, Dato Abu Kassim, Dato Zaini Utusan dan Encik Azizan Omar bersembang kosong sambil minum air. 


Dato Zaini menceritakan kisahnya ditahan polis.

"Dato, semalam dalam perjalanan balik dari Fraser's Hill, saya kena tahan polis dekat nak sampai Tanjung Malim's tol plaza. Jalan lurus tapi ada double line. Satu lori bergerak slow sangat. Saya pun potong. Tak jauh dari situ, kena tahan polis."

Dato Abu Kassim tanya, "Kena saman, tak?"

"Saya park kat tepi, turunkan cermin dan tunggu polis datang. Polis datang dan dia cakap, "Cik potong double line tadi. Ni cakap dengan sarjan saya. Sarjan datang. Saya mengaku potong double line pasal lori depan slow sangat. Sepanjang masa saya senyum saja."

Azizan tanya, "Kena tidak?"

"Polis tu dok cakap awak bawak Mercedes, kereta ini laju. Saya jawab dengan senyum dan dengan rupa rasa bersalah memohon maaf. Saya tak bawak laju dan merbahaya. Saya hanya potong lori yang terlalu perlahan. Akhirnya dia kata lepas."

Azizan pun menceritakan kisahnya pula.

"Betullah Dato, polis trafik kalau tahan kita janganlah melawan atau kasar. Saya tahu ramai wanita kalau kena tahan, mereka panik dan menangis. Polis tidak sampai hati dan lepas."

Dato Abu Kassim hairan, " Sampai menangis?"

"Tapi saya ada cerita menarik pasal kena tahan. Satu hari itu, saya ditahan depan Hotel Istana, Jalan raja Chulan. Polistu mintak IC dan lesen memandu. Saya pun kasilah apa yang ada. Heran lama dia belek-belek kad tapi tak tulis-tulis saman."

Dato Zaini tertanya, "Kad apa hang bagi tu?"

"Polis tu pulangkan dan berkata 'Encik,ini kad ATM RHB, takde no.IC!!!' Aku tersenyum,dia pun tersenyum ...dahlah Encik jalan la, saya beri peringatan aje.. Lepas ..."

Ketawa Dato Abu Kassim dan Dato Zaini.

"Nasib baik kau orang aku bukan polis trafik," kata Dato Abu. 

"Kalau akulah polis trafik, aku tetap saman kau orang. terutama kamu Dato Zaini. Memotong di dua garisan kembar adalah salah di sisi undang-akta akta keselamatan jalan raya. Jika didapati bersalah boleh didenda sehingga RM300.00."

Muncung saja Dato Zaini kena tegur maam gitu.

"Kalau saya tak kasi IC, saya akan caj bawah Penal Code kerana enggan bekerjasa dengan pegawai perkidmatan awam. Berat tau ..."

Macam pula Encik Azizan. 

"Jadi kalau memandu perlu sabar. Ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan. Lori tetap lori. Bila dia bawa muatan mesti lah slow punya.

"Kalau aku jadi kamu Dato Zaini, aku pun potong juga lori ...."

Berdekah-dekah Dato Zaini ketawa.

Rabu, April 18, 2012

Dua tiga minggu menunggu surat saman

Husin tertanya apa pasal banyak sekali isu-isu baru yang mengarut seperti Lynas, RAPID Pengerang, Vale, PTPTN dll.

Rupanya, nak alih pandang dari pada surat saman yang sudah dua tiga minggu tak kunjung tiba. Baca MyKMU sini

Entah-entah mengumpul sokongan. Baca MIM sini

Wow! Jangan dijual dan terjual

Isnin, April 16, 2012

Kenapa Khalid tersengih?


YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato Noh Omar bersama dalam program Sime Darby untuk Majlis Pelancaran Kompleks perumahan dan Pengurusan Ladang Tennamaram, Kuala Selangor.

Ketika Majlis, kawan Husin terdengar Khalid menyebut ,"Janganlah camtu." Eh ... mana Khalid sebut macam gitu. Dia mesti kata, "Ja.. ja ... ja .. jangan ma .. ma .. macam tu."

Apa yang Dato Noh telah usik dan disambut PM hingga Khalid menyebut janganlah dengan tersengih?

Husin rasa perbualannya macam gini:
Dato Noh: Apa kata kita kasi pada blogger-blogger kita, Dato Seri?

T. S. Khalid: Ja .. ja .. ja .. jangan la ma .. ma .. macam tu.

Dato Najib: Tengoklah ... (sambil tersenyum)
Apa pula pembaca-pembaca agak perbualan mereka?

Jumaat, April 13, 2012

Pak Pandir, Anwar dan Taik

Suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik dalam perjalanan pulang ke rumah. Di tengah perjalanan, dia terjumpa seketul taik yang masih panas.

Dia keliru sama ada betul ke bende yang dia jumpe itu seketul taik.

Lalu Pak Pandir ambil keputusan untuk menguji sampel najis tersebut. Dia lihat dekat-dekat dan berkata, "Hmmm ... bentuk macam taik ..."

Lalu dipegang taik tu. "Eh ... lembik macam taik."

Lepas di hidu. "Bau macam taik," kata Pak Pandir.

Itu pun dia masih ragu.

Akhirnya Pak Pandir menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit, "MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Itu Pak Pandir.

Yang dah tahu murtad itu sebesar-besar dosa, boleh pula anggap usaha selamatkan akidah dari murtad, liberalisme dan pluralisme itu jijik.


Hairan, bab LGBT boleh disokong tanpa fikir panjang.


Sahlah dia dah lihat dekat-dekat, dah pegang lembik-lembik, dah bau dan jilat. Itu yang mudah dan cepat dia sokong.

Wow! Unta pun tahu jijik.



* Untuk keterangan lebih panjang, sila baca AIDC sini. Laman web yang laporkan itu bukan media perdana ye ... huhuhu .

Khamis, April 12, 2012

Biar beta tunjukkan ...


... camnilah carha cium keris.

Lepas cium, hang tak payah nak maaf, maaf.

Ini adat kita ... apa depa nak sibuk. Depa mai sini kena hurmat skit dan ikut adat dan budaya tempatan.

Tak mau, carilah tempat lain yang sesuai. Apa pulak kita yang kena ikut cakap depa!

Rabu, April 11, 2012

Lari Guan Eng, Lari ...tsunami mali


... aiyoo, wa tahu lu Ketua Menteri manyak lansi. Lu ingat lu manyak kuat mahu lawan tsunami ka ...

-------------------------

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

SUMBER STATUS FB TSUNAMI ALERT :

Amaran Tsunami untuk lautan Hindi. Lokasi pertama tsunami akan tiba: Banda Aceh (beberapa minit lagi)

Lokasi lain seperti di Myanmar, India, Thailand, Sri Lanka juga akan dilanggar dalam beberapa jam lagi. - CNN

Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.

-------------------------

E-|nfo@DRI

Gegaran kedua dirasai sebentar tadi di beberapa negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia susulan gempa bumi 8.9 magnitud di Bandar Aceh.

-------------------------

Assalam,

Phuket hit by tsunami, second tremor felt in Kedah Penang, estimate 6M wave to reach shore of PEN LGK 2100, PD at 0200 tonight.

Tell family and frens.

Red alert

Sila ke sini

Ahad, April 08, 2012

Husyyy ... rahsia ni


Kononnya nilah analisa rahsia maut PKR ...


Mestilah Pakatan Rakyat menang.

Cina 77% disemua negeri. Hmmm.... India 40%. Hehehe ...


Kah kah kah ... PKR paling banyak kerusi. Anwar lah Perdana Menteri. Reformasi reformasi ...

Khamis, April 05, 2012

Pengemis di luar kampus


Ditepi Unisel, aktivis mahasiswa Adam Adli terjumpa seorang pengemis tua di tepi gate kampus. Dia bertemunya dan ajak berbual-bual.

Adam Adli: Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis: Ya... lebih kurang sudah 8 tahun, nak

Adam Adli: Wah, sudah lama juga ya pakcik... kenapalah kerajaan BN tidak tolong orang macam Pakcik. Sehari biasanya dapat berapa pakcik?"

Pengemis: Paling sedikit RM 50.00 nak ...

Adam Adli: Banyak juga ya pakcik

Pengemis: Bolehlah tahan ... untuk sara kami sekeluarga ...

Adam Adli: Ehhhh ... keluarga ada berapa?

Pengemis: Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di UPM di Selangor, yang kedua ada di sini Unisel dan yang ketiga pun di UiTM Shah Alam

Adam Adli: Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr ...

Pengemis: Alhamdulillah ...

Adam Adli: Dapat bantuan PTPTN, pakcik? Kalau dapat, kami nak buat himpunan untuk tuntut tak payah bayar dan biar percuma. Anwar Ibrahim dah janji

Pengemis: Buat apa PTPTN. Itu kerajaan pusat punya. Kami tolak pasal dari kerajaan negeri Selangor yang Anwar jadi Penasihat dan kerajaan negeri dah janji macam-macam untuk penuntut anak Selangor.

Adam Adli: Itu kalau kami berjaya ambilalih kerajaan pusat. Sementara itu macam mana anak pakcik nak pergi kuliah?

Pengemis: "Tak kuliah pun ...semuanya ikut mengemis tepi Universiti seperti pakcik sementara menunggu janji dikota ... Kau pun kalau tak tahu nak belajar dan asyik berdemo, berpolitik pun akan akhirnya jadi sama macam aku

Adam Adli: (Ternganga)

Rabu, April 04, 2012

Kek mano kau nak sulo tu, Nuar


Yo lah! Sulo kek bawah ko, atau kek blakang?

Nak jugo den tau. Dah tu ... kau nak sulo guno apo plak? Buloh atau daging?

Hai ... Ngori den nyebut daging.

Tapi bulu roma den naik bilo kau kato, "Saya kalau pegang amanah ...."

Amanah camna tu, Nuar. Macam ni ko? Atau macam tu.

Jobo lah, ekau!