Sabtu, Mac 15, 2014

Doa Cikgu Man Pen buat MH370


MH 370 tiba-tiba hilang,
Dari radar menara di Sepang,
Berdoalah kita malam dan siang,
Setiap waktu, lepas sembahyang.
Ya Allah, kami cuba terus mencuba,
Teknologi terkini yang kami ada.
Hanya KAU yang MAHA KUASA,  
Memberi petunjuk kadar segera.

Ya Allah hanya KAU MAHA MENGETAHUI,
Apa yang sedang kami mencari,
Makbullah doa harapan kami,
Semua mereka pulang ke famili.

Musibah Allah jangan dipersenda,
Dijadikan bahan gelak ketawa,
Balasan Allah amatlah seksa,
Badan gemok boleh tinggal rangka.

Ya Allah hanya KAU kami SEMBAH,
Ya Allah hanya KAU kami BERSERAH,
Berkat doa LA ILAHA ILLALLAH
Nabi Mohamad pesuruh Allah.  

Ismail Yaacob
Kuah, Pulau Langkawi
Mac 13, 2014

2 ulasan:

Awanama berkata...

Bagus

jebat berkata...


Salam Takzim , Tuan Haji,

Maaf, saya tumpang tanya,
Ada sesiapa yang tahu, mana
hilang nya Datu' A. Kadir Jasin ?

Blog akhir nya yang saya jumpai bertarikh 28 Januari 2014. Leas tu hilang tak dapat di kesan, Macam MH 370.

Siapa yang tahu, tolong beri maklumat.

Tarima kasih.



SEPUPU DATUK KADIR JASIN.