Jumaat, Mac 14, 2008

Harap Khalid Ibrahim Tidak Gagap dan Lupa Kira-Kira


Tan Sri Ibrahim menerima watikah sebagai Menteri Besar. Husin harap dia tidak tersasul dalam ucapan untuk menyatakan Barisan Nasional memerintah Selangor. Kononnya sekarang Barisan Rakyat memerintah - PKR, DAP dan PAS.

Walaupun Lim Kit Siang kata mana ada Barisan Rakyat, dia masih belum sedar dia sudah memerintah di peringkat negeri. Sudah terbiasa perlu sentiasa bergaduh dan cari pasal sebagai pembangkang, tak payahlah ikut si tua. Dia belum bangun.

Harapnya Tan Sri bukan saja tidak tersasul dan tergagap, tetapi masih tahu kira mengira. Jangan salah kira peratusan rakyat Selangor yang mana 52.9% Melayu, 27.8% Cina India 13.3% dan lain-lain selebihnya 6%.

Keluasan kawasan Melayu itu tidak perlu diceritakan lagi kerana fahamlah kebanyakkan bukan Melayu hanya di bandar-bandar utama.

Tidak boleh salah anggap pengundi bandar bukan Melayu itu banyak sangat. Dari 4,850,000 rakyat Selangor, pendudok kawasan Petaling Jaya hanyalah 550,000. Ada bandar-bandar utama dalam Selangor macam Shah Alam (500,000), Klang (995,000) dan Subang Jaya (400,000) bukanlah majoriti bukan Melayu.

Janganlah ada satu parti ingat dia dah sampai ke bulan boleh hendak kuasai semua kerusi exco. Walaupun Keadilan menang 15 kerusi, DAP 13 dan PAS 8, Barisan Nasional masih pegang ada 20 kerusi. DAP kebanyakan Cina dan PAS semua Melayu. Dalam Keadilan dan Barisan ada campur-campur.

Orang undi Barisan Rakyat bukan kerana manifesto tetapi pasal marahkan Dolah dan Kerry, dan ada bahalol yang bentes pasukan sendiri. Fahamkan orang di bawah. Janganlah Tan Sri tersasul, tergagap dan tersalah kira.

Kalau Tan Sri ingat Manifesto awak banyak cantik, kita boleh pasang balik dinding. Opps ... ini cerita P Ramlee, Masam Masam Manis. Namun, Husin Lempoyang akan pakai air sedikit sedikit, kad-dang kad-dang, dan jarang jarang kerana percuma percuma ... hehehe.

Bagus Barisan Rakyat yang sayang rakyat. Husin akan kaji janji mereka dalam Manifesto supaya menjimatkan wang dan mengurangkan beban. Kalau mansuhkan cukai pintu dan tanah tentu lagi baik. Apa di sebut tu, mesra rakyat.

Wow! Sekarang Husin Lempoyang nak jual pembangkang pulak. Masih lagi untung jual orang dari jual untakah?

P/S Ini depan rumah Husin ada pokok banyak busar. Tan Sri bole kasi tahu isteri Manoharan untuk panggil kawan-kawan dia kasi bina itu kicik saja tapi lama2 boleh busar juga. Jangan marah orang PAS, nanti kena jual ....

6 ulasan:

bzz berkata...

Husin,

Saya rasa itu Lato ada kata dlm hati,
"suksesss... suksess..."

badang berkata...

Jangan pulak...


"Yaaa..cukup puas hati..puas hati..
halamak!!"

Tanpa Nama berkata...

tue lato mesti manyak suke lor, Aiyooo gue suak jadik MB lor manyak harta same duit lor...

Tanpa Nama berkata...

Relekslah Hussin Lempoyang. Janganlah negatif sangat.

Tanpa Nama berkata...

Camne ni Husin..lain macam pulak bunyi nada you tu..

sniper berkata...

dah ramai sangat yang gila talak skrg nih..tu yang merapu tak tentu arah.. start pagi 9 mac hari tu lagi dah ramai gila talak ..bukan takat um no, bloggers pun sama ..