Khamis, Disember 10, 2009

Kenapa pihak Thailand sedia bina Jambatan Persahabatan dengan Malaysia?


Semalam kita sudah bina sebuah jambatan dengan Siam yang dibina Jambatan Persahabatan. Dengan terbina jambatan ini, bertambah rapat kerjasama antara Siam khususnya rakan serumpun kita dengan Malaysa.

Kita sedia tahu pihak Thai satu masa dahulu agak kurang senang untuk buat kerjasama sedemikian dengan Malaysia sebab isu keselamatan di Selatan. Sebabnya mereka sedar lebih banyak manafaat berbaik dengan Malaysia dari berbaik dengan Singapura.

Kehadhiran Singapura di Selatan Siam banyak membuat sialan. Mereka adalah batu api yang mengkucar kacirkan kawasan itu dan dalang kepada satu kerja jahat. Mereka tak ambil iktibar dari perangai kiasu orang Singapura yang suka memperkecil-kecilkan orang lain.

Kerajaan Thai patut sudah sedar dari dahulu kerana ada satu peristiwa berlaku semasa Makan Malam antara PM Singapura dulu, Lee Kuan Yew dengan Raja Siam dalam satu lawatan rasmi Lee Kuan Yew ke Thailand.

Masa Makan Malamn itu, hidangan pertama adalah udang. Selepas makan udang, Lee Kuan Yew bertanya pada Raja Siam apa orang Thai buat dengan kulit udang lepas dimakan?

Raja Siam jawab, "Kami tak buat apa-apa. Kami buang saja."

Lee Kuan Yew nak tunjuk pandai dan terbiasa suka menjatuhkan orang menerangkan, "Ooo ... kat Singapore, kami recycle kulit udang jadi keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand."

Baiklah, lepas mereka makan limau pula. Lee Kuan Yew tanya lagi, "Lepas makan limau, apa orang Thai buat dengan kulit limau?"

Raja Siam jawab yang sama, "Kami tak buat apa, kami buang aje."

Lee Kuan Yew sekali lagi memberitahu, "Ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik jus limau. Lepas tu kami eksport ke Thailand."

Kemudian tu pelayan membawa keluar chewing gum.

Bagai dijangka, Lee Kuan Yew bertanya soalan sama, "Apa orang Thai buat dengan chewing gum yang dah dimakan??"

Dia menjawab, "Kami tak buat apa, kami buang aje.

Lee Kuan Yew kata sama lagi, "Ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom. Lepas tu kami eksport ke Thailand."

Setelah berkali-kali Lee Kuan Yew menunjukan kiasunya suka menjatuh-jatuhkan Thailand, ini bola tanggung yang ditunggu oleh Raja Thai.

Raja Thai nak kenakan dia balik. Lalu ditanya, "Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?"

Lee Kuan Yew jawab, "Kami tak buat apa. Kami buang aje."

Raja Siam jawab, "Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum. Lepas tu kami eksport ke Singapore."

Terus merah padam muka Lee Kuan Yew macam sotong bakar. Itu yang chewing gum di ban di Singapura. Raja Thai memperjuangkan pembangunan sektor pertanian Thailand.

Kita pula leka juga sampai ada "idea saya" oleh Sadiq Sigaraga. Baik tutup Iskandar Malaysia. Nanti kita-kita semua kena jual macam Sadiq Sigaraga.


* Jenaka dari cik mek molek ni

15 ulasan:

Dr.Sid berkata...

siddiq sepakraga kata: brilliant!

Amran berkata...

punyalah auta saudagar leher panjang dari jambatan persahabatan, ke raja thailand, ke lee kuan yew, ke chewing gum, ke iskandar, ke sadiq sigaraga kena jual.

husin lempoyang spin maestro.

ada message ... hehehe

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
kluangman berkata...

Agaknya apa saolan yang LKY tanya pada Nik Aziz hinggakan pok nik tunjuk ibu jari tanda bagus...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
abunawaz berkata...

Nampaknya Lim Kuan Yew kena servis
kuda tekong Siam tak terjawab ....kah...kah...kah
Bilakah agaknya Malaysia nak rebut kembali pingat emas acara sepak takraw sukan sea...?

Rudy berkata...

Nik Aziz "kacang Ngan Yin" moment... mahal tuh!

azienmat berkata...

brilliant!!

Tanpa Nama berkata...

Orang botak 1 : Kenapa saya botak depan?
Doktor: Sebabb awak banyak INGAT.

Orang botak 2: Kenapa saya botak belakang?
Doktor: Sebab awak PANDAI.

Orang botak 3: Kenapa saya botak depan dan belakanng?
Doktor: Sebabb awak ingat awak pandai.

JIN TANA.

cucu mamak kutty, berkata...

cerita ni kisah lee k yu dgn raja siam tapi yg kau org semua pi kaitkan dgn tokguru nik aziz apa hal pulak,aku ingat kau org ni memang gila mcm husin lempoyang,baik kau org makan chewing gum yg di recycle oleh raja thai,kau beri kat husin lempoyang cehwing gum tu sikit,biau dia makan sama2 dgn kau org......kah kah kah kondom ..kondom....kondom cehwing gum

Tanpa Nama berkata...

2-1 malaysia vs thai

najib pergi thailand

terima kasih pm

Tanpa Nama berkata...

MB negri sembilan mat hassan cukup hebat. terbaca dalam suratkhabar baru ni dia kata dia tak tahu undang-undang bahawa salah pakai money changer hantar rm10juta ke london.

Tak sangka kita ada menteri besar yang bodoh-bodoh dalam malaysia ini. rupanya kita selama ini dipimpin oleh mb bodoh.

dengar cerita mat hassan pernah jadi manager maybank di london pada satu masa dulu. maka maybank nampaknya dapat mb bodoh. tak tau undang2.

najib pula entah apa dia buat. buat pekak badak saja. lama-lama umno jadi badak berendam.

ORE NOGORI

Tanpa Nama berkata...

ore negeri,
klu mb bodoh, rakyatnya lagi bodoh..mcm kau

mohamed berkata...

Kluangman
Agaknya soalan LKY kat Nik Aziz, macam ni. "Bagaimana program kita menghancurkan UMNO?"

Nik Aziz "Bagus!"

mohamed