Isnin, Disember 28, 2009

Musa Hasan dan Gani Patail memancing di San Diego


Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara dijemput untuk mewakili negara dalam satu Persidangan Penguatkuasa Undang-undang Sedunia (World Law Enforcement Conference (WOLEC)) di San Diego California.

Jemputan ini memang satu penghormatan bagi Malaysia. Selain membincangkan isu-isu semasa dalam hal-hal penguatkausa undang-undang, WOLEC juga merupakan usaha untuk mengiratkan kerjasama dan membina rangkaian antara penguatkuasa-penguatkuasa sedunia. Adalah acara-acara lain dari persidangan yang diadakan.

San Diego merupakan bandaraya di Selatan California di mana banyak kapal-kapal santai. Ia terkenal dengan kegiatan sukan mengail (sportfishing). WOLEC aturkan kepada peserta untuk naik bot-bot untuk mengail ke tengah laut (deepsea fishing).

Musa Hasan dan Gani Patail telah diatur untuk memancing dengan Pengarah FBI dan Legal Department dari Washington. Baguslah untuk Malaysia buat jaringan dengan penyiasat-penyiasat hebat.

Kedua Pengarah American ini memang kaki memancing. Sampai-sampai ke tengah mereka tak sabar-sabar dan terus memancing. Tak lama sudah dapat ikan Garoupa, Swordsfish dan Tuna. Semua besar-besar belaka. Sampai setinggi orang.

Musa Hasan puji, "Congratulations. That's a big catch you've got."

Pengarah FBI jawab, "It is quite normal. We only go for the big fish and get them."

Pahamlah Musa Hasan mereka sedang cakap besar.

Dia tak mahu malukan Malaysia dan mula memancing. Bersemangat dia nak dapatkan ikan besar.

Lepas satu jam, dia banyak dapat ikan. Saiz ikan tak setanding ikan yang ditangkap Mat Salleh berdua. Paling besar pun besar ikan siakap Malaysia. Kecewa dia. Harapkan kat Gani Patail.

Cara Gani Patail memancing pelik. Asal nampak sekumpulan ikan besar dalam air, dia akan keluarkan mata kail dari air. Pasal mereka memacing dia tengah laut, ikan besar-besar saja. Tak ada ikan yang ditangkap.

Mat Salleh dua kesian pada GHani dan cadangkan mungkiin dia mahu pindah tempat. Gani minta cari tempat yang dekat sedikit pantai. Sampai satu tempat dia minta berhenti. Cepat-cepat dia pancing. Banyak betul dia dapat tapi ikan kecik-kecik.

Baru Musa Hasan tahu, Gani Patail hanya nak pancing ikan bilis saja.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe ... baik punya cerita.

Tok Najib dah tak mahu si Gani setahil tapi awat masih dok simpan.

Nuisance lah dia tu.

-Kerani Loyar-

Oghang Ghombau berkata...

KJ tu ikan paus.

Kenapa Ahmad Said dan Gani Setahil tak buat apa2?

Bunyi2 kata KJ akan dilantik Timbalan menteri.

Naik dia Menteri, aku keluar UMNO.

Ramai orang dah cakap nak keluar.

Tanpa Nama berkata...

he..he..he...

Ikan nama "Theresa Cock Ketuk Ketampi", "LGE U the murderer", "Gerakan bring back Chin Peng", "RPK do away with Raja", "DAPigs oink-oink" tu lebih besar dari "Ikan Kepala Lembu Shah Alam" ke?

Aku bukan pemancing daa!! sebab tu nak tanya ni!

pak jamil tongkol berkata...

ala...pak gani pun tahu jual org lebih untung dari jual unta...tak mainla pancing2 ni...buang masa

General Isketambola berkata...

kalau husin lempoyang dah balun gani pak setahil, ada lah benda tak kena.

betul juga, nyaris kacau kes anwar al juburi wal liwati min sodomi.

Wa rasa dia byk cover perasuah. ini yg susah gomen nak benteras korupsi.

Jet enjin pun dua kali dia hantar balik kes. siapa dia cover bro?

matdeboq berkata...

Tangkap ikang keceik-keceik tu hak deme nak buat umpan, utk nak tangkap ikang-ikang besaur..!!

Kekadang hok ikang besar-besar ni, memilih umpan-umpan..!! Deme selalu nya berselera lain atau 'taste'nya berbeza tak same dgn ikang2 keceik...!

qunang² berkata...

bukan ana tak mau masuk Pakatan Rakyat,
tapi ana berasa gayat,
takut terkalah dengan DAP punya ayat,
takut dihukum bila jadi mayat.

Ana dok pikir jugak nak masuk PAS,
Supaya duit rasuah (haji?) ana boleh kebas,
Pungkoq Anwar pun senang nak balas,
Tapi ana takut terbabas!

Terpikir pulak nak masuk keadilan,
Setakat rasuah dah soheh boleh telan,
Tapi kena la masuk pelan-pelan (sakit?),
kalau kuat-kuat takut mengkelan.

DAP kekal kuat walau semua parti tenat,
Tapi memang DAP aku tak minat,
Muslim sokong DAP semua pengkhianat,
Sembahyang tungging terbalik hanya cari penat!

Melayu dalam Pakatan Rakyat semua otak belanga,
Asyik² ikut Ngeh dan tunduk pada Nga,
Depa dok sengeh, hangpa semua nganga,
Baru nak bersuara sikit, Anwar pulak naik singa.

28/12/2009

Tanpa Nama berkata...

demokrasi konon

Tanpa Nama berkata...

Depa nie tangkap ikan kocik aje.Ikan besar depa takut nak rapat pasai ikan besaq nak telan depa balik

Tanpa Nama berkata...

kalu ikan paos mana leh tangkap dengan pancing..kene tembak pakai harpoon..pastu taruk letrik..cam aku tgk kat animal planet..hekhekhek...nak "tembak" ke?heheheh


-redazun

Sang Guna berkata...

nak pancing2 susah sgt, pasang aje pukat tunda semua sangkut, kecik besau, masa tu yg tak nak lepaskan le blk, yg penting dapat tangkap semua.
Tapi apa2 pun bergantung pada pemancing tu jugak klu dia sengaja tak nak tangkap, masa tu le pemancing tu patut dibuangkan aje ke laut.