Rabu, Disember 30, 2009
Menghadapi iklim perniagaan yang lembab
Tiga orang kawan - Rahim, Husni dan Atan - bertemu untuk minum teh tarik. Lama dah tak jumpa. Banyaklah ingin dibualkan.
Duduk saja, Rahim mula menceritakan masaalah perniagaannya.
"Aku teruklah tahun ni. Berniaga tahun ni tak menjadi langsung," rungut Rahim.
"Nak dapat kontrak susah. Dapat payment susah. Akhir-akhir ni, nak dapat kontrak pun susah. Gaji pekerja jalan."
"Itulah kamu. Dah baik-baik ada kerja Vice President, kau pegi ambil VSS," Husni mencelah.
"Yalah mana aku tahu ekonomi macam ini," terang si Rahim.
Atan menghentikan perbualan sebelum jadi panas untuk panggil pelayan untuk order air dan makanan. Dia peka orangnya. Tak suka kawan gaduh-gaduh sesama sendiri. Padahal tak ada benda. Selalunya dia suka melawak untuk memecahkan ketegangan.
Pelayan sampai dan masing-masing air dan makanan.
"Cari makan ni tak boleh salah-salahkan orang," Atan masuk cerita.
"Semua kena usaha dan cari jalan. agak-agak tak menjadi, tukar plan."
"Kau macam mana Atan tahun ni?" tanya Rahim.
"Aku okayyyy.... In fact, this year turn out to be very well for me." Atan jawab.
"Biar betul kau ni. Setahu semua tender kau masuk awal tahun tak berjaya. Kontrak gamen yang kau ada hari tu pun payment susah," Husni mencelah.
Dia tahu Atan ni salesman dan optimis selain seorang suka jenaka.
"Aku dah jumpa jawapan pada semua masaalah ni. Kita kena guna probability dalam berniaga."
"Macam mana tu, Atan?" Rahim bertanya.
Macam biasa dia kaki panik. Tak sabar-sabar.
"Aku kira-kira jadi kontraktor kan. Nak dapat kontrak kira zero probability.
"Rugi aku bikin kontrak. Jadi aku melabur dalam business yang lebih tinggi probability. Tahun ni aku dah untung kat RM200,000."
"Mana bizness? Cakap aku, cakap aku," Rahim naik tak sabar.
"Yalah terangkanlah," Husni ingin tahu. Dia agak skeptik. Pasal setahu dia dah tak ada sektor bizness yang ada daya maju sekarang.
Atan terangkan, "Aku tahu probability kontrak dah zero. Habis modal saja prepare untuk masuk tender. Bizness lain dah tak ada prospek juga. Zero juga probability.
"Jadi walaupun bizness yang aku masuk ni probability dia rendah sangat. Masih lebih tinggi dari zero. Itu yang aku masuk."
"Cakaplah. Buat aku suspens saja," Rahim menggesa.
"Aku masuk 4 nombor ekor," Atan jelaskan.
Ketawa kedua-dua mereka.
"Ketawa-ketawa kau orang. Aku dah dua kali dapat 1st prize. Setakat consolation, selalu. Lagi untung dari berniaga."
---------------------------
Ya tak ya Atan.
Harap ekonomi bertambah baik tahun depan. Sara hidup tidak lagi naik tanpa diiringi kenaikkan gaji. Sebarang model ekonomi baru yang mahu diperkenalkan biarlah mengutamakan rakyat dan bukan pentingkan koparat.
SELAMAT TAHUN BARU 2010.
Selamat buat astronaut Melayu pertama, Dr Muszafar yang sudah umum akan kahwin tahun depan bersamaan tarikh 101010. Harap dia faham makna nombor tu. Ganas .... orang lambat kahwin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
22 ulasan:
Harap2 model ekonomi baru yang nak di perkenal kan Najib januari ini tidak menghakis 'bahagian' bumiputera kerana nak jaga hati pendatang
Fengsui aku, tarikh 10102010 adalah perkahwinan yang penuh realiti, praktikal dan kurang emosi. Ertinya bagus.
Tetapi mereka perlu berhati hati kerana perkahwinan itu mudah disabotaj oleh 'makhluk perosak'.
Siapa yang nak berfensui, meh tanya aku...hehehehehe
Siapa yang bergelora ekonominya, jom www.step2global.com (promosi le pulak sin oiii)
Ikutlah nak model ke, dasar ke, acuan ke, gagasan ke untuk ekonomi baru. Tapi pastikan KETIRISAN berlaku pada tahap minima. Jangan pulak peruntukan RM10, tapi sampai ke golongan sasaran hanya seringgit dua je. Rakyat marhaen penat lelah nak pastikan dapur berasap, tapi puak elitis pemimpin dan korporat dok perasap ekzos ferrari dan cerut cuba.
DR NO
sin biasanya malam pertama tu kalau tak dak berdera jopun kita akan dapat 101010...tapi kalau bendera jopun hancus...
walaupon tak kawin time 101010 kita akan dapat merasa 101010..bergantung kepada stamina, cara kontrol dan pengalaman masing-masing untuk mendapat lebih banyak 101010...101010..selalu nya bila 101010 di iringi bunyi..
tapi budak sekarang ni lain sikit, depa awai-awai dah pacak batu perenggan..
leh saya tahu ape makna 101010 tu..betul2 tak paham ni..sori..budak baru blajo..lau tk tanya, takut kena jual lak nanti..
x paham 101010.. tulun spell molek2 utk ambo weih
101010 tu maknenye
(bunyi muzik)
ten... ten... ten........
awai masuk bilik
101010 pun tak tahu ke? itulah kecik kecik tak mahu sekolah, dah besar menyusahkan orang... ..
101010 tu maknanya.....he he he aku pun tak tahu.
DROP OUT
Mentang-mentang angkasawan, pilih tarikh untuk kahwin pun angka yang macam sawan. Kalau terlepas 101010, 20102010 pun beza 10 hari aja, kan.
Tak apa la AngkaSAWAN dah umum awal2, ni ada YB tak sempat tunggu 2010 dah nikah apa cite. Hadiah pun 2121. Kahwin kerana CINTA ke?!
Dulu2 semasa belum ada digital kita ada Sistem Analog.Kita belajar Sistem Binary dan Control Sistem, angka 101010 itu menunjukkan ON/OFF atau Flip-Flop dalam basic pelajaran Kemahiran Hidup.Harapan kita bagi perkahwinan Angkasawan Negara dan Model Ekonomi baru DS Najib tak menjadi 101010 atau ON/OFF atau Flip-Flop sepertimana Sistem Binary.
JuruteraPencen
sin, kau panjang akal lah.
101010= artinya menang 1-0, 1-0, 1-0. jangan jadi 010101 pd mlm 1
kalau nak faham apa dia 101010..kena sebut secara slow kepada semakin laju dan laju lepas sebut dari laju kepada slow...
sebut macam ni satu kosong, satu kosong..satu kosong.....satu kosong..satukosong satukosong..dan seterusnya...
tapi kalau kosong satu, kosong satu, kosong satu...yang ni bapak ada masalah, mungkin elok dr.ismail tambi
101010 tu maksud dia 'keris' dan 'sarung'. 1 untuk keris. 0 untuk sarungnya.
Malam pertama memang aktiviti 101010 lah yang paling kritikal.
hehehe...sin sin...ente dah jadi wahid kasran ke?
pak tongko
10/10/2010
10hb Oktober 2010
10 - 10 - 10
hehe.. markah penuh dari juri gaya bebas untuk Dr Muszafar
101010 tu maksudnya pukul habis punya kalau nak dikira markah penuh la tu malam pertama he....he...he...
101010 tu maksudnya pukul habis punya kalau nak dikira markah penuh la tu malam pertama he....he...he...
101010 tu maksudnya pukul habis punya kalau nak dikira markah penuh la tu malam pertama he....he...he...
101010 tu maksudnya pukul habis punya kalau nak dikira markah penuh la tu malam pertama he....he...he...
dari aku sokong BN bek aku sokong PR. byk masalah pun PR takla perabih duit rakyat. org msia ni bodo.. negara kita ade royalti myak bertrilion ringgit sejak merdeka. tak juga maju cam sgpore yang xde royalti tu..
harge kete dahla mahal mcm setan..
org kg ramai lagi papa kedana..
benci aku BN. mahathir bodo, perabih duit rakyat mcm duit tok moyang celaka die. lembu punye pm..
aku sokong PR..
Uncle..teringat satu kartun Lat.. bunyinya.. " my father only vision..20 big 20 small.."
Catat Ulasan