Selasa, Januari 19, 2010

Kementerian baru akan dibentuk

PUTRAJAYA Jan 18 - Ura-ura rombakan kabinet terus menjadi bahan mulut di serambi kuasa di Putrajaya.

Selain-lain ura-ura biasa tentang beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang akan digugurkan kerana prestasi yang rendah, turut diperkatakan adalah sebuah Kementeriaan baru akan dibentuk.

Ketika ditanya wartawan selepas di Majlis Perasmian Sekolah Was-wasan semalam, Timbalan Perdaan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan atau mengesahkan desas desus itu.

Katanya, ia ada berbincang dengan Perdana Menteri tetapi ini semua terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.

Menurut Muhyiddin, pembentukan dan pembubaran sesebuah Kementerian adalah suatu perkara biasa kerana keanggotaan dan struktur kabinet perlu berubah-ubah mengikut keperluan semasa.

Sumber memberitahu Kementeriaan Dalam Negeri (KDN) perlu dipecahkan balik menjadi dua. Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, KDN telah dipecahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tetapi disatukan kembali selepas Pilihanraya Umum ke 12.

GAMBAR: Hishamuddin memberi amaran dalam ucapan pembukaan mesyuarat Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2006

Menurut sumber, keperluan kini memerlukan Kementeriaan Amaran Dalam Negeri (KADN) khusus untuk mengeluarkan amaran-amaran kepada ahli politik pembangkang dari terus menyuarakan kata-kata dan kenyataan yang menyalahi undang-undang hasutan.

Masaalah kini timbul kerana ahli-ahli politik pembangkang tidak langsung mengambil endah amaran yang dikeluarkan dan masih terus mengeluarkan kata-kata menghasut. Manakala itu, tiada pula tindakan diambil.

Dipercayai fungsi memberi amaran dan mengambil tindakan perlu diasingkan untuk memelihara kewibawaan KDN.

Selain itu, peranan KADN adalah masuk campur dalam urusan polis hingga susah untuk menjaga keselamatan dalam negeri dan pengundi Cina, India, dan penganut Kristian ditatang bagai minyak yang penuh hingga naik kepala.

Desas desus mengatakan tiada pertambahan Menteri kerana Kementeriaan baru tersebut akan diketuai oleh Dato Hishamuddin Hussein Onn. Tiada nama yang disebut untuk mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri tetapi dijangka akan dipegang oleh Perdana Menteri atai Timbalan perdana Menteri.

Kekosongan masih belum ada untuk Khairy jadi Menteri. Bakat Menteri dari Sarawak masih ramai lagi. - Agensi Husin Lempoyang

* Kemaskini 10:30 AM

50 ulasan:

Marjinah berkata...

Hahaha elok la .... nama Kementerian Amaran dan Ugutan Dalam Media (KAUDM) mungkin sesuai ....

Tanpa Nama berkata...

kementrian Amaran dalam Negara..haha

kluangman berkata...

Sin, gambar di atas tu, gambar Menteri sedang memberi amaran ke gambar Menteri sedang batuk..

Kementerian Lampu Trafik Isyarat mungkin lebih tepat...sebab Menteri selalu kata ..
hijau - ok, go no prblem..
kuning - saya tidak teragak agak, merah - duduk diam dan tengok depan, kiri dan kanan.

ustazSAID berkata...

Haha...sangat setuju. Kementerian Amaran Dalam Dalam Negeri
( KADN ), cuma tambah A ja. Senang nak ingat sbb menteri pun sama...haha

Husin Lempoyang berkata...

ustazSAID

kepala otak hang memang baik. ana pakai ide ente.

Oghang Ghombau berkata...

Hehehe ... sampai tua KJ tak dapat jadi Menteri.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan nama Kementerian Dalam Negeri (Tatasila)

Tanpa Nama berkata...

Menteri KADN memang perlukan keris, tombak, serampang, bagi orang naik gerun!

Tanpa Nama berkata...

ini namanya demokrasi terpimpin hehehe.

ustaz nor amin berkata...

salam pohon masukkan blog saya di blog ini, untuk memperluaskan pengetahuan agama kepada umat, semoga anda di rahmati Allah

http://ustaznoramin.blogspot.com

Future KSU berkata...

Memang tepat hishamuddin diberi KADN sebab mulut dia paling lebar dalam dunia.

Ini sesuai untuk kelihatan dramatik ketika memberi amaran.

berasiam berkata...

DSN betul-betul jaga sepupu dia nampaknya. Cuma sepupu dia yang tak reti nak jaga DSN. Macam Pak Lah lepaskan Anwar atas wasiat ibu, kemudian Anwar tak kenang jasa tala Pak Lah dengan kerjasama menantu.

Kalau KJ dapat jadi PM, mesti dia letak Usin kat portfolio Amaran gak.

Tanpa Nama berkata...

"..saya tidak akan teragak agak.."

Alahai...muaknya aku dengar ayat tu keluar dari menteri amaran kita...dah selalu sangat sampai dah tak bermakna lagi ayat2 tu.

We want action bro . ACTION!

ketambatu berkata...

Gong hendaklah menjadi logo rasmi kementerian ni... ana sokong

MANTOL berkata...

Hehehehe sin sin. BAIK PUNYA....

/MANTOL/

bekas drebar menteri berkata...

Sin,

Aku cadang kementerian baru ni guna logo Meriam Buluh...bunyi je lebih tapi yang masuk hospital tukang cucur api.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Sin!
Dah lama dah... tapi tak tau kenapa juak-juak dalam UMNO sokong dia sakan... ada apa-apa ke?

Zainal A. Kasim berkata...

Bro Hussien,

Saya cadangkan ditubuhkan "Kementerian Amarah Dalam Negeri" untuk Menteri yang selalu marah dan selalu kena marah oleh rakyat/drebar teksi iaitu Nazri Aziz.

PUTRA MERDEKA berkata...

wakakaka...

Doktor Pemeriksa berkata...

padan bila di cucuk bontot dan suruh beritahu umur, dia kira dari 1, 2, 3, 4 ... 48.

sedap rupanya.

Tanpa Nama berkata...

Nazri untuk Menteri JPM jaga kandang rimau ... Parlimen. Itu yang perangai macam binatang, tak ada totokromo manusia.

Hound Dog berkata...

Sin

Aku dengar si Hishamuddin ini takut nak jumpa dan berdialog dengan blogger.

Macam-macam helah dia guna. Masa tak sesuai. Tempat tak neutral. Masa tak sesuai. Malam tak boleh keluar.

Aku rasa dia takut ditanya smada dia gay atau straight.

Mana2 blogger yang dapat jumpa sila tanya pasal laporan suara keadilan mengenai dia belikan kereta mewah untuk anuar zin dan dia dijumpai keluar dari gay bar di luar negeri.

Nafi tak mencukupi. Terangkan macam mana cerita itu boleh timbul.

Unit Media Wangsa Maju berkata...

Salam 1Malaysia,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.

Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..

Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.


Sekian, Salam Ikhlas dari,
UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

cedikcenun berkata...

Salam tuan husin, ana setuju sangat...!!

KP berkata...

Salam,
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok minta izin copy & paste n3 yang menarik ini...

Tanpa Nama berkata...

Hisham menteri kecut teloq, cabut keris lepas tu mintak maaf...beri amaran orang tak takut....
macam nih pun boleh jadi menteri....

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Awat menteri-menteri keluaran MCKK sejak kebelakangan nih macam tak ada oomph je... lembik je....Cuba hang perati gelagat Nazri Aziz dan dan Hishamudin lately...Aku naik geli....

Din Pungkok
Tanah Liat
Permatang Pauh

bulat berkata...

kikikiki....ana nak pecah perut baca entry ente ni sin....

Tapi ana setuju itu kementerian baru.....

Satu lagi kementerian nazri punya pun ana suka....memang dia selalu marah n kena marah

Tanpa Nama berkata...

Terima-kasih kpd En. Husin Lempoyang, En. Zainal A.Kasim dan Bekas Drebar Menteri di atas kelakar yang sungguh menakjubkan.

AmaranAmarahBuluh

bRAVEhEART berkata...

Laaa, kenapa belum ada jawatan untuk KJ ni? tubuh je lah Kementerian Haiwan dan Persekitaran untuk mengurus tadbir beruk2 yang sudah tak terkawal lagi. Blogger2 dan BerokBand

The Tycoon berkata...

Salam semua.

Tn. Hussin...

Kementerian Amaran Dalam Negeri (KADM) perlu disusuli oleh satu lagi kementerian yang baru...iaitu;

Kementerian Bertindak Dalam Negeri (KBDM)....

InsyaAllah berkesan...

Tanpa Nama berkata...

Dia baru amaran tahap jingga, belum tahap merah lagi!

Tanpa Nama berkata...

Kem. Amaran Dlm Negeri. Taruk logo jari telunjuk bru nmpk mcm gempak padahal xda apa pn.Lg 1 kem. permata negara pun kna wujudkn jg.

Tanpa Nama berkata...

bagus sesangat ke KJ tu sampai dah takde calon lain utk diambil jadi menteri?

aku sanggup mogok tidur klu dia jadi menteri!!

AHLI UMNO

Bukan Cucu Jaafar Onn berkata...

Baik2,

Bila Hishamuddin marah, mulut dia dari telinga ke telinga

Tanpa Nama berkata...

mungkin sesuai juga jadi presiden NATO (no action talk only)dan pengerusi OIC (oh! I see).


ice

Tanpa Nama berkata...

Dalam gambar di atas aku nampak keris aja panjang, telor takdaq

Tanpa Nama berkata...

beri lah amaran lagi....

Eeeee takut nya....

Hiriyati berkata...

Sama la dgn kementerian was was yg pernah diterajui nya........

Tanpa Nama berkata...

:) saya cadang KDNTT- Kementerian Dalam Negeri Tanpa Telor! Bila diperhimpunan agung UMNO akan datang, Menteri berkenaan dengan mudah memeberi taraf kerakyatan Malaysia kepada 30000 lebih pelawat dari India mendapat taraf permastautin tetap disini, dan apa lagi ye... Dan berpuloh ribu lagi pelawat asing dari PR China untuk menetap disini....Baik hati punyai pemimpin Melayu...SSSSaaaatuuuuu Maaaaalaaaaaysiiiiaaaaa....

Tanpa Nama berkata...

Hello everyone!
I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For several years , I make money with the help of these programs.
I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and I started with funny 500 bucks.
Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my web site to get additional info.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

Tanpa Nama berkata...

sin,
mana kau pegi sin, dah seminggu takde crite baru..ente cari stok unta ka?

Nordin

Dr Butiq berkata...

Kalau setakat Menteri Amaran Den pun bolih jadi.Baru2 ni kwn den dapek RM 100 ribu ...... tu yang bagi.gilo kau kok den dapek RM 100 ribu gayo den hari2.cilako boto bagi duit 100k mcm bagi sepuloh sen yo

Tanpa Nama berkata...

weh tokey unta

ko kena tangkap eh?

asal ko diam²

telor unta dah kecut ke?

Tanpa Nama berkata...

entah-entah kau ni sebenarnya bung mokhtar ye, tengah honeymoon bini baru sampai tak minat nak update blog...

usin..usin..haahaaa kantoi

kalau nak madu asli kasi kuat tenaga aku boleh supply..
lawat www.madupakhaji.blogspot.com


wakdin

Tanpa Nama berkata...

Ah Sin,
Lu kena cekup ISA kah? Susah la Sin, wah unta mau jual siapa?

Itu Hisapkuding mau jali Mintili Amalan kah? Itu mintili tatak bagut oh....mana olang takut kliss? olang takut nuklei bomb liow la. Sikalang manyak olang naik kriss.....vroom vrooOOM!!!

Take care Sin, jaga badan baik baik. Chow..

1Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Semoga kau bahagia...

Tanpa Nama berkata...

sin,

bini muda tak kasi buka komputer ye? hahaha..

kesian unte, takde sape nak sabit rumput nak kasi makan...

slamat berbahagia ye sin

mail saaya berkata...

husin lempoyang klu dlm cite P Ramle dia cume saudagar unte dari cairo..KJ sedang di latih untuk jadi pemimpin negara..DS'Najib tau ape dia buat..jangan le nak memandai2 dgn spekulasi je..hanye pandai ambik petikan akhbar je..TS'Muhyiddin org yg bijak tak perlu di persoalkan kewibawaan beliau..DS'HH org yg hebat..

buyong berkata...

Sin,
Lama ko diam je Sin. Kena amaran ke?....