Pelamin persandingan Bajau Samah yang begitu cantik dan penuh ciri-ciri budayaHusin dijemput seorang rakan blogger dan penulis politik, Musli Oli untuk menghadhiri majlis perkahwinan anak sulongnya, Muhammad Gaddafi dengan pasangannya Sharmila Rahayu M Borhan.
Gaddafi adalah seorang wartawan, dahulunya dengan salah sebuah stesen TV dan kini bersama Harian Metro. Manakala isterinya ia-lah anak pengusaha filem Sabah terkenal, M Borhan dengan bekas isterinya, penyanyi Junainah M Amin. Junainah M Amin sekarang duduk di Johor Baru.
Sambil Husin bercerita, tengok-tengoklah gambar dengan susunan ceritanya. Perkahwinan ini telah di video dan akan keluar di TV9 juga.
Husin tertarik untuk pergi ke Kota Kinabalu menghadhiri perkahwinan ini kerana diberitahu Musli ia akan dijalankan dengan penuh adat istiadat kebudayaan orang Bajau Samah. Adat yang dipersembahkan bukan satu yang diamalkan oleh orang Bajau biasa. Hanya dari keturunan orang tertentu saja yang membawa adat perkahwinan sedemikian.
Satu masa dahulu, Musli pernah memberitahu Husin bahawa orang Bajau di Sabah berasal dari Johor dan menganggap Sultan Johor sebagai Sultan mereka. Husin diberitahu Sang Kelembai yang ada di KK sama-sama bahawa di satu tempat bernama Arang Bakar, Johor (tidak tahu di mana) ada kumpulan orang Bajau.
Bilakah pejuang kebebasan ku akan sampai dan memberi ku kebahgiaan?
Secara tidak sengaja, Husin duduk bersebalahan Pengarah Arkib Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin. Datu Tigabelas adalah saudara mara Musli. Bila ditanya mengenai itu, dia memberitahu satu teori yang lain pula.
Pada pandangannya, teori asal Johor itu ada kelemahan. Orang Bajau ada 10 juta di Filipina. Tambah lagi jumlah di seluruh Sabah. Bila dibandingkan dengan jumlah orang Melayu di Johor, tidak seramai. Kalau orang Bajau berasal dari Johor, mestilah ada ramai orang Bajau.
Lojik juga apa dikatakan oleh Datu. Arkib Sabah ini banyak sekali khazanah dan maklumat. Ianya ditubuhkan pada tahun 1940an lagi dan ke tiga tertua di Asia. lebih tua dari Arkib Negar di Kuala Lumpur.
Datu menerangkan satu perkara yang sangat rapat dengan orang Bajau adalah kuda padi. Sekurang-kurangnya orang Bajau pantai barat yang lebih petani, kerana Bajau pantai timor yang kebanyakkan adalah nelayan lebih rapat untuk mengambil kapal layar sebagai simbol.
Banyak-banyak tempat, hanya tanah Jawa sahaja yang boleh dijumpai kuda padi. Mengikut kisahnya, orang Bajau datang ke Sabah dengan membawa sekali kuda padi.
Itu yang dalam adat persandingan Bajau Samah, pengantin lelaki datang dengan kuda dan dipapah naik hingga ke dewan (kononnya naik sampai ke atas pelamin).
Pejuang yang berpapah ini bisakah bertarung lagi?
Sebahagian tenunan dari pelamin bercorak dan motif dari tanah Jawa. Kalau tidak salah Husin, Datu pun memberitahu orang Bajau masuk Islam dari tanah Jawa dan lebih awal dari Parameswara membawa Islam ke Melaka.
Apabila begitu cakap Datu, hati jahat Husin berkata-kata isyyy ... Datu yang menafikan hubungan dengan Johor akhirnya ada juga hubungan dengan Husin melalui Tanah Jawa. Akhirnya kita ini serumpun, setidaknya rumpun manusia anak cucu cicit Adam dan Hawa.
Masa melihat Majlis Perkahwinan, Husin terlihat suatu perkara menarik. Ini membuat Husin merasa kurang tepat teori yang diberitahu Datu.
Ada kena tahan macam kena tol. Hehehe ... nampak kita dua helai wang merah bertukar tangan
Bukan satu saja (Ibu pengantin perempuan, Junainah M Amin berdiri melihat)
Semua sekali tujuh langsir, Dah macam tujuh petala langit bahhh ...
Pohon lepaskan, pejuang kami tak larat jalan
Sampai akhirnya pejuang kita di pinggir syurga
Senyum besar, sayang mulut kecil. Kalau tidak, kalah Hishamuddin Hussein Onn
Bukankah adat tahan-tahan pengantin macam "toll" dalam adat persandingan orang Johor?
Samada dari tanah Jawa atau tanah Johor atau manusia sejagat, ianya hampir sama buat Husin jua. Orang Bajau Sabah ada kaitan dengan Husin, anak Johor dan Jawa (sedikit Bugis).
Ini mengingatkan Husin kepada satu kisah orang Jawa yang mahu migrasi ke Johor tapi tersalah ke Negeri Sembilan. Huruf ra dibaca sebagai lam, langsung sampai ke Johol. Orang Jawa dan tidak kurang orang Johor banyak berkelana untuk mencari rezeki dan penghidupan yang lebih baik.
Syukur sampai anak aku ke pelamin, lepas majlis Marketing Manager hotel akan sampaiBagi orang Bajau, sepatutnya mereka kekal di Johor dari ke Sabah. Lagi senang dari di Sabah. Namun begitu, Borneo Post semalam menyiarkan berita Sabah bukan lagi negeri termiskin.
Kalaulah orang Bajau di Sabah tidak sesenang orang Johor, bagi sahabat saya Musli, Allah mengurniakan rezeki untuk dapat mengadakan perkahwinan sehabt ini di Hotel. Muga Allah kurniakan lebih dari itu untuknya.
Tarian-tarian tradisi Bajau
Junainah M Amin sendiri mendendangkan lagu. Masih merdu lagi.
Pengantin dan Sahabat ku, Musli bersama isteri Masturah Jamrah Bagi dua pengantin baru, semua berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan ALlah kebahgiaan di dunia dan akhirat.
Sekarang sudah selesai majlis semua, ada ke tidak kuda padi di Johor, Gaddafi anak Bajau akan kembali juga ke Johor untuk ziarah ibu mertuanya di Johor Baru.