Selasa, November 16, 2010

Adakah orang Bajau datang dari Johor?

Pelamin persandingan Bajau Samah yang begitu cantik dan penuh ciri-ciri budaya

Husin dijemput seorang rakan blogger dan penulis politik, Musli Oli untuk menghadhiri majlis perkahwinan anak sulongnya, Muhammad Gaddafi dengan pasangannya Sharmila Rahayu M Borhan.

Gaddafi adalah seorang wartawan, dahulunya dengan salah sebuah stesen TV dan kini bersama Harian Metro. Manakala isterinya ia-lah anak pengusaha filem Sabah terkenal, M Borhan dengan bekas isterinya, penyanyi Junainah M Amin. Junainah M Amin sekarang duduk di Johor Baru.

Sambil Husin bercerita, tengok-tengoklah gambar dengan susunan ceritanya. Perkahwinan ini telah di video dan akan keluar di TV9 juga.

Husin tertarik untuk pergi ke Kota Kinabalu menghadhiri perkahwinan ini kerana diberitahu Musli ia akan dijalankan dengan penuh adat istiadat kebudayaan orang Bajau Samah. Adat yang dipersembahkan bukan satu yang diamalkan oleh orang Bajau biasa. Hanya dari keturunan orang tertentu saja yang membawa adat perkahwinan sedemikian.

Satu masa dahulu, Musli pernah memberitahu Husin bahawa orang Bajau di Sabah berasal dari Johor dan menganggap Sultan Johor sebagai Sultan mereka. Husin diberitahu Sang Kelembai yang ada di KK sama-sama bahawa di satu tempat bernama Arang Bakar, Johor (tidak tahu di mana) ada kumpulan orang Bajau.

Bilakah pejuang kebebasan ku akan sampai dan memberi ku kebahgiaan?

Secara tidak sengaja, Husin duduk bersebalahan Pengarah Arkib Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin. Datu Tigabelas adalah saudara mara Musli. Bila ditanya mengenai itu, dia memberitahu satu teori yang lain pula.

Pada pandangannya, teori asal Johor itu ada kelemahan. Orang Bajau ada 10 juta di Filipina. Tambah lagi jumlah di seluruh Sabah. Bila dibandingkan dengan jumlah orang Melayu di Johor, tidak seramai. Kalau orang Bajau berasal dari Johor, mestilah ada ramai orang Bajau.

Lojik juga apa dikatakan oleh Datu. Arkib Sabah ini banyak sekali khazanah dan maklumat. Ianya ditubuhkan pada tahun 1940an lagi dan ke tiga tertua di Asia. lebih tua dari Arkib Negar di Kuala Lumpur.

Datu menerangkan satu perkara yang sangat rapat dengan orang Bajau adalah kuda padi. Sekurang-kurangnya orang Bajau pantai barat yang lebih petani, kerana Bajau pantai timor yang kebanyakkan adalah nelayan lebih rapat untuk mengambil kapal layar sebagai simbol.

Banyak-banyak tempat, hanya tanah Jawa sahaja yang boleh dijumpai kuda padi. Mengikut kisahnya, orang Bajau datang ke Sabah dengan membawa sekali kuda padi.

Itu yang dalam adat persandingan Bajau Samah, pengantin lelaki datang dengan kuda dan dipapah naik hingga ke dewan (kononnya naik sampai ke atas pelamin).

Pejuang yang berpapah ini bisakah bertarung lagi?

Sebahagian tenunan dari pelamin bercorak dan motif dari tanah Jawa. Kalau tidak salah Husin, Datu pun memberitahu orang Bajau masuk Islam dari tanah Jawa dan lebih awal dari Parameswara membawa Islam ke Melaka.

Apabila begitu cakap Datu, hati jahat Husin berkata-kata isyyy ... Datu yang menafikan hubungan dengan Johor akhirnya ada juga hubungan dengan Husin melalui Tanah Jawa. Akhirnya kita ini serumpun, setidaknya rumpun manusia anak cucu cicit Adam dan Hawa.

Masa melihat Majlis Perkahwinan, Husin terlihat suatu perkara menarik. Ini membuat Husin merasa kurang tepat teori yang diberitahu Datu.

Ada kena tahan macam kena tol. Hehehe ... nampak kita dua helai wang merah bertukar tangan

Bukan satu saja (Ibu pengantin perempuan, Junainah M Amin berdiri melihat)

Semua sekali tujuh langsir, Dah macam tujuh petala langit bahhh ...

Pohon lepaskan, pejuang kami tak larat jalan

Sampai akhirnya pejuang kita di pinggir syurga

Senyum besar, sayang mulut kecil. Kalau tidak, kalah Hishamuddin Hussein Onn

Bukankah adat tahan-tahan pengantin macam "toll" dalam adat persandingan orang Johor?

Samada dari tanah Jawa atau tanah Johor atau manusia sejagat, ianya hampir sama buat Husin jua. Orang Bajau Sabah ada kaitan dengan Husin, anak Johor dan Jawa (sedikit Bugis).

Ini mengingatkan Husin kepada satu kisah orang Jawa yang mahu migrasi ke Johor tapi tersalah ke Negeri Sembilan. Huruf ra dibaca sebagai lam, langsung sampai ke Johol. Orang Jawa dan tidak kurang orang Johor banyak berkelana untuk mencari rezeki dan penghidupan yang lebih baik.

Syukur sampai anak aku ke pelamin, lepas majlis Marketing Manager hotel akan sampai

Bagi orang Bajau, sepatutnya mereka kekal di Johor dari ke Sabah. Lagi senang dari di Sabah. Namun begitu, Borneo Post semalam menyiarkan berita Sabah bukan lagi negeri termiskin.

Kalaulah orang Bajau di Sabah tidak sesenang orang Johor, bagi sahabat saya Musli, Allah mengurniakan rezeki untuk dapat mengadakan perkahwinan sehabt ini di Hotel. Muga Allah kurniakan lebih dari itu untuknya.

Tarian-tarian tradisi Bajau

Junainah M Amin sendiri mendendangkan lagu. Masih merdu lagi.

Pengantin dan Sahabat ku, Musli bersama isteri Masturah Jamrah

Bagi dua pengantin baru, semua berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan ALlah kebahgiaan di dunia dan akhirat.

Sekarang sudah selesai majlis semua, ada ke tidak kuda padi di Johor, Gaddafi anak Bajau akan kembali juga ke Johor untuk ziarah ibu mertuanya di Johor Baru.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eekkkkkkkkk apa nak komen yek...

Tanpa Nama berkata...

eekkkkkkkkk apa nak komen yek...

Tanpa Nama berkata...

eekkkkkkkkk apa nak komen yek...

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik...istiadat budaya Bajau... jarang dilihat di Malaya ini... bagus tuan sudi berkongsi maklumat

Sang Guna berkata...

bajau ke jawa ke johor ke sabah ke, kita semua adalah dari satu rumpun Melayu yg beragama Islam.

azman berkata...

Assalamualaikum sein

Wahhh grandlah majlis tu..walau ape pon bangsa dan sukunya, yang penting adat tak dilupakan dan raiekanlah bersama dengan sahabat handai supaya kita saling lebih mengenali antara satu dengan lain.

Sein!!!!Jawa+Bajau=Jawab atau Bajau+Jawa=Baja?.hehehehe jangan mareee..gurau je hehehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

hehehe......banyak teori bro....apa beza bajau di Sabah dengan sebutan Banjar di Johor dan Perak. Kalau orang Muor disebut Banjor....
Apa beza Bajau dan Banjar?...

Tanpa Nama berkata...

ohohoho ... tak tau nak komen yop

abang anuaq berkata...

i love u husin

Labu Labi berkata...

Encik Husin ni keturunan Arab Baghdad Jawa Johor ke?

Tanpa Nama berkata...

Ruponye pendatang tanpa izin sebelum merdeka. kalau sekarang tentu kena tahan di pusat tahanan pendatang tanpa izin.

kah, kah, kah. sekarang dah jadi melayu pulak ke?

Tanpa Nama berkata...

bajau aje ke, boyan amacam pulak, batak, jawa, flores dan seangkatan dengannya ape cerite.

lagi lanun, turki, arab yamen, arab badewi, arab bungkus, mamak campur, india muslim, anak mamee, comboja, vietnam, burma, tongsan, kek, hakka, cina muslim, semang, senoi dan tah ape2 lagi.

semua dah dapat jadi melayu. tengoklah kad pengenalan kau orang.
sikit hari orang utan kat sabah pun dapat k/p masuk melayu. kah, kah, kah.

bRAVEhEART berkata...

Salam bro,
Selamat Hari Raya. Semoga persahabatan kita akan tetap berkekalan. Banyak sangat foto perempuan tu, aku ni jenis lemah semangat, karang bini aku juga yang susah, hehe ~ BH

Tanpa Nama berkata...

http://muslioli.blogspot.com/2010/11/busananeka-perkahwinan-suku-bajau-sabah.html

Tanpa Nama berkata...

Usin,

kau kawin tak jemput kita orang ya.

tengok gambor isteri kau, patut le senyum kau kalah hisham amaran.

anyhow, all the best dan semuga berkekalan hingga ke anak cucu.

PS lain kali kalau kawin lagi, jangan lupa jemput kita orang

jebat berkata...

Salam, Datu Husin Al Johori,

LOH KOK NGONO CERITO NE.
KULO PINGIN NGERTOS MALEH CERITO PURWO TIANG JAWI.

SO LONG HUSIN.
DONT FORGET "LEMPUYANG" IS A GOOD HERB TO BOOST YOUR APPETITE.

Tanpa Nama berkata...

Mana M. Borhan?

Tanpa Nama berkata...

Menarik artikel ni. Orang-orang Bajarukan berasal dari rumpun Melayu. Saya pernah tinggal di Sempoprna, Sabah selama 5 tahun. Muka, kulit memang macam orang dari Johor, cuma bahasa dan loghatnya lain sedikit. Yang lain2 hampir serupa. Melihat gamabar-gamabr tu terkenang semula semasa di Semporna dahulu.

anti bohmau berkata...

salam pak usin, orang2 nusantara ni kaya dgn adat. kona pi mana pun akan belaga batang isung! toksahla dok pertikai sapa melayu sapa dak..kita sendiri kalau dititih2 entah2 berapa belas bangsa campuran yg ada! jgnlah terlalu bangga dgn melayunya kita hingga lupa bangsa tidak akan kuat semata2 kerana ramai tapi ilmu yg penting utk emlonjakkan bangsa. kuat bangsa kuatlah agama...

Tanpa Nama berkata...

masa kecik saya pernah pergi rumah sedara di batu arang johor bahru. perkampungannya atas air.
orang bajau sabah pun atas air jugak ke?

aesya berkata...

salam hussin..hmm menarik..tringt dulu ms kawen, sy dh sarung baju pngantin bajau..sang suami lak seluar tak muat..ketawa berdekah2 kitorang..saja nak bg rasa org KL adat bajau..
tapi komen ni "uponye pendatang tanpa izin sebelum merdeka. kalau sekarang tentu kena tahan di pusat tahanan pendatang tanpa izin.

kah, kah, kah. sekarang dah jadi melayu pulak ke?

i tak berapa berkenan..

dan juga komen ni.."
semua dah dapat jadi melayu. tengoklah kad pengenalan kau orang.
sikit hari orang utan kat sabah pun dapat k/p masuk melayu. kah, kah, kah"

masa tulis komen ni dh belajar ke sejarah sabah..sabah bukan melayu..tapi bumiputera sabah..tak jaga hati langsung dua ekoq mamat nih

orang bajau penduduk alam melayu berkata...

melayu tu sebenarnya pada pendapat saya adalah nama tempat atau kawasan atau pun negara. sebagai contoh alam melayu atau tanah melayu. jadi sesiapa juga yang mendiami alam melayu ini secara tidak langsung akan dikenali sebagai orang melayu atau orang alam melayu. tidak ada bangsa melayu melainkan rumpun melayu yang di dalamnya terdapat suku jawa, bugis, banjar, minang, aceh, siam dan sebagainya. semua suku-suku yang disebutkan tadi mempunyai bahasa yang tersendiri tetapi mempunyai persamaan dari paras rupa, warna kulit dan budaya.begitu juga halnya dengan orang bajau yang mempunyai bahasa tersendiri tetapi mempunyai rupa paras, warna kulit dan kebudayaan yang hampir sama dengan masyarakat yang mengelarkan diri mereka sebagai melayu. saya sebagai orang bajau tidak pernah merasakan diri saya sebagai orang melayu atau terhegeh-hegeh mengaku bajau tetapi tetap berbangga menjadi orang bajau. kepada yang memberi komen mengatakan bahawa orang bajau ini sebagai pendatang tanpa izin sebelum merdeka, cuba-cubalah belajar sejarah dan fahami siapakah yang memisahkan atau membahagi-bahagikan alam melayu ini menjadi indonesia, malaysia, filipina dan sebagainya.ini bermaksud dia seolah-olah menganggap melayu aceh, jawa johor atau pun orang melayu minang juga adalah pendatang tanpa izin sebelum merdeka

nadzallihoo berkata...

Bajau adalah jenama baru bagi masyarakat suku bajau yang mana masyarakat ini seluruh kehidupan mereka tidak boleh dipesahkan dengan alam laut atau pesisiran pantai. Kalau ada yang mengatakan bahawa bajau itu berasal dari johor memangpun ia satu pendapat yang tak salah. Apa yang sebenarnya masyarakat bajau ini tidak terhad dalam geografi negara pecahan penjajah. Bajau berada dimerata-rata tempat persisiran pantai di negara Mala ( kini ia lebih dikenali Nusantara).

Orang-orangan berkata...

Memang ada bajau yang berasal dari Johor. Mereka ini adalah rombongan perkahwinan kenegara Berunai 300 tahun dahulu. Kapal mereka dilanda ribut dan mereka telah
mendarat di pantai barat Sabah. Orang-orang Melayu ini kemudian menetap dan mengguna pakai atau kebudayaan mereka bercampur dengan orang samah atau bajau tempatan. Hari ini kebanyakan mereka terdapat di daerah Kota Belud atau pantai barat Sabah.

Tanpa Nama berkata...

bajau? anak sama la.perkatan melayu dlm bahasa tagalog ertinya jauh. bajau dlm bahasa melayu berjauh.. dua2 pun jauh. susah2 sgt nk tahu.. melayu bermcm2 dialek, bajaupun sama.. melayu ada di mana2 di usantara ini.. bajau pun sama. setiap suku kaum ada tempat masing2, jawa ada pulau, bugis pun ada, sulu pn ada, masing2 ada tempat asal. melayu dan bajau ada di mana2 di nusantara ini. dari semenanjung ka?, dari brunei ka? dari indonesia ka? bajau jg demikian.. berterabur di pulau2di nusantara ini. bezanya.. majoriti melayu di darat, majoriti bajau pula di laut.. kn dah lengkap. tanya la anak2 bajau itu, bajau apa dia? ada yg sebut bajau laut, bajau sama, bajau samal, bajau balangigi, mcm2 ada. melayu pun sama, ada melayu minang, melayu kelantan, dan mcm2 melayu lagi la. kan dah jelas tu,satu di darat satu lagi di laut. kan dah kata penguasa laut dan darat. sebab itu hang tuah berkata tak melayu hilang di dunia. kalau di darat habis di laut ada lagi. nak pegi habiskan yang di laut? x kan larat la. tidak mungkin bangsa laut hidup tanpa daratan.. nk buat sekecil2 perahu pn kena pigi darat juga ambil kayu. di darat pun sama juga.. mcm mana nk menyeberang ke pulau seberang kalau tiada orang laut yang pandu.. semua kaum mengakui masing2 brupaya menguasai lautan.. tapi tiada pula yang mengaku laut itu hidup ku dan nafas ku kecuali bajau. dari mana asal usul kita ini..? senang je jawapan nye... kan ade benua yang hilang? benua dah hilang.. dah tentulah tak jumpa lagi kampung asal. akhirnya jadi la bangsa yang hilang pula. dah bahasa pun bahasa purba, tak tau bila mula. kalau ada persamaan pun tak menghairankan juga, dah sama. tanya la dengan orang bajau.. ada siapa2 yang menolak dia suku sama? dah nama pun sama, sama.

Tanpa Nama berkata...

and effective way to get your mower off the ground and hold it [url=http://www.theaudiopeople.net/beatsbydre.html]cheap beats by dre[/url] details that simulate a physical casino. There is no reason to [url=http://www.theaudiopeople.net/michaelkors.html]michael kors sale[/url] jack-o-lantern are very simple. Most of them you can get yourself [url=http://www.theaudiopeople.net/beatsbydre.html]Beats By Dre Cheap[/url] of hearing this so I will only say it once. The economy STINKS!
Committee, and former President of the Pharmaceutical Research [url=http://www.theaudiopeople.net/nfl.html]Cheap nfl jerseys[/url] the techniques from your dog training book, spend thirty minutes [url=http://www.theaudiopeople.net/michaelkors.html]michael kors outlet stores[/url] learn how to ask a Higher Power for help. Obviously, there are [url=http://www.theaudiopeople.net/beatsbydre.html]Custom Beats By Dre[/url] you might expect. Its much cheaper to outsource and get the job
lantern carving contests on Halloween. The tradition of the [url=http://www.theaudiopeople.net/michaelkors.html]http://www.theaudiopeople.net/michaelkors.html[/url] pumpkin, whichever is smoothest. Trim up the edges with your [url=http://www.theaudiopeople.net/michaelkors.html]Michael Kors outlet[/url] known, joined the band wagon to pursue the more lucrative [url=http://www.theaudiopeople.net/nfl.html]NFL jerseys[/url] Once you get home, give your terrier the attention it craves with

Tanpa Nama berkata...

via email with your current customers and offering customers [url=http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm]http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm[/url] Geek at HackFwd, one of the leading startup programs in Europe [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]シャネル 財布[/url] behind black jack and the kinds of hands you should expect your [url=http://www.abacusnow.com/hollister.htm]hollister[/url] liberties in our own hands. If we homeschool well, our freedoms
check the general excellence of the fabric and look for [url=http://www.abacusnow.com/michaelkors.html]michael kors outlet stores[/url] flesh from the inside of the pumpkin. Ice cream scoops or thick [url=http://www.abacusnow.com/hollister.htm]http://www.abacusnow.com/hollister.htm[/url] compliment the image youve just carved. You are done. Now how [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]シャネル バッグ[/url] glass holders, youre set. Safety Tips. Never leave a candle-lit
approach and hope something hits the target. Small businesses [url=http://www.abacusnow.com/jpmoncler.htm]monclerダウン[/url] and the UK, portrayed by the handsome Johnny Depp. The essential [url=http://www.abacusnow.com/michaelkors.html]michael kors outlet stores[/url] for extended health, as well as his nutritional guidelines, [url=http://www.abacusnow.com/jpchanel.htm]chanel財布[/url] breaking the undead curse. There is a reason he is so popular

Tanpa Nama berkata...

and the power of Internet. Green and Jacks operates through its [url=http://www.thehorizons.com/louisvuitton.htm]ヴィトン 財布[/url] now save their time and energy. In addition to simply providing [url=http://www.thehorizons.com/louisvuitton.htm]ヴィトン バッグ[/url] bet on seeing the dealer cards. As seems obvious, beginners might [url=http://www.thehorizons.com/louisvuitton.htm]ルイヴィトン 財布[/url] interviewing your chef, getting video testimonials or paying to
chips in the same place. While making a bet, you have to put your [url=http://www.thehorizons.com/nike.htm]nike シューズ[/url] a little improved. Jack wills & Fitch is probably the best [url=http://www.thehorizons.com/louisvuitton.htm]ルイヴィトン 財布[/url] Law Association. I had grown up watching thousands of cases where [url=http://www.thehorizons.com/isabelmarant.htm]Isabel Marant Sneakers[/url] you make a documentary," kingpin lobbyist Jack Abramoff, a.k.a.
Unlike readymade mens shirts, which offer only a limited choice [url=http://www.thehorizons.com/isabelmarant.htm]Isabel Marant[/url] diversions. If you go online you will find that playing black [url=http://www.thehorizons.com/isabelmarant.htm]Isabel Marant[/url] the jeans lovers to find jeans according to their personal choice. [url=http://www.thehorizons.com/louisvuitton.htm]http://www.thehorizons.com/louisvuitton.htm[/url] effort to seek it out. Id go so far as to call this the most

Tanpa Nama berkata...

we die and it makes a sudden turn downward. Thats exactly what [url=http://www.aravind.org/celine.htm]セリーヌ 通販[/url] compared to the Three hundred watt motor that Jack LaLanne [url=http://www.aravind.org/toryburch.htm]トリー バーチ 財布[/url] Many people have found that while it is easy enough to read, The [url=http://www.aravind.org/coach.htm]コーチ(COACH)バッグ[/url] TV box this is because by using the system the installers can
game in its own right. The mental exercises built into the game [url=http://www.aravind.org/celine.htm]セリーヌ ラゲージ[/url] an investment because a small business will fail unless you get [url=http://www.aravind.org/toryburch.htm]Tory Burch 店舗[/url] electorate. That is, providing they actually go to a theater to [url=http://www.aravind.org/celine.htm]セリーヌトート[/url] Youll need the right kind of pumpkin and a handful of tools. Once
and shrivel, its a sign of dehydration. Soaking it in water over [url=http://www.aravind.org/celine.htm]セリーヌトート[/url] Port LaLanne along with Breville juicers are generally common, [url=http://www.aravind.org/coach.htm]http://www.aravind.org/coach.htm[/url] Spanish shoe, the rules are very liberal and the house advantage [url=http://www.aravind.org/toryburch.htm]トリー バーチ 靴[/url] stimulated and easily learn commands, as evidenced by the breeds

Tanpa Nama berkata...

xsemestinya perlu ramai, bangsa turkey adalah bangsa anatolia, tapi budaya dan adat tidak serupa eropah tapi lebih mirip kepada tatar..

barangkali apa yang berlaku, bajau menjadi dominan di sabah dan pilipin, bukan sebab mereka majoriti, sebab penduduk tempatan mengikut acuan mereka dan terasimilasi.