Jumaat, Januari 17, 2014

Rasuah 69?


Husin baru menonton VCD P Ramalee lama yang jenaka Keluarga 69.

Ia mengisahkan seorang anak (P Ramlee) dan bapak (Tompel) yang akhirnya berakhir dengan anak kahwin dengan wanita yang janda kepada bapa kepada isteri baru si bapak.

Mak kahwin anak dan anak perempuan kahwin bapak. Bapak dah jadi anak menantu pada isteri anak. Siapa bapak dan siapa anak? Boleh tengok kisah di You Tube sini.

Pagi-pagi melayar blog, Husin terbaca suatu kisah di blog Cili Padi sini yang ceritanya macam Keluarga 69 tapi tidaklah tepat-tepat. Lebih sesuai dipanggil Rasuah 69 kot?


Blog tersebut mengisahkan seorang ahli peniagaan yang suatu masa telah saman beberapa blogger yang menuduhnya melakukan penipuan dan menyeleweng cara dia berniaga.

Tujuannya nak membersihkan maruah dia yang tercalar.

Kisahnya ahli perniagaan telah dikatakan telah beri rasuah untuk dapat kontrak dengan Telekom Malaysia dan pegawai Telekom yang terlibat itu sedang berhadapan dengan kes rasuah.

Pening Husin ... ahli perniagaan itu bersih ke perasuah? Macam Keluarga 69 pulak. Tak tahu mana anak dan mana pangkat bapak. SPRM kenalah jalankan tugas dan siasat.

Buat setakat ini, mungkin tidak sesuai dipanggil ahli perniagaan selagi kes bicara dan siasatan SPRM belum habis. Kes saman pun tidak boleh diteruskan. Mana boleh panggil ahli dalam menipu dan memberi rasuah sebagai ahli dalam berniaga?

Wow! Ahli jual orang kot

2 ulasan:

ambiga srebatunesan berkata...

Itullah... m@!@¿ dan rasuah tidak dapat dipisahkan, 2013 memang they all yg duduki carta kena siasat Sprm. Dari ahli perniagaan, jual lembu sampai ke pgawai polis

Awanama berkata...

Rasuah ni .. mana 2 negara pun ada ..
Cuma .. PENGUATKUASAAN SAHAJA .. NAK BUAT @ TAK NAK BUAT ..