Jumaat, Januari 03, 2014

Tiga Ketua Pemuda ke surau

Gambar dari Mudin Hasan Homestay
Lepas habis musim pemilihan dan tahun baru, tiga Ketua Pemuda parti Melayu berjumpa melepak-lepak di sebuah homestay kampung. Khairy dan Sam Ketot saja nak bertemu dengan Ketua Pemuda baru PAS, Suhaizan Haiat.

Di Homestay, ianya jauh dari penglihatan orang ramai. Maka tiada syak wasangka akan timbul.

Seorang Pak Imam ternampak ketiga-tiga mereka ini dan melihat ini peluang baik untuk dia tarbiyah kepada ketua-ketua anak muda parti politik Melayu sekali gus.

Seperti biasa, taktik biasa orang tabligh adalah ajak ke surau. Dia jemput ketiga-tiga mereka sembahyang magrib di surau.

Semasa student, mereka dah biasa dengan taktik tabligh. Pahamlah ketiga mereka Pak Imam ni nak berdakwah. Sam Ketot berkata, "Pak Imam ingat kita ni jahil sangat ke? Takpa, nanti aku buktikan yang kita bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah ketiga-tiga Ketua Pemuda ke surau.


Sam ketot mintak pada Pak Imam untuk laungkan azan. Pak Imam setuju.

Sebaik saja masuk waktu, Sam Ketot terus minta diangkat orang pasal dia pendek. Terus dia laungkan ....

"ALLAH TA'ALA ... ALLAH TA'ALA!!!!"

Terperanjat Pak Imam dengar Sam Ketot azan. Dengan segera dia ambil mikrofon daripada Sam Ketot dan menyuruh Tok Bilal yang azan.

Terserlah kejahilan Sam Ketot. Parti Melayu liberal ni tak boleh diharap. 

Selepas bilal iqamat dan masa nak sembahyang, Pak Imam angkat takbiratul ihram. Masaalahnya Pak Imam ni tak masuk-masuk dalam sekali takbir.


Sekali angkat takbir tak khusyuk, masuk kali kedua pun tak khusyuk jugak lagi... Masuk takbir ketiga, Sam Ketot tepuk bahu Tok Imam.

"Pak Imam .. Pak Imam ... biar Khairy jadi Imam. Dia dah naik haji."

Pak Imam pun sedia berundur. Maklumlah kepimpinan dalam jemaah solat ditentukan oleh makmum. Begitu juga kepimpinan dalam apa serba segi.

Khary pun angkatlah takbiratul ihram.

"Allahu akbar!"

Makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan sama-sama mulakan solat. Tiba-tiba si KJ pusing belakang dan kata, "Aaa, tengok! Sekali jee takbir Pak Imam!!"

Rosak!!!! Batallah solat dan yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.


Marah Pak Imam budak-budak ni main-main.

Lalu dia mintak Ketua Pemuda PAS baru, Suhaizan Kaiat jadi Imam. Dalam hatinya, budak PAS mesti elok solat mereka. Dahlah tu, Suhaizan budak Johor yang ada sistem sekolah ugama yang tersusun baik.

Suhaizan terus ke depan jadi imam solat. Dari mula takbiratul ihram sampai habis sembahyang, sempurna bacaan, gerak geri dan tertib. Siap dengan ada wirid-wirid dan doa.

Dalam hati Pak Imam, respek aku Ketua Pemuda PAS ni. Lepas solat, Pak Imam memuji Suhaizan.


Dengan act sekali, Suhaizan berkata, "Mestilah ... kita berjuang untuk Islam. Kami biasalah sembahyang tengah jalan dan depan Sogo. Itu pun belum ambil wudu' lagi.

"Kalau tak lagi dahsyat saya sembahyang."

Pak Imam terkedu-kedu. Kena aku solat balik.

Wow! Solat tak perlu riak nak tunjuk-tunjuk

14 ulasan:

Awanama berkata...

Cerita tu terbaik dan ada unsur pengajaran...tp masalahnya ...mcm mengaibkan org juga tu..mungkin watak tu perlu ditukar...InsyaAllah org mungkin dpt "menangkap" maksud disitu...

Awanama berkata...

12:03

Kau baru first time baca husin lempoyang ke?

Semua orang tahu ini hanya satira dan husin lempoyang berjenaka cerita rekaan dan sinis terhadap personaliti politik.

Tapi dia membawa mesej sendiri.

Mukalah minda. Nak baik sangat pergi baca blog ugama tok lebai tonggang tenggek Mat Sabu

Awanama berkata...

Hello bro 12:03 .. aku ikut page nie dah lama aku pembaca tetap GAP...so tak payah ler terjerit macam pontianak hilang anak ...org buka minda tak perlu terjerit mcm ko..org kalu buka minda ..apa sy org lain smapaikan insyaAllah dia akan dapat paham .... ko nk komen pasal suruh aku baca mat sabu ...harap minda ko dapat tangkap maksud aku ..aku nie selalu baca GAP... so harap paham...jangan ingat semua org sama idea / mminda mcm ko ...org berbudi kita berbahasa....ibubapa tak ajar ke?

Awanama berkata...

Apa cerita macamni???..Sembahyang di buat citer lawak pulak doh....tak ada akal....

Awanama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita macamni???..Sembahyang di buat citer lawak pulak doh....tak ada akal....

3:03 PTG
----------------------------------
tak salah cter pasai sembahyang..sebab sembahyang lain2 kiblat pun dah ada..sembahyang dlm banjir pun dah berlaku..hanya yg mankuk bertingkat aje yg mengaku tak ada jadi semua ni..

Awanama berkata...

Rosak..rosak..

jebat berkata...


Para Komentar semua,

Anda baru kenal HHL (Haji HUdin Lempyang) ?

Kepda HHL semuanya jadi,
Pergi haji pun jadi,
Pergi mana pun jadi,

Cuma satu saja tak jadi.
Pergi cari Cina Doll.

He he he he
JUAL ORANG LAGI UNTUNG DARI JUAL UNTA.

hA HA HA

Awanama berkata...

Cerita org politik yg rase masing masing hebat,pengikut pun same perasan hebat, takjub diri.moga kita mendapat menafaat dari cerita ni,fikir fikirkan.

Awanama berkata...

Saje nak tanya ... betulker Kiblat depan sosgo tuuu.... Setahu aku matahari naik dari arah pertama Kompleks... betul2 ketam konpius nie..

Awanama berkata...

2.45

Ko juga yg cekap dan faham isu. Byk tak guna otakkkk

pok pin berkata...

Sin, aku ada satu joke, macam ni ceritanya;

Seora pemuda UMNO semasa menghampiri bulan ramadan. Dengar dailognya.

Pemuda UMNO: Din, kau nak puasa tahun ni. Bulan ramadan dah nak sampai.

Budin : Macam mana kau nak puasa sebab kau tak tau sembahyang.

Pemuda UMNO : Tolonglah aku ajar macam mana nak puaa dan nak sembahyang. Boleh aku berpuasa dan tegakkan sembahyang sekali.

Budin : Ok aku ajar kau!

(Budin pun ajarlah pemuda UMNO ini lafaz niat sembahyang dan cara sembahyan dan juga lafaz niat puasa sekali. Besoknya pemuda UMNO ini mulalah nak sembahyang.Budin intai Pemuda ni yang sedang mula nak sembahyang. Tetapi setiap kali dia berdiri diatas sejadah mulutnya pun berkamit. Tetapi dia tak jadi sembahyang. Byudin tanya dia kenapa)

Budin : Kenapa tak jadi ankat takbir?

Pemuda UMNO : Tak boleh sembahyang sebab lafaz niat itu kata solat untuk besok.

(Rupa-rupanya pemuda UMNO ini tersilap. Niat sembahyang dan puasa bercampur. Dia berniat sebelum angkat takbir tadi macam ni; 'saja aku sembahyang esok hari.....)

Budin ; Itu niat sembahyang dan niat puasa bercapurlah bro.

itu saja ceritanya

Awanama berkata...

hihihi inilah kualiti pemimpin pelapis yang akan memimpin orang melayu dalam menghadapi cabaran mendatang.../
sumo tak bulih arap

Awanama berkata...

Bosannya citer ni..

Awanama berkata...

Ceta si budin pasal niat bercampur tue cam bodo..pendita melaka