Khamis, Mac 20, 2008

Apa salah Zaid Ibrahim jadi Menteri Hal Ehwal Agama?

Dato Zaid Ibrahim, bekas ahli Parlimen Kota Baru yang tidak di beri tempat bertanding di PRU12 dan pernah digantung keahlian UMNO, dinaikkan Pak Lah menjadi Menteri untuk membuat reformasi undang-undang.

Pasti ramai yang terkejut teramsuk dirinya juga. Di cafe-cafe di kot Kuala Lumpur, ahli-ahli UMNO sudah mula berkata, "Ah ... macam ini baik aku melawan dan digantung keahlian, ada can jadi Menteri."

Memang Zaid amat sesuai ditanggungjawabkan untuk mereformasikan sistem perundangan negara. Dia adalah seorang peguam Melayu yang amat berjaya sekali.

Firmanya Zaid Ibrahim & Co. dikatakan mempunyai ribuan peguam dan terlibat dengan pelbagai jurusan perundangan di luar dari keupayaan firma biasa dan antarabangsa. Zaid juga seorang yang berani menyuarakan isu-isu perundangan yang berkontroversi, walaupun tidak digemari ramai.

Baru-baru ini, namanya timbul di sebuah majallah antarabangsa bersama nama seperti Tan sri Syed Mokhtar sebgaai antara dermawan yang terbanyak di Malaysia.

Persoalannya, kenapa mesti suroh dia jaga isu undang-undang, tentu dia boleh lakukan bidang yang lain. Dia pun dahulu pernah mengetuai Persatuan Bolasepak Kelantan. Apa salahnya dia bertukar portfolio dengan Ustazah cun Dr Mashitah?

Kawan Husin berkata, "Kalau Zaid jadi Menteri Hal Ehwal Agama, semua isu haram settle.... tak ada haram-haram"

"Astaghfirullah .... kau ni", Husin menegur sambil tersenyum. Inilah orang politik kalau bersindir dengan jenakanya. Namun kawan Husin itu dalam pengetahuan agamanya.

Baik Zaid jaga undang-undang sajalah.

Tak akan tak tahu beza halal dan haram, keadilan dan kezaliman, hak dan batil, amar makruf nahi mungkar, dan Islam dan bukan Islam. Ya tak, Dato? Ingat satu sahaja Tok, hukum tuhan dan hukum manusia itu berbeza. Hukum tuhan selama-lamanya. Hukum manusia hanya menang atau kalah di mahkamah dan hukuman dunia.

Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zaid Ibrahim atau ibrahim ali?

Saya pilih Zaid Ibrahim, sebab dia celupar tapi ada undang-undang, sedangkan Ibrahim Ali hanya celupar tapi bongok.

Pak Lah kalau baca ini, saya cadangkan supaya paklah menceri orang-orang yang kejam dan zalim untuk membantu kerajaan, tetapi bukan kaki menderhaka.

Orang kejam dan zalim sebenarnya adalah ibarat askar atau panglima yang sanggup mati kerana tuannya, seperti juga anjing, sanggup gonggong orang demi tuannya.

Tanpa Nama berkata...

Dia memang peguam hebat. Firmanya Zaid Ibrahim & Co. (Zico) di Millenium Tower, Pusat Damansara sungguh digeruni. Kes-kes korporat besar memang Zico adalah antara jerung-jerung yang melahap. Bekas peguam-peguamnnya pun cukup ramai memegang jawatan-jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat besar. Untuk orang moden, memang hebat Zaid Ibrahim ini.

Tanpa Nama berkata...

hebak anak2 ibrahim nih
hebak2!!