Jumaat, Mac 21, 2008

Ayo yo ... Itu Langit Sama Bumi Pun Mahu Juga

Husin sudah dengar ini cerita dan rupanya sudah ditulis di blog Sembang-Sumbing. Malas mahu tulis, jadi copy and paste saja di bawah.

Beberapa hari lepas, MB Selangor tan Sri Khalid Ibrahim telah ‘turun ke padang’ bersama Penasihat PKR Anwar Ibrahim, membuat ‘lawatan mengejut’ ke kawasan India di Rimba Jaya. Kunun kunun melunaskan tanggung jawab sebagai pemimpin kepada rakyat dan kunun kunun PKR sebuah parti yang amat perihatin kepada masyarakat Indian, yang kunun kunun ditindas atau dipinggirkan oleh kerajaan sebelumnya.

Setibanya di tempat itu, beberapa penduduk keturunan India berugama Hindu setempat membawa mereka kepada tapak dimana kuil mereka dirobohkan lewat tahun lepas. Kini sebagai pihak berkuasa baru, golongan keturunan India ini meminta kepada Khalid dan Anwar sebuah kuil baru, ditapak yang sama. Malah mereka menuntut kuil yang lebih besar lagi!

Dalam masa yang sama, berita pemimpin besar PKR ‘turun ke padang’ ini mula tersebar dan makin ramai penduduk setempat keturunan India berpusu pusu kearah mereka.

Kini tuntutan mereka lain pula. Bagi masyarakat setinggan keturunan India Rimba Jaya, mereka menuntut rumah. Tetapi mereka secara tegas mengatakan mereka tidak mahu rumah pangsa kos rendah. Mereka menuntut rumah teres dua tingkat!

Apabila ini berlaku, Khalid dan Anwar cepat cepat memberi alasan dan beredar, sebelum lebih ramai masyarakat keturunan India makin dekat dan menuntut macam macam lagi!

Mereka meninggalkan Datuk Bandar Shah Alam untuk berhadapan dan berurusan dengan masyarakat India Rimba Jaya.


Kalau tidak percaya, ini You Tube bawah:



Nasib baik dia tidak minta satu bungalow seorang di Damansara Height. Tan Seri hanya ada satu sahaja bungalow. Dato Seri sudah jual bungalow, selamat.

Siapa suroh janji itu bumi dan langit? Janji mesti kota. Makkal Sakti Dato dan Tan Seri.

Wow! Kalau kasi layan, jual orang dan unta pun tak boleh untong.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tidak percaya...

Walaupun MB aku tu gagap, jangan diperli demikian rupa.

Aku bimbang ada musang bulu ayam, buat tuntutan yang bukan-bukan.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia, bukan percaya ke tidak. Pergilah tanya kat orang yang hadir. 3 soalan sahaja terus semuanya cabut lari. Takkanlah orang luar masuk dan tanya soalan nak kena pukul. Kita mungkin tak dapat bezakan mereka tapi kaum mereka sendiri dan penduduk setempat saling kenal mengenali. Bersikap terbuka sedikit kalau tak percaya pergi siasat idola anda itu.
Tak tahulah apa nak jadi. Kata orang kalau nampak orang Brand Darlie ubat gigi dengan ular pukul Brand Darlie dulu. Sekarang pulak orang kata kalau nampak Brand darlie dengan DSAI pukul DSAI dulu. Hairan dan ajaib aku.

mangchikla berkata...

Bisa!

Tanpa Nama berkata...

Saudagar Husin penjual unta,

Aku juga bimbang byk musang berbulu ayam..
Lgpun PKR tu bukan kerajaan persekutuan, baru kerajaan negeri.. Mana nak dpt tunaikan permintaan musang2 tu..

Ni plak nak minta lebeh2 pulak.. akai ada ka??

Janji BN apa pulak?..Tak mao tuntut ker?

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.30

Kalau PKR benar, kenapa lari apabila rakyat Malaysia etnik India ini makin lama makin ramai mampir? Kenapa tinggalkan Datuk Bandar Shah Alam untuk urus dan kelola permintaan rakyat ini sedangkan yang berjanji ialah oleh macam Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim, dan Bukan Kerajaan Negeri!

Biasalah. PKR ini cakap tak serupa bikin. Sebagai negeri paling maju dalam Malaysia, Selangor masih lagi gagal senaraikan Exco, 14 hari selepas Pilihanraya Umum XII.

Apa akan berlaku sekiranya tiada Exco untuk awasi perjalanan Kerajaan Negeri dimana paling banyak industri, kilang dan perusahaan ditempatkan dan beroperasi?

Tanpa Nama berkata...

bagi aku ini semua manipulasi dari musang berbulu ayam...ya janji tetap janji tapi kena tengok reality laa..yg p mintak banglo 2tingkat apa kejadahnya..see the leag laa....nie semua konspirasi ja nie...

aku nak tengok nanti siapa jilat ludah balik....

awang samiun berkata...

Bak kata pepatah inggeris ini sebenarnya kisah sour grapes.
Kalau Selangor takat perlantikan exco apa kisah negeri terengganu? Kalau dah sampai sekarang MB belum dilantik lagi dimana kredibilitinya Pak Lah kita?

Berita dari gunung berkata...

Memang la. Orang politik memang kuat tabur janji. Tapi ada rakyat yang suka kutip dan pegang janji. Mana tau ada yang kecewa tak dapat rumah, naik angin dan naik penumbuk sekali. Lebam mata karang.

Sekali lebam mata dan sembuh, bukan bermakna lebam seterusnya tentu sembuh juga.

Tanpa Nama berkata...

Wah!! Bila BA berjanji, nak tuntut smpai bertumbuk lebam mata ke? Orang tu tak smpai sebulan memerintah.

Janji BN yg 4 tahun dah terkota semua ker?? (ambil 4 tahun je lah dulu..hehe)

Tanpa Nama berkata...

husin sajer nak hangatkan suasana.masalahnya sape yang tinggalkan tahi.minta berlebih-lebihan diaorang tak lah plak nak janji bagi rumah teres 2 tingkat atau kuil hindu sebesar stadium merdeka.kalau aku jadi mat gagap dengan anwar aku pun blah hah lantak lah dato bandar a.k.a mayor yang selesaikan.

Husin Lempoyang berkata...

Dulu kata BN tak kota janji, di keluarkan senarai janji2 manis.

Sekarang kita keluarkan janji manis , kena marah ....

Tak akan BA/BR tu maksum ...

Spotting lah sikit.

Husin jual orang tak kira BN atau BA/BR ...

Kan adil :)

Tanpa Nama berkata...

Kesian YB Teng Cheng Khim belum apa-apa dah kena tinggal. Confirm hari ini selepas EXCO dilantik. Semenyak 2004 hanya beliau dan NG SUEE LIM YB dari Sekinchan mempertahankan kubu pembangkang di Selangor. Selepas Selangor ditawan lenyap entah ke mana. Siapa kata DAP, PAS Atau PKR tidak gila kuasa.
Thresa Kok pula dilantik EXCO senior termasuklah Ronnie Liu.
YB Teng takkan dapat jadi speaker Dewan Selangor kerana prinsip beliau yang tidak boleh dikompromi iaitu tidak mahu memakai songkok.
YB Teng teruslah berjuang termasuk mewakili para pencuri pasir di Selangor yang lahap menjahanamkan tanah-tanah yang dijadikan tasik. Para pegawai penguatkuasa tidak berani bertindak dek takut dengan YB Teng sebagai ketua pembangkang Selangor. Sekarang sendiri jadi kerajaan jadi harus mengetatkan penguatkuasaan pencurian pasir pulak di Selangor.

Semua gagak sama hitam hanya nak lihat yang mana lebih kotor. Aya mahu soru la anei.

Jangan kerajaan baru Halalkan yang Haram dah

Tanpa Nama berkata...

aiya!itu keling biasala punya perangai
itu mamak lagi laaa
chit!

Tanpa Nama berkata...

wah!!! baru sebulan memerintah dh nk judge PKR...tu pak lah + khir toyo + zakaria deros = semua masuk bank book.... lelong jer istana ZD, sure bole buat kuil besar stadium shah alam!!

Pak Ma'on berkata...

hak alaa..kelam kabut sangat ni apahal..rilek la bagi le orang BR tu tarik napas dulu…..yang orang BN tak disuruh lari dah mencungap tersemput semput macam kena lelah kucing tu, apa cerita pulak? Rileks laa…jangan amalkan sikap kelam kabut sedara ha ha

Unknown berkata...

"Jangan kerajaan baru Halalkan yang Haram dah"

Kerajaan lame lagi lah... haram yg di telan adelah!

Asal dpt dok dlm istana besa2 kat kelang tu.

Tanpa Nama berkata...

Mintak rumah?

Bertahun tahun aku kerja kuat kumpul duit untuk buat downpayment rumah. Bila dah cukup, buat loan bank. Jimat sana sini untuk bayar hutang bank selama 20 tahun.

DIA ORANG NAK RUMAH FREE? NAK RUMAH BESAR TAPI MURAH?

Adoi.....

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak kata. Adik saya bekerja dengan SUK daripada zaman Mike Tyson hingga MB yg baru ini. Adik mengendalikan hal ehwal penduduk Selangor dan salah satunya adalah Rimba Jaya.

Dia tahu apa yg berlaku & sebenarnya adalah kesilapan kerajaan BN adalah tidak memaklumkan kepada rakyat apa yg sebenarnya berlaku & perkara ini telah sewenang-wenangnya di eksploitasi oleh PKR-DAP-PAS.

Di maklumkan kepada saya, orang-orang India di kawasan sana sebenarnya mahu kerajaan BN menggantikan dgn kuil yg baru yg lebih besar tetapi kerajaan BN pada masa itu tidak mahu tunduk kepada sebarang tuntutan kerana mereka dah masak sangat permintaan mereka-mereka ini. Ibarat beri betis mahu peha pula. Dah buat kuil baru nak rumah teres. Macam-macam lagi. Tetapi tidak semua orang-orang India begitu. Ada di antara mereka juga tidak bersetuju dgn tindakkan puak-puak ini.

Kita kena rasional dengan perkara ini. Kita tunggu dan lihat siapa yg mahu mengambil kesempatan. Jangan ingat senang nak mengendalikan kes-kes setinggan seperti Rimba Jaya.

Rakyat sedang memerhati.

coy berkata...

Tak kisah pun , aku nak tunggu BR memerintah negaraku yg kucintai ni. Cukup edah untuk dinilai, baru aku nak komen. Aku tak kisah pun harga minyak tak boleh diturunkan, cuma aku tak caye lepas PR 12 minyak tak naik, sbb tu aku Buat U Turn ni, tak tau lah U turn ni selama-lamanya or ada U turn kembali selepasni, tunggu je la.Nasib baik tak menang 2/3. kalau tak confirm minyak naik lagi..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan baik BN atau BA mempunyai amanah berat untuk dipikul. Tapi sayangnya ada parti tertentu yang hendak menjadi jaguh dengan mempertahankan perkara yang ternyata salah. Tahniah kepada kerajaan Selangor terdahulu yang berjaya mencapai hampir 99.8% setinggan sifar. Kegiatan setinggan adalah salah tetapi ada parti politik yang memutarbelitkan fakta seolah-olah setinggan adalah golongan teraniaya. Cubalah tanya para peguam yang mengendalikan kes-kes setinggan - ada yang mengatakan bahawa sesetengah setinggan berbangga membeli rumah rakyat/murah mereka dengan tunai. Di Lembah Kelang khasnya terdapat sendikit yang membina rumah setinggan untuk disewakan kepada warga asing dan hanya menunggu masa mendapatkan gantirugi serta peruntukan rumah harga rendah baru.
Kerajaan perlu berpendirian tegas dalam menegakkan undang-undang negara supaya negara dapat maju denganrakyat yang berdisiplin.
Tan Sri Khalid nanti pasti berhadapan dengan masalah besar menyelesaikan nmasalah setinggan kerana parti beliau merupakan jaguh mempertahankan hak para setinggan.
Kita tunggu dan lihat.