Selasa, Mac 11, 2008

Berita Esok: Pegawai SPR Rembau DiMasukkan Hospital

Berikut adalah berita yang keluar Isnin esok:

Seremban Ahad Mac 9hb - Hospital Seremban hari ini dikerumuni oleh pegawai SPR yang bertugas di Rembau semalam.

Mereka amnya bengkak tangan dan sakit mata hasil usaha pengiraan undi berulang kali.

Menurut mereka, ada yang bakal cacat kiranya pengiraan undi tidak menghasilkan kemenangan buat Khairy.

Ha ha ha ... sudahlah Khairy!

Satu Malaya tahu SPR dipaksa kira berkali-kali dan Khairy disahkan kalah 83 undi. Khairy hanya menang lebih 5,000 secara tipu menggunakan undi postal.

Pak Lah hanya menang 1,000 di Kepala Batas dan menggunakan hampir 10,000 postal vote untuk tidak hilang kemaluan.

Hampir semua postal vote satu Malaysia digunakan untuk Khairy dan Pak Lah.

Katanya, khabar mengatakan Tan Sri Koh Tsu Koon sedang kalah dan postal vote mahu dibantu. Akhirnya Koh Tsu Koon tidak dapat ditolong dan kalah. Begitu banyak postal vote digunakan oleh Pak Lah dan Khairy hingga Samy Velu, Shahrizat, Kaveas dan lain-lain tidak dapat diselamatkan.

Dengan ini, Husin Lempoyang menobatkan Khairy sebagai "Postal Boy" dan Pak Lah sebagai "Postal Father In Law".

Pak Lah Pak Lah ... ingat rakyat menerimanya. Masih tak sedar diri kenal jual...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wicked, wicked... khairi malaysia's Postal Boy. hahaha
kau ni husin, sakit perut aku

Tanpa Nama berkata...

BN sudah mula menggunakan provokasi dengan media seperti yang telah dipertontonkan kepada rakyat malam tadi menerusi Buletin Utama. Wakil MCA mengatakan 'hanya Parti Gerakan dan MCA yang boleh membela nasib kaum Cina dan DAP serta Keadilan tidak. Kemenangan -parti-parti pada pilihanraya kali ini hanya menguntungkan parti satu kaum(Melayu) sahaja.'
Jadi, berhati-hatilah kerana ini selagi media dikuasai oleh BN, provokasi ini akan dilakukan tak tau sampai bila.

Tanpa Nama berkata...

mengapa media terus memencilkan BA yang menang? Kita harap Tan Sri Khalid dan rakan2 dalam BA beli saham majoriti Media Corp, Utusan dan Astro. Tan sri tolonglah tengok cadangan saya ni

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak sepak buntot dua ekor beruk bangang ini panggil saya. Hanya jaga diri sendiri sahaja tak tau jaga Barisan. Bukan postal vote sahaja Khairi juga telah mengalihkan lebih 3000 pengundi Senawang ke Rembau sebab itu DUN Senawang kalah.
Lepas ini Khairi akan join PKR kalau Anwar dengan wang RM1.0bilion berjaya membeli MP dari Sabah dan Sarawak. Lepas itu Malaysia akan lebih banyak terjuan sebab dah pakai duit negara asing buat bayaran beli MP. Kalau nak tolong tap apa tapi kalau duit Ah Long mampuih membayar duit bunga saje.
Kalau Paklah - Khairi yang jadi driver. Ini kemudian Wan Azizah pulak Anwar `cucuk' dari belakang. Mampuihlah Malaysia macam ni. Harapkan Tun M dan Raja sahajalah.

Tanpa Nama berkata...

Pihak MAHB dan imigresen di Lapangan terbang seluruh negara hendak berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana dikhuatiri dua ekor beruk dari Malaysia akan cuba lari ke Australia sebab sana takde perjanjian ekstradisi beb.

mob1900 berkata...

Husin,
huwwah. blog ko dah bertambah canggih serta sofistikatod-ray, aku ingat pasal 'PostalGate' Rembau tu khabar-angin tapi rupa-rupanya ramai yg menjadi saksi malam tu. Aku pun tekan butang refresh laman M'kini sampai meletup tapak jari, sempat jugak aku nampak masa 'Unofficial' Si-Kitol tengah kalah lebih-kurang 100 undi. Chegubard serta penduduk Rembau dah dijadikan 'korban' utk menjerat Si-Kitol, pagi tadi Black buat pendedahan kat Chinese Assembly Hall pukul 11, mungkin ade perkembangan kat M'Kini kot?

Tankiu diucapkan kepada Tuan Husin kerana memberi inspirasi yg tak pernah sampai kat kepala hotak Dollah ketika beliau menutup-kedai Parliman berkenaan idea 'Postal' Menantu & Bapa Mertua, hamba akan akan menganalisa secara terperinci majalah playboi mcm menteri kite sebelum buat propaganda!

Salam.