Khamis, Mac 13, 2008

KM Pulau Pinang Baru Mula Bertindak


Mac 12hb, 2008 - Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Encik Lim Guan Eng memulakan tugasnya untuk mengumumkan pemusnahan Dasar Ekonomi Baru untuk kerajaan Pulau Pinang.

DAP mengambil pendirian bahawa polisi-polisi kerajaan akan berasaskan persamaan kaum supaya lebih adil mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Kaum Melayu yang sekarang terpinggir di Pulau Pinang pasti akan jauh lebih maju. Beliau berpendapat mereka pasti lebih berupaya untuk maju dari kaum-kaum Cina yang sekarang jauh lebih maju, tanpa bantuan kewangan, subsidi bantuan dan bimbingan..

Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang akan memulakan beberapa langkah segera untuk mengubah sikap dan cara kehidupan rakyat Pulau Pinang.

Larangan menjual gula-gula getah chewing gum bagi seluruh Pulau Pinang sudah dikuatkuasa dengan segera.

Penghisap rokok tidak dibenarkan merokok di kawasan awam dan denda yang keras akan dikenakan kepada pelanggar perintah.

Bagi menyelesaikan segera masaalah kebersihan dan sampah di Pulau Pinang, Lim berkata, kerajaan bercadang mengenakan denda yang tinggi kepada pembuang sampah dan mengenalkan program khidmat masyarakat kepada pembuang sampah. Langkah ini sedang dikaji dan menunggu masa untuk mula dikuatkuasa.

Beliau menambah, kesemua jalanraya di Pulau Pinang akan disediakan dan dibaiki zebra crossing yang telah diabaikan oleh Barisan Nasional. Ini untuk memastikan rakyat Pulau Pinang tidak menyeberang jalanraya sesuaka hati. Denda yang ketat juga akan dikenakan kepada yang melanggar peraturan.

Sementara itu, Lim Kit Siang menuntut supaya jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada DAP. Beliau berkata, DAP akan boikot majlis perlantikkan wakil PAS sebagai Menteri Besar yang telah diperkenankan Sultan.

Menurutnya tindakan itu adalah untuk menunjukkan DAP bukan satu parti kaum cauvanis Cina dan menghormati kehendak Sultan.

Menurut sumber-sumber tertentu, Lim Kit Siang dikatakan akan mengubah pendirian kerana baru sedar, DAP bukan lagi parti pembangkang di negeri Perak dan tidak boleh bersikap seperti parti pembangkang. - Agensi Berita Husin Lempoyang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oh yes... The eradication of the DEB in Penang will definitely help to improve the lots of the Malays there. Love the bit about chewing gum... kinda remind me of another Island :) As for LKS' call for DAP to boycott the swearing-in ceremony of PAS MB candidate, maybe LKS forgot that the State Constitution of Perak has yet to be amended by DAP. After all, DAP won 2/3 majority in Perak, right? Right????

Tanpa Nama berkata...

This all will take place throughout the country if the Barisan Rakyat controlling the Federal Government. Maybe Someone is in the mid of trnsforming our beloved country to be a Republic. Only Gods know. Because all the changes now is more toward copying Singapore way of governing. Maybe everybody should give it a try.
Sincerely believed that NEP is still needed in this country but with changes in implimentation.
Paklah has done it in IDR so what is the fust in Penang. Paklah has set a precedent so dont blame PKR and DAP or PAS - they are brother la.

Tanpa Nama berkata...

Bergaduhlah sesama sendiri rakyat Malaysia jika beberapa tahun lepas menyaksikan negara ketinggalan jauh di belakang Singapura bermula dari sekarang akan lebih mundurlah lagi MAlaysia. Kerajaan pusat patut membatalkan projek komunikasi radio yang diberikan kepada syarikat Motorola di Pulau Pinang kerana ianya telah dijadikan isu oleh pembangkang sebagai rasuah. Biarlah rakyat menganggur dan itulah kami redhakan.
Motorola; Sony dan Intel sepatutnya terus pindah memandangkan para pemimpin kita tidak tahu langsung pasal berniaga. Sedangkan negara lain sanggup membuat pelbagai tawaran untuk mereka melabur tetapi kita sibuk menghalau mereka. Ada sesetengah pelaburan sangat perlu untuk memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat serta aktiviti-aktiviti simulasi ekonomi sampingannya.
Get out Motorola from Penang and Malaysian should start sending petition to their US based HQ for the corrupt practice as accused by the opposition. Complaint to WTO because our Malaysian people has been threaten to award the contract to Motorola or else the exit from our country.
Lim Guan Eng should lodge a police report and immediately start a probe into this matter because not all Mat Salleh is clean like our Paklah ok

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya memang dimalaysia yg menaikkan maju dalam ekonomi adalah bangsa CINA, tapi ku sebagai rakyat Malaysia, ingin sekali lihat org MELAYU kita bangun dan maju macam org cina, bekerja keras tanpa perlukan bantuan dan jgnlah kita harapkan layanan istimewa dari kerajaan kerana kita boleh maju tanpa pertolongan Kerajaan...