Sabtu, Mac 15, 2008

Macam Nak Mula Tahan Penjualan Chewing Gum?

Dilaporkan Bernama semalam Mac 13hb, 2008 berikut:


Rakyat Pulau Pinang Mesti Bersihkan Pulau Untuk Industri Pelancongan

PULAU PINANG, 13 Mac (Bernama) -- Kebersihan ialah kunci untuk Pulau Pinang menarik semula pelancong, kata anggota exco Pelancongan Pulau Pinang Law Heng Kiang.

Beliau mengulangi kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa bertemu anggota Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) cawangan Pulau Pinang semalam, bahawa beliau akan menangani isu-isu pelancongan daripada akar umbi.

"Antara perkara utama ialah kebersihan dan kami harap rakyat dapat bekerjasama untuk membersihkan sampah mereka sendiri.

"Ini sangat penting kepada industri pelancongan. Sebagai contoh, tempat tumpuan pelancong di Singapura, yang berjaya menarik kunjungan pelancong kerana kebersihannya," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota exco negeri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Law mahu penduduk di negeri itu bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan negeri itu khususnya tempat tumpuan pelancong, bersih.

"Keseluruhannya Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan mengendalikan kawasan tumpuan pelancong manakala penjaja menjaga kebersihan tempat menjaja manakala orang ramai pula menjaga kebersihan tandas dan kawasan awam lain," katanya.

Law juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk mengubah pelan industri pelancongan Pulau Pinang kerana keutamaannya ialah menangani isu kebersihan.

Setiausaha DAP negeri itu berkata beliau akan membangunkan kawasan pelancong baru, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, Pengerusi MATTA Pulau Pinang, Anne Tan bersetuju dengan pandangan Law bahawa kebersihan, terutama penyelenggaraan dan kebersihan tandas awam dan kawasan awam lain merupakan tanggungjawab orang ramai.

"Ya, memang ada pekerja yang membersihkan tandas tetapi mereka tidak berada di sana 24 jam. Kita yang menggunakan tandas dan wajar membantu kerajaan dan lebih bertanggungjawab. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan melakukan semuanya," kata Anne.

-- BERNAMA

He he he ... baguslah hendak mengekalkan kebersihan dan menarik pelancong asing. Cuma sekadar tersenyum menyedari betapa masin cakap Husin dalam satira mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.

Tunggu sajalah gula-gula getah Chewing Gum tidak dibenarkan di benarkan jual di Pulau Pinang. Mulalah siapa kena tangkap buang sampah kena hukum pungut sampah pada hari minggu. Tak boleh meludah dan hispa rokok sana sini.

Akan jadi ke tiap-tiap bulan ada kempen? Mungkin dah betullah tu sebab Penang banyak kilang komputer dan semiconductor chip. Tak payah dipenuhi pendudok tapi diganti robot yang ikut perintah dan di programming selalu ... hehehe.

Bagi member-member di Penang, hangpa yang ketagih Chewing Gum nanti boleh Husin jadi pembekal. Wow! Bolehkah lagi untung chewing gum pada orang Penang dari jual orang orang dan unta?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berilah mereka peluang 5 tahun untuk buktikan. BN dah berpuluh tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan baru. Macam mana betul tak. Biar rakyat sendiri nilai nanti kalau dah jadi robot pun mereka akan pangkah BN. Masa PRU yang lepas rakyat kalau ada gambar beruk pun mereka pangkah selain dari gambar dacing.
Kalau kita baik takkan orang sanggup pangkah beruk.
I bet Pulau Pinang akan jadi Kelantan kedua. Perak dan Selangor balik ke BN pada PRU 13 dan Kedah PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

One day, our beloved Senior Minister went to Thailand and had lobster for dinner with the Thai King. After SM had finished, he asked the King....

SM: Your Highness, what can you do with this lobster shell?

King : We cannot do anything with it, we just throw it away.

SM: Oh, no. In our country, we send it to the factory and produce prawn crackers.

Then SM had an orange. After he had finished, he asked the King.

SM: What can you do with the orange skin?

King : We cannot do anything. We just throw it away.

SM: Oh, no. In Singapore, we send it to the factory and produce orange jam.

Then SM asked for some chewing gum. After he had finished, he put it on the plate and asked the King.

SM: What can you do with the chewing gum?

King: Oh, no. We just throw it away.

SM: In Singapore, we send it to the factory to produce condoms and then send it to Thailand.

SM was about to leave but then the King asked him...

King: What do you do with the condom when you finish using it?

SM: We cannot do anything. We just throw it away.

King: In Thailand, when we finish using the condom, we send it to the factory to produce chewing gum and then send it back to Singapore!!!

And that is the reason why chewing gum is banned in Singapore.