Selasa, Disember 22, 2009

Airasia dipercayai mendapat amaran DCA



SEPANG Dis 22: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dipercayai telah memberi amaran kepada Airasia supaya menghentikan iklan yang tidak memenuhi janji.

Menurut sumber, iklan Airasia menjanjikan tidak mengutip yuran pengurusan tetapi hanya cukai lapangan terbang dipersoalkan ekoran keengganan Airasia membayar yuran perkhidmatan dan cukai lapangan terbang kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) dan JPA.

Surat amaran ini dipercayai timbul ekoran ketidak puashati pihak DCA dan MAB kepada Airasia yang sering kali tidak mengikut jadual, 'crowding out' jadual perlepasan waktu pagi, dan isu-isu keselamatan.

Butir mengenai isu-isu keselamatan tidak dijelaskan oleh sumber tapi dipercayai berkaitan dengan amalan pendaratan Airasia yang turun rendah dan sering tidak dapat mengelakkan dari terbabas dari lapangan mendarat.

Pihak tertentu dalam Airasia berkata isu-isu itu telah lama selesai dan menyalahkan pihak pengurusan lapangan terbang kerana kelambatan jadual penerbangan.

Difahami dari sumber MAB bahawa kelambatan di lapangan terbang adalah salah Airasia sendiri yang menggunakan model 'turnaround' yang terlalu singkat.

Semasa ditanya pemberita, Ketua Pengarah DCA, Dato Ir Kok Soo Choon enggan memberi komen mengenai amaran yang dibuat terhadap Airasia.

Namun begitu, dia perakui bahawa DCA memandang serius sebarang iklan tidak beretika yang dibuat oleh syarikat penerbangan awam.

Airasia pernah dipersoalkan beberapa tahun lepas berkenaan iklan tambang promosi RM1 yang dianggap awam sebagai mengelirukan. Menteri Penerangan ketika itu Dato Mohamad Rahmat mendapati airasia tidak membuat sebarang kesalahan.

Dr Ir Koo turut memberitahu DCA prihatin dengan isu terbaru berkenaan keselamatan penerbangan.

Menurutnya DCA sedang mengkaji untuk mengenakan peraturan baru dengan memeriksa sendiri syarikat-syarikat penerbangan awam yang dijadualkan terbang untuk memastikan ada enjin dalam kapalterbang. - Agensi Berita Husin Lempoyang

17 ulasan:

kerabu j berkata...

Takde enjin dalam kapalterbang ha,ha,ha,sebab tulah asyik tangguh penerbangan, flight pukul 3 petang tangguh sampai pukul lapan malam!

Tanpa Nama berkata...

kwn aku kene lg kesian
rombongan 20org
dh ikut ape die nk
lapor diri sejam awal
last xkasik naik
bagasi dieorg dr awal mmg dh xbg msk
mcm seat jual lbh je

taipingmali berkata...

Air Asia penipu...kita lewat 5 minit lambat sikit tutup pintu dan tikit hangus. tetapi mereka lewat berjam-jam tak ada apa masalah. TM tetap memilih Mas....Mampos lah Air Asia..dah lah duit airport tax susah nak dapat balik..walaupun RM6,

Unknown berkata...

aisehh..cam ni ka air asia..baru plan nak ke sabah..so pilihan lain MAS je la..

Tanpa Nama berkata...

Airasia ni kroni khairy.

Dia mengembang dgn mengambik route kepunyaan MAS semasa Khairy menajdi de factor PM semasa dolah kaki tidor di Putrajaya.

Quantum Metal Consultant berkata...

Di Malaysia, ada nota nota kecil di bawaqh iklan..'ini hanyalah untuk promosi sahaja dan bukannya yang benar benar seperti dijual'.

Kalau dah kerajaan benarkan, namanya rakyat kenalah terima realiti ditipu hidup hidup..

Imran berkata...

baik2 kita bila nak drive, pastikan enjin kereta tu ada.

drBOND berkata...

naik MAS la..

kadang2 tiket MAS lagi murah dari air asia..dengan syarat beli 1 bulan awal la

dapat makan free..
pramugari pun cantik2 dan sopan
naik kapal ada bumbung...tak kena hujan/panas terik

Tanpa Nama berkata...

Air Asia ni penipu. Ambik duit orang dulu buat pusing modal dia berniaga.

Iklan pun macam auta kap-lam-ya-nga

Kutip airport tax dulu tapi lambat lambat kan bayaran pada kerajaan.

Dah lah lambat bayar, dapat discount lagi bila bayar

No more tipah tertipu...cukuplah...

Tanpa Nama berkata...

Husin dan rakyat Malaysia kena jual
oleh Tony....

Tanpa Nama berkata...

Anonn 11.34,

Dei, apa itu kap-lam ya-nge?
Kau ingat aku tak tau ke?

Orang Melayu pun ada yg baik dan ada yg jahat.

KELING.

ha ha ha berkata...

Sin..lama tak komen..

Ha ha ha ha..actualy ade AirAsia bagus gak..supaya MAS boleh beringat..kalau tak MAS asik monopoli..

Tapi yang aku ketawa pasal F1 Tony tak dapat Petronas taja...ha ha ha ha..

Petronas taja Team tu pasal lagi besar promosi boleh dapat pasal driver dia Schumacer ..ha ha ha ha..

Padan muko Tony..

Tanpa Nama berkata...

dapat email kapal terbang Airasia yg ada lukisan kartun DAtuk LAt terbabas di landasan tapi tak heboh dalam berita..betul ke kejadian tu berlaku??

mawar berkata...

Memang Airasia penipu....jadual penerbangan boleh di cancel begitu sahaja sekiranya penumpang tak penuh...dan bila dituntut gantirugi yang dijanjikan sebanyak RM200.00 dibawah On time gurantee tidak dilayan. Kini Airasia mengenakan pula charge convenience fee sebanyak RM5.00 setiap penumpang...bila ditanya apakah benda..charge dikenakan kerana menggunakan kredit kad atau debit kad. Saya menggunakan internet dan terpaksa gunakan kredit kad..membeli 4 tiket pergi balik..jadi kena bayar sebanyak 4 X 2 X RM5 = RM 40. Kalau nak charge pun biarlah per transaksi..itu pun tidak patut. Tapi luahan ni tak dapat didengar dan disiarkan oleh mana-mana akhbar.

Tanpa Nama berkata...

salam sume...

nk ckp sket la nih...airasia ni takde kene mengena la dgn KJ..ish3..jgn pandai2 ckp jek tanpa usul peksa..jgn bile org cpt naek, or cpt kaye sume nk kaitkan dgn KJ..bwk byk2 besabo bile nk belasah org ye....

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ada Air Asia, Ticket MAS tak mahal le. Saya ingat dulu, boleh terbang KL-BKI pergi balik dengan harga RM699 - Super savers discount 1 bulan valid. Lepas tu tarikh pergi dan balik boleh tukar tukat tampa penelty. Ada free meal lagi tu.

Bila masuk je air asia, macam macam le jadi. Saya rasa, MAS di arahkan naikan tambang (oleh you know who) supaya Air Asia nampak murah. Cuba fikirkan, Kalau KL-BKI pergi balik RM699. Air Asia mesti jual RM500 (harga paling mahal). Sebab itu pada awalnya, Air Asia nak bungkus.

Masuk je si Tony Penipu ni, Harga tikit MAS naik sampai RM1000 pergi balik. Itu pun kena penely kalau tukat tarikh terbang. Angkara Air Asia.

cikda berkata...

Salam,

Saya pelajar Master dr UKM.saya cuba search maklumat asal topik ini utk tujuan my research, tapi xjumpa.Boleh saya dapat source maklumat ini? terima kasih banyak..