Khamis, Januari 07, 2010

Susah juga tak boleh bohong


Sekarang ini, orang dah jadi konfius. Mana satu nak percaya. Media perdana atau media alternatif? Alangkah baiknya jika ada satu alat yang boleh tahu orang bohong atau tidak.

Ini ada satu kisahnya seorang Profesor Samad yang berjaya mencipta robot yang boleh mengesan bohong. Robot itu direka supaya ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong ...

Dia sudah dapat bayangkan keuntungan dari jualannya. Bayangkan syarikat media, mahkamah, pejabat kerajaan dan korporat pasti mahukan mesin yang dapat mengesan pembohongan. Polis mesti nak guna tangkap blogger-blogger yang sebar fitnah.

Siap saja prototype robot pengesan bohong, Professor Samad bawa pulang untuk tunjuk pada anak bininya.

Dibawa robot prototype ke ruang tamu untuk tunjuk pada anak lelakinya. Ditunggu-tunggu, dia tak pulang hingga lewat pagi. Sampai tertidor.

Prof Samad dikejutkan oleh bunyi motor anaknya yang baru pulang. MAsuk saja anaknya, dia bertanya, "Kamu dari mana ni?"

"Ada pelajaran tambahan ayah," jawab anaknya.

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Anak, ini adalah robot ciptaan ayah. Dia akan tampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!

"Maaf ayah ... sebenarnya saya pergi menonton movie di rumah kawan...".

"Cerita apa?

"Cerita Papadom ayah".

*PLANG*

"Katakan dengan jujur cerita apa?!"

"Maaf ayah ... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Prof Samad. Dia berleter, "Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu, ayah tak pernah pun buat macam nie."

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.

Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata, "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Memanglah anak awak ni ... "

*PLANG*

Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya ...
dan semua terdiam...

Menyusahkan juga kalau tidak ada tipu dan putar belit.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduh..cukup2 la tu Pak Hussien. Tak sangup saya nak dengar lagi..Haru biru perut ku dibuatnya. Aduh..

CodeNameSomaliPirate berkata...

Pak Husin

Robot Pak Samad tu menampar orang je... aku takut cerita ko ni pun bohong, naya kena plang dengan robot tu muka ko!

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak bohong jadi haru-biru macam dlm filem Liar Liar.Bak kata Jack Nicholson " You can't handle the truth!" Sebab itu, Media perdana main half-truth takut haru biru. Ya lah tu..selak kain orang sampai terkoyak nampak pan..t. Yang dah terlanjang, tutup rapat-rapat.
Bloody fool....

Rascal

guano berkata...

BERITA LAGI BAIK UNTUK SEMUA:


Setiausaha agung PKR letak jawatan

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

Dah nak semakin hanyut parti PKR ni...mintak simpang tak berjangkit ke PAS.

Jawatan S/U AGUNG...besar ni jawatan tu

BERITA LAGI SENSASI:

Ketua UMUM PKR DS Anwar Ibrahim dah mengaku dalam Facebook yang dia adalah THE FUTURE PRIME MINISTER OF MALAYSIA (dalam Penerbitan Herald disebut BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA)...

Hebat sungguh PKR, mengalahkan PAS.

Quantum Metal Consultant berkata...

Penggunaan robot mengesan pembohongan masih relevan. Letakkan di Mahkamah untuk mengadili kes kes yang berprofile tinggi bagi mengelakkan mahkamah dituduh 'berat sebelah'.

Robot juga perlu mengiringi setiap sidang akhbar atau ucap utama pemimpin termasuk ulamak politik.

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Saya kesian kat Prof Samad kerana Robot ciptaannya itu tidak bolih dikeluarkan dan tidak dapat dipasarkan di Malaysia.Buat rugi sahaja.Mana bolih?. Pegawai Penyiasat, Pegawai Pendakwa samada dari PDRM,KDRM,BPR,Tentera termasuk juga pegawai2 di kementerian dan di pelbagai jabatan kerajaan sangatlah takut kerana nanti ramai dikalangan mereka akan kena 'Plang' kerana tidak bercakap benar terutama ketika memberi maklumat kepada pegawai atasan mereka.Ahli2 Politik lagi tak suka kerana hari2 nanti kena 'Plang' berbohong samada dirumah dengan isteri,diluar dengan rakyat dan di pejabat dengan kakitangan atau dengan bos mereka.
Pak Husin tak takut?.Kalau takut suruh Prof Samad cipta robot yang bolih meminta Perdana Menteri melantik ahli kabinet dikalangan tokoh yang bijak pandai sahaja bukan hanya sekadar memenuhi kouta parti atau kota negeri seperti sekarang.Kalau tidak nanti ramai pegawai2 mereka kena Plang kerana mereka sangat senang dibohongi dan sangat susah mengesaninya hatta dalam kerja harian mereka.

Skeptikal berkata...

kang semua orang pegi kerja muka lebam2... dek kena *plang* si-robot sasau tu .... agaknya robot tu dicipta hanya untuk *plang* saja kot! naya kita....

Tanpa Nama berkata...

Brader Anwar Bin Ibrahim pasti tak beli robot tu. Kalau tak, lebam2 muka kena Plang tiap2 hari.

Unknown berkata...

Sin, brape kali kau kena PLANG oleh robot tu masa kau tulis cite ni??? hehehe

Tapi aku guna line yang same gak bile cakap ngan anak aku...memanjang je aku ni lelaki maksum

Aku cuma kurang selesa yang part bini nye statement tu... sejibik mcm statement bini aku... kuang, kuang, kuang

Tanpa Nama berkata...

"Memanglah anak awak nie.." PLANG!!!

muahahaha

kalo bukan anak awak, anak siapa kah itu???

Tanpa Nama berkata...

SHAMSIDAR KA MAK DIA TU...

Kasim Baba berkata...

Dalam sungguh sindiran tuan husin .... mak dia pun kena tampar bila cakap "anak awak ni" ....

hehehe ... abih anak sapa ni

Tanpa Nama berkata...

Hadiahkan robot Pak Samat kepada Bung KinaBatang(an),Tanya dia cukup hensom tak? Drpd burungpipit

Tanpa Nama berkata...

ayo yo itu Bung kalu,u olang jangan kacau la .kasi dia sinang hati.dia cikalang honeymoon lo.ya na deh.amm ma. Sam(my)

Tanpa Nama berkata...

PLANG!!!robot tampaq hussin!!!Dok sebaq gambaq lucah!!!

Tanpa Nama berkata...

Good One Pak Husin, kelakar.
Patut letak robot ni satu bilik dengan mamat botak fugitive tu dengan idola dia, mesti dah biru-biru muka diorang asyik kena plang,plang,plang.......kih kih kih.

-BILLY

Tanpa Nama berkata...

Sin,

robot tu memang sesuai di gunakan oleh menteri pertahanan untuk siasat injin f5e yg hilang tu

mat saga berkata...

robot nie kalau bagi kat anwar berahim..... peehhh!!! tak tau laaa....

aku rasa mau mati si Nuar berahim kena tampar dengan robot nie .... mau tak mati.... dekat 12,385 kali kena tampar....

Unknown berkata...

Apapun saya terhibur membacanya. Seisi keluarga jika bersuara pasti kena PLANG dgn robot tu..

سإيجي berkata...

abis lawak.. xDDD

Tanpa Nama berkata...

kqhkahakhakahakhakahkahakhkahkah



tergelak aku kat cyber cafe ni...-redazun