Selasa, Ogos 27, 2013
Ahmad Maslan tidak suka pembaziran
Dato Haji Ahmad Maslan adalah seorang yang banyak cerita perihal dirinya tapi Husin tertarik dengan cara dia bersalaman dan perkenalkan diri.
Dia akan sebut namanya sebagai Ahmad Maslan dan perkenalkan dirinya sekali sebagai Ketua Penerangan UMNO atau Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri mengikut kesesuaian majlis. Mudahkan orang untuk berurusan dengannya.
Lepas pilihanraya, Ahmad Maslan telah dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Walaupun ini satu portfolio yang mencabar, Ahmad Maslan sedia hadapi cabaran jawatan tersebut yang pernah diduduki pemimpin-pemimpin besar negara sebelum ini.
Lagi pun, dia sudah sediakan diri dengan ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dari New Zealand dan berijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan.
Sejak matawang serantau mula menurun dan matawang ringgit pun sudah hampir 3.50 akibat merebaknya masaalah India, Ahmad Maslan amat berhati-hati dengan perbelanjaan negara.
Malaysia jangan terlalu boros dalam perbelanjaan, nasihatnya.
Ketika Ahmad Maslan berkunjung ke bandaraya Washington di Amerika Syarikat baru-baru ini untuk satu seminar kewangan dan pelaburan, pihak kedutaan telah mengatur beliau makan tengahhari di sebuah restoren yang posh sekali.
Selepas makan, dia meminta untuk melihat bil. Terkejut beruk dia belihat bil makan yang purata seorang hampir menjangkau beberapa ratus dollar Amerika Syairikat. Lalu dia bertanya pada seorang pegawai ktinggi kedutaan.
"Kenapa tempat ini mahal sekali?"
"Tempat ini mempunyai menu yang menarik dan pensajian makanan yang berkualiti, " jawab pegawai tersebut.
"Saya faham tetapi ini melampau sangat mahal! Kita kena berhati-hati dan peka dalam perbelanjaan. Duit yang kita belanja adalah duit rakyat. Jangan membazir"
"Memanglah mahal sedikit kerana ambiance...." terang pegawai tersebut.
"Sapa suruh order ambiance!!??"
Wow! Lain kali lauk ambiance jangan order.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
kalau mahfuz dia akan tanya
"apasal oder kuih raya ambience?!!"
tp malang nya mahfuz dan nik aziz tak pernah pegi amerika. kalau dia pegi amerika pasti mereka berdua kata
"nak pergi kilang kek lapis ke atau kuih batang buruk?"
Semacam sama jer tarafnya dengan Mahfuz 'launch'!. Tuan Haji, berilah dia 'the benefit of the doubt' kerana dia berkelulusan ekonomi dan perniagaan bukan dalam bidang bahasa. Dia orak ngerti bahasa Enggeris!!
Sin,
Aku tak kenal sangat dia ni walau pun pangkat dalam UMNO besar. Ok ke dia ni?
Setuju dgn mat maslan. Patut sokong restoren malaysia di luar negara. Menu kita takyah ambiance tapi ambipur
Bila masa pula tokmat pi Washinton US
Katanya lulusan dari universiti luar negara, tetapi perkataan ambience pun tak faham. Macam mana dia lulus sampai sarjana?
Tuan Haji,
Kita tunggu dan lihat. Apa jadi dengan beliau !!
Biasanya Jauhari akan kenal maknikam.
Tapi tukang "TIN" tak kenal maknikam dan ....
UNTA cuma kenal anak nya dan pasangan nya.
dia belum jadi 'vampire...
Mcm anwar, kutbah sana sini, jadi imam masa baru dapat jawatan...lepas tuuuuu..
Mcm paklah, bersih..bersih...menang dia sapu bersih
Mcm najib....kau orang pula le sambung...
KluangMAN
Najib ambik 1 je..dia xmau byk2..abs 1 M'sia dia sapu..rakyat dpt tgk.
rumah ini ada undang2... bukan tiru & tampal pjg... jpg la..
owh, berpandangan bahawa dia memerli... bayar mahal pasal ambiance... bukannya boleh makan ambiance tu pun.. baik makan kat restoran biasa2...asal halalan toyyiban
selalu perli macam tu...
lorr aku yg keje ngn die pun xtau plak yg die ade pegi washington..awat hang lagi tau drpd aku
helo bro..ko ade tak gambaq die duk makan ambience tuh..nk gak aku tgk..
bila pulak YB Tokmat gi Washington baru2 ni? zaman IT ni, tunjukla proof skit. or your hp is still the old nokia 3310?
betul ke kamu dgr YB sebut order ambiance?
klu saya, terasa diri ni hina sgt kalau org lain tgk saya suka tabur fitnah mcm tabur dedak kat ayam.
and YB has never been to Washington in his entire lofe so far. wanna bet?
*nak tulis life jadi lofe.
no big deal. kesilapan dlm tulisan atau percakapan adalah perkara biasa. dan boleh dimaafkan.
tapi sengaja tabur fitnah memang susah nak dimaafkan.
Salaam tuan/puan..mohon dimaklumkan bahawa YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan TIDAK pernah berkunjung ke Washington DC USA dalam hidupnya. Sekian, terima kasih - Halim Tuah, Pegawai Penerangan UMNO Malaysia.
Kekekke... kesian Husin Syiah tak lama lagi menyamar pulak jadi Ali Syiah... Bukan mcm orang takde pegangan dalam perjuangan dah tetapi dah memang tak beriman rupenye... he he he... Yaaa Salammmmm ;)
PEMIMPIN MAKAN TEMPE,
KULIT JADI LICIN MUKA JADI CANTIK!
BLOGGER MAKAN TEMPE,
BLOGGER JADI BONGGOK KER HUSENG!?
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia!
Saya sanggat harap agar tuan penulis/empunya blog ini berani menampilkan diri untuk memohon maaf secara umum dan terbuka kepada YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan sendiri.
Juga jutaan terima kasih dari saya diatas kesudian menjadi manusia yang bertanggung jawab! - MFM4URMIND.
Husin,
Bila lagi nak belasah duit rakyat :)
Aku rasa gomen boros dalam perbelanjaan,kadangkala gomen lantik kon sult an berjuta juta ringgit kununnya mentransformasikan,padahal sebat duit kaw kaw,letak slide cantik2,hasilnya hampeh,,,
Aku rasa gomen boros dalam perbelanjaan,kadangkala gomen lantik kon sult an berjuta juta ringgit kununnya mentransformasikan,padahal sebat duit kaw kaw,letak slide cantik2,hasilnya hampeh,,,
Catat Ulasan