Sabtu, Ogos 24, 2013

Harap ahli cepat lupa


Pemilihan sudah dekat dan masa begnilah orang UMNO paling terer dalam bab berkempen. Dalam pilihanraya umum, hampassss...

Hujah stail lama. Isi kandung yang basi. Debat tak mahu. Ceramah takut orang tak datang. Risalah, poster, kain pampang dan banner tak menyampaikan mesej yang tepat. Asyik umum ini dan umum itu.

Bilik gerakan hanya untuk makan minum dan sembang-sembang. Pasal kebanyakkan kerja out source supaya calun saja yang kkejar sana ke mari jumpa dan salam ribu-ribu orang sampai tangan nak tercabut.

Bila bab pemilihan UMNO, sinilah masing-masing tip top. Berkempen hingga ahli boleh terlupa segala dosa dan noda masing-masing dalam perkiraan untuk undi. Kempen masa raya inilah masa untuk pastikan ahli yang akan undi lupa.

  • Lupa mereka ada yang simpan artis.
  • Lupa ada yang kebas peruntukan untuk orang miskin.
  • Lupa ada yang macam gangster bedal orang.
  • Lupa ada yang dulu bermati-matian suarakan agenda yang pembangkang juangkan sekarang.
  • Lupa pernah ditangkap dan dimaafkan main politik wang.
  • Lupa kalah di pilihantraya umum
  • Lupa pernah jual aset negara.
  • Lupa pernah ranapkan negara dengan nasihat yang merosakkan.
  • Lupa ada yang bersekongkol dengan Singapura dan kini masih lagi dengan rangkaian tersebut.
  • Lupa perangai dulu yang datang kembali
  • Lupa bila dapat pingat
  • Lupa bila dapat projek
  • Lupa diri banyak kes rasuah, salahguna kuasa dan kronisma.
  • Lupa jasa lawan kerana macam-macam salahlaku atau fitnah didedahkan
  • Lupa diri dan faction di tolak orang.
  • Lupa duit pilihanraya dikemut untuk pemilihan parti hingga parti kalah di kawasan
  • Lupa mereka yang songlap duit pilihanraya
  • Lupa mereka yang sapu dan mark-up duit manifesto, T short dan bahan-bahan kempen
  • Lupa dulu buat salah tapi salahkan orang lain, khususnya boss
  • Lupa dulu kasi amaran saja dan kini tidak lagi.
* petik dari Tenggara SINI

Wow! Macam-macam taktik nak kasi orang lupa


12 ulasan:

Awanama berkata...

Cari sampai lubang cacing, kena pakai "Man in Black" baru boleh musnahkan, adakah ini satu bentuk AMARAN......

Bongek Most Unwanted berkata...

Sin,

Ada juga yang lupa bahawa mereka:

Duit dah bedal banyak, cukup untuk anak cucu. Sekarang nak siapkan cicit pulak.

Yang mengundi mereka dulu orang Kampung Bongek, Sungai Layang, Senama Hilir, Kundur yang terletak di Daerah Rembau. Sekarang asyik nak dapat pujian dari orang Kolumpo terutama orang Cina.

Menang tipis di Parlimen. Sekarang berlagak macam menang besar. Cina puji, kembang lubang jubor. Lantik anak bermasalah di kementerian.

Mengetuai parti orang Melayu. Dapat undi orang Melayu sahaja. Berjanji untuk membela orang Melayu. Anak kepada pemimpin tersohor Melayu. Tukar nama jadi Cina. Apa tah namanya Ah Jib Lanchau ke apa tah...

Susah la Sin, banyak orang lupa ni.

tebing tinggi berkata...


Yang penting ,yang nak mengundi memilih presiden dan pemimpin lain tidak lupa memilih pemimpin yang bolih diharapkan.
Eloklah diingatkan selalu supaya mereka tidak mudah lupa.

jebat berkata...

Sin,

Saya rasa ini tanda2:

Melayu aka purakpuranda.

UMNO akan menuju kehancuran.

Islam akan menghadapi zaman KEMUNDURAN.

Dan akhirnya:

MELAYU AKAN TINGGAL NAMA SAHAJA

sebelum

HILANG DARI DUNIA.



jebat - tidak derhaka kapada bangsa
dan agama. Lebih lagi bukan derhaka kapaea A L L AH/

Awanama berkata...

orang umno ni mudah dilupakan. Masa marah, macam2 cakap. Bila dipujuk cair.

bila ke ceramah, bersemangat. Balik rumah hilang cerita.

orang umno banyak sangat merungut tapi dapat projek, terus diam

tapi cakap macam mereka berjuang, tapi takut nak lawan dan kedekut tak mahu berkorban.

hangkedee berkata...

Dia dah lupa melayu haparak yang telah memangkahnya.Dia lupa Ah jib gor nama itu cina.Dia lupa Bahasa Mandarin itu bahasa tongsan.Melayu mudah lupa Setelah banyak mentedarah Makanan tongsan semuanya mengharapkan punahsihat tongsan.

hangkedee berkata...

Dia dah lupa melayu haparak yang telah memangkahnya.Dia lupa Ah jib gor nama itu cina.Dia lupa Bahasa Mandarin itu bahasa tongsan.Melayu mudah lupa Setelah banyak mentedarah Makanan tongsan semuanya mengharapkan punahsihat tongsan.

Awanama berkata...

umno memang teruk, tapi seteruk2 umno pada aku masih lagi relevan dan mesti disokong demi agenda melayu. nak harapkan melayu pas,melayu pkr dan melayu dapigs....maaf sajalah....mereka lebih lagi teruk...dah tak macam manusia dah.....tak gitu

bRAVEhEART berkata...

Bro,
Ishhh! Aku pun dah lupa apa aku nak komen, tp mmg sial lah mereka yg kunun memperkasakan umno namun sebenarnya memperkosakan dan kemudian membiarkan diperkasamkan...

longjack2006 berkata...

Pemilihan Agung Umno (PAU). Macam macam adaaaaaaaaa

Awanama berkata...

khaled nordin menteri besar? teringat cerita rekaan tuan dia ngan geisha

Awanama berkata...

kalau ikut list tuan maka tak ada lah yang layak d undi