Jumaat, Ogos 23, 2013

Pingat Kedaulatan Negara untuk Azilah dan Sirul


Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar sebagai tidak bersalah.

Laporan mengenai hujah penghakiman sedang ditunggu tapi yang ada disebut oleh Peguambela mereka dalam suratkhabar sebelum rayuan bermula bahawa salah satunya ialah motif pembunuhan tidak dapat dijelaskan.

Dengan bebasnya mereka berdua, bertepatan sekali Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Dato Akhmar Mokhles (dengan sokongan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan, Dato' Haji Ibrahim bin Abdul Rahman) mencadangkan supaya Azilah dan Sirul diberi Pingat Kedaulatan Negara.

Sebelum ini, wartawan-wartawan, editor-editor, blogger-blogger, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan yang terlibat dengan liputan media berkenaan peristiwa Lahad Datu telah diberi pingat tersebut.

Turut dianugerahkan pingat adalah wartawan Malaysiakini dan Malaysian Insiders yang hanya menyusahkan pasukan keselamatan dengan laporan spekulasi, fitnah dan putarbelit.

Alasan semua mereka diberi adalah mereka telah menggadaikan nyawa pasukan keselamatan polis dan askar untuk memelihara mereka ketika mencari berita sensasi di Lahad Datu. Kalau anggota-pasukan keselamatan mati, anggota beruntung dapat naik pangkat untuk balu mereka dapat lebih pencen.

Sirul dan Azilah layak juga mendapat pingat yang sama memandangkan mereka telah menunjukkan "keberanian dan ketabahan" yang luarbiasa dalam berhadapan dengan maut selama tujuh tahun di penjara menunggu bicara dan hukuman.

Mereka bakal merupakan dua anggota keselamatan pertama yang mendapat pingat yang sepatutnya  disematkan ke dada anggota-anggota pasukan keselamatan, khususnya askar dan polis yang telah menunjukkan kecemeralangan, keberanian dan dedikasi yang luar biasa dalam menjalankan tugas.

Wow! Bila Penasihat diusik, gelap masa depan blogger bebas

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib ... Najib ... apa pasal nak disimpan bangkai2 hidup sekeliling kamu tu...?

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa Abdul Razak Baginda dapat pingat Tan Sri.

jebat berkata...

Tuan Haji Husin,

Nampak gaya ada soalan baru perlu jawapan segera !!

Siapa Atantuya sebenarnya ?

Mendapa dia di bunuh ??

Apakah motif pembunuhan nya ?

Kenapa PENYISAT takdapat menghidu semua ini ?

Aoakah PENYISAT ini dipungut dari CHAU KIT ROAD?

Atau mereka hanya dilatih menghidu DALAM KAIN SAHAJA.

Kalau beginilah sikap mereka, Malaysia dalam BAHAYA.

SIAPA PATUT DI PERTANGGUNG JAWABKAN??

SI LUNCAI TERJUN DENHAN LABU LABUNYA.

Adakah kita mesti MEMBIARKAN saja?