Khamis, Ogos 15, 2013

Wanita memilih


Jalan kaki ke Pokok Sena
Mahfuz Omar wakil rakyat
Hati sedih badan merana
Melihat kepimpinan gayat

Salad Maya Karin bercuka
Masakan bonda enak belaka
Bila rapuh tiang negara,
Pada Wanita harapan bangsa
Beli beras di kedai Pak Awab
Bawa pulang tangan yang angkat
Untuk memikul tanggungjawab
Kepimpinan wanita perlu kuat 

Pergi ke Besut mencari rotan,
Jual selonggok beli sebemban,
Hal Wanita sibuk si jambu jantan,
Si Arab, Pengkid, dan Tembam

Wow! Pilihlah wanita yang sempurna sifat

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin

Aku jawab:

Suami niaga Ijat tercemar
Nama Aza rosak, banyak cita
Kepemimpinan Rosnah hambar
Harapan wanita pada siapa?

Kempen Manager berkata...

Cuba jawab

Bila lapo semua balun
Kayu batu tak ditelan
Jika tiada lain calun
Ijat Aza, mana pilihan

Tanpa Nama berkata...


Ayah penat petik kelapa
Untuk rendang perlukan santan
Wanita UMNO gemok belaka
Boleh ke jadi ikon kesihatan?

Tanpa Nama berkata...

Aza kuat makan rasuah
Suami Kak Jat dapat projek gamen
Rosnah lembab tiada kepimpinan
Azizah tak cukup dikenali
Suraya politik oppurtunis

longjack2006 berkata...

takde orang lain ke husin....