Sabtu, Mac 20, 2010

Yang masih tak faham-faham lagi DEB

Nak bina Model Ekonomi Baru perlu difaham apa itu DEB. Dengar Dato Mukhriz terangkan apa itu DEB berikut:



Kalau agihan rambut diatas kepala itu sudah samarata, boleh bersaing tumbuh untuk nak jadi jambul dan sightburn. Satu lagi adalah bila rambut dah tumbuh dimerata kepala, barulah kepala itu nampak bersatu. Maknanya penyatuan kaum.

Membina yang baru mesti atas pengalaman dan pelajaran yang lepas. Sesuatu yang terkini itu mesti ada kesinambungan dari yang lepas. Baru rambut itu tumbuh kuat dan kukuh dengan akar yang kuat.

Ini susahnya bila Pengerusi tak sedar asal usul dirinya itu anak pendatang Minang generasi pertama di sebuah Toko jual buku, kitab, songkok, ubat tradisional dll di Johor Baru.

Dia tidak jadi CEO Bank terus tetapi meningkat kerana ada peluang untuk sambung belajar jadi akauntan di England lepas belajar di UM dan ada peluang untuk dia dijadikan CEO. Lupa dia bahawa kalau Bank bukan Melayu, dia masih kekal pegawai akaun semasa sampai pencen. Jawab soalan pun soalan bocor ...

Sementang tekanan dari persekitaran dunia menuntut pengurangan peraturan, amalan pasaran bebas, dunia tanpa sempadan, dan pelbagai temberang untuk menjajah semula negara-negara yang sudah merdeka, ramailah pihak-pihak yang berkepentingan sempit menghentam Dasar Ekonomi Baru.

Dikatakan DEB sebagai ketinggalan zaman, tidak adil pada kaum lain, membina subsidi mentaliti, tidak membina persaingan, dan berlaku penyelewengan perlaksanaan. Ini orang tak faham dan bersikap apologetik.

Kalau tak pasal DEB, ana tidak dapat belajar di Universiti Baghdad dan jadi saudagar unta yang untung jual orang dari jual unta. Banyak yang mendapat manafaat. Jangan kita dengki. Cuma kita perlu baiki. Mana mahu cari satu polisi yang begitu menyeluruh dalam aspek sosial, ekonomi, keselamatan, dan pembangunan negara bangsa kalau bukan DEB?

Jangan bakar kelambu kerana kepincangan ini dan itu. Dah tak ada kelambu nanti, banyak nyamuk menyerang untuk sedut darah sampai spray Morten pun tak lut.

Polisi yang tidak mengambilkira semangat DEB akan menjurangkan lagi sesama kaum dan kelas. Akhirnya akan menimbulkan ketidak puasan dalam masyarakat.

Percayalah cakap Husin Lempoyang.

17 ulasan:

Kenn berkata...

Dear Sir & Readers,

Economic Policy - What do we want ?

Please do vote, HERE.

Thank you.

Kenn

Quantum Metal Consultant berkata...

Yang tak fahamnya kenapa perlaksanaannya tak serupa perancangannya, cakap tak serupa bikin.

Di mana silap dan salahnya. Adakah kajian dibuat dan sejauhmana pulak di atasi dan keberkesanannya.

Meklasnisme yang selalu gagal, bukan perancangnnya.

Tanpa Nama berkata...

Perlaksanaan DEB dahulu Dan MEB pada masa Akan datang pasti dapat memanafaatkan pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun penekanannya seolah-olah lebih kepada golongan Bumiputra tetapi secara kesluruhannya tempiasannya masih menyeluruh.
Kakitangan awam yang majoritinya Bumiputra boleh dijadikan contoh. Setiap Kali kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji kakitangan awam timbul kekhuatiran Akan berlaku kebaikan harga barangan yang mana peniaganya kebanyakan adalah dikawal oleh golongan Bumiputra.
Jadi rakyat Malaysia perlulah lebih bersikap terbukaklah dalam Hal DEB ataupun MEB. Permasalahan sebenarnya timbul apabila sesetengah golongan Bumiputra itu sendiri yang dahulu diberikan manfaat daripada perlaksanaan DEB sendiri yang menentang Dan menghalang golongan muda sekarang menikmatinya pula.
Memang terdapat kepincangan dalam prlaksanaannya selama ini tetapi golongan yang terpelajar Dan telah berjaya inilah sepatutnya bertindak secara Proaktif memperbetul dam mengemaskinikan proses perlaksanaannya sekarang. Dan bukannya mendesak penghapusan atau kesamarataannya pulak. Biarlah peluang yang sama dinikmati pula generasi seterusnya. Setiap bangsa atau kaum Akan sentiasa mendesak Dan meminta sedikit kelebihan untuk kaum mereka Dan ini diumpamakan lumrah alam. Kepada Bumiputra yang telah berdikari Dan berjaya khususnya selepas menikmati DEB, janganlah jadi hipokrit bangsa seperti peguam katak yang Jaga kehakiman lompat parti selepas melondehkan Maruah bangsa Melayu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Perlaksanaan DEB dahulu Dan MEB pada masa Akan datang pasti dapat memanafaatkan pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun penekanannya seolah-olah lebih kepada golongan Bumiputra tetapi secara keseluruhannya tempiasannya masih menyeluruh.
Kakitangan awam yang majoritinya Bumiputra boleh dijadikan contoh. Setiap Kali kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji kakitangan awam timbul kekhuatiran Akan berlaku kebaikan harga barangan yang mana peniaganya kebanyakan adalah dikawal oleh golongan Bukan Bumiputra.
Jadi rakyat Malaysia perlulah lebih bersikap terbukaklah dalam Hal DEB ataupun MEB. Permasalahan sebenarnya timbul apabila sesetengah golongan Bumiputra itu sendiri yang dahulu diberikan manfaat daripada perlaksanaan DEB sendiri yang menentang Dan menghalang golongan muda sekarang menikmatinya pula.
Memang terdapat kepincangan dalam prlaksanaannya selama ini tetapi golongan yang terpelajar Dan telah berjaya inilah sepatutnya bertindak secara Proaktif memperbetul dam mengemaskinikan proses perlaksanaannya sekarang. Dan bukannya mendesak penghapusan atau kesamarataannya pulak. Biarlah peluang yang sama dinikmati pula generasi seterusnya. Setiap bangsa atau kaum Akan sentiasa mendesak Dan meminta sedikit kelebihan untuk kaum mereka Dan ini diumpamakan lumrah alam. Kepada Bumiputra yang telah berdikari Dan berjaya khususnya selepas menikmati DEB, janganlah jadi hipokrit bangsa seperti peguam katak yang Jaga kehakiman lompat parti selepas melondehkan Maruah bangsa Melayu sendiri.

dari du;lu sampai sekarang benci umno berkata...

BILA DEB HANYA UNTUK SEGELINTIR KRONI SAJA.....DAN DASAR EKONOMI BARU ITU SEBENAR BANYAK MEMBERI KEUNTUNGAN PADA SAUDAGAR CINA....CONTOH...ORG MELAYU DAPAT KONTRAK,BELI PASIR KAT CINA,BELI SIMEN KAT CINA,BELI PAKU KAT CINA,BELI KAYU KAT CINA,SEWA JENTERA KAT CINA,MELAYU UNTUNG SIKIT,YG UNTUNG BANYAK NYA CINA JUGA,YG LAGI TERUK TU DAPAT KONTREK DI ALIBABA KAN PULAK KAT CINA,MELAYU CUMA MAKAN KOMISEN AJE....YG KAYA CINA JUGA.....MELAYU JADI BARUA CINA JUGA.....KAU NAK TAHU KENAPA.....SEBAB ORG MELAYU ADA LAH KEBANYAKAN NYA ADALAH JENIS MANUSIA2 YG BANGGANG....KAH KAH KAH ...MELAYU D.E.B.....Dunggu...Ego...dan ...Banggang

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Bukan tak faham tapi buat tak faham. Selain melahirkan banyak golongan Bumiputra yang berjaya DEB juga telah melahirkan banyak golongan Bumiputra yang hipokrit. Banyak anak-anak Melayu yang dihantar keluar negara kemudiannya cenderung menghentam kerajaan kononnya dah lebih berfikiran Barat.
Ingatlah bangsaku, setinggi mana pencapaian Dan kejayaanmu, Nilai Kemelayuan Dan Ketimuran perlu dikekalkan. Halatuju bangsa masih jauh Dan kegigihan serta sokongan diperlukan. Mungkin DEB telah atau tidak pernah membantu anda tetapi ramai lagi anak bangsaku yang memerlukannya. MARA telah banyak membantu Bumiputra sehinggalah hari ini. Mampukah golongan petani menghantar anak ke manara gading tanpa bantuan kewangan Dari MARA Dan UiTM. Harapkan bertanding dengan kaum lain Jauh Api Dari Panggang. tanpa peluang Dan pendidikan tersebut mampukah anak petani itu meningkatkan taraf hidup Dan sosioekonomi keluarganya.

Sorong papan Tarik papan
Jangan sondol belakang baik main depan

Karam Singh Paria melaporkan Dari TV tipudiri

cucu Pak Kajai berkata...

Husin

memang ramai yang tak faham dan tak perasan manafaat DEB pada peringkat dasarnya ie kemudahan subsidi ( yuran yang rendah ) untuk menyambung pelajaran ke IKM, politeknik, universiti, ITM pada tahun awal 70an hingga akhir 90an.


Dari segi bantuan perniagaan, orang yang paling layak memberi maklumbalas tentang dasar DEB adalah mereka yang dah lama berniaga di toko toko kecil di seluruh negara.

cucu mamak kutty berkata...

Abang Usinnn

Saya kann sampai hari ini masih tak faham tang DEB ini. I masih keliru lagi dengan dasar dia. Abis tu kann, dia orang kann nak buat MEB pulakk

Lepas tu kann, especially hal kemudahan nak meniaga ni, dia orang tak banyak bagi penerangan kepada kumpulan yang perlu kann.

Abis tu kann, macamana I bukak butik kalau dasar dia ni kann macam kelabu asap ajee.

susah lah mak macam ni kann.

cucu mamak kutty ori punya tau berkata...

cucu mamak kutty jadi jadian tu komen betul2 mcm sotong,agaknya dia ni memang sotong agaknya,alamak aik gelinya aku sampai nak termuntah aku di buatnya....kecik2 dulu taknak mampos,klu tidak tak le membesar jadi sotong....kan abg usin kan kan kan ...kah kah kah ....uwekkkk..puithhhhhhhhhhhhh

harimau jadian berkata...

Kitol Jadian aka KJ tak nak tumpang sekaki bagi komen ke ? Senyap aje bila bab ni.

Ni hal masa depan negara

Tanpa Nama berkata...

Dulu Dasar Ekonomi Baru, sekarang Model Ekonomi Baru.
Tuan Husin, Apa beza Dasar dan Model ini ?

Curiously, Rascal

berasiam berkata...

Bapak suka dasar, jadilah DEB. Anak suka model, keluarlah MEB. Kalau orang kampung tak faham DEB, tak heranlah. Masalahnya yang buat-buat tak faham ni, yang dah dapat macam-macam dari DEB tu sendiri. Rumah(-rumah) besar, kereta(-kereta) besar, bini(-bini) besar, jadi orang besar dan sebagainya. Termasuklah yang jaga Khazanah pun buat-buat bodoh tentang DEB. MEB nanti pun kita faham-faham ajalah macam mana yang boleh diharapkan daripada manusia-manusia ni. Bukan dasar atau modelnya yang salah tapi manusia-manusia yang melaksanakannya. Bisnes jual unta Usin pernah dapat bantuan kewangan mana-mana ke?

Tanpa Nama berkata...

sin kau cakap elok2,yg bantah inipun orang yg dak dapat manafaat nya.dia dengki tu.lan puchomg

mohd ali ismail berkata...

DEB untuk siapa? YB Mukhris pun pandai bersenda ketumbuhan rambutnya tidak merata jadi separuh kepalanya botak.Tapai jangan pandai berseluruh aje YB buktikan apa yang dikata dikota! Bermula dari pengeluaran AP dimana hanya orang yang tertentu sahaja memilikinya.PRU13 dah nak tiba UMNO/BN jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

slm,
walau siapapun anda, tentunya anda telah sedikit sebanyak mendapat menafaat DEB. pertumbuhan ekonomi negara kita sejak merdeka telah berjalan baik hasil dari pentadbiran yang agak baik juga. tidak ada kerajaan baru selepas merdeka yg mampu meningkatkan taraf pribuminya sebaik malaysia. hingga kini, negara2 afrika masih jauh ketinggalan dari segi kemajuan ekonomi dan kelangsungan pentadbiran kerana masalah dalaman seperti perselisihan kaum & perebutan kuasa yg tidak dapat diselesaikan. pertelingkahan dlm negara mereka hanya menguntungkan pihak ketiga yg dapat menguasai ekonomi dgn menjual senjata bagi mereka yg selalu suka berperang sesama sendiri.bila negara mereka lemah mereka merayu bantuan dari luar & dgn sendirinya kuasa luar masuk mengancam kepentingan anak pribumi negara2 tersebut.negara2 jiran kita juga kita tahu masih lagi belum mampu menangani masalah anak negeri masing2, hingga ada yg berduyun2 masuk ke negara kita kerana ingin mendapat limpahan rezeki yg kita sendiri nafikan. tak dapat cara halal, cara haram pun mereka sanggup hadapi, begiru juga dgn rezeki yg mereka cari di negara tercinta ini...

bandingkanlah dgn negara2 yg mendapat kemerdekaan serentak atau lebih dahulu dari malaysia. kadar kelahiran kelahiran kita baik, kadar buta huruf yg rendah kerana pendidikan mendapat perhatian besar dari kerajaan & kadar kemiskinan telah banyak ditangani. telah ramai yg menjadi kayaraya, mungkin bukan kita sendiri tapi orang2 kita juga ada. bersyukurlah. janganlah menidakkannya kerana anda sendiri akan menjadi hipokrit sebenarnya.

tanpa DEB tak mungkin ibubapa anda & anda merasa bantuan perubatan, pertanian, perniagaan,perkhidmatan pelbagai lagi termasuk subsidi baja,subsidi harga barang2, subsidi minyak, bantuan buku teks masa sekolah, biasiswa kecil samada dari kerajaan persekutuan atau mana2 yayasan, anda tentu tak merasa dilahirkan di hospital, mendapat perkhidmatan pelalian kanak-kanak yg melindungi kita dari berbagai penyakit, perkhidmatan pergigian & segala macam yang anda mungkin tidak terlintas. telah banyak yang diberikan tetapi ramai yang terus menafikan seolah2 tak ada satupun yg mereka dapat. apakah anda mahu semuanya jatuh keriba tanpa berusaha sedikitpun? apa erti kemerdekaan & segala perancangan jika mentaliti anda masih terjajah dengan kemahuan yg tidak terhad?

mungkin ramai anak2 muda2 ni tidak pernah merasa susah semasa kecil, tidak pernah menjamah nasi berlauk garam atau kicap semata2. mungkin ada yg tidak pernah hidup dlm jelaga pelita minyak tanah. merasa mandi air sungai atau telaga yg payau, mencari ikan dlm baruh & paya, menapak dlm dingin pagi tiga, empat batu ke sekolah, tak ada basikal, motor, apatah lagi kereta...namun itu semua tidak pernah melunturkan semangat ibu utk menimba ilmu & berjaya menjadi guru berijazah. walaupun dah nak pencen, ibu baru mendapat ijazah kerana semangat berlumba dgn anak2. dulu tak merasa peluang belajar dlm situasi di mana IT banyak membantu, semata2 mengharapkan kepala otak shj. mujur di zaman ini, pengajian menjadi semakin mudah dgn adanya internet, google, taip shj apa yg anak2 mahu, semuanya ada. pilih yg baik, maka yg baiklah hasilnya.

belajarlah bersyukur kerana walaupun sedikit rezeki yg didapati, ia akan menjadi lebih banyak jika anda sentiasa bersyukur...carilah keredhaan Tuhan dgn cara yg lebih berhemah

ibu6anak

Abu Faiq berkata...

Assalaamu 'alaikum,

1 Ya, kita faham DEB. Cuma yang payah untuk difahami dan sukar diterima ialah - hasil daripada pelaksanaannya melalui sekian banyak kali Belanjawan dan berulang-ulangnya Rancangan 5 negara, yang semakin menyubur-biak hanyalah Dasar Ekonomi Berpuak.

2 Sudah pasti di dalam sistem ekonomi Kapitalis yang didukung oleh negara kita sekarang HANYA DUA PUAK sahaja yang benar-benar mengaut kekayaan daripada seluruh potensi kekayaan negara, iaitu, pertama; KAPITALlS [pemodal] - yg mengikut istilah popular kita di sini disebut KOPORAT, dan yang kedua, sudah tentu PARA PENGUASA serta KRONI-KRONI mereka. Tidak perlulah berpayah2 melakukan penyelidikan untuk mengesahkan keadaan ini. Yang terbentang nyata di depan mata, yang sudah jadi rahsia umum mana koperat yang semakin melonggok aset & kekayaan mereka [termasuk yang melabur di sisi lalu membawa balik kocek sendat mereka ke kampung asal masing-masing di AS, di ltali, di Jerman dll]; siapa indvidu yang semakin menumpuk harta mereka; siapa jadi milionair atau bahkan bilion segera melalui kedudukan dalam pemerintah berserta para kabel mereka [sedangkan di pihak rakyat pula semakin sempit dan menirus terus perbelanjaan mereka, sehingga terpaksa membuat 2,3 kerja]. Semua ini dengan mudah saja telah dapat menjelaskan akan berlakunya Dasar Ekonomi Berpuak ini. Tanpa perlu bukti dlm bentuk perangkaan pun, orang ramai sudah boleh tahu dan nampak, dan sedang membicarakannya dengan penuh rasa sakit hati, sebal dan tidak puas hati.

3 MEB ini tidak lain bertujuan mengefesienkan lagi perjalanan sistem ekonomi Kapitalis ini, setelah kerangka yang lama [setelah disuntik RM60 bilion ringgit + RM10 bilion ringgit] dirasakan tidak berjaya mengangkat pertumbuhan ekonomi akibat krisis ekonomi global yang sehingga sekarang masih belum mahu juga melepeskan jerutannya. Dengan MEB lebih banyak modal dapat disuntik untuk menjana roda ekonomi. Dari mana duit itu? Sudah tentu dari poket kerajaan. Dari kerajaan dapat duit? Hutang. Untuk siapa? Sudah tentu untuk para koperat [pemodal/ kapitalis], kerana dlm sistem ekonomi Kapitalis ini, kata
kuncinya ialah: 'Hidupkan pemodal, maka hiduplah kerajaan'. Rakyat? Kalau ada sisa, ya itulah untuk merejka. Namun, segalanya mesti berjalan 'di atas nama rakyat' - pembohongan yang tersembunyi di dalam perut sistem ekonomi Kapitalis.

4 ltulah wajah buruk sistem ekonomi Kapitalis - selamanya tidak pernah akan berupaya memberi kestabilan & kesejahteraan. Ia sebuah sistem umpama bayi yang cacat sejak dari waktu diconsieve lagi. Kerosakannya abadi, akan berterusan sepanjang tumbersarannya. Rawatan [seumpama MEB] tidak akan berupaya memperbetulkan kecacatan tersebut.

5 Solusinya hanya sistem ekonomi lslam - yang hidup dalam kerangkanya yang khusus - Daulah Lslamiyyah - Daulah Khilafah.

Tanpa Nama berkata...

Abu Faiq,

Cuba sampaikan isi, bukannya islamisasi.

Cabaran utama umat Islam sekarang bukanlah bagaimana nak jatuhkan kapitalis, tapi bagaimana nak menunjukkan sistem Islam itu lebih baik dari kapitalis. Semua orang boleh hidup dalam dunia khayalan 'daulah islamiyiyah', 'daulah khilafiyah' dan sebagainya.

Aku katakan ia sebagai khayalan sebab tak ada orang yang mampu mulakan langkah, semua cuma pandai terpekik dan terlolong saja.

Jadi, apa langkah pertama? OIC (Negara-negara Islam) yang SEPATUTNYA mencari jalan untuk wujudkan sistem ekonomi Islam terlebih dahulu di antara mereka.

Hang ada caranya Abu Faiq macamana nak applikasikan ekonomi Islam ke negara-negara OIC?

Kalau tak ada, jangan duk terpekik terlolong. Aku cukup menyampah dengan orang yang bercakap saja Islam tapi action plannya tak ada.