Rabu, Disember 08, 2010

Bukan Najib kata


Husin berada di Konvensyen BN pada hari Ahad lepas dan dapatlah mendengar ucapan Dato Najib. Ucapan sepenuhnya boleh diperolehi di blog Gomo sini.

Dalam ucapannya, Dato Najib ada menyatakan sesuatu yang meningkatkan pemahaman Husin tentang jalan yang berliku yang sudah kita lalui dalam membina Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan makmur dengan bermacam kepelbagaian:
Kejayaan terbesar kita adalah menukarkan pelbagai kerumitan yang wujud atau “a potential achilles heel” kepada kelebihan persaingan atau “competitive advantage”. Di sini, sama ada kita sedar atau tidak, ia bukanlah pencapaian yang kecil mahupun lazim, sebaliknya ia adalah satu pencapaian yang amat signifikan serta begitu monumental dalam sejarah pembikinan Malaysia.
Meneruskan teks ucapan, Najib kata:
Pendek kata, kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau ‘melting pot’ dalam membina sebuah negara, di mana perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta. Waima, kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal usul sesiapa. Hatta sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri.
Maaflah, bahagian yang ini Dato Najib hanya baca. Orang lain yang kata ...

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendek itu satu liabiliti kepada yang panjang ._.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kenn berkata...

Siapa dia Orang Yang Menghakis Hak Orang Melayu & Bumiputera ?

hehe berkata...

mmg pun

http://www.prelaunchmalaysia.com/zul

Tanpa Nama berkata...

pendek ke yang berkata?

hehehe

Dot berkata...

assalamu'alaikum pak usin,

yg berkata ds najib kata mungkin membuat tafsiran sendiri. biasala, tafsiran yg pelbagai dari fahaman yg pelbagai....

Tanpa Nama berkata...

ALJUBURI
Najib kata' berubah @ rebah' nampak nya ramai pemimpin UMNO yg memilih rebah!
kenaikan harga barang keperluan baru2 ni memberi momentom yg kuat utk PR menang PRU13 nanti.

Tuya berkata...

pendik yang berkata tu rosmah ka

Abdul Wahub berkata...

Assalamualaikum Ya Tuan Husin Lampoyang!

Afa fasal mau ikut jalan liku-liku? Itu highway sudah ada..tapi ana ingat PM musti kasi explain sama rakyat afa fasal rakyat kena bayar bila pakai itu highway tapi itu jem masih ada..kalu tidak afa macham rakyat mau sabar dan turus sabar..Ana tau ente buleh sabar pasai ente naik unta.

Tanpa Nama berkata...

ambe dok paham sebutir obok walau pun dah bace bekali-kali, kalau dengo lagilah dok paham!

azman berkata...

Assalamualaikum sein.

Bukan ape tu sein..pendek kate aku nak cuba try test..abg panjang marah dak...klu dak esok kita cubaaa lagiiiii hehehehe

Meh kita minummmm dluuuuu.

balut_skek berkata...

sin..ang kena cakap ngan PM hang ni...dia tu kena berubah ...

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

Mustaqim berkata...

Tuan Husin,

Jalannya tidak berliku pun cuma 'short cut' apa saja yg bukan Melayu minta diberikan dgn mudah dan percuma!

Semasa peperangan Jepun-Korea tahun 1500an dahulu, terdapat 50,000 org Korea menjadi hamba-abdi di Jepun selepas perang 7 tahun (1592–1598). Sekarang cucu-cicit mereka telah menjadi lebih Jepun dari pribumi Jepun sendiri. Cara hidup, pemakanan mereka, pergaulan mereka pun Jepun. MALANGNYA SEHINGGA SEKARANG MEREKA MASIH ORG KOREA! Kerajaan Jepun tidak memberi kerakyataan Jepun TIDAK SEPERTI ORG MELAYU yg murah hati atau SEDAYUS-DAYUSnya di muka bumi ini!

Perhatikanlah kenyataan benar ini!