Selasa, Disember 21, 2010

Sarawak goyang


Biro Politik UMNO mengadakan mesyuarat pada petang pukul 5 semalam. Seperti biasa, ianya dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadhir ialah Timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiausaha Kerja UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri.
Najib: Saya ada hanya satu jam untuk mesuarat ini. Dalam satu jam ini, saya nak dengar briefing tentang perkembangan di setiap negeri-negeri. Sebelum kita mula, ada apa-apa nak ditimbulkan oleh ibupejabat?

(Semua diam saja. Timbalan dan Naib Presiden semua lebih nak bincang hal negeri-negeri.)

Najib: Shahrizat? Khairy? Rosnah? Kalau tidak ada apa-apa kita boleh mula?

Ahmad Maslan: Saya ada Dato Seri.

Najib: Ringkas saja Ahmad.

Ahmad Maslan: Ya Dato Seri. Ini bukan mengenai aturcara saya sampai 16 tempat untuk pergi stiap hari pada hari minggu. Hanya untuk makluman mesyuarat.

Sudah 11 bulan dari Januari ke November, pihak Penerangan UMNO sudah menjalankan program Juara Rakyat terbanyak dalam sejarah. Tapi atas permintaan Dato Seri dan juga sebahagian dari strategi, kami kekal dengan cara low profile. Kesannya sudah kelihatan.

Najib: Terima kasih Dato Ahmad Maslan. Macam mana awak buat perbandingan sebagai paling banyak dalam sejarah?

Ahmad Maslan: Oleh kerana ia pertama kali dijalankan, setiap kali ada program kami menempa sejarah.

Najib: Hahaha ... baik jawapan awak. Bailah kita mula dengan Dato Gani. Macam mana prospek kita di Tenang?

Gani Osman: Kami rasa tidak ada masaalah.

Pecahan kaum di Tenang adalah kurang sedikit 50% Melayu dan Cina lebih sedikit dari 38%. Kawasan Parlimen adalah dipegang oleh anak Dr Chua Soi Lek. Kita tidak lihat ada masaalah sini. Tempat ini adalah kawasan tradisi UMNO. Masaalah calun tiada di Labis. Arwah dihormati oleh semua termasuk pihak penyokong pembangkang.

Lawan tradisi adalah PAS. Salah satu nama yang disebut-sebut adalah Mazlan Alimin tetapi dia tidak ada base di situ. Ada empat calun lain yang kuat-kuat di kalangan mereka. Saya rasa mereka akan ambil calun tempatan. Kalau Mazlan Alimin, nampaknya ia akan jadi pertandingan antara Mazlan Alimin dan Dato Ahmad Maslan.

Najib: Kalau isu Felda, proksi saya juga.

Gani Osman: Betul.

Najib: Baik ... Shafie?

Shafie Apdal: Kami hanya nak komen tentang pilihan Ketua Perhubungan Negeri yang baru. Walaupun mempunyai ramai penyokong dikalangan Ketua-Ketua Bahagian tetapi Mahadzir Khalid tidak sesuai untuk pegang.

Kita perlu konsisten. Sebagaimana Khir Toyo tidak mahu pegang jawatan Ketua Perhubungan dan tiada lagi ada keinginan untuk menebus balik jawatan Menteri Besar Selangor, begitu juga untuk Mahadzir Khalid.

Kalau setakat penerimaan rakyat dan pengundi, mereka lebih mahu pada Mukhriz. Jika Mukhriz, ada prospek untuk menang. Orang lain susah untuk pengundi mahu kembali ke UMNO. Orang UMNO pun tak mahu Mahadzir Khalid atau Johari Baharum.

Isunya Dato Seri kena kasi senapang gajah untuk Mukhriz. Tanpa senapang, kita boleh berhadapan dengan masaalah dari Ketua2 Bahagian.

Najib: Saya faham dan sudah buat keputusan. Sebelum kita ke tempat lain, bolehkah saya tahu bagaimana perkembangan di Sarawak? Ku Nan?

Tengku Adnan: Goyang Sarawak, Dato Seri.

Najib: Macam mana boleh goyang? Baru minggu lepas saya dapat laporan agensi kata Tan Sri Taib Mahmud is in control of the situation.

Tengku Adnan: Bukan Dato Seri, ada tempat di Sarawak dah lama tidak goyang. Dua tiga malam ni sampai bergegar ...

Najib: Oh itu ....(sambil tersenyum). Itu patut dianggap berita baik.

(Semua ketawa)

Tengku Adnan: Selingan sedikit. Sekarang kita bincang mengenai politik pula ....

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakai viagra????

Tanpa Nama berkata...

Agak2nya,sebelum masuk bilik, Tan Sri Taib kena kasi password dulu x?
Cun sungguh bini dia,ni yg rasa nak kawin je nih.

"Mokhtarrrrr"

Tanpa Nama berkata...

Sungguh berkrim otak kau wahai Husin lempoyang

azman berkata...

Assalamualaikum sein

Alangkan tak sah bole begegar ketapi..ini pulak yg dah vetren.. hehehehe

Hidup Taib Mahmudddd
Hidup Serawakian...

Tanpa Nama berkata...

selamat pengantin baru Tan Sri

Tanpa Nama berkata...

best betul ko usik ahmad maslan .

xxxx tu apa pasal husin? secret ke?

Tanpa Nama berkata...

sueeyyy btuL kau seinnn, pecah perut aku tgelak...hehehe cayala hidup Gambir Srawakk...

Othman Abdullah berkata...

aku dok ingat apa dia ...celaka ko sein ...HAHAHAHAHA!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Phergh....Lu bikin wa gabra sekejap Sin...

Ibrahim Kati

Tanpa Nama berkata...

Yeke tuh bergegar?? Entah2 kena uli berjam2 baru bole naik tak? muahhahaha....jgn marah TS

Tanpa Nama berkata...

berani betul Tan Sri Taib ya...48 tahun pulak tu bezanya....mak arab tu..........

Tanpa Nama berkata...

usin... :-)))))))

Dot berkata...

assalamu'alaikum pak usin,

pengalaman mengatasi segalanya....

buah kelapa..makin tua makin banyak santannya!

tahniah tan sri pehin!!!!

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah cayalah pak husien.

Tahniah Pehin Seri,berseri-seri wajah Pehin Seri.

Tak macam 'Self Porclaimed Anugerah Tuhan' tuh.

Tanpa Nama berkata...

Gambir Sarawak...

Stok dah habis.

Tanpa Nama berkata...

Mula mula mak Arab takut...Ya Allah....Bismil lah.

Kemudian....Masya Allah.

Last.....Alhamduluilah.


Hidup Taib Mahmud, makan sup tulang dengan madu.

IMAM BONJOL

MAK BEDAH berkata...

Setiap kali orang tua kahwin,engkorang kacau.
Tak de kerja lain ke?

Biar le dia nak kahwin.At least tak le berzina macam si polan tu.

Agaknya engkorang cemburu kot?
Kalau berani kawin le lagi satu.
Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

terbaekkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Cucu Tok Selampit berkata...

Sudah kuduga apa yang ada di dalam kepala Tuan Husin apabila membaca tajuk posting. Class A joke!

wanbaki berkata...

sin... kau tibai keliling sin...
cilakak...

TS tu boleh angkat ayaq setimba lagi tu8 sin.. goyang tetap goyang...

Tanpa Nama berkata...

Oh itu ... Priceless.

fasebuk berkata...

memang goyang pun kat sarawak.. tak lama lagi jadilah kiamat utk BN.. letak lagi calon yang orang x suka jadi CM.

-Anak Sarawak- berkata...

Alhamdulillah Pehin telah selamat dinikahkan dgn pasangannya. Walaupun terdapat perbezaan umur di antara mereka berdua. Mcm tiru Sultan Brunei dgn bekas is3,Azrinaz plak..Minta maaf Pehin..gurau saja..

Dengan pernikahan kedua mempelai, terjawablah sudah pelbagai tekaan dan tohmahan ke atas diri Pehin yg kebanyakannya bersama warga Malaysia. Baik sungguh pilihan Pehin. Ada juga yg akan menjaga Pehin andai dihinggap penyakit demam/sengal2 badan.Tiada juga cerita kemudian hari nanti - keluarga isteri Pehin mengikis harta negeri kerana bukan anak Sarawak.(Anak Sarawak yg terlahir di Semenanjung pun xdpt bli rmh d Sarawak. Apetah g is3 Pehin, dr oversea :p). InsyaAllah.

Semoga Allah panjangkan umo Pehin agar dpt mencurahkan khidmat bakti kepada kami anak Sarawak. Aminnn..

-Anak Sarawak-

Arif Omar berkata...

goyang slow-slow apa salahnya. barang lama. kalau pandai jaga kira ok. macam mercedes kira la , taib mahmud ini. lasak.

banyak yang dengki tu.

benda sedap!!! keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Sedap dan HALAL , goyang je lah hehehe sin baek punya posting. Carilah yang halal jangan makan yang haram dala koch keretapi.....

Suram Muram berkata...

salam...
pak husin...
bila nak kuar cite baru???
x sabor nie...
Tlglh hari-hari update...
Teruja nie...
Anak Muda Suka Pak Sin...

mas'ud al buaya berkata...

Sin,

aku teringat cerita madu tiga