Rabu, Mac 31, 2010

Komen mengenai Model Ekonomi Baru


Selalunya lepas Menteri Kewangan membentangkan bujet, semua yang ditanya akhbar akan komen, "Good budget ... good budget".

Ada akan beri penerangan dan pandangan masing-masing kenapa ianya sedemikian, Yang tak berapa faham akan ulang aspek tertentu apa yang disebut Menteri Kewangan pada awal pembentangan.

Semalam Perdana Menteri pertama kali membentangkan fasa pertama Model Ekonomi Baru di pameran Invest Malaysia 2010.

Selesai saja Majlis, bertumpu-tumpu wartwan menerpa CEO-CEO dan boss-boss besar untuk mendapatkan komen.

Ada seorang CEO ditanya akhbar, "Can I have your comment on PM's presentation?"

Bagaikan otomatik dia jawab, "I think it is a good budget that cover for both low and high income wage earners."

Ternganga wartawan tu. Kantul tidur ... ini pasal Model Ekonomi Baru la...

Kalau nak soal Amirsham, pastikan soalan sudah dibocorkan lebih awal. Itu yang bertukar-tukar pasal tindakan affirmatif.

Ahad, Mac 28, 2010

Kemenangan CSL adalah kemenangan 1Malaysia


Berita sudah keluar.

Chua Soi Lek diumumkan menang untuk jawatan Presiden MCA dengan undi lebih 900. Ong Ka Ting dalam 800 ratus. Manakala Ong Tee Keat hanya dapat 578 undi.

Kemenangan Chua boleh dianggapkan sebagai kemenangan untuk gagasan 1Malaysia.

Rakyat diutamakan. Yang lebih penting, pencapaian atau performance didahulukan.
Tahun depan pemiliahan lagi.

Sabtu, Mac 27, 2010

Perwakilan MCA dihiburkan di KTV


Kempen pemilihan dalam MCA kini bertambah panas. Untuk malam terakhir, ketiga-tiga calun Presiden bersetuju untuk mengurangkan ketegangan dengan mengajak kesemua perwakilan ke sebuah pusat Karaoke.

Ketiga-tiga mereka diminta menyanyi oleh perwakilan-perwakilan. Pertama sekali naik adalah Chua Soi Lek. Dia memilih lagu rock rancak oleh Bon Jovi.

Apabila perwakilan dengar Soi Lek menyanyikan lirik "You give love a bad name", mereka sudah faham. Dia cuba memujuk perwakilan dengan memberitahu seseorang berniat jahat telah merosakkan hubungan cintanya dengan seorang wanita.

Melihat perwakilan berbisik sesama sendiri, Ong Ka Ting sudah boleh rasa perwakilan seolah-olah kasihan pada Soi Lek. Lalu dia minta izin Ong Tee Keat untuk nyanyi dahulu. Sebagai pemegang jawatan, Tee Keat rasa lebih baik dia nyanyi terakhir.

Ka Ting memilih lagu Beattles, "Get back." Setiap kali dia jerit "Get back!" perwakilan ikut serta menyebut "Get back to where you once belong." Suka Ka Ting melihat perwakilan menyanyi bersama. Hatinya bertambah yakin.

Ong Tee Keat punya giliran untuk menyanyi. Mula tadi dia merancang untuk nyanyi lagu Queens, "We are the champion" tapi sudah bertukar fikiran. Lagu pilihannya adalah lagu Gloria Gaynor "I will survive."

Hmmm ... macam tak meyakinkan saja.

Jumaat, Mac 26, 2010

SPR saja boleh tentukan PRK

Terlebih dahulu, mari kita sedekahkan Fatihah dan doakan untuk Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ammad, MP Hulu Selangor yang baru meninggal dunia malam tadi.

Muga rohnya diletakkan bersama orang-orang yang salleh.

Al Fatihah!

Ana terima SMS yang rupanya macam SMS dari Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan memberitahu hal ini.

Katanya, Dato Dr Zainal meninggal dirumahnya di Batu 9 1/2 di Jln Cheras, Kajang. Tambahnya, pilihanraya kecil pastinya.

Yang ini, Husin nak peringat Dato Ahmad Maslan. Jangan sekali-kali mendahului SPR. Mereka saja yang berkuasa menentukan sesuatu kerusi itu kosong dan mengumumkan PRK.

Apa jadi kalau SPR kata kerusi itu tidak kosong?

Dalam sebut hal menentu, Husin ingat dulu masa Bagan Pinang. Pelbagai pihak diguna untuk melakukan banci dan mengukur penerimaan rakyat kepada Tan Sri Isa Samad. Baru dipilih.

Ini Isa Samad di tompek sendiri ha ... Kono banci-banci.

Dato Ahmad Maslan mesti pastikan bos-bos tidak buat kerja gila macam pilih Rohaizat di Permatang Pasir. Zahid Hamidi dan Reezal Merican saja yang pandai macam begitu.


Sekarang kerusi di Hulu Selangor sudah diberi pada MIC. Ada minta kasi balik pada UMNO. Masa by-election susah nak buat begitu. Terimalah saja calun MIC.

Yang peting, calun MIC itu diterima rakyat tempatan, mudah bergaul dengan orang kebanyakkan yang majoriti Melayu dan kaum2 lain, sebaiknya orang dari situ, dan bersih dari rasuah. Baik cari orang muda yang tidak tercemar.

Buat masa ini, kalau dipilih Dato Palanievel, yang suka dia adalah Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Hadi, Lim Kit Siang, Nasaruddin, Harun Din, Khalid Ibrahim, Dr Hassan Ali, Lim Guan Eng ... dan Elizabeth Wong.

Eli Wong mahu tolak BN masuk ke Sungai Bernam. Jangan hairan Eli yang mandi bogel dalam sungai.

Khamis, Mac 25, 2010

Selasa, Mac 23, 2010

Asal sokong Anwar mesti puak tu

Ngaku tak sokong Anwar kalau mereka tahu mereka disamakan dengan Michael Danby, Paul Martin, John Kerry, Jeremy Corbyn, dan Arab main pungkoq?


Ibrahim Ali dedahkan di Parlimen bahawa Michael Danby yang menyokong Anwar adalah seorang Yahudi yang berseksualiti orientasi gay. Ada yang didedahkan antara 50 ahli Parlimen Australia, sekurang-kurangnya 7 orang adalah gay.

Mantan Perdana Menteri Kanada, Paul Martin yang menyokong Anwar juga adalah yang menggubal undang-undang yang membenarkan kahwin sesama jantina di Kanada.

John Kerry, Pengerusi Jawatankausa Hal Ehwal Luar Negara Dewan Senat Amerika serta bekas calun Presiden Amerika, menuntut perbiaraan yang adil untuk Anwar. Kerry berkahwin dengan usahawan wanita Yahudi dan berkempen sebagai calun presiden atas pendirian pro-gay.

Jeremy Corbyn yang mengetuai usaha untuk menyokong Anwar dari House of Commons United Kingdom pun kedi.

Kami tidak tahu samada Arab-Arab yang sokong Anwar suka pegang ponggong orang dari belakang dalam lif, tapi nampaknya semua penyokong Anwar diluar negara adalah gay atau pejuang hak gay.

Yang dalam negeri ini menyokong dan membela Anwar macam mana?

Nik Aziz, Husam Musa, Mahfuz, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, Kamaruddin Jaafar, Hanipa Maidin dan lain-lain pemimpin Erdogan PAS.

Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Gobind Singh, dan lain pemimpin DAP.

Wan Azizah, Nurul Izzah, Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong, dan seluruh PKR dan Reformasi.

Sabtu, Mac 20, 2010

Yang masih tak faham-faham lagi DEB

Nak bina Model Ekonomi Baru perlu difaham apa itu DEB. Dengar Dato Mukhriz terangkan apa itu DEB berikut:



Kalau agihan rambut diatas kepala itu sudah samarata, boleh bersaing tumbuh untuk nak jadi jambul dan sightburn. Satu lagi adalah bila rambut dah tumbuh dimerata kepala, barulah kepala itu nampak bersatu. Maknanya penyatuan kaum.

Membina yang baru mesti atas pengalaman dan pelajaran yang lepas. Sesuatu yang terkini itu mesti ada kesinambungan dari yang lepas. Baru rambut itu tumbuh kuat dan kukuh dengan akar yang kuat.

Ini susahnya bila Pengerusi tak sedar asal usul dirinya itu anak pendatang Minang generasi pertama di sebuah Toko jual buku, kitab, songkok, ubat tradisional dll di Johor Baru.

Dia tidak jadi CEO Bank terus tetapi meningkat kerana ada peluang untuk sambung belajar jadi akauntan di England lepas belajar di UM dan ada peluang untuk dia dijadikan CEO. Lupa dia bahawa kalau Bank bukan Melayu, dia masih kekal pegawai akaun semasa sampai pencen. Jawab soalan pun soalan bocor ...

Sementang tekanan dari persekitaran dunia menuntut pengurangan peraturan, amalan pasaran bebas, dunia tanpa sempadan, dan pelbagai temberang untuk menjajah semula negara-negara yang sudah merdeka, ramailah pihak-pihak yang berkepentingan sempit menghentam Dasar Ekonomi Baru.

Dikatakan DEB sebagai ketinggalan zaman, tidak adil pada kaum lain, membina subsidi mentaliti, tidak membina persaingan, dan berlaku penyelewengan perlaksanaan. Ini orang tak faham dan bersikap apologetik.

Kalau tak pasal DEB, ana tidak dapat belajar di Universiti Baghdad dan jadi saudagar unta yang untung jual orang dari jual unta. Banyak yang mendapat manafaat. Jangan kita dengki. Cuma kita perlu baiki. Mana mahu cari satu polisi yang begitu menyeluruh dalam aspek sosial, ekonomi, keselamatan, dan pembangunan negara bangsa kalau bukan DEB?

Jangan bakar kelambu kerana kepincangan ini dan itu. Dah tak ada kelambu nanti, banyak nyamuk menyerang untuk sedut darah sampai spray Morten pun tak lut.

Polisi yang tidak mengambilkira semangat DEB akan menjurangkan lagi sesama kaum dan kelas. Akhirnya akan menimbulkan ketidak puasan dalam masyarakat.

Percayalah cakap Husin Lempoyang.

Isnin, Mac 15, 2010

Tahniah Parti Bebas


Bersempena permulaan sesi Parlimen hari ini, Husin Lempoyang mengucapkan tahniah kepada Dato Ibrahim Ali dan "Parti Bebas" yang kini telah menambahkan jumlah ahli di Parlimen kepada 8 orang.

Dengan hanya bermula dengan 1 kerusi seperi Parti Keadilan Nasional selepas PRU10, "Parti Bebas" sudah meningkat jumlah kerusi hingga jumlah kerusi yang sudah melebihi kerusi yang dipegang oleh parti MIC, Gerakan, dan PPP.

Namun demikian, Ibrahim Ali tidak ada rancangan seperti Ketua Umum PKR untuk mendapatkan 104 ahli-ahli Parlimen dari pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat melompat menjadi bebas dan menjadikan dirinya Perdana Mentteri pada September 16, 2012.

"Parti Bebas" berada dalam kedudukkan baik untuk memohon menjadi komponen Barisan Nasional, jika boleh mendapat lagi dua kerusi.

Kalau Lim Sin Pin itu berpengaruh dan kehendaknya dilayan sepertimana Khairy pernah dahulu dalam UMNO, "Parti Bebas" boleh menggantikan Gerakan sebagai parti komponen Barisan Nasional yang ke 12.

Selasa, Mac 09, 2010

Mana satu parti pilihan?


Ramli dan Rahim duduk dalam satu kawasan perumahan dan rasmi mereka selalu berjumpa bersembang di kedai mamak teh tarik dalam kawasan mereka. Tajuk sembang mereka malam ini adalah parti mana yang akan dipilih.

Ramli: Dah dua tahun sudah PKR mentadbir Selangor dan PR di negeri-negeri lain. Tiga perkara aku tengok berlaku. Alasan salahkan orang, ambil kredit dari usaha orang, dan huru harakan negeri. Aku menyesal betul pilih PKR.

Rahim: Aku tak tahulah kau pasal aku tak undi PKR. Rasa aku masaalahnya adalah Khalid. Dia ingat sementang dia berjaya main politik dalam PNB sampai naik dan dapat jadi CEO, senang jadi MB. Dalam PNB yang main politik dia seorang. Dalam parti politik, semua main politik. Baru buku temu ruas.

Ramli: Masaalah kita ni adalah kepimpinan dalam UMNO. Mereka ini lambat respons dan berubah. Yang rasuh tu tak didakwa dan hukum. Aku kasi PKR masa last election untuk kasi mesej pada UMNO suruh berubah.

Rahim: Alah ... kau ni bukan tak tahu. UMNO ni kan macam perempuan tua yang masih jalang. Dah susah nak berubah. Tak sedar diri dah tua. Masih nak nakal-nakal.

Ramli: PAS tu macam mana pulak?

Rahim: PAS tu orang perempuan berumur yang dah menyesal dan lihat cara bertaubat hanya melalui PAS.

Ramli: Hahaha ... banyak orang pencen masuk PAS. Satu lagi yang jenis budak muda yang naif dan sudah diindoktrinasi dengan hanya tahu worldview PAS. PKR macam mana?

Rahim: PKR lah best. Pasal dia paling baru, PKR ni macam perempuan muda. Masih cantik dan manis. Belum banyak cacat cela. Dia sedia mencuba macam-macam. Nakal pun ia juga. Macam-macam dia lakukan untuk hiburan. Tapi pasal dia muda, dia sempat memperbaiki kesilapan.

Ramli: Wah ... kau macam dah minat pada PKR?

Rahim: Tak, ... bila dia sedar dia silap, dia bebaskan diri dan akhirnya masuk UMNO.

Isnin, Mac 08, 2010

Semua anak saya


Malam tadi, ana pergi tengok ceramah UMNO di satu kawasan di Gombak.

Boleh tahan ramai yang datang untuk standard UMNO. Lama-lama nanti bertambahlah kerana ceramah UMNO pun sudah mula menghiburkan. Juruacara pun terer berpantun.

Mereka yang datang berceramah di kawasan Azmin adalah rakan-rakan bekas Azmin. Azmin di"telanjang" habis. Dia juga kata nak saman, tapi tak saman kawan-kawan. Nak saman bukan tas pentas cermah tapi di Mahkamah.

Ezam Mohd Nor turut serta. Azmin kena, Kak Wan pun kena tapi Anwar banyak kena. Dia dedahkan Anwar sudah lari dari asas perjuangan yang menjadi sebab musabab dia ikut Anwar dari masa pertama kali mereka bertemu di UIA.

Anwar diomok-omok, "... Anak Cina anak saya. Anak India anak saya. Anak Melayu anak saya ..."

Satu suara kecil dari salah seorang hadhirin melaung dari ceruk sebelah kiri, "Anak Azmin pun anak saya."

Azmin tidak dapat menjawab kerana sedang berada di Kelab Sultan Sulaiman mengaku kelab itu "kelab saya"..

Untuk liputan cermah malam tadi, baca Papagomo sini, Agendadaily sini dan tunggu video di AIDC nanti.

Jumaat, Mac 05, 2010

Syed Husin Lengkuas tumbuh hidung pula


“Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isterinya (Datin Seri) Rosmah Mansor menemui hampir semua sebelum mereka keluar termasuk juga beberapa orang bukan Adun atau Ahli Parlimen yang boleh diperalatkan — dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka.

“Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh Perdana Menteri serta kroni konrporatnya untuk membeli Adun dan Ahli Parlimen terutama dari PKR,” katanya. - The Malaysian Insiders
Sudahlah dalam sekejap jadi Syed Husin Lengkuas, tumbuh hidung pulak macam Pinocchio.

Macam mana nak sujud solat tu? Turut susah Makcik Pah nak cium Pak Habib.

Selasa, Mac 02, 2010

Syed Husin mana ini?


Kenyataan akhbar sebar segera oleh Syed Husin berkenaan pengunduran Mohd Fairuz Khairuddin dari PKR dan memohon masuk UMNO adalah seperti berikut:
Tarikh: 1 Mac 2010

SYUKUR FAIRUS KELUAR KEADILAN


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti.

Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu. (?)

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN

Manakala berikut pula kenyataan akhbar sebar segera oleh Syed Husin berkenaan pengunduran Dato Salehuddin Hashim:
Tarikh: 2 Mac 2010

APA HAL SALEHUDDIN HASHIM?

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.

DR. SYED HUSIN
Tak akan Syed Husin Ali bercakap macam gini?

Ini mesti Syed Husin Lengkuas.

Ana Husin Lempoyang tak ada Syed. Saudagar unta dari Cairo. Untung jual orang dari jual unta. Bukan kerja ana naik atas orang. Hanya budak hidung berhingus dan belum natang mahu syiok sendiri lepas geram ... Pengikut menghilang dan satu sen tak guna pada perjuangan. Wow!