Ahad, Mei 22, 2011

Tapi budak di dalam ...


Sedang Husin menaiki keretapi Putra, terlihat seorang muda memberi tempat duduknya kepada seorang wanita mengandung.

Ini mengingatkan Husin kepada satu peristiwa masa zaman muda dulu semasa baru kerja. Kereta belum ada, maka sana sini naik bas mini. Harga murah saja 50 sen. Taklah sampai beringgit-ringgit seperti naik keretapi sekarang. Stau station pun RM1 lebih.

Bas mini merupakan kenderaaan untuk graduan baru kerja yang belum rasa bonus pertama untuk deposit beli kereta. Nak minta pinjam dari orang tua, malu pasal bertekad nak mula berdikari konon. Memang mahu mulakan hidup bersusah dahulu.

Masa waktu pergi dan balik kerja, bas mini begitu penuh hingga sendat. Lain pula orang yang bergantung di luar bas. Pasal harga murah, semua terima keadaan kurang selesa ini.

Yang hairannya, naik bas mini dulu lebih mudah dapat duduk kerusi dari naik keretapi sekarang. Aircon takda, hanya angin dari tingkap yang terbuka. Dulu dalam bas boleh hisap rokok.

Biar Husin mulakan cerita kisah beri tempat duduk atas bas mini.

Satu hari dalam perjalanan pulang dari kerja atas bas mini, naiklah seorang wanita Tionghua muda yang sedang mengandung. Orangnya agak lawa, biasalah Cina putih dan memakai gown mengandung.

Selalu orang bangun kasikan kerusi tapi wanita ini tak segan untuk minta. Dengan sopan dia meminta dari seorang lelaki muda yang sedang duduk.

“Incik, bolehkah saya minta tempat duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni ...”.

Lelaki yang sedang hisap rokok itu terus bangun berikan tempat duduknya.

Wanita itu berkata lagi kepada lelaki itu, “Incik, boleh tak matikan rokok. Saya tak kisah, tapi budak di dalam ni ...”

Orang kaki lados feed-up bila disuruh berenti rokok. Tapi pasal timbang rasa dia matikan juga putung rokok tersebut dan buang keluar tingkap.

Boring aje dia. Banyak sangat cekadak pompuan Cina ini. Dah kasi kerusi, tahan aku nak merokok, katanya dalam hati.

Dalam bersempit-sempit, tiba ada penumpang terlanggar gown wanita ini dalam bergegas untuk turun bas. Terselak gown dia hingga terdedah pangkal pahanya yang putih melepak sexy.

Lalu lelaki itu terus tunduk dan bisik pada wanita tersebut.

“Puan ... boleh tak puan tutup skirt tu. Saya tak apa, tetapi budak di dalam seluar saya ni tak boleh ..."

Cilaka ... Cina mengandung pun dia boleh teransang.

Kalau sistem keretapi yang ada sudah susah nak dapat tempat duduk, macam mana pula bila terbina sistem keretapi RM40 billion kelak.

Husin dah biasa pergi balik naik subway di banyak bandaraya luar negara. Apa pula kerenah nanti.


* Terima kasih Badut Rakyat atas ilham ini.

Jumaat, Mei 20, 2011

Angkatan Muda Kecot


Ada orang tu jaguh kampung,
Lawan tempat sendiri menang
Kalah lawan di seberang

Ada orang tu jaguh dalam masjid
Tempat patut diam dia menjerit
Berentap di luar cabut

Susah orang selalu terkucil dalam seluar ....

Khamis, Mei 19, 2011

Berehat di gunong



Anwar ditanya di LIVE Yahoo, "Sekiranya anda diberi peluang untuk berehat, agaknya anda akan pergi ke gunung atau pantai dan mengapa?" Jawabnya, "Saya lebih suka ke pantai. Ketenangan dan keamanan. Lain ha ha."

Blog rbf sini bertanya maksud "lain ha ha".

Tiga hari lepas, Anwar dilaporkan lari "bercuti" ke Jogjakarta. Bandaraya Jogjakarta terletak diselatan pulau Jawa, Indonesia. Ia satu bandaraya tepi pantai yang digemari pelancong.



Pasti di Jogjakarta, Anwar mendapat ketenangan dan keamanan pantai untuk meringankan tekanan dari pelbagai sudut yang dihadapinya. Pastinya dia sebut "lain ha ha" kerana dia baru melakukan "lain ha ha."

Apa dia kegiatan "lain ha ha" yang menenangkan fikiran dan membawa keamanan jiwa?

Selagi Anwar tidak jelaskan, lain orang fahami "lain ha ha" dengan pengertian yang lain-lain. Ada yang beranggapan "lain ha ha" satu kegiatan yang dilakukan berseorangan dan ada anggap dilakukan dengan pasangan.

Ada akan anggap "lain ha ha" dilakukan dari depan dan ada pula anggap dari "belakang." Ada ingat ianya kegiatan kering dan ada kata basah.

Pastinya, orang terkenal seperti Anwar tidak lakukan "lain ha ha" secara terbuka tetapi di dalam bilik hotel.

Kalau pekerja hotel tertentu dapat cuti untuk ikut serta, "lain ha ha" boleh jadi satu kegiatan yang menyeronokkan.

Asal maksud "lain ha ha" bukan bermaksud memilih bercuti ke gunong dan apa yang dilakukan bergitu ha ha sekali.

Jika demikian, tiada rehat untuk mu Anwar untuk berehat di gunong. Perlu dipanjat dulu. Ha haaaa ...

Sabtu, Mei 14, 2011

China Doll berpeluang ke syurga?


Petikan dari laporan kenyataan Nik Aziz terbaru:
“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.
Adakah dosa mendedahkan Anwar lebih besar dari melakukan zina? Maqasid memelihara zuriat campak ke mana, Tok Guru?

Kalau demikian, adakah bermakna China Doll ada lebih peluang untuk pergi ke syurga?


Dia dapat lebih dari cium kaki.

Wow! Masuk politik, ramai jadi ular dalam semak.

Rabu, Mei 11, 2011

Dapat S Class


Laporan pemandu kereta Kak Wan membuat laporan polis terhadap percubaan untuk bunuh Anwar. Ini mengingatkan Husin akan satu cerita.

Alkisah seorang ibu mertua dengan tiga menantu dari perkahwinan dengan ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik.

Si ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma puterinya saja. Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian.

Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut.

Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua kelihatan terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Datang giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, ibu mertua lakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu hanya memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sambil memutar perahunya ke darat, dia hanya melihat ibu mertuanya tercungap-cungap sambil tersenyum berkata, "Rasakan kau!"

Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Anwar dan Wan Azizah baru ada satu menantu lelaki. He he he ...

Selasa, Mei 10, 2011

Zahid Md Arip tidor tak basuh kaki

Itu yang mimpi bukan-bukan ...




Jadi pulak tu ...!

Makluman media: Laporan polis oleh pemandu Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pemandu peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Sdr Abdullah Sani bin Haji Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square( bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square)pada jam 3.30 petang, hari Selasa, 10hb Mei 2011. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Dato' Seri Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 hb April 2011 yang lalu. Pohon pihak media hadir membuat liputan. Kerjasama pihak anda amatlah dihargai. Terima kasih.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Ahad, Mei 08, 2011

Bila "last" kau sembahyang?


Bila bab ugama, baik kita jangan perbesarkan perbezaan dan belajar menerima perbezaan. Lebih baik dielakkan pertelingkahan. Yang penting, kita bebas untuk mengamalkan ugama masing-masing.

Sebab banyak sangat baca blog dan terikut dengan debat ugama yang berunsur politik, dua rakan baik - Michael and Afek hampir bertelagah.

Afek menimbulkan isu Injil dalam bahasa Melayu.

"Michael kenapa perlu orang Kristian mahu Injil dalam bahasa Melayu? Bukankah ianya akan sampai kepad aorang Islam Melayu kelak?"

Michael menjawab, "Kamu kena faham. Itu hanya untuk kegunaan orang Bumiputera di Sabah dan Sarawak."

Afek bertanya lagi, "Oh begitu, kenapa kamu perlu tuntut kegunaan istilah Allah sebagai nama tuhan untuk orang Kristian. Kenapa tidak guna istilah tuhan atau istilah Kristian yang ada?"

Lebih mendesak dan panjang soalan Afek.

Hamid sedar lain macam saja bunyi Afek. Lalu ditegur Afek, "Relax la bro. Lu macam nak gaduh saja dengan Micahel..."

Afik menjawab, "Hanya nak tahu."

Micheal jawab, "Hanya nak tahu takpa. Digereja saya tak guna nama Allah. Ini dah jadi amalan orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak kerana mereka ikut kitab Injil Indonesia."

Afik menyoal lagi, "Bukankah ini akan disalaherti untuk mengelirukan orang Islam dan akhirnya memurtadkan orang Islam yang kurang Iman?"

Michael yang asyik diasak mula mengasak balik.

"Itu hak kebebasan berugama bagi seseorang individu untuk memilih dan mengamalkan ugama yang dijamin oleh Perlembagaan."

Jeffrey diam saja sedang fokus pada benda lain.

Afik asak balik.

"Perlembagaan tidak membenarkan orang bukan Islam berdakwah pada orang Islam. Itu artikel 11(4) dan tindakan ini adalah usaha untuk memurtadkan orang Islam sebagaimana yang berlaku dalam kes Lina Joy.

"Hari ini cuma isu istilah Allah, Injil Bahasa Melayu dan apa lagi. Akhirnya mahu ugama rasmi menjadi ugama Kristian dan menuntut seroang Kristian dinaikkan sebagai Perdana Menteri seperti yang dikatakan ada angkat sumpah paderi-paderi di Penang ...."

Tinggi suara Afik dan Hamid pun mencelah.

"Oi cukup-cukup dah. Takkan pasal politik sampai kita jadi gaduh!"

Micheal pun masuk bercakap, "Afik orang Kristian, pederi Kristian dan penganut Kristian di negara ini tahu kami minoriti dan bersyukur atas kebebasan untuk mengamalkan ugama diberikan. ...."

Hamid mencelah, "Oi kau pun cukup-cukup Michael.

"Afik kau ni satu hari sembahyang berapa kali?"

"Hmmm ... kadang-kadang tinggal yang lima kali satu hari," termalu-malu Afik menjawab.

Memandang kepada Michael, Hamid tanya, "Kamu Micheal, bila "last" kau sembahyang di gereja?"

Michael menjawab, "Beri saya terang sikit saja. Kami tahu ugama Kristian tidak akan jadi ugama rasmi. Ini semua isu kecoh-kecoh adalah permainan orang politik. Kita aman dan menerima hakikat semua ini tanpa ada isu-isu untuk berbalah.

"Menjawab soalan Hamid, saya pun malu mahu cakap. Last sekali saya ke gereja masa Krismis."

Hamid melihat mereka berdua sambil tersenyum, "Apalah kau orang berdua. Cakap macam orang kuat ugama."

Micheal pun pecah ketawa sambil menunjuk jari ke arah Jeff.

Hamis pun teriak, "Hoi Jeffrey .... bila pula last kau ke kuil?"

Jeffrey yang baru tersentak dengan panggilan Hamid, "Aku tak tahu apa-apa ... aku tak sedar sedang syok main i-Pad."

Ketiga-tiga mereka ketawa melihat kawan mereka seorang ini.

Sambil ketawa, Micheal berkata, "Apalah kau ni Jeff. Kau pergi hanya hari Wesak. Apa punya alasan lah kau ni?"

Sabtu, Mei 07, 2011

Jumaat, Mei 06, 2011

Nizar datang bulan


Bagi sesiapa yang tidak biasa pergi Parlimen, ada satu bilik rihat yang disediakan untuk ahli-ahli Parlimen. Bilik rehat itu merupakan tempat di mana AP pembangkang, Backbencher dan Konsensus Bebas duduk dalam keadaan santai. Taklah bergaduh macam zoo yang dilihat dalam TV.

Bilik rehat itu menyediakan makanan dan minuman ringan. Adalah kueh-kueh dan best sekali kadang-kadang ada ubi rebus.

Disebelahan bilik rihat tersebut, ada kawasan yang dianggap bilik "tidak rasmi" Dato Shahrir Samad. Bila dia tidak berada dalam Dewan dan masih mahu mengikuti sidang, disitulah dia lepak sambil bersembang dan jumpa dengan sesiapa yang dia ingin jumpa.

Kalau Menteri-Menteri, mereka suka lepak di kawasn sebelahan Dewan Negara. Tapi ada satu hari, Tan Sri Muhyuddin, Lim Guan Eng dan Nizar Jamaluddin duduk sama-sama sambil menikmati ubi rebus cecah sambal tumis. Mereka bincang-bincang pasal politik.
Muhyiddin: Tahniah YAB for good showing in Sarawak.

Guan Eng: Terima kasih. Tahniah juga dapat pertahankan majoriti dua pertiga. Lain kali, belum tahu tau.

Nizar: Lain kali, PAS pun boleh dapat kerusi (Menyampuk tak sabar-sabar nak bercakap)

Muhyiddin: Next time is still too far away.

Guan Eng: Walaupun jauh, PRU sudah hampir. Tak tahun ini, tahun depan.

Muhyiddin: Kami tiada rancangan lagi ...
Guan Eng dan Muhyiddin sama-sama ketawa. Nizar diam aje.
Nizar: Kita perlu serius dalam hal pilihanraya kerana ia adalah proses hak rakyat yang perlu dihormati dan disanjungi sebagai salah satu proses demokrasi. Tak boleh ketawa-ketawa. Sudah sampai masanya penentu tarikh pilihanraya tidak ditentukan oleh parti pemerintah

Guan Eng: Tak it easy la Nizar ... Ini sembang-sembang saja. Bukan nak debat.

Nizar: Baiklah ... (Macam anjing peliharaan, dia turut dan diam)

Guan Eng: How do you see the next PRU?

Muhyiddin: Tak boleh cakap. The way I see, the match-up in strength will be between us: UMNO versus DAP.

Guan Eng: Interesting ...

Muhyiddin: DAP will be strong in Chinese majority area. MCA and Gerakan will face a tough challenge. UMNO will be strong in the Malay majority area. There will be some going to PAS but if things go by plan, we will takeover some of those PAS stronghold area.

Nizar: Penentu adalah kawasan campuran. Saya rasa PAS akan dapat kawasan UMNO. Dengan kudrat Allah Subhanahu Wataala, sudah sampai masa Darul Islam itu naik di bumi Malaysia, PAS akan beroleh kemenangan ke atas BN yang korup dan perampas kuasa.

Guan Eng: Kita bukan ceramahlah, Nizar. Ini sembang-sembang kawan-kawan. Ini pun mahu dipolitikkan ke? Padan orang kata awak banyak Bahalul, Bangang, Bengong, Bohong dan Baral.

Muhyiddin: Orang Johor panggil Bebal. Jowo panggil Dub Lek. Tak faham, dengarlah orang sembang.

Nizar: Maaf maaf ... (diam kembali)

Muhyiddin: Awak kena faham, Nizar. Luar dari Kelantan, PAS bergantung hidup hanya di kawasan campuran untuk dapat sedikit undi Melayu dan bergantung penuh pada undi Cina.

Nizar: Macam di Perak

Muhyiddin: Not that we will allow. Kalau PR menang di Perak, tak tentu awak jadi MB. Antara awak kalah di Pantai Remis. Atau DAP letak ADUN DAP Melayu jadi MB.

Guan Eng: Kita tengok keadaan ... Masih jauh lagi cerita. Masaalah kami dengan PAS masih perbezaan ideologi yang ketara. We have progress but satu penyelesaian muktamad amat perlu.

Muhyiddin: Even in Sarawak and Sabah, DAP's presence is still limited. Judging from Sarawak, PKR can't make a dent. Anwar and PKR is finished. You all must reconsider your equation!

Guan Eng: We are not too ambitous. Just happy to hold Penang and maybe win back Perak. Selain itu, kami rasa kami akan buat kemajuan di negeri macam Negeri Sembilan dan Johor.

Muhyiddin: Jadi PRU akan datang adalah pertembungan antara keris dan roket la ...

Nizar: (Tak tahan dia nak cakap) ... tak tentu. UMNO ada keris, DAP ada roket, tapi PAS ada bulan. Setajam mana keris dan sepanjang mana roket, kalau DATANG BULAN, keris dan roket kena simpan.
Muhyiddin dan Guan Eng ketawa. Dah beberapa ketika, Nizar baru faham jenaka yang bari disebut, lalu ketawa.
Guan Eng: Tan Sri ... sini Pakatan Rakyat ada advantage. Bila bulan datang, dajjal mata lebam boleh cari China Doll.
Muhyiddin dan Guan Eng ketawa. Nizar diam tak faham ....

Rabu, Mei 04, 2011

Biasa rasa YB?


Awat hang tau itu rasanya ....

Beringat sikit. Hang yang kawan, bukan kami yang kawan dan sekutu dengan Anwar.

Selasa, Mei 03, 2011

Karpal dendang Anwar ...Siapa PuSingh?


Kicik-Kicik Lembu Jaga
* Korus:
Kicik-kicik lembu jaga
Sudah besar masuk askar
Sudah pencen bank jaga
Satu senapang, peluru dua
Kicik-kicik lembu jaga
Ada misai, tarak janggut itu kucing
Ada janggut, tarak misai itu kambing (Anwar Ibrahim?)
Ada janggut, ada misai itu brader singh
Di depan kasi, dia suka belakang pusing

* Korus

Pagi-pagi, dia jaga itu lembu
Malam kalu, dia perah itu susu
Depan belakang, dia juga boleh satu
Itu dia kita panggil bulldozer baru

* Korus

Hospital dalam, dia kerja doktor juga
Perut sakit, kepala pening boleh jumpa
Kalau injek, belakang mesti jaga2
Takut-takut, itu jarum besar punya

* Korus

Polis dalam, dia ada sarjan kerja
Api merah jalan, dia tangkap juga
Tak bleh settle, tak bleh cakap marah juga
Kalau mahu itu boleh belakang kira

* Korus

Tak ada duit, jangan susah boleh jumpa
Tak ada banyak, tapi mesti sepuluh dua
Tak boleh bayar, kita boleh bikin cerita
Bunga settle itu pokok ada juga

* Korus

Kalau bongkok belakang mesti jeling2
Ekzos tutup itu badan kasi pusing
Takut2 belakang ada itu brader singh
Nanti langkah panjang, berak senang, mata juling

* Korus

Kecik-kecik dia suka bola hoki
Sudah besar dia main bola rugbi
Kicik-kicik dia makan itu capati
Sikit besar dia hantam itu todi

* Korus

Ini lagu nyanyi ada gurau juga
Tak mau marah tak mau hantam sama saya
Saya nyanyi bikin abang hati suka
Komplen mari, saya kena buang kerja...

Sabtu, April 30, 2011

Satu persoalan


Kini ramai sudah memahami mengapa Datin Seri Wan Azizah sanggup diherdik, dihina di khalayak ramai dan sedia berbohong mempertahankan suminya, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sebab Anwar dianugerahkan tuhan dan Wan Azizah telah lama mendapat manafaat dari anugerah tersebut.

Yang masih tidak difahami ramai pula, kenapa Nurul Izzah memanggil papanya hebat? Manafaat apa yang Nurul dapat dari kehebatan papa hingga begitu terbuka Nurul memuji ayah?

Satu persoalan menusuk kalbu ...

Jumaat, April 29, 2011

Wan Azizah mengaku dialah wanita Cina dalam video


Wan Azizah mengaku untuk hentikan serangan moral terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 28 Jun: Datin Seri Wan Azizah mengaku dia adalah wanita Cina di dalam video seks yang dipercayai melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah membuat pengakuan ini dalam sebuah sidang akhbar semalam di sebuah hotel dipinggiran Ibu Kota.

Menurutnya, dia tidak sanggup membiarkan suaminya cuba mengelak dan mencari helah untuk mempertahankan diri seorang diri. Maka dia sedia membuat pengakuan ini untuk membersihkan Anwar dari tuduhan moral.

Wan Azizah turut memperakui lelaki di dalam video itu adalah Anwar Ibrahim. Beliau meminta, "Saya berharap dengan pengakuan ini, segala fitnah dan tomahan terhadap Anwar dihentikan segera."

Inikah rupa Wan Azizah tanpa tudung, kacamata, seurat benang dan solek?

Wan Azizah meminta rakyat Malaysia memafkan penafian tipu yang telah dibuat oleh Anwar, Nurul Izzah dan lain-lain ahli PKR yang terlibat.

Ketika dipersoalkan wanita tersebut tidak langsung menyerupainya, Wan Azizah menerangkan begitulah rupanya sebenar tanpa tudung, cermin mata dan seurat benang setelah dibersihkan solekan.

"Kak Wan sebenarnya malu untuk mengaku. Rahsia hubungan kelamin antara kami suami isteri seharus dihormati," kata Wan Azizah.

Ditanya mengenai babak fellatio (blow job) dalam video tersebut.

"Memang kebiasaan Kak Wan memulakan bersama suami dengan mendendangkan sebuah lagu melalui mikrofon." - Agensi Husin Lempoyang

Khamis, April 28, 2011

Nurul kenalpasti bukan kemaluan Anwar dalam video

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suara Keadilan melaporkan Nurul menyifatkan ini sebagai usaha jijik dan terdesak Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.

Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.

“Ini usaha paling terdesak yang terbaru bagi memusnahkan semangat juang kami dari landasan reformasi yang sangat diperlukan bagi negara ini,” tegasnya.

"Kami tidak terdesak langsung. Umno-Barisan Nasional yang terdesak."

Beliau menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit melawan politik kotor Umno-BN.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia, abang dan adik, ibu dan bapa untuk bangun melawan politik jijik ini. Mari kita berusaha untuk merealisasikan satu negara Malaysia yang lebih baik,” tegas anak sulung kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Dalam klip video pertama, Nurul menolak individu dalam video itu adalah Anwar Ibrahim kerana perutnya buncit, ayahnya tidak berjanggut dan dahi berbeza.

Bagi video ini, Nurul jelaskan kemaluan dalam video bukan kemaluan ayahnya.

"Ianya terlalu besar," jelas Nurul


Ditanya bagaimana Nurul tahu, "Ahh tidak ... ibu beritahu. Semestilah saya tahu kerana saya berasal dari situ."

Nurul turut ditanya berkenaan gambar yang jelas menunjukkan tangan individu yang dipercayai ayahnya tidak kelihatan jam Omega yang diwar-warkan dan dipercayai dipinta oleh ibunya.


"Jam tersebut ada dirumah. Buat apa kami nak tunjuk-tunjukkan."

Justeru itu, Nurul turut mendesak supaya individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks fitnah berkenaan- diheret ke muka pengadilan.

“Dalam semua keadaan, secara undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi- penjenayah sebenar adalah siapa yang menyebar video itu kepada awam,” tegas nya.

"Hukum menayang dan menyebar video lagi salah dan haram dari perbuatan berzina dengan pelacur dan meliwat kaum sejenis."

Ditanya samada Nurul mempunyai rujukan fatwa mana-mana, kata Nurul, "Itu yang ayah ajar kami cakap." - Agensi Husin Lempoyang

Khamis, April 21, 2011

Orang Sarawak di Kuala Lumpur


Blog ini telah agak lama tidak dikemaskini kerana husin berada di Sarawak selama dua tiga minggu. Mengambil iktibar dari pengalalaman di PRU Sarawak, Husin ada satu cerita yang sesuai.

Ini mengisahkan mengenai nak empat orang anak muda Sarawak yang belajar di Kuala Lumpur. Seorang itu anak muda darah campuran Melayu dan Melanau, seorang anak muda Cina, seorang anak muda kaum Dayak dan seorang anak muda kaum-kaum pendalaman yang dikumpulkan sebagai orang Ulu.

Ini kira satu persahabatan yang menggambarkan keharmonian kaum di Sarawak.

Sebaik mereka selesai belajar, mereka berempat bersetuju untuk bekerja di Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman.

Anak muda Cina itu dari anak orang kaya. Dia menawarkan rakan-rakannya duduk bersamanya di kondominium kepunyaan ayahnya di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Mula-mula masing-masing tidak selesa untuk duduk di tengah bandar. Ada yang nak rumah sebuah dan bukan kondominium yang terletak di tingkat 35. Ada yang nak kawasan yang lebih hijau. Setelah dipujuk anak Cina agar mereka lebih pragmatik, semua setuju dan mahu duduk sama-sama.

Masing-masing dapat kerja dan kedudukan kondo itu sangat sesuai untuk mereka pergi balik kerja. Masing-masing pula selalu balik malam. Setelah enam bulan, masing-masing punya kereta pula.

Satu hari mereka balik dan lift pulak rosak. Susah untuk mereka balik ke kondo. Setelah menunggu beberapa jam, lift masih belum dapat dibaiki dan anak muda dayak mencadangkan mereka semua naik tangga.

Mula-mula rakan-rakannya enggan naik. Kata mereka jauh sangat nak sampai ke atas.

Anak muda Iban itu memujuk. Dia kata dia biasa panjat bukit dan masuk hutan pendalaman yang kauh. Untuk hilangkan rasa takut dan hilang semangat, mereka selalu bercerita mengenai benda baik-baik hingga sampai ke tempat yang dituju.

Semua setuju untuk cuba. Mula-mula anak Melayu Melacau menceritakan mengenai riwayat hidupnya hingga berjaya dapat belajar Universiti dan kerja sebagai eksekutif.

Kemudian anak orang Ulu pula cerita riwayat hidupnya di Tanah Tinggi Bario dan menghadapi cabaran kesusahan masa zaman persekolahan.

Anak cina menceritakan kesungguhannya mahu belajar di Kuala Lumpur saja walupun ayah ibunya mahu dia ke Australia.

Akhir sekali dan hampir ke tingkat 30an, anak muda dayak punya giliran untuk bercerita. Dia kata dia tak da cerita baik. Dia cuma nak beritahu sesuatu saja.

Rakan rakannya tertanya dalam panik, "Apa dia?"

"Rakan-rakan, saya dah tertinggal kunci rumah dalam kereta. Nampaknya kita kena turun balik ke ground floor...."

Itulah dia. Asyik cakap benda baik saja, akhirnya terlupa bersedia.

Sabtu, April 16, 2011

Baru Bian angkat sumpah untuk jadi KM Sarawak


Ba'Kelalan, Sarawak: Upacara angkat sumpah Baru Bian dianggap batal kerana tidak dilakukan di hadapan Ketua Umum dan Anugerah Tuhan, Dato Seri Anwar Ibrahim. Dia mengangkat sumpah diambar Anwar saja.

Anwar dilaporkan telah berlepas ke London semalam dalam perjalanan ke Amsterdam setelah menghabiskan masa kebih dua minggu berkempen di Sarawak.

Selepas pengundian pukul 12 tengahhari tutup, Baru Bian diumumkan memenangi kerusi Ba' Kelalan. Beliau mengalahkan Willy Liau dari BN dengan majoriti 475 undi.

Disebabkan masaalah line di Ba'Kelalan, Baru Bian tidak dapat mengetahui keputusan undi di tempat lain.

Baru Bian yang dijangka diangkat menjadi Ketua Menteri baru risau akan ada calun-calun PKR lompat ke BN, lalu mengambil keputusan mengangkat sumpah segera sebagai Ketua Menteri.

Baru Bian baru dapat dihubungi dan baru sedar dia tidak layak untuk jadi Ketua Pembangkang pun. PKR hanya menang 3 kerusi. - Agensi Husin Lempoyang

Jumaat, April 01, 2011

Anwar menjawab 5 soalan Eskay


Soalan pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
Jawapan: Sama banyak dengan percubaan konspirasi yang berniat jahat untuk merosakkan nama baik saya dan dalang disebalik fitnah palsu

Soalan kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
Jawapan: Orang yang menyambut saya adalah orang yang terlibat dalam konspirasi yang berniat jahat untuk merosakkan nama baik saya dan dalang disebalik fitnah palsu

Soalan ketiga, di hotel mana Anwar menginap?
Jawapan: Saya diletakkan di hotel yang ada konspirasi yang berniat jahat untuk merosakkan nama baik saya dan dalang disebalik fitnah palsu

Soalan keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
Jawapan: Saya buat apa yang terdaya untuk selamatkan diri dari konspirasi yang berniat jahat untuk merosakkan nama baik saya dan dalang disebalik fitnah palsu

Soalan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Jawapan: Bayaran cuba disogok oleh orang yang terlibat dalam konspirasi yang berniat jahat untuk merosakkan nama baik saya dan dalang disebalik fitnah palsu