Isnin, November 10, 2008

Bilo Nogori lawan Nogori, MIC 80an tak dapek tandingi


Siapa biaso dengan orang Nogori dan Melako akan sodar mereko memang seronok dibuek kawan. Pandai borak, kaki bocerito dan copek mesro. Mereka bule melawak, konokan orang dan sporting bila dikonokan.

Tapi kalau sudah dikono copek melonting, bukanlah sebona Nogori asli. Sampai mengato teruk sangat, nanti orang bonci. Sano sama, sini samo dan yang tembak semuo samo.

Husin Lempoyang yang pamous (ahem ahem) pun
ado tak konan, bilo lobih-lobih. Tapi ana cuma saudagar unta jual orang ...
Dalam bab loyar burok, orang Nogori takdo tandingan.

Satu orang Nogori jumpo satu kawan dari Johor, jangan tersilap dengan Johol.

Orang Johor dengan banggo bocerito mengenai Dato Onn Jaafar, Tun Hussein Onn, Tan Sri Noah, pak mertuo Tun Razak dan tok pado Najib, dan berjelo-jelo namo-namo pemimpin politik dari Johor yang dijajo.

Menyampah mendonga, dia tanyo. Ekau konal tak Mustapha Maarof? Haji Mahadi? AK Jailani? Suraya?
Janji ado orang terkonal dari Nogori. Tak mahu kalah. Bintang felem pun bintang felem.

Tapi kadang-kadang tak makan jugo loyar burok.

Satu orang Nogori pulo sudah jumpo satu kawan dari Kodah.

Orang Kodah itu dengan banggo bercerito mengenai Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir yang datang dari Kodah.

Meluat didonga, nak dikonokan balik. Ekau konal tak Tunku Bahiyah, mendiang Sultanah Kedah yang cantik menarik? Bayangkan seri yang dibawo ko tahto Kodah dulu.

Alah ... lawo-lawo tuan puteri Nogori, yang dapek Sultan Kodah jugo.
Gitulah orang Nogori dalam mempertahankan maruah dan banggo dengan nogorinyo yang "laut bosa minyak takdo, ompek luak nak dijago." Sodihnyo martabat institusi Raja-Rajo Melayu dilihat hino pabila Yam Tuan dihukum mahkamah.

Memang lumrah nogori-nogori kocek ni begitu kuat mempertahankan maruah.

Ado tu sampai cadang orang lua pun tak boleh. Undang-undang tak usah kiro. Paham ajolah punyo sayang anak nogorinyo.
Dalam mereko bagai singo mempertahankan maruah dan air muko hadapi orang lua, sesama dio kelahinyo lagi gilo.

Satu maso dulu, bersaing politik sampai tembak menembak.
Dalam bab politik orang nogori, ruponyo cerito biaso.

Peristiwa Ahad hari ini samo hebat.

Mesyuarat UMNO di Soromban, sesamo orang Nogori (takdo orang lua), sampai kerusi meja ikut bermesyuarat seperti MIC pada tahun 80an. Pemimpin sesamo pemimpin bertokak macam pemimpin PPP, Kayveas. Pengikut dan penyokong menjerit dan merusuh macam Hindraf yang berpejabat di Soromban.

Kalau di UMNO Tanjung, Bahagian tu diajuk sebagai United Mamak Nana Organisation kerano satu maso tu, bermesyuarat mengguno bahasa tamil. UMNO Soromban sudah melebihi itu, serupo gabungan MIC, PPP dan Hindraf sekali gus.
Poning mak ai ... tinggal tigo kerusi bule tuka gomen, pun tak sodar-sodar UMNO Nogori.
Inilah masaalah kepimpinan dari dahulu hingga kek Iso, dan sampai ko Mat Hasan. Ado ko kawan yang kono caj rasuah di mahkamah dibonakan botanding. Malu parti.

Den ingat hebat bonanyo Mat Hasan yang dikato orang korporat bejayo. Punyo kayo sampai dio sondiri ngaku harto den sampai limo keturunan tak habih. Ruponyo harto dari duit ugutan. Tak kau kasi den, AP anak si Koling Mat Min tak bule impot keto. Tu baru satu cerito.

Yang poliknyo. Adik yang Menteri Bosar, abang berkuaso macam rajo.

Tak handa kek mano ... eh orang korporat tadbir. Cari cino Bahau noreh gotah mano-mano yang masuk Islam lagi baik.

Pencen ajo lah kau, Mat Hasan.
Cerito Soromban ni tak tahu mano satu bonar dan mano satu tak botul. Tapi ceritonya samo mano-mano.

Tak kiro Mesyuarat Pemudo, Puteri, Wanita dan Orang Tuo. Bukan lagi didonga tapi dilihat sondiri gaduh baling kerosi pasal Pengerusi menipu, calun main duit, dan permainan batal membatal Mesyuarat.

Sano sini banyaknyo cerito -
Rantau Panjang, Segamat, Kuala Selangor, Temerloh, Gelang Patah, Kota Tinggi, Tanah Merah, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Pasir Mas, Semporna, Gua Musang, Johor Baru, Sik, Kuala Kangsar, Alor Gajah, Sg Petani, Gopeng, Ampang, Kuala Nerus, Labuan, Tanjung, Bachok, Sg Besar, dan banyak lagi sampai ratusan aduan.
Dikato orang, sobab sorang Pemudo dari Nogori, limo nogori jatuh dan Nogori hampir-hampir kalah.

Tak guno nak kato-kato. Bersedio ajo kito, kerana lain yang jolok, lain yang dapek buah. Usah heran Dolah terus Perdana Menteri, bilo kecoh dan macam huru haro. Pembangkang pun lebih suko. Bosa balik kepalo si Keri.

Tak apolah semuo ini kalau tak mahu ubah.

Anggop ini satu rahmat untuk berlatih. Lopeh PRU13, UMNO dah tidak bertatih.

Harap sudah faham gayo, nak jadi pembangkang dah tahu caro.

Wow! Husin hanyo saudagar unto, bukan sedaro Barrack Hussein Obama.


** Disunting pada pukul 8:15 pagi

37 ulasan:

Zubli Zainordin berkata...

Capo-capo nan baling kusi samo mejo kek arah den, mako den sumpit dari jauh air sireh, bia buto mato nyo.

Garang ko, nii, Husin Lempoyang.

Den achah jo...

Zainal A. Kasim berkata...

Sobolum sapo-sapo nak cakap loghat nogori ni kono masuk suku dulu. Setongah-setongah tak buleh. Marah Datuk Rais kang.

http://c-bok. blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Eden baya ponuh, nak masuk semuo, tak nak ei masuk suku jo..tak sodap

BJ

Kawan Botak berkata...

Kawan den masuk suku pun ompek dah kelua.

Tanpa Nama berkata...

apo kobondo mosyorat baling2 kosi mejo ni? owang gilo kuaso begitu lah poie nyo...


soljar pencen

Orang Pokan berkata...

loghat ko tak cukup nogori habih, sin.

Tapi bulu la tu. Better dari si keri.

d'Frog Prince berkata...

saudagar unta, best!

dah lama dah saya tak "cakap" bahasa negeri, semenjak saya datang ke lembah kelang dari alor gajah.

"oghang2 yang bergadoh tuu semua menghabhihkan bogheih mak bapak dia oghang ajo"

cheers
www.tmithomas.blogspot.com

cucupakkasim berkata...

api dalam kaco,air dalam bosi,potik topi,tongah nyalo..
nasib baik kona dade,kalu kona mate..? tak ko pote?den dah koba awal laei dah..pemimpin-pemimpin UMNO ni semua PENCURI BOSAR,mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun dulu lagi..jalan paling baik sekarang ni..kita HIDUPkan SISOALISMA..!!

My Raison D'etre berkata...

"Lopeh PRU13, UMNO dah tidak bertatih."

Amin, Sin.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Rafiz Rahim berkata...

hehehehe.. sin, patutla bapa aku tau cakap tamil...

Anak bekas ketua bahagian tanjung..

Tanpa Nama berkata...

u mak ai sin,poning den baco tulih ekau ni..ekau pun poning macam dak Seromban tu kot?

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah. geli hati, teringat masa dulu baru-baru nikah dengan orang rumah (asal jelebu), tok ketua cakap kat saya, awak nak kawen dengan anak buah saya, tapi awak kena masuk suku dulu baru boleh nikah..saya yang tak tahu menahu ni pun jawablah tok saya tak nak masuk suku ni. tok ketua tanya balik kenape, tak mau masuk suku. dengan selambanya saya jawab mana boleh masuk suku..tak sedap nak masuk penuh sampai habis. tok ketua tu punyalah marah dia cakap kau cakap baik-baik kang den lompang kau kang betabuh gigi ko. kenangan 1986. masuk suku punye cerita dah keluar 7 sekarang ni..ni gase-gase macam dah nak masuk lapan aje.

Tanpa Nama berkata...

Haiyo, sodih lak den baco hal somban ni. Dongar eh sobab dek nak belo budak gomok yang kalah pilihanrayo marin. Osah cetek boto politik budak somban ni. Dongar eh yang buek kacau budak pemudo. Ketuo pemudo baru tak sekolah memanglah macam tu. Punahlah pemudo somban bawah ketuo baru ni.

Ketua bahagian memanglah banyak silap eh tapi bukan caro ni nak lawan dio. Lobih lagi calon yang nak lawan dio tu pun ...alahai ..roman tu nak lawan. Dah dikalahkan kusi DUN lagi nak jadi ketuo bahagian. Rupa dio ni tak ada cormin kot ataupun cormin dio kocik bonar.

Apa UMNO somban patut buat ialah carik pemimpin baru nak ganti dio and terus lawan ketuo bahagian lamo tu. Nampak eh tak lamo lagi habislah dio tu. Kito ni dalam perjuangan bukan eh kono berkorban jo ...sabar pun ponting jugak ..

Agak eh puehlah hati budak2 somban ..tak roti malu boto. Satu malaya ni tau kelaku kau orang semua ..macam borok. Ada yo roman borok sikit pasal den nengok budak yang kepala botak semua perangai macam gangstar ...pukul curi pun ado yo ..alahai ...

Piggy Singh berkata...

Tuan Husin,

UMNO dah mula mereput. Kalau dibiarkan kot-kot jadi cencaluk, makan sodap!!!

kluangman berkata...

Apa yang nak direbut rebut, negeri kan ada sembilan, bahagi bahagi le..

nelayan berkata...

bau budak itam busuk giler sampai ke seremban.

Tanpa Nama berkata...

sempadan soromban dongan rombau dokek jo. kek senawang jo. soromban ni di bawah luak sungai ujung keturunan minang. memang darah paneh baran. rombau keturunan naning, cakap memang bosa. elok bona lah tu minang campur ngan naning. borontap lah kau. tapi eden angkek tupi kek org soromban ni. darah pendekar. tak main sorak2 jor mcm bahagian lain main ejek2 dari jauh yo. soromban main tubing torus. begoga otak.. syabas soromban. minggu dopan bebaris lah fru dopan dewan. den nak poi nengok lah nanti..


tak naning/tak minang

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Wahai olang Jolubu, blog engko tak do orang nak baco sampai engko meroyan kat sini ? Pigi balik lah...

Tanpa Nama berkata...

loteh den membaca nya...awat dok kutuk2 mukhriz pulak...tak pueh hati jom lawan..

lebih percaya ular berkata...

Tin Kosong campur dengan hampeh bersamaan dengan ayam den lopeh.

woit,kah, kah, kah,kah wroitt ting tong kosong

Tanpa Nama berkata...

Anon yg kutuk muhriz tu ejen khairy.mcm dia pandai sgt,cetek betul pemikiran kau.

Tanpa Nama berkata...

Orang ceta pasal umno seremban,kau ceta pasal muhriz,pigi kau copy dan paste kat blog c beruk tu.

RK berkata...

xpek la nak kobakan cano laie~den org somban gak.org melyu gak..mang ai..malu poik~~
apo jadah eyh dok berembat?xdo kojo da ko?

kok boto nak lawan.lawan la boto-boto~~
kok x pueh hati,cubo seta elok2..masing2 bulih raso monang-monang..banyak na bona laie caro eyh poik..soda la sikit,banyak mano hilang kusi marin?ampangn kubu kuek pon bulih kalah..tu pon nak berembat laie..den ponorajang gak kang.,

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah tak terimo politik koro jantan, apo ekau nyibuk kek sini, org nak cito hal orang somban. Nanti usin cito hal org rombou laei ekau tulih la jelo-jelo dari jolobu sampe kek nilai..

poei jauh-jauh nyibuk yo..

Hayati berkata...

tu laa dey,UMNO nie patutnya kalah toruk kek N9 nie....kelaku tak senereh....tapi sodap jor dongar citer berembat nie,baru org luar tau,camno org Seromban berpolitik...sikit adolah cam Taiwan ngan Korea....hee...hee,beruk jantan kelaku mmg camtu...

Tanpa Nama berkata...

Olang Jelebu. Ko Copy and paste menda tu kat blog khairy je. Yang kau paste kat sini pahal. Blog kau orang x baca. Boring. Blog ko orang x baca. Blog ko tu menyemak kat alam maya nih je. Blog abang Husin Gempak. salute...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Blog kena spam ko buat tak tau je sin yek,ko ni kena sindrom pak lah kot.. Tido..

AZUAN BIN RUSLY berkata...

Soalan 1

Raja Masai : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Raja Masai : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'


Soalan 2

Raja Masai : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Raja Masai : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'


Soalan 3

Raja Masai : 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Raja Masai : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Raja Masai : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Raja Masai : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Raja Masai : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra

Raja Masai : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

Tanpa Nama berkata...

iraq abih kono lanyak dongan amarika dulu sobab orang nogori la. jenderal iraq maso tu orang nogori, maso nak ambush amarika jenderal tu jorit 'sorang'!!! apo sorang yo askar iraq maju ke dopan, apo laie abih kono tabor la dongan askar amarika.

Piggy Singh berkata...

Salam Tuan Husin and friends,

http://the-antigonist.blogspot.com/2008/11/khairygelang-patahkuala.html

TQ.

Tanpa Nama berkata...

oi azuan,
kau boleh blah, pegi gosok bontot anwar yang berkudis tu!!!!!

Untung2 mata kau boleh jadi juling, padan muka kau

BJ

Husin Lempoyang berkata...

Hai ... ko nak belasah Mukhriz, poi lah belasah.

Cuba ikut undang-undang blog sini sikit.

Sampai berkali-kali spam tompek den.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la baling-galing kerusi.Nama pun kan kerusi Dun dan kerusi parlimen.Campur pulak dengan kerusi Pengerusi Tetap dan kerusi Pengerusi Majlis.

Dah banyak sangat kerusi apalagi lontar-lontarlah kerusi...syiok ooo

sirusa berkata...

Husin,

Tok Mat Hasan memang tokoh korporat yang berjaya. Itu kita tidak boleh sangkal. Kerja Bank Negara dan kemudian MD Cycle and Carriage jadi dia dah lama kumpul harta lama sebelum jadi MB NS. Dia cuba bawa budaya korporat tapi politik adalah perjuangan yang berbeza. Tidak baik saudara menuduh Tok Mat mengugut kerana dia bawa cara musyawarah. Adik beradik dia masuk politik sebelum dia jadi MB NS. Itu Husin kena point out.
Salam