Isnin, Disember 29, 2008

Bila malu macam tungku


Ini cerita, orang nak cuba-cuba.
Semalam petang, ajak mesyuarat empat undang.
Entah apa mahu dijerang, Tengku mana ada gerangan.
Belum luah isikandung, berkata Undang Luak Sungai Ujong:
"Apo pulak wa ang yang panggil wa eden datang mesyuarat.
Ini urusan undang yang ompek.
Apo pulo kerajaan negeri tompang sibuk ni?
Kita boleh buek mesyuarat sendiri."
Mak ai malu, haru biru.
Muka malu, macam tungku.
Menteri besar negeri, tak faham tradisi
Raja memerintah alam
Undang memerintah luak
Lembaga memerintah suku
Buapak memerintah anak buahnya
Itulah demokrasi Negeri Sembilan.
Struktur tadbir adat yang berlainan.
Seiring dengan susunan tadbir kerajaan
"Nasihat MB" tak perlu untuk lantik Yam Tuan.

Hai hai calun den lopeh.

Wow! Bagai sireh pulang ke ganggang.
Patik mohon tender BMW N9999

Ampun Tuanku! Daulat Tuanku (Mukhriz)!

31 ulasan:

Pak Oncu berkata...

hammpehhhhh kau Sin

Pak Oncu berkata...

den sokong lahh tunku mukris nii... lama dia terseksa!!!!!

Tanpa Nama berkata...

jom sokong Sdr Kamarul Irzuan dan Pewaris Malaysia dalam isu Haramkan Freemason di Malaysia. Sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut http://pewarismalaysia.blogspot.com/2008/12/bertahun-gerakan-freemason-bertapak-di.html

Zubli Zainordin berkata...

Cam mano kiro-kiro nyo nii, Husin Lempoyang macam paham bonar perihal di Nogori Sembilan ni.

Orang belun apo-apo dio dah mendahului BERNAMA.

Eden ndak kiro do, kalau daging unto kono dimasak lompap pun den sanggup.

Den nak Mercedez plat numba N 1991.

Ese berkata...

Sin,

Nasib baik ekau ni menyokong undang dan bukan eh MB nu haa. Kalau dalam blog ni ekau cubo nak main-mainkan dolat undang ompek tu kan, abih kau nanti. Tak tolo kau bosa sebolah, mato kau jadi ghabun nanti. Jangan memain tau tak.

Ese ni pun tak do kurang eh doh pasal dolat dolat ni. Suku ese ni haaa handa yo kek negri sembilan ni. Kok tak cayo, cubo laa ekau beghani tak siarkan tulisan den ni haaa. Tecighit kau nanti. Jangan lak kau kato ese ni cendeke lak esok.

Ese

kuc1n993m0k berkata...

mang aiih..

banyak bona ekau tau ni sin.. no keto dio pon ekau tau.aiyo osah banyak kabel ekau ni.. den ponah la nampak dio pakai harrier plet N 9999..

ekau ni ado ko mase undang yang ompek bosidang nih..ko ekau eavesdrop diorang..abih somuo coghito ekau keluarkan..hoho..kalah tv tigo!ese tabik lah samo ekau ni sin.

apo apo yo lah sin..

DAULAT TUANKU!

Oghang Ghombau berkata...

Air dalam bosi
Api dalam kaco
Ghombau jadi MB
Tak tau caro

Api dalam kaco
Potek topi
Tak tau caro
Sigolap jadi KP

Potek topi
Tongah menyalo
Sigolap jadi KP
Melayu dipeduli apo

kluangman berkata...

UMNO patut belajar bagaimana undang ompek dapat menangkis kemungkinan politik wang dalam pencalonan Yam Tuan.

Jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak menunjukkan contoh awal, tentulah anak buah di bawah tak memandai 'potik topi, tengah menyalo'.

che-mie berkata...

aduiiii

kalau aku, mau terjun lombong
hahha

Tanpa Nama berkata...

kelakar tapi pedas.. first time baca tuan husin lempoyang punya blog lepas google nama tunku muhriz.

saya ada pegi kuala pilah, sunday,
masa balik ada jem sket kat plus highway..

tetiba ada bunyik neeno.. neeno..
tgk cermin belakang ada keta polis 2, outrider polis ada 5-6, escort satu Lexus 4 wheel itam, saya pun ketepi, ingatkan sultan ke, menteri ke, rupa-rupanya...

KJ10Q... ptuiiii..

al belaghani berkata...

syabas pak using,
dalam golak terkono semangkuk,ala yang berayung2 tu.....

kek oghang ghombau lak den tabik spring toing2.... korang memang "biso bonar" bak kato si hattan tu.

untuk ese lak pagi2 ni jangan nak mengamok lak,rilex apo apo pun den ucapkan tahniah pado tunku mukriz,daulat tuanku,

pado oghang2 nogori tu maaflah kalau ambe tersalah tulis loghat nogori lak pasal ambe ni cumo oghang menompang,yo bini bulih oghang bahau,maaf yo,
assalamualikum semuo....

MENGKARUNG JINGGA berkata...

Tuan Husin,

Nak tanya sikit lah.

Kununnya masa dulu ,T.Mukhriz tidak dilantik sbagai yang dipertuan N9 sebab belum cukup umur.....

Soalan saya.....bila dia sudah cukup umur kenapa dia tidak dilantik?

Siapa yg faham tolong jelaskan.

Jenab Janda berkata...

soalan Mengkarung jungga ni betul atau tidak?

Kalau betul aku pun nak tahu.sebab masa tu aku belum dilahirkan.

Aku rasa, husin,pak Oncu,Ese,Buah geduak,Piggy singh,kluang man tentu tahu.

Sapa sapa yg boleh terangkan, aku doakan orang tu panjang umur dan hidup kaya raya

Tanpa Nama berkata...

Kau jangan jadi KURANG AJAR! Raja Melayu jangan DIPERMAINKAN PAHAM!

Ese berkata...

Jenab, Ekau ni jando sapo dulu? Takut kok bebigheh yo. Tapi tak apolah. Yang sebona eh cito umur sembilan boleh tu buek-buek ajo. Apo lak tak cukup umo pulak. Sembilan boleh tu dah buleh dah jadi apo pun. Janji pipit buleh togak, jadi abah oghang pun dah buleh dah. Cito eh lobih dalam lagi dari tu layi. Ni sumo pasal tembak lombu oghang kampung dengan pistol laa ni. Tapi maleh den nak bukak cito lamo lamo ni deh eh. Yang ponting eh kito ado rajo baghu sekarang ni. Yang si mangga beghayun MB dari ghantau tu apo lak buek eh membising kek undang ompek tu. Tak soda ko Undang tu lobih tinggi dari dio? Tinggi layi undang dari Rajo.

Eden baghu balik daghi pasa haa. Bincek boto lah. Udang naik hargo layi.


Ese

Tanpa Nama berkata...

Daulat Tuanku Mukhriz !!


Lopeh ni Dato' Mukriz pulo yang naik yo .. Amiiinnn

lord of beranang

Raison D'etre berkata...

Tanpa Nama kato:
"Kau jangan jadi KURANG AJAR! Raja Melayu jangan DIPERMAINKAN PAHAM!"

Paham tuan.

Tapi Oghang Sokong Amno Buek Takpo, kut.

Nu ha kat Ganu deme buek dolu2, Ok jo.

Tanpa Nama berkata...

Nicely done. Bravo!

Jenab Janda berkata...

Abang Husin,

Thank you Ese.Fahamlah aku.Lembu punya pasal.Ish,ish,Ish

tapi Ese, aku geli geman tang ayat kau..."janji pipit buleh togak" dahsyat, dahsyat.

Semoga Ese panjang umur.

Wynona berkata...

Best pulak graso eh baco blog nih......trimo kaseh ateh explaination tu...

apo2 pun ....Den sokong Tunku Mukriz....DAULAT TUANKU!

ayor lemuju berkata...

Tembak lombu baco Bismillah boleh makan tak payah semoleh laie dah.

Ni lombu kobau tegolek tobaring kek jalan rayo, kek highway mati dilanggar orang... tuan punyo lombu yang salah - kono dondo, orang melanggar tak salah, kadang2 kono masuk sepita yo.

Akhirnya dapek juo T Mukhriz jadi Yamtuan... lamo dah menanti dalam penyiksaan tu - ompek puloh taun! Daulat Tuanku! Mogo2 rayo taun dopan Rombau tak putus bokalan air laie, KJ dan Mukhriz ado samo2 merintah.

Satu soalan: Yang tak tembak lombu tu lobih mulio dari yang menembak lombu ko?

Piggy Singh berkata...

Tuan Husin,

Kalau ikut sifir budak setiakawan bernama SuKJ, Thailand dah ada PM from oxford, so kita pun kena lantik si budak Oxfart nanti untuk jadi perdana menteri.

Anna dok tengah tengok kot-kot ada jugak bebudak yang berani berubah pakai sifir sama, Tengku Mukhriz naik takhta, so Dato' Mukhriz mesti kasi duduk kat Putrajaya. Tapi takde rasanye.

Wassalam.

Anti SUKJ berkata...

Piggy Singh

What do you expect from a blogger with an IQ of a door stopper???

jawa peranakan berkata...

betul ke selagi tidak dilantik yang dipertuan besar n9 yang baru maka jenazah yang lama tidak boleh dikebumikan?

sekiranya benar, amat malanglah sekali..ADAT MENDAHULUI SYARAK..

Husin Lempoyang berkata...

Apa itu adat? Hukum, peraturan, fitrah, dan cara. Adatnya Yam Tuan kebumi Yam Tuan.

Lambat tu pasal ... anak2/cucu2 dan mb cuti krismis luar negara.
Bab syarak tu tak tahu pula. Kawan Husin mati di luar negara, dibawa balik ada makan masa 4 - 7 hari. Tak lambat sangat yang ini, cuma disumat atau digalakkan cepatkan. Mufti kan ada.

Husin tak terlalu tertumpu pada syariat saja. Selalu ada cara. Yang penting inti dan pati. Terpulang masing2 punya pendekatan.

ayor lemuju berkata...

Ada hikmahnya "Yamtuan mangkat, Yamtuan tanam" ni. Lebih2 lagi dalam menyelesaikan pertikaian siapa yang bakal mewarisi takhta. Andaikata dikebumikan dulu baru nak lantik pengganti, kemungkinan besar ada perbalanan yang mungkin melarat2. Tapi cari dimasyhurkan pengganti sebelum kebumi, ia dapat dilakukan dengan aman. Adat juga anak2 tak baik bergaduh depan jenazah.

ayor lemuju berkata...

Pembetulan: Ada hikmahnya "Yamtuan mangkat, Yamtuan tanam" ni. Lebih2 lagi dalam menyelesaikan pertikaian siapa yang bakal mewarisi takhta. Andaikata dikebumikan dulu baru nak lantik pengganti, kemungkinan besar ada perbalahan yang mungkin melarat2. Tapi cara dimasyhurkan pengganti sebelum kebumi, ia dapat dilakukan dengan aman. Adat juga anak2 tak baik bergaduh depan jenazah.

Tanpo namo berkata...

Sin,

Kerabat mana dulu yang pergi Israel nak buat business deals ?

Poning kepalo Mahathir nak menjawab maso tu

Ahmad Nespo berkata...

Piggy Singh,

U tolong kasi tau itu KJ punya balaici SUKJ, Sufiah yusof masuk oxford umur 13 tahun, kalau ikut dia punya sifir ini sufiah lagi layak jadi PM malaysia.
ataupun;
Mr.Bean (Rowan Atkinson) pun Oxford grad adakah patut dia jadi prime minister england?

Apa punya sifir ini orang pakai?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Kau jangan jadi KURANG AJAR! Raja Melayu jangan DIPERMAINKAN PAHAM!

HAPUSKAN RAJA, MENYIBUK DAN MENGHABISKAN BOREH JERK

JAMILKUCING berkata...

Mentori bosar negori sembilan tu tahu apo dio. budah montah lagi. nak tunjuak pandai. dio inget negori sembilan macom negori lain, sultan mati anak lelaki jadi sultan. tapi den raso tengku laksamana naquiddin dapek terimo dongan baik. cuma yang bongang sampai hantuok kepalo kek dinding orang-orang yg selamo iko dok mengampu tengku laksamana naquiddin, dio orang inget tengku naquiddin bakal jadi yam tuan. kah kah. melopeh melopeh.