Ahad, Disember 07, 2008

Selamat Aidil Adha ... Kisah Wukuf di "Padang Mahsya"

Hari ini Husin sepatutnya puasa sunat hari wukuf. Tetapi terlupa apabila pagi-pagi melihat sepinggan cucur kodok atas meja dengan bau kopi Hang Tuah yang harum disediakan atas meja. Dah habis setengah pinggan baru teringat. Rasa bersalah hendak teruskan puasa.

Ini kisah betul mengenai seorang anak muda yang agak nakal. Nama diubah untuk melindungi identiti. Punyalah nakal sampai dikato oghang apo sajo tak dibuek. Apo sajo tak ditolan mulut. Mungkin cuma 'kobau pendik' sajo yang tak kesampaian.

Dipendikkan cerita adalah seorang mak saudaranya yang janda nak naik Haji. Dia memerlukan seorang waghih jantan untuk ikut bersama.

Anak-anak semua sibuk dengan anak-anak masing nak periksa dan hal-hal kerja. Ekonomi pun satu halangan. Diajak orang muda ini.

"Sayo tak sedio Mak Ngah. Taulah mudo-mudo ni banyak urusan," si Ali berkata.

"Alah ... maso mudolah kau sonang dapek cuti. Tolonglah Mak Ngah ni. Kalau Mak Ngah dah takdo, tak raso poi Haji lagi."

Alah diguna helah ini, cairlah aku, difikirkan si Ali.

Mak Ngah menyambung pujuk rayunya melihat mato si Ali termonung, "Manolah tau Haji dulu tak diterimo. Banyak cacatnyo. Mati takdo bawak fardhu Haji."

"Janganlah cakap macam tu, Mak Ngah. Sayo ni ..."

Melihat dia dah termakan pujuk rayu, Mak Ngah dah pintas, "Ekau tahu baca Fatifah, tak?"

"Tau!"

"Kau tau baco Surat Ikhlas?"

"Qul hu walla?"

"Yo. 'Alam nasyroh?"

"Ingat ingatlah jugo ..."

"Bule la. Kau ikut ajo apo Mak Ngah buek."

"Dah bolehlah tu. Kito oghang kongsikan belanjo kau, Ali. Nanti aku tolong betulkan sembahyang dan patihah kau," Azman, anak Mak Ngah menyambut. Dia tahu naknya si Ali. Hairan kenapo Mak ngajak si Ali.

Budak Ali itu bersemangat dan dirancang pemergian. Dah semua balik, Azman bertanya kat Maknya, "Takdo oghang lain ko nak diajak Mak?"

"Hai ... oghang macam Ali lah patut diajak. Dibuko mato. Bertukar dio nanti."

Pergilah Mak Ngah dan Ali naik Haji dan kembali dengan selamat. Ramailah yang menziarah rumah Mak Ngah.

Ali yang kampung di Ghombau rihat di rumah Mak Ngah di Kolumpo sebelum mulo balik kojo.

Hari tu Pak Lang ada. Dia betanyo si Ali, "Macam mano kau Haji, Ali?"

"Lain dari batuk-batuk, raso semuo baik. Syukur Alhamdulillah." Puh, balik Mokah dah pandai sebut syukur dan Alhamdulillah.

"Biasolah tu. Oghang ramai. Apo yang menarik maso kau buek Haji?"

Ali menjawab, "Sayo raso paling mencabar maso wukuf di Padang Mahsyar. Mato ngantuk sajo dan susah bonar nak baco-baco dan doa. Sayo cekalkan ajo ..."

Mak Ngah datang dari belakang bawak air untuk Pak Lang, "Padang Arafah la ..."

"Ops ... silap Mak Ngah. Padang Arafah, padang Arafah ...," Ali membetulkan.

"Samo jo tu ... Macam dah bersedio kau. Baguslah ..." Pak Lang menjawab.


Syariatnya lain. Hakikatnya, dikatakan yang faham, sama.

Seluruh pengertian perjalanan kita di dunia ini bagaikan tertumpu di waktu wukuf. Bagaikan di situlah kita berhadapan Allah Maha Pencipta sekelian alam di Padang Mahsyar menunggu 'perbicaraan'. Maka di dunia ini kita pohon pengampunan, keredaan dan kemudahan untuk ketika itu.

Kewujudan kita di dunia ini tiada erti, melainkan untuk mendapat taufek dan hidayahnya. Taufek dan hidayah yang membuka hati kita mengenalinya. Dengan taufek dan hidayah, kita menjumpai pengertian yang hakiki

Puh ... panjang cerita. Sejuk perut mengeluarkan kata sedemikian. Maklumlah blogger satira politik ... Cito-cito tinggi, dosa tak lari.

Husin diberitahu wukuf bermula hari ini pada lebih kurang pukul 5 petang lepas asar waktu Malaysia. Kita doakan semua tetamu Allah, muslimin wal muslimat sedar dan berjaya melepasi cabaran wukuf di Arafah dan sempurna ibadat Haji masing-masing.

Diucapkan kepada semua pengunjung blog ini ... Selamat Aidil Adha. Bagi yang meraikannya, jangan lupa disunatkan puasa pagi dan hanya makan selepas sembahyang raya.

Wow! Masyuk masyuk ... banyak orang Malayu jadi Arab mahu korban unta bukan hanya binatang pelihara empat kaki.

9 ulasan:

kayumanis berkata...

Di Kedah di bawah perintah Us. Azizan tahun ini takbir raya dimulakan pada subuh hari ukuf.

Tanpa Nama berkata...

Husin,,, den rasa kureng yakin lahhh, betul koh org tu asal ghombau, bukan koh asal dari kg buyau kat seri menanti tu,, any way SALAMAT HARI RAYA KORBAN...

Gelombang Rakyat berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda, Husin Lempoyah, ehemnya, Husin Lengkuas, dan semua.

Semoga kita sesama meraih nikmat dari pengertian Qorban...

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya husin lempoyang. kobau banyak tumbang tahun ni??

d'Frog Prince berkata...

solamat haghi ghayo tuan ghumah.

harap2, pemimpin negara sama2 mengambil iktibar dari pengalaman si ali tu dan kebijaksanaan makciknya tu. pemimpin tertinggi kita dah pernah pergi haji kan?

d'frog prince

PUTERA UMNO KUALA PILAH berkata...

Islam di hina dalam blog - surind.blogspot.com

Marilah berjuang membela dan mempertahankan Agama Islam

PUTERA UMNO KUALA PILAH berkata...

Islam di hina dalam blog - surind.blogspot.com

Marilah berjuang membela dan mempertahankan Agama Islam

kulatlapok berkata...

SALAM pAK hUSIN

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA DAN SEMOGA PAK HUSIN LEBIH SUKSEES LAGI DALAM DUNIA LAKONAN BLOGAWAN

Tanpa Nama berkata...

Izafi.

Tak apa kat dunia kafir tu boleh hina Islam, kat akhirat nanti dia akan disiksa. Percayalah