Rabu, Disember 31, 2008

Tahun baru ini Sang Rimau bukan lagi Kambing


Al-kisahnya seekor ibu harimau melahirkan anak di pinggiran hutan dan mati. Tertinggal anak rimau itu keseorang di hutan. Dalam keadaannya yang lemah, tiada harimau lain untuk menjaganya, dan memberi susu.

Tiba-tiba segerombolan kambing yang telah tersesat dipinggiran hutan terjumpa anak rimau ini. Melihat keadaannya yang lemah dan memerlukan makanan dan penjagaan, seekor ibu kambing berasa kesian dan memberinya susu. Setelah itu terasa ibu kambing itu untuk membelanya.

Maka, hiduplah anak rimau itu bersama kelumpuk kambing. Sepanjang hidupnya ibu kambing itu sudah disangka sebagai ibu kandungnya walaupun diri mereka berlainan. Dia tidak sedar kelainan ini.

Lama-lama kelamaan anak rimau ini mengikut perangai kambing, diikut kambing mengembek, dan makan rumput macam kambing. Sepanjang yang dia tahu, dirinya itu kambing juga. Bertambah hari, anak rimau ini bertambah dewasa dan badannya bertambah besar. Dia masih mengikut rasmi binatang ternakan untuk kegunaan manusia.

Satu hari, gerombolan kambing ini sedang merumput di satu padang. Tak semena-mena timbul sekumpulan serigala. Lari bertempiaranlah semua kambing-kambing menyorok untuk menyelamatkan diri, termasuk anak rimau ini.

Setelah serigala meninggalkan padang rumput itu dankeadaan pun selamat, keluarlah satu-satu kambing-kambing dari hutan untuk kembali makan. Masa itu, seekor kambing mengembik bersuara, "Buat apalah kita ada harimau di antara kita kalau tak boleh memberi kita perlindungan dan membawa keamanan untuk kita mencari makan?"

Ramailah kambing-kambing turut mengembik setuju. Yang anak rimau tidak faham apa yang dikatakan. Pada dia, dirinya macam kambing yang selalunya mengikut suruhan gembala hingga mengorbankan diri. Semua kambing-kambing memandangnya dengan marah. Macam mana dia hendak tolong dengan dirinya pun takut dan lari.

Hatinya tak tenang dan dia sering bersendirian hingga satu hari dia tersesat masuk ke dalam hutan. Dalam dia tersesat dalam hutan, dia ternampak seekor harimau yang menyerupainya. Dari jauh, dilihat dia berjalan seorang dengan megah, berani dan tampan sekali.

Semua binatang-binatang hormat dan takut kepada harimau itu. Bertempiaran binatang-binatang lari. Gajah pun yang lebih besar pun tidak berani untuk membesar-besarkan diri.


Baru anak rimau ini sedar dirinya sebenarnya adalah harimau, raja dalam hutan ini. Timbul semangat berani dalam dirinya, hilang rasa takut. Baru dia sedar, dia tidak boleh melarikan diri apabila timbul bahaya. Tapi banyun menentang. Dia tidak boleh biarkan dirinya dipermainkan oleh binatang-binatang lain. Apa lagi jika lebih 60% di hutan ini adalah harimau.

Aku adalah harimau yang berani dan tidak boleh diugut, dibangkang, dan dituntut oleh binatang lain untuk hukum tuhan aku dijalankan. Apa perlu aku takut lagi untuk memperakui diri ini tuan yang perlu dihormati dan disanjungi? Ye, aku mesti menjadi raja hutan yang mempunyai ciri yang dihormati, berbudi pekerti mulia, dan hebat dalam segala-gala.

Menyambut dua tahun baru hijrah 1430 dan masehi 2009, Sang Rimau mesti berhentilah dari berdiam, terus menjadi penakut dan digembalakan macam kambing. Janganlah lagi dibiar babi tak henti menyondol, anjing menyalak, ular-ular membelit, dan singa pulau mengatur.

Sang Rimau bukan binatang ternakan yang digembalakan. Henti kita bercakaran sesama sendiri. Suara Sang Rimau yang seiring dan murni harus bersatu dalam tujuan dan mengaum dengan suara yang menyeramkan.

Hidup Rimau! Takbir Allahuakbar! Haiya Alal Falah!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009.

Husin Lempoyang Saudagar Unta

59 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungguh jahat 'kaum harimau' terbabit. patutlah di dalam dongeng kanak2 mereka dianggap sebagai binatang kejam, jahat dan tidak berhati perut. Mereka mencari rezeki dengan merobek daging2 dan kulit binatang2 lemah yang lain. semoga Allah Taala membalas kejahatan dan ketidakadilan yang mereka lakukan.

bungaraya berkata...

Saya tak faham siapa yang dimaksudkan anak harimau yang dijaga oleh kambing tersebut.
Dikalangan kaum melayu adakah orang yang berwajah harimau? Kalau melayu tu dimaksudkan kambing, maka Najib itu adalah seekor kambing, maka Pak Lah adalah bapa kambing dan Rafidah itu ibu kambing. Hishamuddin itu kambing segar dagingnya.
Yang mungkin ada dalam melayu itu adalah kambing kacukan saja.
Begitu juga dengan kaum lain spt cina dan India.
Sila berikan pefahaman yang menyenangkan saya untuk mengerti. Saya kurang kebijaksanaan spt kata GGMM apa bila membalas komentar saya.

din berkata...

kasihan sang rimau. hanya boleh bergantung kepada taring dan cakar sahaja (DEB/perlembagaan). akai x brapa kuat

Ese berkata...

Poning lah Sin. Tak ghoti den nak komen doh sekali ni. Ni cito apo ni. Cito palasampah ko atau cito binatang boto boto. Kok cito palasampah tak sampai pengajian den kek situ lagi doh. Tapi kok cito ayam, kambing, ghimau musang boto boto buleh gak laa den masuk sobab eh eden maso menogheh gotah dongan omak den dulu pepagi ado yoo terseghompak dengan bondo-bondo tu sumo. Sekali eden masuk kudo-kudo den, lintang pukang ghimau tu lari kau tau tak. Itu bolon lagi eden masuk buah maut lagi.

Ese ni haaa.

bRAVEhEART berkata...

bUNGA rAYA - Jika UMNO itu kambing, Khairy adalah kambing jenis kacukan yg hanya hidup dengan pallet sbg makanan. Walaupun bebas dipadang tak akan mampu mencari makanan. Korbankanlah Kambing Kacukan ini. Tetapi siapakah anak harimau itu??

KeRnA berkata...

sungguh haram kaum harimau yang tdk mengenang budi.keturunan pembelot. diberi betis nak paha.semoga kita semua bertukar menjadi kambing kerana masih ada akal walau tak suka mandi

Tanpa Nama berkata...

Rimau = melayu
kambing = non malay
hutan = tanah melayu

ngek

yangkita berkata...

Haaa! Mukhriz jawapannya. Sebab dia berani sikit tak macam Khairy yang sentiasa dicelahkangkang bapak mertua sambil memegang seluar orang tua itu. Mari sokong Mukhriz sbg Ketua Pemuda UMNO.

Jalak Lenteng berkata...

harap-harap tahun baru rimau tak jadi kucing pulak....lebih teruk lagi jadi kucing kurap.....

CIK berkata...

salah

Anak rimau = pas melayu
rimau hutan = melayu ameno
kambing sesat = cina/india
hutan = malaysia

Tanpa Nama berkata...

yangkita

mukhriz berani? cam haram. dia lagi la dok berselindung kat blakang ayah dia. mukhriz is nothing kalau bkn sbb mahathir. sprt khairy dan nurul izzah. tiga org ni sama je x gunanya

Jed Yoong berkata...

Saudagar Unta

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009.

;)

Tanpa Nama berkata...

60% rimau tu la membunuh sesama rimau. shame of rimau. dah nak memupus tak sedar diri, masih ingat diri raja, king of jungle. tak sedar ke, hutan belantara pun dah nak abis kena tebang? sudah lah husin, memalukan saja kaum rimau ko ni! takkan rimau hilang di dunia...(think again). I am with the Prophet and the Quran, Islam is the Answer. Tidak Allah turunkan Islam itu untuk sesuatu kaum sahaja melainkan untuk semua umat manusia di bumi ini. Fikir2 kan lah!

aku2 berkata...

Asalnya dulu tanah ini adalah tananh harimau. Masalahnya harimau adalah binatang yang suka mengasingkan diri.

Datang pula gerombolan singa yang menjajah tanah harimau dan habis harimau di perkotak katik selama 4 abad.

Semasa dijajah, Singa telah membawa pula pendatang babi dan pendatang ular untuk membuat kerja untuk mereka kerana harimau tidak akan membenarkan singa terus menjajah mereka.

Tak lama selepas itu harimau pun mengamuk dan menuntut kedaulatan tanah harimau. Singa terpaksa mengalah kerana seluruh binatang lain seperti unta, beruang, zirafah, hyena dan lain-lain lagi telah pun menuntut kemerdekaan masing-masing.

Oleh kerana singa telah bertanggung jawab kerana membawa masuk ular dan babi ketanah harimau, maka mereka tidak mahu pula membawa ular kesarang ular dan babi ke kandang babi sebab negara ular dan negara babi telah pun memerdekakan diri mereka.

Mahu tak mahu mereka menyuruh ular dan babi duduk bersama harimau dan belajar menjadi harimau. Harimau pula kerana lebih suka menyendiri buat tak kisah dan lama-kelamaan ular dan babi telah pun menuntut hak mereka untuk menjadi tuan kepada harimau yang suka melepak dan makan bila lapar sahaja.

Lebih malang lagi telah ada ular yang mengaku harimau dan dilantik menjadi ketua harimau. Semasa ular/harimau hendak bersara dia telah melantik pun babi yang mengaku harimau. Masalah dengan babi ini dia tersangatLAH malas dan peduli langsung mengenai nasib harimau lain.

Oleh kerana sudah terlalu lama dijajah oleh singa dan diperintah oleh ular dan babi maka sekarang harimau sudah tidak tahu lagi macam mana hendak menjadi harimau yang sebenar. Maka hutan rimba pun menjadi kacau bilau. Nak dikatakan hutan ada nampak macam kandang babi dan ada nampak macam belukar sarang ular.

Dan harimau pun teruslah tidur dan mengaum cuma bila mereka lapar. Lama-lama harimau akan mati dan cuma meninggalkan belang. Singa juga terus unggul sampai bila-bila.

Begitulah kisah BINATANG-BINATANG tersebut. untuk mereka yang berfikir.

Jamal Pak Tongkol berkata...

Nabi baik ada aku2.

Banyak harimau yang beri komen masih dalam sangkar dan tidak lihat hutan yang lebih luas.

Selamat Tahun2 Baru

Zubli Zainordin berkata...

Syok kisah teladan ni Husin Lempoyang.

Cuma nak tahu, apa peranan Unta, dalam kisah ini.

Wow!

Tanpa Nama berkata...

yelah. rimau jela bangsa y terpilih dan tercatat dlm dalil nakli dan akli bahawasanya mereka adalah lebih mulia dari kaum2 lain. kaum2 lain perlu dihapuskan di muka bumi ini kan?

Jenab Janda berkata...

Abang Husin,

Kambing yg menyusukan harimau tu mesti kambing betina...mungkin janda.

Kambing jantan mana ada susu?

Kalau Ese jadi kambing,Ese ada apa?

kau berkata...

malu kami menjadi kaum harimu. kenapi kami dilahirkan dlm kaum tidak berperikemanusiaan ini

tharieq dhiyauddin berkata...

Salam,

Aku rasa telahan CIK itu adalah lebih tepat... Bijak sungguh Tuan Usin mengsasterakan situasi politik... nampak lembut tapi keras..

leematmutu berkata...

Kambing - Kaum tak mengenang budi
Rimau - Kaum tak sedar diri
Serigala - Isu Ekonomi
Ugama - sekadar kata, tak diteladani
Pembaca - Ikut "bias" nafsu sendiri
Unta - Cuba bagitau, tapi tak reti-reti.

Pak Oncu berkata...

Sin,,,,,,,,, hebat kau Sin hebat... tukar lah perkataan keseorangan kepada keseekoran.....!! balon yoh Sin ,,,, Janji hati pueh dan BAngsa Malaysia aman... mano yang tak paham paham tu kono lah datang kat den ni,,,, den nak boghi paham,,,,

bungaraya berkata...

Pak Ocho,
Borneo nak kata apa? Anak angkat kambing kah anak angkat Harimau?

Piggy Singh berkata...

Ya Tuan Husin,

Harimau mula dah sedar, mesti jadi raja di hutan. Sapa action lebih-lebih harimau bahan, termasuklah Teresa Kok, Punjabi Karpal, Kit Siang dan ustaz Guan Eng.

Tapi harimau terfikir juga nak bahan babi nanti HARAMMMM..!!!

Wassalam.

kl berkata...

hidup jelah harimau2 mung jgn bergantung kat binatang2 lain. rimau kan hebat. jangan begantung kat binatang lain

Omong berkata...

Apa nak jadi bila saudagar unta menasihatkan sang harimau??

Semoga kesedaran tahun baru ini membawa persefahaman diantara puak puak rimau.

Unta mesti beli insurance ke?

Tanpa Nama berkata...

husin lempoyang..

tapi kalau rimau asyik bergaduh ikut parti politik je, babi dan lain2 binatang yang tak sedar diri cuba test tahap kesabaran rimau, sambil melaungkan slogan "BANGSA HUTAN"= semua haiwan sama je..

Akhirnya mereka akan menjadikan hutan sebagai kandang babi registered seperti di sebuah hutan yang pernah dikenali sebagai Temasik.

Insaf la rimau.. berhenti la gaduh, dengki dan menghina sesama sendiri.. kang tinggal belang je.

jawa peranakan berkata...

tak boleh begitu bang..

kalau melayu itu islam dan islam itu melayu, maka cacamerba islam kita bang..

berapa banyak melayu kita dah takde rupa islam..tak payah tengok jauh2..tunggu je detik sambutan TAHUN BARU malam ni..

wallauhalam..

jawa peranakan berkata...

oppsss..maaf usin..

komen aku kat atas tu sebenarnya dah salah parking..nak parking kat blog lain sebenarnya..

maaf ye..

Awan Lahon berkata...

hebatla rimau tu...rimau makan kambing makan semua cucu cicit kambing...kakaka

Tanpa Nama berkata...

rimau kunun..nak cari makan pun kne bertongkat. ni kan nak baham haiwan lain.bleh blah

K berkata...

hehe harimau ni makannya bersuap. kalau biar lepas dalam hutan suruh cari sendiri konpem mati kebulur. so tolonglah kami bangsa harimau yang lemah ini wahai kambing. kami ni lemah.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 6:47

salah tu. bukan makan bersuap. makan dengan korup. slmt tahun baru

Tanpa Nama berkata...

dan malam ini sang-sang harimau akan bergumbira terkinja-kinja menyambut tahun baru sambil minum arak. semoga tahun akan dtg kita menjadi lebih perkauman.

hmm berkata...

asalnya DNA melayu ialah dari Yahudi. So Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Yahudi

dokpikiaq berkata...

alkisah yg bukan kisahnyaa..
tersebotlah kisah dlm hutan masih banyak harimau yg dungu lagi bodoh,perasan cerdik dgn ilmu yg x seberapa yg ada padanya..
walaupun dikhabarkn padanya adat perjalananya,adab pergaulanya, budaya hidupnya..
ditolaknya oleh harimau it seperti menolak tengkorak haiwan yg menjadi santapanya...bantah sang harimau itu apa yg diberitahu padanya itu semua adalah budaya haiwan lain semuanya...
banyak harimau yg x tawu keturunannya dan x maw cari asal-usulnya,kerana banyak harimau yg memikir pkai otaknya bkan pkai akalnya..lupanya harimau itu yg perasan taringnya x akan luruh wlaupun x pnah gosok gigi selama hayatnya..

Tanpa Nama berkata...

alkesahnya terdapat beberapa ekor rimau dalam sebuah hutan sekangkang kera. Mengaku merekalah kaum terpilih dari keturunan bani al-jew ibnu al-yahud. walaupun giginya tumpul cakarnya patah digertak juga kambing dan rusa yg lalu lalang. kambing menyondol rusa menanduk akhirnya lari sang rimau kepada ke dalam lubang yang gelap (DEB) lalu terjun dan berkata dengan megahnya kepada kambing dan rusa. "kalau berani turunla!!"

Harimau-Menaip berkata...

Patutlah buntut den gatal je...ada orang dok kutuk Rimau..

Selamat Tahun Baru Tuan Husin.

Tanpa Nama berkata...

Ada dengar cerita tak tentang seekor harimau tua yang suka tidur. Dek kerana nak moden sangat dia sanggup pakai jean second hand.

Harimau tua ni ada seekor anak rimau betina yang dia bagi kawin dengan beruk. Lepas tu beruk tu nak jadi Ketua Pemburu. Habis semua kaum harimau haru biru.

Ada juga cerita aseekor harimau yang memang ganas... dia suka baham harimau betina. Tak cukup dengan itu dia baham pulak Yak Mongolia. Ketahuan dek sang badak bini dia, habis Yak Mongolia hancur kena radak dan pijak dek badak tu.

Zaman dulu semasa singa memerintah, harimau ada raja. Raja harimau masa tu dan keturunan mereka sampai sekarang mengamalkan cara hidup macam singa. Tak tahu malu mengaku raja harimau. Baru-baru ni ada sekor anak raja harimau tu kena tolak dari jadi raja, lepas ini kena pergi duduk kat negeri singa.

Kat Borneo ada orang hutan, nak kata orang tapi perangai mengalahkan beruk. Tahu nak marah pada harimau aja patutlah mereka duduk kat atas pokok aja.

Unta pula hidung tinggi, sombong dan suka meludah. Kena jual dek Usin pun mereka tetap sombong...

Cerita pasal babi, ada babi hutan dan ada babi kandang. Sebenarnya babi sama babi pun bergaduh sebab babi hutan nak tunjuk dia lagi babi dari babi kandang. Tapi sekarang ini mereka kata "kita sama-sama babi da...."

Ular ni dari dulu banyak jenis ada ular berbisa dan ada ular sawa. Sekarang ini kebanyakan pemimpin ular ialah dari jenis ular sawa - semua dia telan. Walaumacamanapun ular kecik yang berbisa berkumpul ramai-ramai kacau semua binatang. Itu sebab jumpa ular kena pukul dia.

Yang lagi teruk terdapat harimau jantan yang suka baham harimau jantan yang muda. Sekarang ini harimau ini suka mengaum tak tentu pasal sana sini sebab dia marah yang harimau lain dah tahu rahsia dia.

Terdapat juga harimau yang pura-pura alim. Tapi dia kata jilat bontot babi tak haram.

GOMO berkata...

ASALAM SAUDARA,
GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA DI BUKIT JALIL ANGKARA SIAPA???
http://gomo-no1.blogspot.com/

WaShad berkata...

salam pak hussin, salam hijrah dan salam tahun masihi, tahun cina lambat lagi..
Susah betul ya pak hussin, nak bagi org paham, manusia ada beribu2 macam kepala, kepala kayu, kepala tin, kepala tong, kepala taik pun ada..
byk2 komen kat atas tu, kawan nak sentuh pasal komen jawa peranakan.. biarpun saudara kata salah perking tp peryataan tetap kenyataan kan.. memang benar ramai melayu yg takde rupa melayu, tapi kalau kita juga memisahkan melayu itu dgn islam, maka kita makin menghayutkan org melayu islam kita, jadi bagi kawan amatlah tidak tepat jika usaha utk memperbetulkan melayu kepada islam ditinggalkan semata2 kita berpendapat bhawa melayu itu tidak islam. Kita sepatutnya tanamkam dlm fikiran kita bhw melayu itu islam, sbrg usaha menidakkan melayu itu islam mesti dihalang, apakah kita sgup membiarkan melayu itu bebas utk menjadi kafir? Kawan fikir itu salah.. pemikiran memisahkan melayu dgn islam adalah amat salah, ucapan2 pemimpin PAS skrg ni byk menjurus kearah ini, kawan kuathir, satu masa nanti jika kita tidak menentang agenda harbi2 ini, melayu malaysia akan jadi seperti melayu di indonesia.. HAri ini kita ada perlembagaan yg menjaga melayu, yg memberi perlindungan kpd melayu dari terjerumus kpd perangkap harbi.. memang benar ia tidak sempurna dan masih ada lompong yg menjerumuskan melayu kelubang neraka, tapi sekurang2nya perlembagaan yg wujud memberi kita sedikit penjagaan.
Semoga tahun baru 1430 ini akan membawa kemenangan dan kpd muslimin dan muslimat, melayu dan islam. kemenangan yg membawa kesejahteraa. kepada semua warganegara Malaysia, bumiputra dan non bumiputra. Pieces..
Salam.. Allahuakbar, allahuakbar allahuakbar haiya ala falah..

M.SEPIAL berkata...

Hai Sin, selamat tahun baru.

Aku nak tanya sikit, bila kau berguru dengan saudara Hishamudin Rais, cuma cerita jenaka penuh makna ,memghibur lagi menghiburkan yang ditulis nya guna watak manusia kau pula guna watak binatang. Mesej nya sama.Makna yang garang dan kuat boleh ditunduk kan jika dibela dari kecil, makna ahli baru golongan muda. bab kata pepatah Lentur buluh mula dari rebung. Itu lah harapan kita. Oleh itu fikir dan timbang dacing dengan seadil -adil, bulatkan tekad dengan hati yang yang putih bersih

MalayMind berkata...

"Janganlah lagi dibiar BABI tak henti menyondol, anjing menyalak, ular-ular membelit, dan SINGA PULAU mengatur"

Komen:
Haha macam tu punya terang pun masih ada lagi org kata Harimau tu adalah UMNO?

dr butiq berkata...

Ah corito gimau kau ni den tak paham lah.Gimau tu KJ ko ha ha ha kok Kj biar den tangkap hantar kek zoo molako yo

Ese berkata...

Maak Aiiii, yai! Ceghito kambing dengan ghimau kau pun dah dapek dokek 50 orang pengomen? Handa boto kau yo Sin. Ceghito eden karate ghimau maso motong gotah dengan omak den pun tak sampai camtu. Ceghito Ghimau dalam awang-awangan ni pulak haa yang dapek banyak komen.

Tak apo lah. Esok den bawak ceghito tikuih lak.

MENGKARUNG JINGGA berkata...

Tuan Hussin,

Nama Presiden Amerika ialah BARACK HUSSEIN OBAMA.

maknanya..nama Husun ni bukan calang-calang nama.....nama antarabangsa.

Amerika jangan nak berlagak .....Malaysia pun ada nama presiden....antic HUSIN lempoyang

Anggerik Sepi berkata...

harimau menaip,

Ooooo, kalau buntut gatal tu maknaya ada orang kutuk.

kalau orang yg hari-hari dikutuk tu, 24 jam buntut gatal lah.

kalau hari-hari garu melecet agaknya

belalang kunyit berkata...

Sin,

Husin Obama President America.
Husin Lempoyang President Malaysia.

Eh, Malaysia mana ada president?
President apa-apa lah. Aku sokong

bulan berkata...

Selalu.
Ku dengar melayu-melayu bodoh.
Menjadikan bangsa mudah lupa.
Ku dengar melayu malas sunggoh.
Jadilah penghianat patong berupa.
Tetapi……
Ku kata melayu-melayu kreatif seni.
Mendidikkan bangsa mudah berubah.
Ku katakan melayu adat, resam murni.
Didikkan mulia semangat berhati tabah.
Lalu…..
Ku anggap melayu-melayu leka.
Relakan bangsa mudah menimpa.
Ku anggap melayu cepat berjenaka.
Relakan dijajah perasaan ta mengapa.
Tapi….
Ku faham melayu-melayu hidup sederhana.
Membena bangsa selalu mudah menerima.
Ku faham melayu bukan kaum sempurna.
Benakan keamanan negara paling diutama.


Selalu…..
Ku tudoh melayu-melayu berpecah.
Bolehkan bangsa mudah menyerah.
Ku tudoh melayu cepat mengelacah.
Bolehkan diteka dihina ta’pun marah.
Tetapi……
Ku tahu melayu-melayu sakata.
percakapan bangsa mudah.selesa.
Ku tahu melayu pentingkan harta.
bercakap suara kemanusian sentiasa.
Lalu….
Ku rasa melayu-melayu tiada benda.
Memikir bangsa yg mudah tergoda.
Ku rasa melayu menjual Negara ada.
Memikirkan keislaman kian ternoda.
Tapi….
Ku pasti melayu-melayu baik isi hati.
Kemahuan bangsa yang mudah setuju.
Ku pasti melayu pilihan akhirat misti.
Mahukan negara, jadi bangsa termaju.

Jenab janda berkata...

Abang Husin,

Di Amerika orang panggil boss dia Barack Obama. nama Husin tak de. Tak commercial kot?
Aku pun sama.
Nama aku Jenab, nak commercialkan jadi Jen+A.B.

Jadi Jane Ebby

kluangman berkata...

Kalau harimau berfikiran dia ditakuti kambing dan serigala. Harapan dan impian itu tidak akan menjadi realiti lagi.

Kambing sekarang sudah pandai mengembek beramai ramai malahan kalau tidak diberi perhatian, mereka sanggup jerit beramai ramai. Seekor dua kambing yang berjanggut pun sekarang sudah pandai berhujah, berpengaruh dan menanam cita cita untuk menjadi raja binatang nusantara.

Apapun kambing, harimau dan serigala harus sedar bahawa singa di seberang hanya menanti masa dan ketika untuk 'ngap' semua. Jadi berbaik baik dengan unta ada juga manafaatnya.

MENGKARUNG JINGGA berkata...

Aku setuju dengan Kluangman.

Kemungkinan singa yg melaga-lagakan antara kambing,rimau,ular dan lain-lain.

Bila mereka bergaduh,luka,tak berdaya,senanglah singa ngap.
Masa tu,menyesal pun tak berguna lagi

cekka berkata...

Slmt Tahun Baru & Salam Maal Hijrah buat Tuan Husin & family,

Harimau2 ni pun ada puak masing-masing, yg kuat kontrol hutan.. yg sesat masuk golongan kambing.. yg jeles cari kawan baru.

Harimau yg jeles masuk group Singa Pulau, Ular-Ular, Babi dan Anjing agar sama2 halau Harimau yg control hutan itu.

Apa yg Singa, Ular, Babi dan Anjing tahu mahu halau Harimau Hutan agar mereka pula jadi raja dalam hutan.. dalam diam2,apabila harimau hutan harimau kena halau, rimau yg jeles itu tadi mahu baham balik mereka dan jadi raja baru yg mutlak.

Haris Fadzilah berkata...

Tak kiralah siapa anak harimau, siapa kambing, siapa harimau hutan... siapa makan cili dialah yang pedas... Ianya subjektif. Terpulang pada individu yang menilaikannya. Yang pastinya penyokong kerajaan nilai lain, pembangkang pula nilai lain...

MENGKARUNG JINGGA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MENGKARUNG JINGGA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
teja berkata...

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1430 Husin,

Cantik cerita ni.. harap anak harimau mula mengaum dan sedar diri boleh berkuasa di tanahair sendiri.

Yg mana masih dok buat perangai kambing lagi mereka lah yg akan dikerjakan oleh babi hutan, ular sawa dan singa jadian..jadi makanan predators yg sentiasa menunggu mangsa.

Syabas Sdra Husin akan satira ini.

drmandangmichael@gmail.com berkata...

"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.

KATIMAN SURABAYA berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D