Khamis, Ogos 13, 2009

Al Fatihah buat Pak Dharma


Budayawan dan sasterawan Melayu, Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali dengan nama Dharmala NS atau Pak Dharma menghembuskan nafas yang terakhir semalam pada pukul 8.41am hari Rabu 12 Ogos 2009. Beliau meninggalkan seorang balu, Adiah Matlana, 54 dan lima orang anak. Mayatnya telah dikebumikan di kampungnya di Jelebu bersebelahan kubur anaknya, Allahyarham Ikram Hafiz yang meninggal tahun lepas.

Buat yang tidak mengenali Pak Dharma, dia satu nama besar dalam dunia kesusasteraan dan budayawan Melayu. Dari laman blog peribadinya, dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi,rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.

Disamping itu, beliau juga mengendalikan blog Suara Prima, blog untuk satu perkumpulan penulis-penulis dan karyawan-karyawan Melayu.

Ana diperkenalkan ke kumpulan ini oleh Dato Kamal Amir. Sering mendapat jemputan kepada Majlis Puisi dan Majlis sembang-sembang kumpulan ini. Nama-nama dalam kumpulan ini besar-besar. Yahya Ismail. Ruhanie Ahmad. Dr Hasan Ahmad. Mohd Sayuti Omar. Bekas VC Dr Mansor. Macam-macam nama penulis dan penyair dari pelbagai jalur politik. UMNO. PKR. PAS. DAP. Gerakan. Entah macam mana ana dapat sesuai dan serasi dengan mereka. Termasuk dengan Pak Dharma sendiri.

Pak Dharma orangnya serius dalam kata-kata tetapi tidak mahal untuk melemparkan ketawa dan senyuman. Ini membuatkan ana yang hanya penulis penjual unta boleh serasi dengannya. Dia sendiri yang menghantar ana jemputan kepada mana-mana Majlis mereka. Kami sepatutnya berjumpa untuk satu Majlis puisi pada Ogos 15hb ini. Nampaknya tak sempat dan Majlis terpaksa di postphone.

Dalam beberapa minggu lepas, ana ada mendapat SMS dari Pak Dharma. Beliau bertanyakan khabar. Memang agak lama sudah tidak berjumpa dibelungi kesibukan. Ana hanya jawab secara SMS khabar baik dan agak sibuk. Ditanya Pak Dharma bagaimana? Dia hanya kata baik Alhamdulillah. Rasa agak ghalat tidak menaliponnya. Rupanya dia ingin memberitahu dirinya sudah berkurangan kesihatan.

Sebelum itu dalam kebosanan menaiki keretapi Putra, ana menghantar satu SMS kepadanya berbunyi "Tak lama lagi, kita semua jadi orang Malaysia, Bahasa Malaysia, bangsa Malaysia, Tanah Malaysia, warganegara Malaysia. Agama pun (Malaysia?)." Ana memberitahu sedang mereka satira dari itu. Bentuk yang ada mungkin tidak dapat difahami pembaca.

Pak Dharma tangkap maksudnya dan membalas dengan senyum. Rupanya dijadikan satu tulisan sini. Tulisnya, "Di depan semua bermuka-muka, Di belakang mungkin lain bicara." Begitulah Pak Dharma seorang yang amat membenci hipokrasi.

Kenalan kami sebentar sahaja tapi sungguh bermakna. Ku doakan Allah cucuri rahmat ke atas roh mu, Pak Dharma. Al Fatihah.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah
Kalau sudi linkkan blog saya di blog anda.

http://neutraldaily.blogspot.com/

dhomirhahs berkata...

juga al fatihah buat ustaz Asri Rabbani

Gurindam Jiwa berkata...

Prayers and do’a to the whole family, & juga kepada Allahyarham Asri & family.

انّا للہ و انّا الیہی رجیعون

الفاتحة

al-Fatihah.

ps: Gambar Husin pun ada sekali...

Tanpa Nama berkata...

Abe Husin,

Ambo mengucap takziah kepada Keluarga Allah-yarham dan sedekahkan Alfatihah kepada Allah-yarham.

However my tears reserved to any man of woman of Science not to man or woman of Sastera.

Nik Rahmah

p.s Kalau aku Perdana Menteri akan aku bina Makam Pahlawan hanya untuk ahli sains negara yang pulang ke Rahmatullah, bukan untuk politikus.

Tanpa Nama berkata...

Nik Rahmah,
Alhamdulillah kamu bukan PM.

al-fatihah untuk kedua-dua arwah.

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah,


Minggu lepas W.S Rendra.


Rudy

jeanbara berkata...

Al-Fatihah.

Kita baru kehilangan Yasmin, kemudian Pak Dharma dan baru semalam Asri pula menyusul.

Selepas ini - yang entah bila - pasti kita, Sin. Pasti!

Tanpa Nama berkata...

next,samad janggut kaki demo pulak la hehehe

- janggut sejemput

Pak Usop berkata...

Getik aku Nik Rahimah ni. Nak org sains la kunun. Org sastera nape? takde kelas gamaknye yer. Cemana ler rupa si Nik Rahimah, asik berlagak bagus, kunun2 pandai. Entah2 bebior tebei tak? Gigi jongang, kulit hitam legam.. eeh geli aku. Tapi dia cerita dulu laki dia orang putih ya. Teringat aku citer indon main kat tv, tajuknya "Upik dan Laura"
Mungkin kamu ada roper2 macam emak si Laura tu kot. Laki dia orang putih juga, belanda, sentiasa bergaduh sakan dengan madunya. hehe..Itu le bapak si laura cakap, dia berkenan tang molot emak si Laura tu yg buat dia kawin tu. hehe
hehe gelii aku..

Waris Pak Dharma berkata...

Pak Dharma pernah berkata "doktor ke, lawyer ataupun sesiapa org2 yg hebat di muka bumi Allah ini, boleh ke terus pandai membaca dan menulis, jika tidak diperkenalkan A,B,C atau alif ba ta? Sedangkan ibnu sina seorang tokoh perubatan, menulis dan mengarang bagi memberi ilmu kepada doktor-doktor yang ada sekarang.Jangan diperlekehkan orang sastera dan jgn pula membaca jawi alif tendang wau jawabnya UNTA". Kata-kata ini memberi kesedaran pada waris Pak Dharma sendiri,sehebat mana ilmu komputer anaknya, diri ini masih mencintai bahasa Melayu..khas utk si Nik Rahimah