Jumaat, Ogos 28, 2009

Bila rugi, naik jadi Menteri

Cerita dimula Mat Nor kari
Main currency berbillion rugi
Dia ingat duit bapak dia beri
Bank Negara kena jual aset free free

Diangkat naik Timbalan Menteri
Dola tido naikkan sepenuh Menteri
Khazanah dia jaga entah apa jadi
KJ banyak buat fee, anak Lambogini

Amir Sham pula buat tahi
Apake bodoh BII dibeli
Harga mahal macam tak peduli
Temasek sikit punya happy

Ada mesti dapat ratus juta fee
Amirsham cuma full Menteri?
Soalan KJ sudah dibocori
Pasal Maybank, tak jawab diam diri

Itu pun boleh dapat Tan Sri
Najib naik kasi berenti
Pak Lah katanya nak dia Pengerusi NEAC
Tahukah dia bina model ekonomi?

Asal rugi berbillion naikkan Menteri
Sudahlah kerja tak berapa reti
Naik minyak rakyat tak dipeduli
Inikah nak anak muda contohi

Karut Pak Lah tak habis lagi
Kamal yang nak Idris Jala MD
Dol tulis doa untuk dia amali
Agama Keristian Idris anuti

Abenda turnaround dia kendali
Kata MAS untung, sebenarnya rugi
Mat Nor Menteri kasi puji
CEO terbaik boleh dibeli?

Jual bangunan tentu tak rugi
Operasi tak pernah untung lagi
Hedging fuel gila-gila rugi
Mak ai ... satu lagi naik Menteri

Jaga KPI dua full Menteri
Logikkah cara begini
Politik dayak tak mahu dia berhenti
Sarawak election 2010 nanti

Khazanah tu banyak rugi
Pembaziran banyak tak peduli
Salah bermula Mat Nor Menteri
Azman Mokhtar main suka hati

Proton dan MAS masih tak menjadi
Lubang UEM masih tak tutupi
Taka ada pencapaian boleh pi
Tak hairan ... akan naik Perdana Menteri

32 ulasan:

princess jiji berkata...

nasib baik tak lantik boss CIMB yang jugak layak jadi menteri,bukan sebab dia adik sendiri tapi seorang yang berintegriti tinggi!

sang kegelapan berkata...

wow!

Quantum Metal Consultant berkata...

Najib dah hilang stedy..dah kelamkabut..dah kena taji 7-0, tapi belum habis dok kaji.

Perlantikan yang terus membawa rebah.

Chef Engineer berkata...

Kalu cam tu, tak lama lagi, habis la...BN bungkus... Apa la pertimbangan BN/PM... Dah meroyan kot??

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Oghang Ghombau berkata...

Omar Ong sikawan baik Khairy tu technocrat. Jgn heran sat lagi naik jadi Menteri ... hampas.

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Aku tambah Syair hang.

Kalau pecat nanti Dayaks kecil hati,
Pilihanraya Serawak tak lama lagi,
Nak bagi konsesi balak, highway, AP dah tak tak laku lagi,
Pening kepala UMNO jaga nak jaga hati,

Ahli UMNO
Kg. Tengah Puchong

Tanpa Nama berkata...

Apa sudah jadi.Tonggang terbalik abih.AP dilantik Duta,Ramai bukan AP,AP kalah pun dilantik menteri.Takdak hak lain layak dah ka cam calon PRK jugak...Nampak nak lingkup nanti ana dah ready nak pi dok belah sana pulak..
Abg jo

Mat Telungkup berkata...

Pak Usin....
kan semua dia orang tu pakar-pakar belaka...pakar pelingkup lah... dulu Bank Bumiputra tukar jd CIMB Bank..Cina India Melayu Benggali Bank...lps ni tuko jd 1Malaysia Bank la...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
bungaraya berkata...

Bila pula hangpa tahu Tok Najib berura-ura nak lantik adiknya menjadi menteri? Itupu nak jadikan isu kah? Belajarlah menghormati dan mengakui jika pemimpin BN melakukan perkara yang mendatangkan manafaat. Jangan kerana Datuk Idris jala tu kaum Orang Ulu, kita rasa dengki pulak?
Bukan kah itu namanya kehebatan anak-anak Malaysia jati.

abuarif berkata...

DATo SRI NAJIB tlg selidik dan teliti betul2 Apa yg dilakukan OLIH AZMAN MOKTAR dan KUNCU@nya di KHAZANAH.....apakah pencapaian yg telah dibuat sejak PAKLAH lantik dia...nampaknya hanya UNTUNG atas KERTAS....jgn terpedaya '''''''''Tlg hantar orang dato sri pergi selidik UEM,tnb,mrcb...tanya orang2 bawah dan staff lama apa yg sebenar berlaku...siapa yg untung..kerajaan untung atas kertas dasar tak sampai pada rakyat terutama melayu...duitnya kemana.........

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Cucu Tok Selampit berkata...

Perlantikan yang akan membawa rebah. Setuju. Semua mangkuk-mangkuk yang pernah buat tahi boleh jadi Menteri. Tak hairanlah kalau Tun Dol dan DS Najib boleh jadi Perdana Menteri.

Kulup_Arapayung berkata...

BN bungkus ...... bungkus. Bodoh macam Bodohlah

Pakteh berkata...

Tuan Husin or sapa2 la yang jenguk kat sini...mintak tolong sangat2 no...tolong sebarkan artikel dibawah..

AWAS! H1N1 Pembunuh Umat Islam -Sebarkan segera dan PENTING
baca artikel di http://www.betoika.blogspot.com
tolong sebarkan kepada sesiapa sahaja.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
aku2 berkata...

KPI Pakatan Rakyat:

1. - Raja2 Melayu dihina (Perak)
2. - Kuil diubah tempat ke penempatan Melayu (Shah Alam)
3. - Azan dipertikai (Taressa Kok)
4. - Tulisan rumi diperdagangkan dan ditambah tulisan cina n tamil (Penang)
5. - Tuntut IFC berkumandang.
6. - Penggunaan ALLAH untuk agama Kristian berkumandang
7. - DEB dipertikai
8. - Status bumiputera dipertikai
9. - Rasuah sesama PR berleluasa sehingga terpaksa dilapor kpd SPRM oleh wakil PR sendiri (selangor dan Penang)
10. - Zina adalah diumpamakan seperti sedekah (Perak)
11. - Sekedudukan (Bukit Selambau dan Bukit Lanjan)
12. - Rumah urut, judi berleluasa di (Selangor)
13. - Wujud hubungan kongsi gelap dan ahli politik (Selangor)
14. - Undang2 dipermain2kan (abaikan arahan mahkamah - Perak/Selangor)
15. - Meliwat orang bawahan (Anwar)
16. - Tidak bertanggungjawab (Orang risau H1N1, GMI aka Anwar berdemostrasi)
17. - Ahli politik PR terutama Cina dan India lagak seperti samseng
18. - Negeri hampir muflis (Kedah dan Selangor)
19. - Janji tidak ditunaikan (Penang dan Selangor)
20. - Beri tanah sehingga 999 tahun kepada kaum lain di kg2 baru...(Perak)

isi diambil dari http://www.betoika.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Aku2,
kau senaraikan sampai sejuta pun penyokong PR tetap kata diorang betul & telus..apa yg dibuat oleh BN tetap salah walaupun sikaki bontot telah memperjudikan nasib org melayu di bwh PR..

Aku heran betul dgn si bontot, hanya kerana utuk dptkan kuasa yg tak seberapa tu dia sanggup gadai maruah melayu ke tgn cina & keling..apalah sgt yg dia bersungguh2 sampai sanggup bagi muka kat cina & keling..bodoh punya si bontot..

PAS silebai malang memang akai senteng, mudah dirasuah dgn undi yg tak menguntungkan ape2..menang pilanraya pun hangpa tak buleh buat ape..samdol..harap serban saje besar, otak kecik..


Popia

KONTRAKTOR berkata...

klu x berani bg name jgn nak kutuk pasai serban.......
dahla pakai pun tidak tp nak hina pakaian nabi kite.......
wat2xla bertaubat.........
jgn duk kate PR ikut cakap cina n india.........
klu tgk senarai kaye sape yg pegang.......
bangsa dorang........
sape yg bg kaye ??????
UMNO...............
tanah byk bg kat bangse nie tuk wat tempat judi n maksiat......
x memekak plak korang...........
so pikir2xkanla sahabat......
masih ade mase tuk berubah........

d'Frog Prince berkata...

balik2 nasib melayu dikatakan diperjudikan, yang rugi berbillion2 tu dibawah tangan siapa? siapa yang memperjudikan nasib melayu sebenarnya? semua lantikan sebab nak pertahankan maruah melayu, pertahankan nep dan sebagainya. biar rakyat melayu hidup merana asal kuasa menghabiskan duit tetap ditangan melayu.

agaknya, kalau mas, proton, maybank ditadbir oleh orang bukan melayu/bumiputera, bolehkan depa buat sesuka hati cam tu? tak mau tengok warna kulit tapi tengok kebolehan demi kesejahteraan negara, tak boleh kah? tak ada kah usahawan bukan bumi yang bergeliga otak boleh mentadbir dan memajukan GLC,kalau GLC untung, yang tumpang untung pun orang melayu jugak aper.

Non-partisan berkata...

Aku2 & Popia - Kalau UMNO hanya tahu melihat kelemahan parti-parti lain untuk dieksploitasi tanpa melakukan muhasabah bagi membina kekuatan sendiri ia akan menghadapi kelangsungan hidup yang amat sukar.

Semakain orang-orang UMNO menghentam habis-habisan parti lawan semakin pengundi akan menolak UMNO kerana mereka menanggapi apa yang dibuat UMNO hanyalah untuk menutupi kelemahan-kelemahan sendiri. Sebaleknya UMNO perlu menonjolkan kekuatannya untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

Tanpa Nama berkata...

skrang ni PAS/PR sama-sama memerintah kat Penang,kedah dan selangor, ha apa lagi nak tunggu.. tutup la kilang beer ngan kedai judi , hang pa kan ka dah berkuasa?

haaa apa dia?

oh ya kat kelantan la ni nik aziz memerintah 25 tahun, nak ulang lagi 25 tahun, dah `jubilee perak' dah

tapi ada juga maksiat judi dan arak...

sampah? tikus? masyaallah negeri kotor...

rakyat dia merempat merata-rata..

haa apa dia?

isle tu kan agama yang suci mengapa nak memperalatkan pulak? (pas kata menegak/berjuang nama islam) yang kita ni dok bodoh bodoh percaya

ustaz ibrahim libya kata lawan, serang, depa pun ikut....

Pas kata syahid...

cakap nak buat hudud? haa? Pas nak buat hudud? kepala lutut ada la...

kassim pantalon berkata...

Kalau macam nih punya menteri Ketua Kampung aku pun boleh jadi menteri, setakat kalau jual asset mengaku membuat keuntungan tak payahlah.Ketua kampung aku pun jual
tanah orang kampung lepas tu mengaku nak memajukan kampung.... hampeih.
Hakikatnya prestasi MAS adalah teruk berbanding Air Asia.

Tanpa Nama berkata...

apa bodoh punya kasim,
klu airasia tu berhutang beratus juta kat mab, untung ape tu, korang kena putar dengan tony aje dah pandai kata airasia bagus..kau kira la pulak hutang dia berapa billion ada? tp aku tak kisah apa dia nak jd, dia berani mencuba, ada rezeki berjaya..

tapi aku lihat, negeri yg di tadbir PR, apa pun takde yg jadi, tak nampak pun apa2 kejadian yg lebih baik dr semasa pentadbiran BN dulu..yg banyak hanyalah berceramah siang malam, rakyat di bombat dgn kutukan dan menyalahkan kerajaan BN, tp sendiri apa buat?? habuk pun tarak!!!

itu ke pemerintahan cara islam yg nak ditonjolkan, islam versi PR/PAS, asalkan sokong je masuk syurga.., walaupun hari2 cari penyedap kat seberang siam dan menyontot...

tanggalkan topeng islam kau!!

popia

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya , aku heran ngapalah orang melayu ni , asik bergadoh je sesama melayu . apa untungnya .
Aku kalau ada negeri kat atas langit seperti yang dijanjikan oleh Ayah pin nak aku gi sana dari lihat orang yang tak pernah nak bersyukur ni , dari tengok orang yang asyik menyalahkan orang lain ni ....

merrybj

gotahlantun berkata...

alamat bertambah kembanglah hidung deris jala...semacam cermin mata google lah gamaknya!...haha.

Tanpa Nama berkata...

penyokong2 PR,

jgn cakap saje, tuduh saje, salahkan BN saje, tapi sendiri habuk pun tarak!!!!!! berpolitik sana-sini siang malam tapi takde apapun pembangunan besar yag di buat, takat sambung kerja BN tak de lah ape yg nak dibanggakan..

krajaan PR apa yg nyata, DAP yg dpt byk untung, sapu habis sana-sini spt di s'gor, penang & perak..


Papadom

SSS Admin berkata...

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

23 mari berkata...

korang memang bangang!

warga tua diutamakan..

memang bangang korang!