Sabtu, November 07, 2009

Babak-babak masa nak jadi wakil rakyat

Terbaca berita Bernama sini yang melaporkan wakil-wakil rakyat PAS kena buat ikrar lafaz taklik sebelum bertanding untuk menahan mereka lompat parti. Ana terbayang babak-babak sebelum calun-calun PAS bertanding pilihanraya Mac 2008.

-----------------------------------

Babak 1

Hasan Ali: Tok Guru ... percayalah Tok Guru. Saya bukan lagi orang UMNO. Berilah saya peluang bertanding lagi.

Nik Aziz: Banyok orhe kecek pasa mu, Hase.

Hasan Ali: Apa lagi yang Tok Guru nak persoalkan? Memang betul saya pernah sebahagian dari BTN, pelatih Intan, dan penceramah TV. Bukan saya seorang penceramah TV yang masuk PAS dan bertanding. Dr Harun Din dan Dato Ismail Kamus pun dulu cermah di TV.

Nik Aziz: Orhe goyak mu ejen UMNO. Mu dulu sebahagie jentera propaganda UMNO.

Hasan Ali: Macam mana boleh terus tuduh ejen UMNO. Sudah satu penggal saya jadi wakil rakyat PAS. Penggal ini saya ketua pembangkang di Selangor. Adakah taat setia saya pada perjuangan Islam masih dipersoalkan Tok Guru?

Nik Aziz: Huse dan Khalid Samak ghoyak kat sayo. Dulu Nakhie lagi lama dale PAS. Ginilah Hase, ambo nok kepastia mu tok lompak balik ke UMNO.

Hasan Ali: Macam mana caranya Tok Guru?

Nik Aziz: Mu kena buak ikrar lafaz taklik depe sayo dan pemimpin-pemimpin utama yang dipersetujui dan ditandatangani dalam surak taklik oleh isteri mu. Kalu mu lompak, mu dianggap telah menceraikan isteri denge talok tiga.

Hasan Ali: Itu berat Tok Guru. Saya setuju dan rela lakukan demi parti tapi kena berbincang dulu dengan orang rumah.

Nik Aziz: Mu bince baik-baik. Benda ni usoh cerito-certo. Kalu cerito, kami kata talak satu saja.

-----------------------------------

Babak 2

Sabariah: Bang ... bang ... Kenapa abang sanggup pertaruhkan perkahwinan kita? Semua ini demi politik, jawatan dan pangkat?

Hasan Ali: Sabar sayang, sabar. Banyak bersabar. Abang akan terangkan.

Sabariah: Perkara macam ini bukan boleh buat main-main bang. Itulah abang. Mulut macam murai. Membebel tak berenti-berenti. Cakap main suka hati. Selalu terlepas.

Hasan Ali: Cuba Sabariah faham. Inilah peluang baik untuk abang naik jadi Menteri Besar.

Sabariah: Abang ni orang politik. Cakap manis. Sudah tidak boleh dipercaya kata-kata abang lagi. Perkahwinan kita pun abang tidak sanjungi lagi.

Hasan Ali: Jangan macam gitu Sabariah. Nama awakkan Sabariah ... orang yang sabar. Itu pasal saya kahwin awak.

Sabariah: Ah ... (muka masam fed-up)

Hasan Ali: Abang lihat rakyat tengah marah pada Pak Lah dan Khairy. Kita pasti menang besar pada PRU12. Kalau UMNO yang kalah teruk, PAS akan diberi kerusi MB. Abang sudah Ketua Pembangkang dan Pesuruhjaya PAS Negeri. Mesti abanglah jadi MB.

Sabariah: Tak habis-habis berangan ...

Hasan Ali: Betul Yang. Sabariah akan jadi first lady of Selangor.

Sabariah: Ye ke ni bang?

Hasan Ali: Insya Allah. You will be the most beautiful first lady Selangor have ever had.

Sabariah: Lagi cantik dari Ku Yah?

Hasan Ali: Ku Yah bini nombor dua. Dia Tuan Puteri, bukan first lady.

Sabariah: Abang ni memang pandai pujuk. Kalau tidak dapat jadi MB, macam mana pula bang?

Hasan Ali: Kalau tidak jadi MB, tak susah. Abang akan lompat parti saja.

Sabariah: Giler ke awak ni. Tercerailah saya. Ini mesti ada rancangan nak kahwin lagi.

Hasan Ali: Takkk ... tengok orang pompuan ni. Nafsu enam akal satu. Balik balik ke situ. Sabariah ... dengar dulu rancangan abang.

Sabariah: Saya dan anak-anak hendak ke mana kalau abang ceraikan kami. Dahlah dulu abang suruh saya berenti kerja. Dulu dah belajar tinggi-tinggi sampai Amerika dan dapat kerja baik-baik, abang berenti buat kem motivasi pula.

Hasan Ali: Dengar dulu rancangan abang ... Abang akan kasi kecoh sampai dia orang tendang abang keluar parti. Kalau dia turunkan abang saja, nanti persepsi PAS buruk dan dianggap sudah tidak memperjuangkan suara Islam dan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Dikekalkan abang dalam parti, abang buat bising.

Sabariah: Apa jadi pasal perjuangan untuk Islam atas bendera PAS?

Hasan Ali: Itu masa nak naik. Dah naik cerita jawatan. Biasalah politik. Awak ingat kalau saya masuk UMNO dulu, senang nak dapat tanding wakil rakyat? Dalam pembangkang lagi senang pasal dia orang tak ada orang. Dah dapat baru balik ke UMNO.

Sabariah: Bolehlah abang besarkan kem motivasi nanti ye ...

Hasan Ali: Boleh juga. Masa Dr Mahathir dulu pun abang dapat juga.

Sabariah: Pandai abang ...

Ramailah nanti yang akan cari pasal untuk ditendang parti nanti. Siapa tak sayang bini ... hehehe

15 ulasan:

Orang Klang tau berkata...

Habislah ko sabaraiah melayan Hasan ali ni.

Salah skrip ni sin.

Hasan ali kaki pelempang bini. Tak ada pujuk2 ...

Manis mulut di luar. Boleh tau.

Dia ni ego besar dan mulut cakap banyak. Selalunya hipokrit.

Haji Bakhil berkata...

Sin kau jadi tuan director, pelakun2 semua classic.

Lagi lawa nik aziz pakai tanjak dari pakai serban. Adalah macam bendahara. Taklah nampak macam bai roti.

Udo layak jadi husam musa

Anak Lenggong berkata...

Kah..kah kah kah...tak terkata aku ngan drama sebabak ni..bikin gempak laa bro...

Tanpa Nama berkata...

Sin..

Kena cerai bini hok paling sayang ke?

Kalu bini tua serta tidak berapa sayang, rasanya ramai yg sanggup sign.

kluangman berkata...

Benda taklik dalam PAS bukan satu perkara baru, malah depa pakar.

Depa tak lompat masuk UMNO, depa lompat dok tepi UMNO - bince2... maka tak adalah taklik cerai talak 3..malah kalau dok tepi UMNO, dapat kahwin satu lagi - dalam PUTERI kan banyak, pilih je..

superstarrajinikanth berkata...

nenek aku yang umor dah 90 tahun, yang dulu keja dgn omputeh kata kat aku tentang hasan ali yang selalu suka bercakap ...talkative people will create trouble..

Cikgu Murni berkata...

Bini macam latifah omar, hasan ali sanggup nak pertaruhkan. Dia ada can dapat fasya sanda gut?

Azman berkata...

Tuan Husin,

Kalau lompat parti, jatuh talak.

Kalau kena pecat dari parti, amacam pulak?

Boleh konar-konar guna alasan technicalities ke?

orangkampung berkata...

lelong...lelong orang Pas lelong bini oiiii.

Sapa nak beli sisa orang Pas ni...gadai...gadai....

gadai bini....gadai bini

orang Pas memang kecut telur oiii....

kesian bini kat rumah....lompat parti kena pulak cari cina buta...mungkin cina Dapig kot...

tu lah...kata orang tua dulu terlajak perahu boleh undur...sekarang terlajak kereta boleh undur....terlajak nafsu kuasa cam mana sekaarang... tak dapek den nak nolong doh...bangang bonar pulak...tu kalau dah tolobeh pandai ugamo lah kato kan...

ulamak dan jadi ular dalam semak...


lelong...lelong....bini....lelong..talak tiga...boleh gila talak....

obama berkata...

bodohnya orang PAS. Sanggup mempertaruhkan bini. Nama aje Islam.. nabi ada buat macam gini ke??

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan umno buat syarat sumpah pada yb pss yg berbunyi: "kalau aku lompat ke umno maka jatuh lah talak pada isteri aku yg pertama atau isteri yg berumur lebih 50 tahun ke atas"......agaknya ramai yg tinggalkan pas.

Nabul

Ahli Baru berkata...

Kalau UMNO nak orang ramai masuk, buat baiah berikut:

Saya berjanji akan mengahwini fasya sanda sebaik saja permohonan keahlian aku diterima dan akan kekal taat setia dengan umno. JIka saya lompat parti, tercerailah fasya dengan talak satu.

Tanpa Nama berkata...

Policemen put their lives on the line.

Firemen put their lives on the line.

Soldiers put their lives on the line.

PAS men put their WIVES on the line.

Hehe

Nik Hadi berkata...

Kalau Dr Lo' Lo' macamana pulak sumpah dia?

Kena mintak cerai dari laki dia lah kut. Ataupun bagi laki dia kawin lagi tiga.

Tanpa Nama berkata...

Hati - hati berkata-kata kawan-kawan :)