Khamis, November 05, 2009

Repot Kad Menteri


Hari ini akan ada mesyuarat khas dengan Menteri-Menteri berkenaan KPI.

Kalau setakap hari ini, Cikgu Najib sudah ada tersedia repot kad. Semua, selain Rais yang anak Yatim, dipinta datang dengan ibu bapa bertemu Cikgu Najib untuk mengambil kad repot.

Berikut adalah komen-komen dalam kad repot masing-masing:

Khalid Nordin: Baik dan tertib dalam kelas. Tumpukan kepada tugas dalam pengajian tinggi dan bukan jadi kontraktor membina pengajian dalam negeri. Rekomen tukar kelas.

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.

Zahid Hamidi: Baiki bahasa Inggeris. Suka main-main. Kurangkan mengampu Cikgu.

Ong Tee Keat: Baik dalam pelajaran. Masaalah pergaulan. Kurangkan kelahi sesama sendiri.

Liow Tong Lai: Jauhkan diri dari bergaul dengan kumpulan yang masaalah bergaul. Sudah menunjukkan kecenderongan untuk kelahi.

Shahrizat Jalil: Tumpukan kerja dan kurangkan menarik perhatian. Isteri Dato Sahak lagi cantik.

Noh Omar: Baiki sebutan bahasa Inggeris. Sebut profesional bukan fofesyenal.

Nazri Aziz: Kurangkan bercakap-cakap dalam kelas. Rekomen tukar kelas.

Ismail Sabri: Terlalu pendiam. Penglibatan dalam darjah kurang menonjol. Rekomen tukar kelas.

Rais Yatim: Sangat baik dalam mata pelajaran bahsa dan sastera. Perlu perbaiki matapelajaran sains.

S Subramaniam: Baik dalam pelajaran dan pengetahuan. Tingkatkan ko korrikulum dan jawatan dalam persatuan. Sedang dipertimbangkan tukar kelas.

Shabery Cheek: Prestasi baik tetapi sedang dipertimbangkan untuk tukar kelas untuk beri laluan Menteri muda.

Koh Tsu Koon: Tingkatkan prestasi. Tidak cukup dengan markah kasihan sahaja.

Nor Mohamad Yakcop: Ulangan peringatan supaya hentikan pembaziran dan berblanja sesuka hati. Sepatutnya ditukar kelas.

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana dia Ng yen yen menteri pelancongan tuan husin?

-IndraPutriMahyudin-

PKMPL berkata...

HAHAAHA

BANYAK LAGI MENTERI TAK DAPAT REPORT CARD...

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Nazir sekolah, saya cadangkan kepada Cikgu Najib berhentikan sekolah Nor Yaakob.

Tanpa Nama berkata...

"Rais yg kematian bapa kandung" kena amik kelas Pendidikan Moral supaya jambatan yg ada di Malaysia ni tidak dibakar dgn sewenang-wenang nya ..

Latifah berkata...

Tak paham kenapa nak kekalkan nor yakcop.

Rugi BNM sampai cecah 16 bilion. Khazanah berapa billion lagi ranap?

Najib masih nak simpan dia lagi?

Loli berkata...

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.

Ditukar portfolio dari Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi Menteri Kementerian Hanya Amaran (KMA)

Pekerja MAS berkata...

idris jala perosak mas tu bila nak dibuang sekolah najib?

Tanpa Nama berkata...

Nor Yaacob-Sila berhentikan anak sedara kamu di Office Khazanah di Penang (Bangunan EPF)kerana banyak pembaziran disitu.

Sewa office puluh ribu sebulan, buat renovation juta, staff ada tiga org...semua nya gelap...

Nak sembang petang minum tea pon mintak air-cond tambahan yg kena caj dengan pemilik bangunan...

wanbaki berkata...

macam mana imam budak-budak kelas, pengawas luar, abang Man Sur albuaya. macam mana tokpa????

Ketua Pengawas berkata...

Cikgu Husin,

Saya nak ke toilet cikgu....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Najib - kurangkan "play-safe", dah besar panjang jangan dok asyik menyorok belakang skirt, nanti orang pandang serong pulak!

mengkuang berkata...

Tok Pa pun masih cara lama, tak mau ke depan, asyik rujuk AJK tak berani buat keputusan.. Rekomen tukar kelas tambahan @ keluar sekolah jadi reception staff ok

Cikgu Murni berkata...

anak murid mca dan gerakan menghabis boreh. kelas nak, tapi undi tak boleh dapat. parti kucar kacir.

itu pun nasib baik tak ambil budak2 repeat spm dari selangor, perak kelantan, kedah dan penang. abc 123 pun nak kena ajar.

Tanpa Nama berkata...

hebat la kpi awak sebagai nazir sin..

Tanpa Nama berkata...

Di cadangkan kepada nazir, sume murid kelas kena diberhentikan sekolah. Prestasi amat tidak memuaskan. Kelas kena tutup. Amik murid baru yang terpilih

bRAVEhEART berkata...

Tuan Husin (Ketua Pengawas)(?),
Homework saya tk sempat siap, jadi saya copy and paste tuan punya dan siarkan diblog saya. Bagaimanapun nama tuan tidak dilupakan ~ bRAVEhEART

Jayn Saidin berkata...

hahahahaha..nampaknya kebanyakan murid cikgu najib ni belum mencapai tahap modal insan yang terbilang...
tuan husin, minta izin copy-paste ke blog saya (with yr link of coz)

Pulau Manis DotCom berkata...

Dekat ujung tahun ni, murid sekolah lain happy je pasal byk yg dah abis peksa. Tapi murid najib berdebar2 sbb nakk dpt keputusan

Tanpa Nama berkata...

Sin,
maaf la kalau menyinggung sebab pada saya KPI kita Ada masalah. Kalau tahun lepas cecah target keuntungan RM10 juta, tahun ini kenalah lebih atau cecah RM10juta jugak. Tapi kalau target dinaikkan sendiri jadi RM50j tapi hanya dapat RM30juta, sistem kita kata Gagal sebab tak capai target. So ramai anak murid hanya target RM10.1juta. Selamat bang. Guru punkena menilai apa yang tersirat dalam rekod kad. Bagi target sekali Ganda tinggi supaya anak murid kerja kuat. Biar setinggi langit tapi kalau sampai KL Tower dah bagus.

Apek Kampung

Singh Is Kinng berkata...

Cikgu Sin, ada sekor budak ni nak sangat masuk kelas. Bila ditanya apa merit yang dia ada, dia kata sijil nikah dan pak mentua.

Tanpa Nama berkata...

shapie apdal macam mana keadaan dia dalam kelas sin?

Ketua Sektor berkata...

Bro Husin,

Murid-murid tua sepatutnya dibuang sekolah saja.
Buat perabih beras.

Asyik asyik mesyuarat...meting
Habis beras tingai tin.


Ketua Sektor JPN

JanuskieZ berkata...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

jelitawan1 berkata...

SMK datok najib smk 1 malaysia..bonus pun susah nak bagi tak yah la nak berkpi...tutup sekolah jer bagi tuan hussin lempuk yang jadi pengetua.hehehehhe....

Tanpa Nama berkata...

ALAHAI BEBUDAK KA NII...
KEJA SEKOLAH MALAS BUAT...
BONUS NAK PLAK..
KAMI BALAJA SEKOLAH SWATA PUN TAK KISAH LAAA...TAK NEK GAJI TAK DAK BONUS PASAL EKONOMI MELESET...
KORANG NI KAN KUFUR NIKMAT...

Tanpa Nama berkata...

Mengikut petunjuk dari KPI yang
dikeluaran nampak gayanya prestasi
menteri-menteri semuanya kurang memuaskan .Datuk Najib perlu melakukan rombakan kabinet nih....

Tanpa Nama berkata...

Lapuran nih perlu disiarkan dalam
Buletin Utama TV3 biar rakyat dapat
menilai prestasi Pak Menteri kita... kah...kah..kah

camca berkata...

zahid hamidi akan terus kekal sebab dia yess man kepada najib. mudah untuk dihamba abdikan.

editorsemasa.net berkata...

Guru kelas pun patut kena buang kerja. Elok kita import cikgu dari luar. Katanya cikgu-cikgu Singapura berkualiti lebih tinggi...

Oghang Ghombau berkata...

KJ antara calun cikgu yang dihantar singapura. Problem dia tak layak jadi anak murid pun.

Walang Perapu berkata...

Kenapa cikgu najib pakai tudung sin? Ada makna ke?

BelalangDewa berkata...

guru besar juga dicadangkan tukar kelas sebab suka cakap menjerit-jerit.

jelitawan1 berkata...

saper tak nak bonus tu hipokrit ler..saper suruh ngajar sekolah swasta? tapi swasta ni bagi bonus sengap2 mana ada masuk parlimen. Bila la DR Mahathir kedua akan muncul.rakyat takyah pk nak majukan negara...semua dia yg pk..kita semua tunggu habuan jer..siokkkkk betul masa dr mahathir...Cayaaaaaaaang Dr M forever n ever..kalu dia masuk minang ajak kawin pun i rela u...

Hang-Jebat berkata...

Cikgu Najib tak tgk pun,
Bik Mah yang tgk,
Bik Mah dapat tender Kantin Permata,
X der sape anak murid sampai cikgu disiplin berani bukak buku 555, semua cash and carry,

Pss, Cikgu Najib tanya Bik Mah masak pe tghr ni? Nasi Lemak ajer, x ape, sambal biar lebih,..
KAH KAH KAH

Staff Gomen 45 berkata...

Memangla semua orang nak bonus, Toksah katakan tetiap tahun, kalau boleh bagi tetiap hari lagi bagus! Tapi beragak laa sikit.. Masa ada bonus, cikgu best.. Bila tak dapat bonus nak buang kerja cikgu najib terus..!

Cikgu najib tengah pening kepala tu.. kita bagi sokongan laa kat dia dalam menguruskan kelas..

kalau nampak anak2 murid dia ni ponteng kat tepi laut dengan geng2 anakku sazali, kita beduk skali.. takpun heret je anak2 murid ni ke tepi pejabat cikgu najib..

takpun kita bagi dia cadangan supaya anak2 murid cikgu najib dihantar buat social service overtime dengan lebih kerap tanpa bayaran.. terutamanya yang dah banyak sangat ambik advance tu..