Selasa, Julai 27, 2010
Jumaat, Julai 23, 2010
Mambang versi 2010
Kalau mambang-mambang itu tidak cukup, Ibrahim ali pun ada baca-baca mambang versi baru. Bunyinya macam gini:
"Mambang Tanah, Mambang Pasir dan Mambang Balak.Nak faham, pergi ke Agendadaily sini.
Mambang kacau sana sini, mambang bijak, mambang jahat, mambang mahu kebas
Semua … cubaan."
Rabu, Julai 21, 2010
UMNO dah sedia calun untuk tandingi Khalid!
Masaalah utama untuk UMNO Selangor adalah untuk mencari seorang tokoh yang boleh menandingi kehebatan Menteri Besar yang ada, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Walaupun Khalid kini sedang bermasaalah, biodatanya susah untuk ditandingi pemimpin Selangor yang ada.
Tanpa seorang tokoh sedemikian serta berupaya memimpin UMNO Selangor, selagi itu semacam ada kekangan bagi UMNO Selangor memulakan gerak kerja.
Perkara ini sudah lama jadi perbincangan dalam UMNO Selangor.
Akhirnya UMNO sudah ketemu tokoh yang sedia dan boleh menandingi keupayaan Khalid Ibrahim. Sila lihat video berikut:
Betul tidak Husin katakan sedia tandingi keupayaan Khalid? Dua-dua macam serupa. Calun kita sudah sedia pakai kot dan tali leher pun.
Kedua-dua menghadapi keadaan sama di mana penyokong-penyokong resah dengan perjalanan parti. Mereka berdua seolah tidak memahami permasalahan parti dan penyokong akarumbi masing-masing.
Yang anihnya, kedua-dua berhadapan dengan situasi yang sama di mana lain masaalah, lain pula cara menangani masaalah.
Kedua-dua juga memberi reaksi negatif terhadap penyokong. Khalid menghina ahli-ahli yang meninggalkan PKR kerana hilang keyakinan terhadap Khalid. Manakala, Noh Omar memanggil blogger yang menegur sebagai Musang Berbulu Ayam.
Tertinggal satu lagi persamaan. Dua-dua gagap ke?
P/S Oleh kerana Husin menegur, masuklah juga Kelab Musang Berbulu Ayam.
Walaupun Khalid kini sedang bermasaalah, biodatanya susah untuk ditandingi pemimpin Selangor yang ada.
Tanpa seorang tokoh sedemikian serta berupaya memimpin UMNO Selangor, selagi itu semacam ada kekangan bagi UMNO Selangor memulakan gerak kerja.
Perkara ini sudah lama jadi perbincangan dalam UMNO Selangor.
Akhirnya UMNO sudah ketemu tokoh yang sedia dan boleh menandingi keupayaan Khalid Ibrahim. Sila lihat video berikut:
Betul tidak Husin katakan sedia tandingi keupayaan Khalid? Dua-dua macam serupa. Calun kita sudah sedia pakai kot dan tali leher pun.
Kedua-dua menghadapi keadaan sama di mana penyokong-penyokong resah dengan perjalanan parti. Mereka berdua seolah tidak memahami permasalahan parti dan penyokong akarumbi masing-masing.
Yang anihnya, kedua-dua berhadapan dengan situasi yang sama di mana lain masaalah, lain pula cara menangani masaalah.
Kedua-dua juga memberi reaksi negatif terhadap penyokong. Khalid menghina ahli-ahli yang meninggalkan PKR kerana hilang keyakinan terhadap Khalid. Manakala, Noh Omar memanggil blogger yang menegur sebagai Musang Berbulu Ayam.
Tertinggal satu lagi persamaan. Dua-dua gagap ke?
P/S Oleh kerana Husin menegur, masuklah juga Kelab Musang Berbulu Ayam.
Selasa, Julai 20, 2010
IKYS dibangun untuk industri korek pasir
Keputusan pindah pelajar IKYS kekal: MB
-----------------------------------------------------------------------------------
Monday, 19 July 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 19 Jul- Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan disebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat pembangunan modal insan dan latihan kemahiran khusus untuk undustri korek pasir.
“Adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar kerana Ronnie Liew berpandangan tidak sama rata jika orang Melayu terlibat dalam industri monopoli Cina ini.
"Program diploma dalam industri korek pasir yang dikeluarkan adalah yang pertama dikeluarkan di dunia kerana penuntut-penuntut tidak diwajibkan lulus mata pelajaran saisn alam sekitar.
“Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana tumpuan yang diberi oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim yang m,ana beliau sendiri akan terlibat dalam latihan amali kepada penuntut-penuntut lelaki yang layak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Semalam, sekumpulan lebih 200 pelajar IKYS yang disertai ibu bapa mereka, berhimpun di depan pintu utama institut itu sebagai membantah keputusan Yayasan Selangor menutup institut itu. – TERNAMA
“Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana tumpuan yang diberi oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim yang m,ana beliau sendiri akan terlibat dalam latihan amali kepada penuntut-penuntut lelaki yang layak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Semalam, sekumpulan lebih 200 pelajar IKYS yang disertai ibu bapa mereka, berhimpun di depan pintu utama institut itu sebagai membantah keputusan Yayasan Selangor menutup institut itu. – TERNAMA
Isnin, Julai 19, 2010
Jenaka paling menggelikan hati
Ini bukan Husin yang buat atau reka. Ini jenaka semulajadi. Bacalah berikut:

Hahaha Heheheh Hohohoho Keh keh keh Kah kah kah ... Yang bercakap itu hati dan jiwa dia Melayu ke?
Pahlawan dan pembela Melayu sekarang adalah Ibrahim Ali.
Khairy hanya Pak Haji minum todi. Pirahhh ... pertahan Wee Ka Siong.

Hahaha Heheheh Hohohoho Keh keh keh Kah kah kah ... Yang bercakap itu hati dan jiwa dia Melayu ke?
Pahlawan dan pembela Melayu sekarang adalah Ibrahim Ali.
Khairy hanya Pak Haji minum todi. Pirahhh ... pertahan Wee Ka Siong.
Sabtu, Julai 17, 2010
Jaguh Kampung, Jaguh Globalisasi
Perjuangan Jaguh Kampung
Jaguh Kampung balik disambut sebagai pahlawan.
Perjuangan Jaguh Globalisasi
Mempertahan si biadap. Asas dirinya Ketua Pemuda BN. Lupakah dia Ketua Pemuda UMNO?
Betulkah paling ramai dapat scholarship JPA itu Melayu, Khairy?
Padan Jaguh Globalisasi disambut kemenangan sebegini:
Jaguh Kampung balik disambut sebagai pahlawan.
Perjuangan Jaguh Globalisasi
Mempertahan si biadap. Asas dirinya Ketua Pemuda BN. Lupakah dia Ketua Pemuda UMNO?
Betulkah paling ramai dapat scholarship JPA itu Melayu, Khairy?
Padan Jaguh Globalisasi disambut kemenangan sebegini:
Khamis, Julai 15, 2010
Karim Singh Babia jual pantun
Karam Singh Walia sudah hilang ....
Jawab!
Jawab Karam Singh Walia ...!
Jawab!
Hehehe ... Aduan (Pakatan) Rakyat.
Isnin, Jun 28, 2010
Khairy faham globalisasi?

Cadangan Ibrahim Ali:
“Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”Ibrahim Ali tidak tersentuh dengan panggilan 'jaguh kampung' yang dilemparkan oleh Khairy. Malahan Ibrahim Ali berbangga kerana dia berasal dari kampung dan ramai orang Melayu yang susah adalah di kampung. Ini bermakna dia telah membela orang Melayu terbanyak.
Bila sudah tersilap panggil, baru Khairy mahu membetul dengan menukar panggilan. Dalam perang panggil memanggil, bila dah silap panggil dan dijawab, mana ada aci tukar-tukar panggilan. Kira kalahlah.
Untuk Khairy panggil orang tua samseng, siapa boleh lupa Khairy yang macam samseng di Ijok pada tahun 2007? Tiada siapa yang boleh lupa perangai Khairy yang angkuh sepanjang pentadbiran Tun Abdullah. Umur tidak setahun jagung tapi sudah sombong, berlagak dan samseng.
Lagi ramai tidak sedar, Khairy tidak ada satu pun jasa melainkan yang boleh pengikutnya mengaku, menang emas untuk bola di Sukan SEA. Setiap langkah Khairy gagal dan menjadikan rakyat benci kepada UMNO dan kerajaan.
Tak akan Khairy yang dikatakan genius, intelligent dan hebat boleh salah dan silap dalam hampir semua tindak tanduknya? Tak akan Khairyyang dikatakan pandai dan digelar Chief oleh penyokongnya tidak tahu orang benci padanya, maka dia perlu cuba perbaiki dirinya?
Ini bermakna ia telah diatur untuk gagal supaya UMNO dan Melayu dibenci. Kalau begitu, Khairy bukan faham globalisasi seperti dikatakan Ibrahim Ali. Khairy mebantu musuh dan penjajah menjajah kembali. Dia hanya faham goblok-sasi
Jumaat, Jun 25, 2010
Cuba pulak PLKN

Masuk UMNO dan jadi ketua sayap,
sayangkah dia negara?
Kalau tidak juga,
Kalau tidak juga,
bolehkah jadi manusia yang setia dengan masuk pengakap?
Jika masih lagi tak ubah,
Jika masih lagi tak ubah,
baik Melayu Liberal ini ikut Zaid Ibrahim.
Rabu, Jun 23, 2010
Masaalah pada hidung dan telinga

Dr Alias dan Saleh datang ke wad menziarahi kawan teh tarik mereka, Zakaria yang ada masaalah jantung. Kalau dah rakan teh tarik, cerita sembang tidak tinggal. Dalam hospital pun, isu-isu terkini masih dibincang.
Zakaria: Sepanjang aku dalam hospital, aku banyak mengisi masa lapang dengan membaca dan surfing internet.
Saleh: Kau patut berihat dan bukan buang masa dengan perkara macam gitu.
Zakaria: Bosanlah. Dahlah makanan Hospital tak sedap. Kalau ikutkan aku, nak pergi ke kedai mamak di depan Hospital tu.
Dr Alias: Asal kau tak layar laman yang menaikkan degup jantung tak apalah?
Zakaria: Dah tua-tua ni, manalah nak ingat pasal benda macam tu.
Saleh: Baca perkara yang ringan-ringanlah.
Zakaria: Doc, akhir-akhir ini aku tengok kerajaan banyak sekali lancar macam-macam program. 1Malaysia. NKRA. Model Ekonomi Baru. 10RMK. NKEA. Pemandu. Cuma aku tak paham apa kita rakyat akan dapat akhirnya?
Saleh: Macam-macam idea dan polisi baru diperkenalkan tapi asal kena tibai, semua jawabnya tak muktamad. Oh ... ini bukan pendirian kerajaan lagi. Masih dibincangkan. Kenapa bentangkan benda belum muktamad kalau tiada rancangan untuk jalankan?
Zakaria: Macam nak buat tapi takut ...
Saleh: Aku takut banyak ide-ide ini dibentangkan kepada awam tanpa kajian dan perbincangan yang mendalam.
Dr Alias: Saya rasa-rasa ini macam sama dengan kisah seorang wanita tua hadapai masaalah kentut.
Zakaria: Ha ha ha ... macam mana kena mengena dengan kentut pulak dok?
Dr Alias: Seorang wanita tua datang ke klinik komplen masalah kentut tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia rasa dia ada kentut sepuluh kali. Katanya, kentut dia tak berbunyi dan berbau.
Saleh: Ini mesti cerita baik ni.
Dr Alias: Doktor mendengar dengan teliti dan beri pompuan tu beberapa jenis pil yang perlu di ambil selama seminggu. Selepas itu datang berjumpa dengannya semula. Masuk seminggu dia datang semula dan komplen bau kentut terlalu busuk, tapi tak dengar bunyi.
Zakaria: Dah jadi gitu pulak.
Dr Alias: Sikit lagi. Ini ada mesej. Doktor tu jawab pompuan tua tu, "Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula."
Saleh, Zakaria: Ha ha ha ha .... (ketawa besar kedua-dua)
Saleh: Cantik cerita doktor.
Zakaria: Betul tu, betul. Nak selesaikan masaalah, kena tahu mana masaalahnya. Orang yang nak selesaikan mestilah orang yang tahu.
Dr Alias: Cerita ini supaya tak serius sangat kita sembang. Kadang-kadang kerajaan ingat masaalhnya kentut tapi sebenarnya masaalah hidung tak bau dan telinga pekak.
Selasa, Jun 22, 2010
Tengok belakang Tok Jib masa menyorang
Dalam majlis perasmian pembukaan mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh, Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta ahli UMNO serang. "Macam kita tengok Piala Dunia sekarang ini. Boleh tengok, tapi bukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Tengok dan cuba jadikannya dalam konteks politik.
"Jangan asyik mempertahankan benteng sahaja kerana kadang kala boleh bolos. Perlu ada pertahanan dan serangan balik untuk menang," katanya.
Husin teringat kisah pahlawan Naning, Dato Dol Said yang pernah di tulis dalam blog ini. Baca dulu kisah sejarah ini versi Husin Lempoyang sini.
Ada bagus juga Presiden parti sudah kasi signal untuk serang. UMNO dilihat diam dan mengalah saja bila diserang. Ada yang rasa nak kalah, dah sibuk nak menyamun sebanyak yang boleh.
Maka perlu ana peringat pada Tok Jib. Masa tengah jerit, "Sorang! Sorang!", tolong tengok belakang. Takut-takut, Tok Jib tinggal seorang diri di hadapan menyerang.
Khamis, Jun 17, 2010
Hormati lembu sebagaimana kamu menghormati mak kamu

Alah cutenya Noh Omar pakai topi!
Taklah masam dan nampak menyombong. Manis pulak...
Taklah masam dan nampak menyombong. Manis pulak...
Kisahnya ada satu masaalah akan timbul.
Masaalah ini kalau tidak ditangani, boleh menjejaskan bekalan makanan negara. Kegagalan boleh jejaskan jawatan dalam kabinet. Sebut jawatan, cepatlah mana-mana Menteri kerja.
Masaalah yang bakal timbul ini diketahui dari perbualan antara ayam dan lembu di sebuah ladang ternakan:
Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!Bayangkan masaalahnya kalau lembu mogok tak mahu keluarkan susu.
Lembu: Kenapa kau kata macam tu?
Ayam: Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu: Hah! Buat apa pulak?
Ayam: Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu: Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam: Maksud kau?
Lembu: Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam: (Terdiam)
Ada betul juga, kebanyakan manusia yang hidup di Malaysia membesar dengan susu lembu lebih dari susu ibu.
Mak kita sebenar adalah lembu. Tak batal air sembahyang tersentuh lembu berlainan jantina.
Noh Omar boleh lakukan sesuatu dari keadaan menjadi kritikal seperti langkah yang dibuat Ismail Sabri. Dia boleh mula memanggil lembu sebagai mak.
Insya Allah, Dato Najib kekalkan dalam kabinet.
Selasa, Jun 15, 2010
Peduli hal dia aje
Beberapa rakan blogger sedang merasa kecewa dengan UMNO Selangor. Medan Info kata mereka seolah-olah tidak minat nak rampas balik Selangor. Dah sampai tahap di mana GAP mengumumkan blognya akan tembak dua-dua belah pihak.
RBF mahu satu rombakan dibuat.
Ini mengenangkan ana pada cerita seorang rakan berkenaan kawannya. Kawannya adalah seorang guru yang mengajar ilmu hisab di sebuah sekolah luar bandar.
Kisahnya satu hari Cikgu ini memberi satu persoalan ilmu hisab kepada anak muridnya.
"Ada 20 lembu dalam pagar kandang. Ada 20 lagi lembu berada diluar pagar kandang. Berapa jumlah lembu semua sekali?" tanya Cikgu.
Seorang anak muridnya cepat angkat tangan.
"Leman, apa jawabnya?" Cikgu tunjuk kepada anak murid itu.
"Ada 40 ekor lembu Cikgu."
Leman ini kira antara anak muridnya yang cerdik sikit.
Cikgu tanya satu lagi soalan, "Ada 20 ekor kambing dalam kandang. Ada 20 ekor kambing diluar kandang. Berapa ekor kambing semuanya?"
Diam. Tak ada yang jawab.
Cikgu melihat ke arah Leman dan tanya, "Leman, kamu tahu jawapan?"
"Tak tahu Cikgu," balas Leman.
"Inikan soalan sama. Kenapa kamu pun tak tahu jawapan?" tanya Cikgu.
"Saya tak tahu Cikgu. Bapa saya hanya bela lembu saja Cikgu. Saya tak pandai kira kambing."
Cikgu tergosok-gosok kepala.
GAP serta blogger-blogger yang disebut kena faham pe'el UMNO.
Mereka ini tahu yang itu, itu saja. Dia orang bukan peduli perubahan dan pergolakan yang berlaku diluar UMNO. PAS pun dah mengaku susah Pakatan nak pertahan Selangor.
Mereka hanya peduli hal sendiri saja.
Isnin, Jun 14, 2010
Apa cagaran?

Berita menarik dari Muktamar PAS ke 56 di Kota Baru baru-baru ini:
PAS Benarkan Bukan Islam Bertanding Guna Simbol BulanKalau calun Islam kena bersedia bercerai talak tiga dengan isteri atau suami, apa "cagaran" calun bukan Islam?
Jumaat, 11 Jun 2010
PAS membenarkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti menggunakan simbol parti itu tetapi bersyarat, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata perkara itu telah diluluskan Dewan Ulama PAS pusat yang membolehkan bukan Islam yang menyertai sayap parti itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), untuk bertanding pada pilihan raya umum.
"Untuk bukan Islam bertanding di bawah PAS kita kena beberapa syarat. Yang pertama mereka perlu terima dasar dan perjuangan PAS dan keduanya calon itu perlu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di Kota Bharu hari ini.
Rabu, Jun 09, 2010
Zahid fahamkah apa yang dikatakan?

Kenyataan berikut yang digariskan sungguh menarik:
Warga Tentera Perlu Berani Lakukan Transformasi, Kata Ahmad ZahidFening lalat ana cuba fahamkan apa yang Menteri Pertahanan kita, Dato dr Ahmad Zahid Hamidi berkata. Dia bercakap seolah-olah dia berada di Kementeriaan Pelancongan atau Kementeriaan lain.
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertahanan menyarankan agar warganya lebih berani melakukan transformasi agar perkhidmatan yang disalurkan kepada rakyat lebih efektif, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata langkah itu perlu supaya seiring dalam melahirkan warga kerja yang berkualiti dan tidak gentar berhadapan dengan sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Mengharungi proses transformasi ini, menuntut anggota perkhidmatan awam untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
"Saya menyeru anda semua untuk membuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa sama ada dalam pelaksanaan kerja mahupun dalam menjalani kehidupan harian," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Kementerian Pertahanan, hari Selasa.
Ahmad Zahid berkata sebagai organisasi pertahanan negara, warga kementerian seharusnya membina dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap aspek kestabilan, keamanan serta keselamatan bagi membantu negara ke arah mencapai aspirasi Wawasan 2020.
Baca seterusnya sini.
Apakah perkhidmatan warga pertahanan kepada rakyat? Mana ada?
Warga pertahanan memberi "perkhidmatan" pada musuh, komunis dan lain-lain. "Perkhidmatan" warga pertahanan tidak pernah memuaskan mereka-mereka yang diberi "perkhidmatan" kerana ada yang cedera, ada yang mati, ada yang kena tangkap sebagai tawanan, dan lain-lain.
Rakyat yang mendapat manafaat dari perlindungan dari perkhidmatan warga pertahanan pun tidak merasai perkhidmatan yang diberikan kerana mereka ambil mudah keamanan yang dikecapi.
Hai ... entahlah Zahid. Macam mana yang nak dibuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa?
Kerja dan budaya askar mana boleh buat begitu?Mereka kena berdisiplin, patuh pada arahan, dan cekap menjalankan arahan.
Fening fening ....
Isnin, Jun 07, 2010
Ibrahim Ali masuk meminang

Ceritanya Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa bertemu seorang ayah untuk melamar anak perempuannya.
Pak tu tanya pada Tok Him, "Demo judi?"
"Dok eh, tokse."
Pak tu tanya lagi, "Demo main tino?"
"Dok weh. Tokse."
Ditanya, "Demo minum arok?
"Dok. Tokse," Lega Tok Him semua lepah ditanya.
"Demo semaye (sembahyang)?"
Rupanya tak habih, ada soalan lagi. Sambil melihat ke lantai, Tok Him jawab, "Dok ... "
"Dok..jugok... demo bayar zakat?"
"Ambo dok bayo zakat pendapate ... Masa tu Nik Aziz dok kelua fatwa."
Hehehe ... jangan marah ahli2 Perkasa. Jenaka ini dari Tok Him sendiri. Ana tokok tambah.
Sabtu, Jun 05, 2010
Marah tak diberi masuk
Bila orang nak minta masuk, kasilah masuk. Kalau tidak, walaupun dia Nabisha dalam cerita Doraemon, nanti dia naik angin. Perdana Menteri pun dia kasi amaran.
Nak tahu siapa Nabisha yang Husin sindir, baca blog Faisal RB sini.
Jangan disangka Nabisha ini kecik. Sebelum Alam Semesta, dialah Raja Pasir.
Jumaat, Jun 04, 2010
Dulu lain, Sekarang lain

AP PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad berucap di bawah payung yang comel
Dulu lain,
Sekarang lain
Dulu nak potong tangan
Sekarang hanya istilah buat perbezaan
Dulu lain
Sekarang lain
Dulu baring tengah jalan
Sekarang takut panas, botox kecairan
Dulu lain
Sekarang lain
Dulu di depan memimpin
Sekarang mengekor punggung, ditarik hidung
Apa nak jadi ... baiah lah lagi
Khamis, Jun 03, 2010
Manyak baguus
Selasa, Jun 01, 2010
Perjuangan Pemuda UMNO

Berikut adalah slogan Pemuda UMNO untuk era Ketua-Ketua Pemuda UMNO sepanjang sejarah yang diambil dari Maharaja Blogger sini:
1) Hussein Onn - Hidup Melayu!Adakah nak dibiar kosong? Sudahlah Ketua Pemuda Negeri yang dipilih semua terlalu cerdik, terlalu hebat kepimpinan dan terlalu berani.
2) Abdul Razak Hussein - Merdeka!
3) Saadon Zubir - Pemuda di barisan hadapan
4) Senu Abdul Rahman - Pemuda harapan bangsa
5) Harun Idris - Pemuda pelopor pembangunan
6) Syed Jaafar Albar - Pemuda kumpulan halia
7) Suhaimi Kamarudin - Pemuda era bertindak
8) Anawar Ibrahim - Pemuda penggerak zaman
9) Mohd Najib Razak - Pemuda berakal teguh, berakar canggih
10) Abdul Rahim Tambi Chik - Pemuda era motivator dan penggerak wawasan
11) Zahid Hamidi - Pemuda pemangkin gerakan reformasi.
12) Hishamuddin Hussein - .... "Mintak maaf"
13) Khairy Jamaludin - ....
Malangnya kenapa Menteri Besar atau Ketua Perhubungan Negeri takut nak tegur dan masuk campur?
Adakah sama-sama terlalu takut? Takut apa?
Langgan:
Catatan (Atom)
