
"Entahlah, saya pun tak tahulah apa nak buat dengan menantu saya seorang. Tak kuasalah saya nak tegur-tegur ... Saya pun dah tua, duduk seorang dan selalu sakit pulak," mengeluh Toh Puan Rokiah.
Setiap hari Jumaat, ketika orang lelaki pergi sembahyang Jumaat, Toh Puan dan rakan-rakannya Mak Datin-Mak Datin dan Puan Sri-Puan Srinya akan bersembahyang zohor bersama dan beribadat sampai ke waktu asar dipimpin oleh seorang Ustazah Maliha.
Acara kumpulan Yaasin mereka berbeza-beza tiap-tiap minggu. Kadangkala mereka mengaji, adakala buat yaasin dan tahlil, dan ada kala hanya mendengar tazkirah ustazah.
Dah tua-tua, inilah aktiviti mereka.
Kebanyakkan mereka ini janda dan dah banyak kurang majlis-majlis yang perlu dihadiri lagi. Banyaklah masa lapang mereka yang boleh diisi dengan ibadah. Oleh kerana mereka kebanyakkan duduk rumah berseorangan, inilah teman-teman mereka yang dapat mereka uahkan perasaan.
Hari itu, kawan-kawan memberitahu Toh Puan akan gossip yang diberitahu anak masing-masing tentang menantunya Datin Rahimah, isteri Dato Najmi. Selalunya mereka beritahu anak-anak bahawa mereka tidak percaya saja, kali ini mahu tanya sendiri mak mertuanya.
"Rahimah tu memang perempuan bercita-cita tinggi dan kuat semangat. Dia berpendidikan tinggi, ada Masters. Sebelum berhenti kerja, dia pengurus di sebuah syarikat. Jadi ... taklah macam perempuan suri rumah," terangkan Toh Puan.
"Betul tu Toh Puan, saya pun tak faham kenapa anak-anak saya komplen pasal dia selalu keluar di TV," sahut Puan Sri Fatimah.
"Memang ada dah tegur, tapi dia dah malas nak layan kata-kata orang. Baru-baru ini ada keluar akhabar dia sebut "orang dengki dan cemburu padanya.
"Entahlah orang sekarang ni tak macam kita dulu ... banyak nak kena jaga tingkah laku," kata Toh Puan.
"Arwah Tun dulu ... tak kasi dia saya campur sebarang orang dan cakap sesuka hati. Mata dia asyik jeling saja kalau ada tak kena dalam majlis. Saya pun takut nak buat lain dari baisa."
"Saya susah nak percaya Toh Puan, tapi betul ke Datin rahmah tu bershopping di Mekah sampai kedai arab di Zam Zam Tower tutup barang habis?" tanya Datin Asiah.
"Itulah ... saya pulak dengar Datin Rahmah beli selipar Jepun sampai RM30,000 sepasang," sampuk Puan Sri Sharifah.
Toh Puan cuba menerangkan, "Ada betul tetapi bukan perkara sebenar. Ada tu bukan dia punya tapi dihantar ke rumahnya saja. Cerita berbelanja ni ada yang ditokok tambah. Pernah dikatakan shopping sampai guna 6 kereta nak bawak barang. Sebenarnya 6 kereta kongsi guna sama-sama dan dua untuk semua luggage."
Tan Sri Fatimah sampuk, "Tapi puan-puan apa hal pun kita ni perempuan, terpulanglah kepada suami untuk membentuk."
"Eh Puan Sri ... tak baiklah cakap macam gitu terhadap Dato Najmi," Datin Atikah memberi pandangan.
"Maaf, bukan begitu maksud saya. Mungkin memang kehendak Dato Najmi mahukan isteri yang lebih "
assertive and articulate". Dia mahu isterinya menjadi "
her own woman" dan tidak ada masaalah untuk isterinya bercita-cita tinggi seperti Hillary Clinton," Puan Sri menerangkan.
"Saya bukan bermaksud apa, Pun Sri," Datin Atikah memberi pandangan.
"Takpe, kita kawan-kawan," Puan Sri menjawab.
"Saya harap jangan pula ada antara kita tersalah anggap Dato Najmi di
queen control. Dia sangat popular dan tentu sekali pandangan negatif tidak baik buatnya," Ustazah Maliha mencelah.
"Saya rasa Toh Puan dan arwah Tun dah beri dia pendidikan pelajaran dan didikan yang baik hingga dia besar menjadi seorang
gentleman. Apa yang dilakukan hanyalah menghormati orang yang lebih tua darinya ..."
Terdiam semua, tak tahu nak cakap. Yang faham, tersipu sendiri.
Tidak lama kemudian azan asar kedengaran ...