Rabu, November 05, 2008

Pilihanraya Amerika Syarikat


Barack Obama memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Dia menjadi President kulit hitam pertama. Malaysia menunggu ... (anda boleh isi seterusnya)

Selasa, November 04, 2008

Babak Lucu Felem Tiga Abdul ...








Apa dimaksudkan P Ramlee disebalik kelucuan?

Tiada humour, tak ada sindiran dan tak ada jualan. Hanya ajak merenung ...

Isnin, November 03, 2008

Gambar KJ sedang minum?

Mana satu berok-berok yang sedang minum ini KJ ... ?


.. atau yang ini?


... atau berok yang panjat naik atas bar ingat dia sudah jadi Perdana Menteri?


Sudahlah ingat dia Perdana Menteri, gelojoh pulak itu. Hendak minum main satu drum terus. Punya dahaga sampai koyak dibuka drum logam. Macam ana boleh rasa dan tahu siapa beruk ini.


Sudah mabuk, berok nak dansing dengan kucing.


Sudah hendak main hop scotch pulak?!


Yang ini tak boleh! Janganlah ambitous sampai hendak hop scotch zirafah yang sedang tonggeng.


Berok ni sudah sangap dari mabuk ...


Rupanya KJ.


Sudah agak pe'el berok tadi serupa dengannya ...

Ada lagi gambar Khairy minum? ... Tunggu pukul 4 petang


Adakah ini gambar mereka sedang lakukan toost pada malam Julai 17hb, 2008 di Heritage Mansion?


Tangan siapakah yang sedang memegang gelas wine?


Ada lagi gambar Khairy minum?

Maaf tidak boleh siarkan pukul 10.30 pagi ini. Gambar perlu dilakukan CSI treatment untuk menghilangkan kesan dan bukti ...

... tunggu pukul 4 petang selepas anda semua habis kerja dan bersedia untuk pulang.

Hehehe ... Dunia dunia ... Lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!

Ahad, November 02, 2008

Adakah peristiwa bom MKT itu taktik mengAzeez Mamakkan ....




... atau taktik menTeresa Kokkan ...




... atau taktik mengGobala Krishnankan Mesyuarat?

Katanya ada dua bom telah ditinggalkan di kawasan bendera dan parking di PWTC semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hendak bermula pada Jumaat, Oktober 31hb, 2008 pada pukul 3 ptg. Semua telah dapat ditangani.

Sanjungi ahli-ahli PDRM dan anjing-anjing K9 yang mempertaruhkan nyawa dan menyimpan rahsia demi menjaga keselamatan dan keamanan awam. Apabila kita terjumpa polis-polis, hormati dan sanjungi mereka. Nyatakan terima kasih dan hargai budi yang mereka curah kepada masyarakat.

* Gambar-gambar diambil dari Jinggo

Jumaat, Oktober 31, 2008

Taktik Politik II


Ada orang marah pada Husin, apa hentam pemimpin tertentu UMNO saja. Kena adil.

Hi ... susah nak hentam semua. Kalau nak jual pemimpin sudah ramai, pengikut pun lagi ramai perlu dijual. Ada penyokong untuk orang tertentu, tapi diam-diam rupanya jumpa orang lain atau pindah untuk sokong orang lain. Dia ingat orang tidak tahu.

Pembaca kena faham Husin hanya jual yang berharga lebih dari jual unta. Kalau jual semua yang pernah yang pernah onani, 10 dewan parlimen tidak cukup.

Masa Husin tulis pasal Taktik Politik, ada kasi definasi menarik untuk pembangkang. Untuk berlaku adil, Husin siarkan beberapa komentar yang menarik. Kena mula dengan Ketua Pembangkang. Berikut dari Dr. RBAONG:

DiANWARkan/MengANWARkan

1. Menbenarkan ditipu bulat-bulat dan kemudian malu walaupun fakta tu budak tadikapun boleh kata tak logik. Contoh: Kawan saya seorang pengikut PKR telah berjaya diANWARkan oleh pemimpin mereka

2. Perbuatan meggunakan pintu belakang. Contoh 1: Karpal Singh tidak bersetuju PR (Mengikut istilah perubatan, ia bermakna PerRectal) mengambil alih kerajaaan dengan cara pengANWARan Contoh 2: Pemimpin tersebut telah didakwa dimahkamah kerana mengANWARkan bekas pembantunya.

3. Perbuatan yang tidak sabar dadalam mengejar impian dicampur dengan unsur-unsur Mat Jenin. Contoh: Paklah membidas Mahyudin Yasin kerana dia bersifat KeANWARan

4. Kata ganti nama untuk orang yang megGHAFFARKAN.

DiTHERESAkan yang bermaksud diberi makanan yang lebih teruk/sama macam makanan anjing. Contoh: Suatu masa dahulu seorang pemimpim ABIM telah MengANWARkan penduduk Malaysia dengan berkata penduduk miskin Baling terpaksa menTHERESAkan keluarga mereka sehingga kebuluran.

Ana 5:29 PM mendefinasikan berikut:

Bertaresakokkan = menyalak dengan mendayu-dayu. Contoh: Selepas azan subuh berkumandang, kebanyakkan anjing-anjing tua yang belum berlaki akan 'bertaresakokkan'. Ini kerana setan-setan yang bertempiaran lari akibat azan subuh tadi akan kembali semula, dan anjing-anjing ini berseronok berkawan dengan setan-setan ini.

Anon 2:57 pm beri definasi lebih kurang macam ini:

Mentony Puakan bermaksud seseorang yang takhenti-henti senyumd an tersengih. Contoh: Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya, calun2 jgn terlalu mentony puakan diri untuk senyum dan tersengih kerana ditakuti lalat masuk mulut dan membawa masuk kuman dalam mulut.

Anon 9:30 am mencadangkan berikut:

MengKhalidkan - Pertama kali seorang calon pilihanraya menyuruh pengundi mengundi parti yang menentangnya bolehlah dirujukkan sebagai mengKhalidkan kekalahan di Ijok.

Bapa Mithali Prihatin tidak kisah pada politik tetapi hanya mengenai anak-anak muda pemimpin negara masa depan. Baca temberangnya berikut:

Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya bersopan dalam berbahasa dan tingkah laku.

Mereka harus diajar supaya tidak melim kit siangkan nada suara kerana nada yang keras hanya akan menghilangkan kesabaran orang lain dan memulakan pergaduhan.

Anak2 yang suka bergobala krishnan perlu didisiplinkan supaya besar tidak bersikap kurang ajar dengan speaker dewan.

Kita mahu anak-anak ini besar setia kepada ibu bapa dan guru dan tidak mentian chuakan mengaruk dan meronta diri bila dimarah dan dihukum apabila buat salah.

Kita mahu anak-anak berani tetapi jangan terlalu berani hingga boleh mencederakan diri dengan mengkarpalkan singhkan diri. Kalau mahu berani dan lawan, pastikan diri boleh berdiri bila angkat sumpah dan kuat untuk enggan keluar dewan.

Ajar mereka supaya bertutur dengan jelas dan mengelakkan salah faham supaya tidak mengkhalid ibrahimkan diri dengan bercakap gagap.

Mereka perlu difahamkan akan hukum hakam supaya tidak dimat sabukan dalam bilik hotel dengan perempuan yang bukan muhrim atau dikhalid ibrahim (2) kan dengan rahmah setiausaha sendiri.

Anak-anak perlu faham meronnie liewkan diri ke rumah urut sama haram dengan memat sabukan diri kerana masih bersama dengan wanita bukan muhrim di dalam bilik.

Dosa yang paling buruk kesan dan perlu dielakkan adalah suka mezaid ibrahimkan minuman dengan arak dan wiskey. Akibatnya anak itu akan menjadi Menteri penuh paling singkat dan membawa ide2 yang tak masuk akal.

Anak2 Islam harus dikawal supaya tidak menghasan alikan diri untuk terlebih cakap macam murai hingga merelakan khinzir dibela. Tapi kalau dah teruk sangat nilai agama, akhirnya ada yang sampai tidak kisah untuk menghalimah ali atau menyaacob saparikan diri sampai diteresa kokkan untuk membela khinzir di kawasan orang Melayu.

Kita mesti pastikan supaya anak-anak kita tidak di b.a.b.i.kan oleh politik wayang kulit bekas timbalkan perdana menteri yang dipecat.

Jadilah anak islam yang bijak dan tidak mudah dilim guan engkan oleh kafir harbi dengan kata2 manis meminati khalifah omar abd aziz, sedia masuk islam jika bapak tiada ada, dan berarak masa perayaan maulud nabi.

Husin nak menambah sedikit:

Diibrahim Alikan - Ahli politik bebas yang tidak menyebelah mana-mana pihak tetapi puas dapat hentam semua. Contoh: Oleh kerana Ahli Parlimen SAPP tidak setuju dengan pendirian parti, mereka telah mengibrahim alikan diri. Kedua-dua pihak kecewa tetapi Ibrahim Ali yang dapat menambah kerusi parti Bebas dan dengan diam-diam akan menjadi Perdana Menteri.

Dihadikan - Hampir sama makna dengan dipaklahkan dalam erti tidor dalam majlis, meraban bila bercakap dan flip flop seperti di sini tetapi pakai serban diri dan menantu tidak kelihatan dekat dengan minuman arak. Dia tidak pegang wanita hanya kahwin dengan cara halal. Contoh: Usahlah kau mengata kita telah dipak lahkan kerana kamu telah dihadikan.

Wow! Sebagaimana biasa, jual orang lagi untung dari jual unta.

Khamis, Oktober 30, 2008

Taktik Politik 'Mentengkolokkan' Dengan Botol?


Ana semalam dituduh menggunakan taktik politik yang cuba mentengkolokkan dengan botol ... eh maaf, membetulkan pemimpin masa depan dengan menegur.

Ada kata salah kita menjatuhkan maruah seseorang.

Ada persoalkan siapa ana untuk meng-ian chin-kan seseorang?

Ada juga mengatakan ana munafiq kerana ana pun minum air sarbat. ... air sarbat itu air ada halia lah!

Seorang komentar bernama Khairy Jamaluddin berkata:

Ini usaha jahat untuk menafikan hak saya sebagai penuntut Oxford untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan akhirnya sebagai Perdana menteri Malaysia seblum saya berumor 40 tahun.

Orang yang dalam gambar itu mungkin kembar saya dari berlainan ibu dan bapa. Kami memang sama lahir di Kuwait pada tahun 71, belajar di UWC, Singapore dan Oxford, dan juga kahwin dengan Nori.

Ini bukan saya. ... Saya tidak minum minuman itu kerana saya minum Champagne Dom Perignon saja.

He he he ... rasanya itu bukan Khairy Jamaluddin yang memberi komen. Dia sedang sibuk mahu cuba mengajak Mukhriz berdebat dengannya tetapi hanya dapat berdebat dengan Khir Toyo. Mukhriz sedia kalau ia hanya satu forum yang tidak ada tembak menembak sesama parti. Khairy sedang sibuk mengira berapa jumlah yang sesuai ...

Komentar Tan Sri Tak Dapek Kalimullah mengagak akan ada tukang nafi untuk Khairy. Pasti ada akan kata ana melakukan rawatan mendoktorkan gambar. Jangan hairan ana akan dikecam sebagai cuba mentian chuakan Khairy.

Ana mahu kebenaran sahaja.

Gambar yang belum disentuh jururawat

Selama beberapa tahun ini kita ditipu oleh permainan putarbelit media perdana hingga tidak dapat lihat mana yang benar dan mana yang penipuan. Kita diberitahu ini adalah modal insan menantu Imam Hadhari dikatakan hebat dan pandai.

Rakyat perlu tidak ditipu dan perwakilan yang mahu mengundi perlu tahu siapa pemimpin yang berkata memperjuangkan alif ba dan ta.

Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.

Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi.

Ana kata ini berlaku.

Kalau Imam Ramlang Poringi dan mana-mana Tuan-Tuan Magistret (melainkan Joe Labu) sedang membaca blog ana, di hadapan ente-ente semua ana mengaku gambar ini benar.

(Sori ana tak mahu sumpah, kerana Haji Hadi, Nik Ajis dan Qardawi tidak kasi. Ana sudah talipon semua ulamak dari Amerika, England, Egypt, Syria, Jordan, 'Arab Saudi, Hindustan, Kongstan, Afghanisatan, dan Gohead Gostan. Hehehe ... ingat siapa cakap macam itu? hehehe.)

Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am

Cukup maklumat kalau mahu buat kes.

Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini. Wow!


Kalau tidak percaya, bandingkan gambar bawah ini dan katakan wujud ke tidak kerusi-kerusi seperti itu. Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!



Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!

Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.

Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.

Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat. Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!

Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...

Kemaskini 10:00 pm

Kringggg kringggg ...

Hello Ghasidah Sigaraga kekasih buah hati ku. Apa gerangan dinda talipon kanda malam-malam ni. Mahu Kalabul Malami?

... Tak tak tak ... Ana ana ana ... Maaf sayang ... Ana terlupa ... Tak bukan tak sayang ...

... Sudah 40 tahun ana tunggu ente .... Janganlah sayang ... Sayang, ente saja cinta ana selama-lamanya ... Entelah bulan dan bintang menerangi malam. Entelah matahari yang memberi cahaya siang untuk ana.... Maaf ye sayang

Bye ... love you.


Kacau saja ente ini semua bising pasal ana tersilap bulan. Siapa pula pergi kasi tahu sama Ghasidah. Dia sudah marah sama ana ... Dia kata ana tidak sayang pada dia hingga lupa masa kita keluar bergumbira bersama di Kalabul Malami.



Nasib baik dia sedia menerima pujuk rayu ana. Cinta orang tua-tua macam inilah. Cinta hanya banyak berkata-kata. Kami ni selalu lupa. Dia kata 17 hb yang hari Khamis bulan Julai dan bukan bulan Jun.

Pening ana kalau terlepas cinta ana sekali lagi. Lama mahu Abdul Wahub jalan untuk ana dapat balik sama Ghasidah.

Kalau salah, pergi talipon itu Kelab Silver Tortoise dan tanya bila dia bukak untuk tambahan Kelab. ... eh eh bukan Silver Tortoise tapi Heritage Mansion. Inilah orang tua selalu lupa.

Dunia dunia. Ramai orang takut Khairy kena jual. Wow!

Rabu, Oktober 29, 2008

Modal Insan Islam Hadhari di Kalabul Malami




Amacam boleh buat tajuk debat?

Wow! Ana hanya minum sarbat di Kalabul Malami.

Selasa, Oktober 28, 2008

Yang Berbulu Satu Badan atau Ditempat Tertentu?

Husin terbaca blog Aspan Alias.

Menurutnya, politik sekarang sudah bergelora hingga sudah menyerupai hukum hutan rimba.

Ini poster filem pertama Ziela Jalil.

Menurut penulis blog itu, ada Ziela tiruan dan Ziela Maskot. Padanya yang tiruan dalam dunia tidak tahan lama.

Sila baca sedutan dari blog tersebut:
... perbezaan antara Ziela yang pelakon itu dengan Ziela, maskot Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Cik dahulu.

Ziela, orang utan yang menjadi maskot itu berbulu seluruh badannya sedangkan Ziela yang asal hanya berbulu di tempat-tempat tertentu sahaja. (Gambar sebelah kiri: Ziela yang berbulu ditempat tertentu)

Walaubagaimanapun, kedua-duanya bernama Ziela dan tentu kita tahu dan faham bahawa kita sekarang bersama Ziela yang asal atau Ziela yang maskot itu.

Sekarang Ziela maskot itu sudah mati di Zoo Negara. Persoalannya sekarang ialah samada UMNO tiruan mati menuruti Ziela maskot itu ataupun tidak. ..."
Nak tahu selebihnya maksud blog itu, sila baca di sini.

Susah Husin hendak faham dan rungkaikan antara Ziela yang original dan Ziela tiruan.

Hanya Husin suka tengok pada Ziela yang berpakaian Muslimah.

Tak kiralah ada berbulu atau seluruh badan, asal yang ada nampak original. Wow!

Astaghfirullah ...

Nasib puasa enam tinggal berapa hari lagi.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Taktik Politik


Sejak politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.

Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.

Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya.
Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.

Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.

Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.

Memusa Hitamkan - 1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang. 2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.

Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.

Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.

Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik. 1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis. 2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.

Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.

Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah.
Akhir sekali,

Menghusin Lempoyangkan - Ini adalah cara untuk menjual seseorang dengan harga lebih untung dari unta kerana dia layak dijual. Wow!

Jumaat, Oktober 24, 2008

Is it a bird? Is it a plane?

Faster than a speeding bullet?
More powerful than a locomotive?
Able to leap tall buildings in a single bound?




Look!
Up in the sky!
It's a bird!
It's a plane!


No! It's not Superman!".

Itsssss Superrrrr-Kok!!!

Saman newspaper faster than a speeding bullet.
More powerful than local council to remove Jawi signboard.
Able to leap tall mineret in a single bound to silence azan.

And more ...

Caught lying faster than Anwar Ibrahim.
Eat more babi than BABI.
Betis more sexy than a covered purdah woman.
Skirt more sopan than Queen.
Invincible to Molotov Cocktail attack.
Withstand face ripped in poster.

For the pursuit of Malaysian Malaysia, sexism and against Social Contract, its Super Kok to your rescue. No no ... thats not true. Her pursuits is not anti Malay, anti Islam, ...very peka.

Superrr Kok! Up Up and away!!!

Rabu, Oktober 22, 2008

Masa untuk KJ tukar slogan

Pak Habib panggil KJ sebagai Lord of the Lomang. Buluh sudah merkah masa bakar. Habih Lomang di dalam. Pasal nak masak lomang, rosak buloh.

Mana tidak, kempen KJ mengelirukan.

Apa pula kata bertanding atas kekuatan sendiri. Mana orang sokong KJ atas kekuatan sendiri? Sudah tertinggal, ada pula wahyu buat YB K.

Kata seluroh Pemuda Sabah sokong KJ, macam mana Kota Belud dan Tuaran pun KJ tak dapat pencalunan? Wangsa Maju, Kuantan, Putrajaya, dan banyak kawan-kawan setia tidak reti apa yang KJ kempen.

Nogori Lomang Negeri Sembilan konon tompek asal usul pun tak dapek pencalunan. Ada ompek Bahagian tinggal. Siap-siap Rombau pooi kek orang lain. Malu tak dapek dari kampung sondiri. Suruh Norza anu ketot kempen di Pilah. Atau kampung ekau sebonarnyo di padang pasir mano-mano. Negeri omputih takdo la, muko itam serupo Azeez dan Reezal.

Tiap-tiap tahun, KJ buka mesyuarat Pemuda Bahagian sampai orang lain tidak boleh. Bila KJ kata disekat bertemu Pemuda akarumbi, orang keliru. Khir Toyo kata tidak ada masaalah.

KJ kata ada anasir tertentu mahu menyekat perjalanan Mesyuarat. Macam mana Rantau Panjang dan Gelang Patah yang kecoh, KJ yang dapat. Apabila ada Pekida berada di Mesyuarat di Pulau Pinang, KJ yang menang.

KJ persoal mengenai politik wang, orang pun keliru. Orang datang dengar dan sokong KJ kerana wang saja. Keliru orang KJ bercerita mengenai Setia Kawan.

Slogan kasi tukar ...

Photobucket


Barulah orang boleh faham.

Kalau hendak dapat lagi dua tiga pencalunan untuk layak bertanding, berhenti kelirukan orang. Kasi duit banyak-banyak untuk dapat sokongan.

Mula dengan petang ini, petang Rabu bila berjumpa Pemuda Bukit Bintang di Kelab Sultan Sulaiman. Tak payah cerita perjuangan UMNO bermula di situ. Kasi duit beribu-ribu seorang. Dapatlah pencalunan dari Bahagian-Bahagian.

Dengan slogan baru, orang boleh diubahkan. Pencaluan akan turun melimpah. Ada lima bulan bayar "zakat" banyak-banyak.

Kepala Agong bisa meredakan tsunami yang melanda. Kepala Agong untuk berlawan sesama sendiri. Kepala Agong boleh menundukkan mereka yang tidak bermoral dan prinsip.

Sementara itu, Suqiu, Dong Zhong, dan Hindraf terus mendesak. PKR di Permatang Pauh mengasak Pemuda cabut dan tutup gate.

Hendak baikkan keadaan, ikut nasihat Nik Aziz. ... Kasi ambil, undi orang lain.

Kalau diikut nasihat Nik Aziz, licin war chest KJ yang dikatakan RM1 billion. Licin macam kepala Tuan Sadiq Sigaraga tapi jawatan Ketua Pemuda masih tidak dapat.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta. Orang yang kena jual lebih rendah martabat dari unta.

Isnin, Oktober 20, 2008

Ini lalang atau orang?

Sekejap ikut arahan Anwar, sekejap puji Dr Mahathir.


Sekejap setuju Muhyiddin walaupun salah, sekejap sokong Imam Hadhari dan mazhabnya.


Konon penyokong Najib, Tapi ikut telunjuk Dolah.

Macam mana lalang boleh bercakap ye?

Hairan ...

Oh ... orang rupanya ...


Pandai pulak senyum.

Macam mana senyum pun, orang yang macam lalang tak boleh masuk bergambar sama-sama ...


Itu pun ada juga sebatang dua terlepas.

Mana tukang kebun ... kasi tebas kasi bersih semua lalang ini.